Skip to main content

FANCY BAWAL RIBBON & POLKADOT BAWAL RIBBON : TEMPAHAN DIBUKA

Salam my readers,
Seperti yang dijanjikan, TEASER FANCY TUDUNG BAWAL RIBBON tadi pagi, ingat? hehe. Okey, masih sempat lagi nak buat tempahan. Ringkas cerita, silakan baca penerangan di bawah untuk maklumat lanjut urusan pembelian Bawal Ribbon comel tu :)
TUDUNG BAWAL WITH FANCY RIBBON & POLKADOT RIBBON
Tudung bawal dijahit reben di tepi tudung ini adalah dijahit mengikut citarasa dan permintaan pembeli. Tudung ini daripada jenis cotton high quality dan bidang 45.

Tempahan dibuka bermula setiap Sabtu hingga Rabu. Kemudian hari Isnin pada minggu seterusnya, tudung yang ditempah dan telah dibayar akan dipos.

Pembayaran mesti dibuat dalam tempoh 24 jam dari tarikh tempahan. Tempahan akan diproses setelah pembayaran dibuat.

Kenapa tempahan bermula Sabtu hingga Rabu dan hanya akan dipos pada hari Isnin berikutnya?
Disebabkan tudung bawal ribbon ini dijahit mengikut citarasa anda, maka pihak kami memerlukan sedikit masa untuk urusan pembelian bahan dan proses menjahit ribbon pada tudung yang ditempah, serta memastikan kualiti tudung bawal ribbon yang dihasilkan memenuhi permintaan pelanggan.

Cara pembelian:

1) PM (Private Message) atau tinggalkan pesanan di Inbox facebook SYAZA ARSHAD sahaja, tempahan hanya melalui di facebook. Tempahan di blog dikhuatiri terlepas pandang, untuk lebih mudah dan cepat, hubungi saya di facebook. Bagi yang tiada facebook, boleh tinggalkan email atau nombor telefon anda di ruang komen, saya akan hubungi anda secepat mungkin.

2) senaraikan ;
Warna Tudung, Jenis Ton, Code Ribbon dan Saiz Ribbon.

Senarai harga Tudung Bawal Ribbon:

(RIBBON POLKADOT)
1 ton + cute polkadot : RM 20.00
1 ton + big polkadot : RM 25.00

2 atau 3 ton + cute polkadot : RM 25.00
2 atau 3 ton + big polkadot : RM 30.00

(RIBBON FANCY)
1 ton + fancy 1.5 cm, 2.2 cm, 2.5 cm : M 25.00
1 ton + fancy 3.8 cm : RM 30.00

2 atau 3 ton + 1.5 cm, 2.2 cm, 2.5 cm : RM 30.00
2 atau 3 ton + fancy 3.8 cm : RM 35.00

Kos Penghantaran:
Semenanjung RM6 (1-5 helai)
Sabah/Sarawak RM9 (1-5 helai)

*Hanya dijual menerusi online dan tiada COD (cash on delivery)

CHOOSE YOUR TUDUNG HERE






CHOOSE YOUR RIBBON HERE






















# KEMAS KINI TERKINI 21 APRL 2013 : UNTUK TEMPAHAN, BOLEH HUBUNGI TERUS KE FACEBOOK MYTUDUNG2U.COM

TAG: FANCY BAWAL MURAH, BAWAL CUTE POLKADOT, TUDUNG BAWAL CANTIK, BELI TUDUNG BAWAL, BLOGSHOP JUAL TUDUNG BAWAL, TUDUNG BAWAL RIBBON, TUDUNG BAWAL REBEN, BORONG TUDUNG BAWAL RIBBON, BAWAL CUTE FANCY RIBBON

Comments

EyqaLuvender said…
wah,sis buat bisnes tudung plak ke? xtaw...pasif cket bab2 blogging ni skrg..heeee
Mcm cantek je....mcm nk order je nnt....hihi
ciK LyndaWawa said…
semoga berjaya sis,....
Myra Jay said…
Jap nak pikir nak kaler apa :)
Ash Give said…
aku tengok ini pesen terbaru kan.. dalam newspaper bebaru ni. rita rudaini pakai tudung mcm ni naik turun mahkama :)
Anonymous said…
saya ada msej awk nk order tdung tp awk tak reply lg..dh 2 hari.. :)
[sutera kasih] said…
@Anonymous:
Maaf, awk mesej di mana ya? sebab saya tak dapat mesej pun di FB huhu
Anonymous said…
meseg saya msuk ke others sbb kita tak friend..awak cuba bukak message awk then tgk sebelah ujung atas kiri ada "others"..msj saya msuk situ.. :)

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …