Skip to main content

iPHONE 5

Salam my readers,
Baru-baru ni heboh satu dunia kisah saman menyaman antara Syarikat Apple VS Samsung. Dua-dua pun sama hebat, kan? Kalau tak, tak la manusia di dunia ni berebut-rebut berkejar-kejaran nak beli semua tu. Handphone dah jadi salah satu keperluan zaman sekarang. Kebanyakan setiap orang sekarang mesti ada sekurang-kurangnya satu handphone, paling banyak pun dua bijik, paling kelas pun sebijik handphone sebijik smartphone. Haaa betulkan? Kalau yang tak betul tu, saya faham, xpa, sabar, usaha lebih kuat kalau nak ada semua tu. Bagi yang terlebih mampu tu, dah ada Blackberry, ada lagi sebijik iPhone pastu sebijik Samsung Galaxy pastu ada Galaxy Tablet pastu ada lagi iPad pastu blablablabla. Ya rabbi, geleng kepala. Syukurlah nak, kau mampu. Bagi yang tak mampu, lawan nafsu anda, beli untuk keperluan sebenar-benarnya sahaja. Kecuali diri ada kemampuan dan rezeki lebih, belilah untuk hadiah diri sendiri. (Motivasi untuk diri sendiri haha).

Semalam, 12 September 2012 detik yang ditunggu-tunggu bagi penggemar koleksi Apple khususnya iPhone, Apple memperkenalkan keluaran terbaru mereka iaitu iPhone 5. Perghhh melonjak-lonjak nafsu semua orang tengok benda tu keluar. Ada yang dah ready ikat perut dari awal tahun 2012 mungkin sebab tunggu iPhone 5 keluar di pasaran. Betul tak? Memang rasa heaven kalau dah dapat beli apa yang kita nak dengan hasil titik peluh diri sendiri, rasa macam terbang di awan, kan? Ok lah tu, at least kita perlu jugak appreciate dengan diri sendiri, bagi hadiah untuk diri sendiri.

Lepas dah baca website Apple berkaitan iPhone 5, memang ohsemm la. Lebih kurang sama jugak apa yang dah ada dalam iPhone sebelum-sebelum ni, iPhone 5 pun ada. Cuma kali ni, dah upgrade banyak mengikut keperluan pengguna. Korang boleh baca info berkaitan iPhone 5 di http://www.apple.com/iphone/features/. Semua gambar-gambar yang ada dalam entri kali ni dari website tersebut. Teruja tak tengok?

Pengalaman menggunakan iPhone?
Lepas ni akan banyak bertebaran review dari pengguna iPhone 5 di internet. Kebanyakannya akan membandingkan produk tersebut dengan produk yang dah sedia ada atau dengan produk dari syarikat lain. Biasala tu. Sedangkan manusia pun selalu dibandingkan, apatah lagi smartphone. Pengalaman guna salah satu produk Apple ni, masa first time guna, rasa nak baling kat dinding siap warning kawan jangan beli sebab menyusahkan hidup haha. Sebab masa tu bongok lagi tak reti apa-apa kejadian. If tak boleh guna, asyik hantar kedai. Mana tahan bebbb orang kedai makan duit kita. Akhirnya, nekad belajar sendiri nak jailbreak sendiri berpandukan tutorial di Youtube dan search di Google. I love you lah Google !! Tapi sekarang macam dah lupa-lupa cara jailbreak haha. Takpa, Google kan ada :)

Note: Siapa ketagih Smurf Village? Jom lah kita jadi jiran !!

Ads Text:

TAG: iPHONE 5, GAMBAR iPHONE 5, SMARTPHONE, TELEFON PINTAR, DESIGN iPHONE 5, RUPA BENTUK iPHONE 5, KOLEKSI iPHONE, HARGA iPHONE 5 MALAYSIA, iPHONE 5 PRICE, iPHONE 5 MALAYSIA, iPHONE MURAH, CASING iPHONE, REVIEW iPHONE, KELEBIHAN iPHONE, KEBURUKAN iPHONE, APPLE VS SAMSUNG

wajib baca ---> PUNCA UTAMA HUBUNGAN RETAK

Comments

Dkna Abza said…
mampu tengok jer...buat masa sekarang atk mampu nak beli hukhukhuk
Anum said…
ada baik n buruknya kan
in my own review, its kinda nice phone, nice upgrades, but the price.. compare to s3, diorng leh offer better price with better specs :)
[sutera kasih] said…
@Dkna Abza:
samala kita pun mampu tgk & berangan hehe
[sutera kasih] said…
@Muhammad Saiazuan Norhalik:
yup..kalau price mmg tak bleh blah..huhu
~AmyLiana86~ said…
amy pakai samsung galaxy ace je yann..ni pun sb hubby yg bg..xde maknanya nk beli hp beribu riban tu.heheh
-gedek! said…
mampu tengok je...
faizfakhirin said…
cam xberbaloi jer beli iphone5 ni..lagi better S3...setakat retina...S3 ada amoled.
dwaty said…
aura samsung S3 masih terasa... tup2... ifone5 dah kuar... mana satu nak ni... adeh...
Yousof said…
Alhamdulillah nafsu tak melonjak-lonjak nak beli lepas tau benda ni dah dilancarkan..


Fon yang dah ada ni pun dah cukup bagus dah rasanya.. ;)
Yousof said…
*Bagus kat sini tak bermakna fon mahal ye. hihi
Saya pun penggemar barangan apple

Huhuhu
Rasa cam akan beli je nie nanti
Singgah baca entry saya gak ye. TQ
wana wazm said…
hai,sy tag awak di http://coretangirlblog.blogspot.com/2012/09/aimanazizs-giveaway-2012.html

jemput join..=)
hahaa,,, tk minat iphone sjk gaduh ngn samsung,, hehe,, tengah aim galaxy note je,, hehe
hihihi mampu tengok dan cuci mata jer..
missina said…
Kalau ikut nafsu memg nk beli gak...huhu
lewisdotmy said…
ada juga pengalaman guna produk Apple ya
puteri kasih said…
tengok jelah yang mampu..hehe setia dengan hp yang sedia ada :)
Manan Qayyim said…
perang smart phone semakin hangat.... dengar citer samsung pun nk keluar model baru....

My recent post : Menangkis Penghinaan Terhadap Rasulullah - Isu Video Innocence Of Muslim.
Ash Give said…
untungla orng yg bnyk duit.. blh tukar tukar henpon suka hati..semua jenis dia dah try.. cam kita ni, menganga jak la hahahaha..
eva said…
uwaaaaaaaaa.. adoh xpat frust. dah ada 4s.. dah cukup.. mesti bsyukur hahaha
Ezad Skytech said…
iphone4 pun tak terbeli lagi..ni kan pulak iphone5...tapi iphone ni tak minat sgt...teringin nak samsung galaxy sIII je skrg ni..hee~
Zura said…
akak slow sikit bab teknologi nie..cepat sgt teknologi kite berkembang..

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …