Skip to main content

TAMAN BUAYA TUARAN, SABAH (GAMBAR BUAYA)

Salam & hello my readers,
Sebelum ini dah kongsikan gambar-gambar masa jalan-jalan pergi Rumah Terbalik Pertama di Malaysia. Entri hari ni nak kongsi koleksi gambar-gambar buaya di Taman Buaya Tuaran, Sabah. Kalau nak ikutkan memang sangat banyak gambar-gambar buaya yang unik. Macam tak percaya depan mata tu buaya hidup. Buaya-buaya kat situ agak pasif, duduk diam, mengeraskan badan, mulut ternganga lepas tu tidur. Kelakar. Pengunjung berpeluang juga bergambar dengan buaya hidup, kalau berani pegang lah kan. Masa pegang badan buaya, tu pun takut-takut. Takut buaya tu tiba-tiba bagi hempas ekor. Badan buaya lembut.

Harga tiket untuk masuk ke Tuaran Crocodile Farm ni RM10 untuk orang dewasa. Kalau kanak-kanak tak ingat pulak hehe. Tapi memang berbaloi lah tiket semahal tu sebab di dalam taman tu bukan setakat boleh 'menikmati' buaya, macam-macam ada termasuk rumah tradisional. Ada juga persembahan buaya dan tarian tradisional mengikut jadual yang telah ditetapkan. So, pastikan kamu datang awal kalau nak tengok persembahan. Kami hari tu datang lambat jam 4.30 petang dah, so dapat tengok buaya ja huhu. Okey, jom tengok buaya-buaya !!!

*Maaf kepada pengguna browser selain Google Chrome, mungkin widget scroll di bawah ni tak berfungsi.
Tag: TAMAN BUAYA TUARAN, CROCODILE, TUARAN CROCODILE FARM, KOLEKSI BUAYA, GAMBAR BUAYA, TELUR BUAYA, BUAYA DARAT, BUAYA HIDUP, ANAK BUAYA, BUAYA TERBESAR, BUAYA TEMBAGA, BUAYA JULUNG-JULUNG, BUAYA BUTA, BUAYA BONGKOK, BUAYA SANDAKAN, TEMPAT MENARIK DI SABAH

Untuk pengetahuan kamu, kebanyakan buaya-buaya di taman tersebut dibawa dari Sandakan. Selain di Tuaran, di  Sandakan juga ada Taman Buaya Sandakan. To be continued.....

must read -----> GAMBAR RUMAH TERBALIK PERTAMA DI MALAYSIA

Comments

rasa seram tgk buaya..huhu.
faridah nazurah said…
eiii meremang bile tgok buaya.. teringat lagi masa kecik2 dlu pernah terserempak dgn buaya kt sungai perak..takut..
Myra Jay said…
Kalau nampak gambaq buaya yang dipegang tu tentu lagi menambahkan kegerunan..heheee

MJ takut tengok buaya :D
TF said…
huhu..namapk sihat betul buaya2 tuh..gerun gak tengok..bila la nak sampai situ ek?teringin gak nie
ABU said…
Tu dia blog pelancongan sabah kini bermula hahaha.. Tag tu bah.. Sungguh memberi ilham dgn aku tau..:P

Aku pun pernah masuk ni tempat.. Nnti aku kongsi ya.. Ndak mau ketinggalan.. Ada lagi gambar aku simpan..

Semua still sama mcm yg dulu.. Ada rumah panjang dia kan.. Kami masuk p bejugit jugit dalam sana.. Best..

Ada kan buaya yang unixes.. Pelik..hahaha
Gen2Merah said…
hamboiii, siap dapat pegang badan buaya tu plak ye.... hebat.. bukan semua orang berani tu.. ehehehe...

p/s: teringin nak letak kepala dalam mulut buaya... macam mana lah tu agaknya ye.. hihihihi
RazFiRa said…
ok je gune google chrome

hehe

byk sungguh jenis2 buaya

buaya darat ade? :P
Kancil 8349 said…
walaupun hidup di KK selama 5 tahun tempat nielah yang ndak pernah pergi...hehehehe...

mengapa ndak sabar menjadi orang tawau...jodoh dengan orang tawau ke?
Kancil 8349 said…
harap buang tu ndak cari kau
Adylia Qarissa said…
hahahhaaa...takot nak pegang buaya tapi masih nak pegang..memang nampak sangat muka takot tu ;p
puteri kasih said…
sekali dia ngap...hukk
[sutera kasih] said…
@ABU:
amboiiii abu ngolok lg ko ya hehe
beri ilham? teknik seo la sgt kan hahaha..

bah, ko lg share ya, nntii aku komen :P
[sutera kasih] said…
@Gen2Merah:
iyaa..takut2 jgk tu sbnrnya..buat2 brani sbb bkn slalu kan, suda la berbayar tu ambik gmbr dgn buaya hidup hehe
[sutera kasih] said…
@RazFiRa:
buaya darat melambakkk hehe
Edy Fee said…
aarghh tidak...tak comel langsung buaya2 ni.hahahahahah
aReLaN said…
banyaknya gambar buaya. nak pegi yang kat melaka tapi si dia geli & takut tengok reptilia2 ni.hahaha
anamizu kaito said…
fuhhhh byknye buaya!

cik ana gune browser CoolNovo.
ok jgk. bleh view widget scroll =P





luv,
cik ana
Bui Junaidi said…
MUN DI KUCHING TOK ADA JONG CROCODILE FARM,TP KMK X PERNAH PEGI..BUKAN APA,RASA FOBIA JAK NANGGA MUKA BOYAK..HIHIHIHI

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …