Skip to main content

INTERNET ALL DAY ONLY RM1/DAY ON YOUR MOBILE PHONE- MURAHNYA !!!

Salam & hello my readers,
Orang zaman sekarang, sekurang2nya setiap seorang confirm ada handphone. Paling kurang pun handphone tu mesti nak yang dapat surf internet tak kiralah handphone smartphone atau yang biasa. Dalam sehari rasa macam tak lengkap hidup kalau tak bukak laman sosial, eh? Jangan tipu. Apa-apa pun, biarlah berpada-pada ya. Jangan pulak, masa kawan tengah asyik bersembang depan kamu, kamu angguk-angguk kepala saja tapi mata fokus tengok skrin handphone. Tak kasar kalau saya katakan itu agak biadap. Peringatan untuk diri sendiri juga.

Lama suda kan tak blogging pasal promosi DiGi. Saya Pengguna Prabayar (Prepaid) DiGi dan Celcom yang tegar bertegar-tegar sebab masih dalam plan Upax dan DiGi Campus. Bestkan? Bulan ni melanggan pakej internet DiGi 500mb yang rasanya agak berbaloi dan murah. Service talian masa surf internet pun lancar saja. Dalam masa setengah bulan habis 200mb. So ada baki 300mb lagi. Banyak ba tu. Tapi frust jugaklah sebab awal bulan tu dapat tiket promosi dari Maxis, pakej langgan internet yang bernilai RM68 kalau tak silap, bayar hanya RM10 untuk internet selama sebulan tu. Tapi masa tu dah terlanjur melanggan internet DiGi RM30. Bukan rezeki hehe.

Point penting, memang berbaloilah pakej internet Sosial yang DiGi tawarkan kali ini. Hanya RM1 sehari. Can u imagine? Dah try pakej internet untuk mobile dari syarikat prabayar yang lain, not bad jugak masing-masing ada kelebihan dan kelemahan. Sementara ni, langgan yang murah sajalah. Kalau pengguna Blackberry bestlah sebab ada pakej internet @ sosial khas yang murah.

Cara-cara melanggan pakej internet DiGi 500MB RM1/sehari  (RM30/sebulan) ialah tekan *116*3# kemudian tekan 1. Tadaaaa siap dan bolehlah melayari internet sepuasnya. Cepatlah melanggan sebelum promosi tamat iaitu bermula 4 June hingga 31 Julai 2012. Selamat bersosial, sosial-sosial jugak pastikan berhemah dan membawa manfaat sesama kita :)

untuk maklumat lanjut berkaitan Promosi Pakej Internet RM1 sehari dan Super Borak hanya di www.digi.com.my

Bersosial sepuasnya di Facebook percuma (Zero Facebook) di mobile.
maklumat lanjut di www.digi.com.my

*Bersekang mata belajar jailbreak, unlock call emergency dan unlock no service. Alhamdulillah dapat jugak, thanks la org2 puteh di Youtube yg mengajar tu, save bajet tak payah hantar kedai lagi hahaha 

Tag: DIGI PREPAID, SOSIAL NETWORK PLAN INTERNET, PAKEJ INTERNET MURAH, DIGI INTERNET RM1 SEHARI, SUPER BORAK, CARA MELANGGAN PAKEJ INTERNET DIGI, PROMOSI DIGI, PRABAYAR MURAH, SURF INTERNET PERCUMA DI HANDPHONE, DIGI ALWAYS THE SMARTER CHOICE

Comments

Cik Jannah said…
suka dengan DIGI sebab murah! dulu jannah pakai pon sekejap jer sbb rumah en tunang line DIGI tak kuat. terpaksa tkar lain. huhu
Aju Mohit said…
murahnya kan, mcm2 promo skrg ni
Edy Fee said…
siyes nak pkai digi pasni...tgah usha no sedap2
Myra Jay said…
Mmg murah, akak pun ngah berkira-kira nak berpaling dengan Digi ha ;)
chemay said…
teringin nak pakai digi pulak laa lepas baca entry nii.
boleh jadi promoter yann nii.
hehe
:D
eva said…
sbb ya kmk stick to DIGI! muahahaha.. murah bh deng.

yeay! dtg lah kuch gik.. lak mek mbak g cya..

alhamdulillah sehat kmk yan.. mok jaga rest n makan jak.. tp tym tok mesti slake juak.. coz bz asmngt, exam xlamak gik. huhu
aReLaN said…
digi dengar kata memang murah tapi tak ramai member pakai digi.lagipon kat kampung coverage kureng.hmmm
Eera Shera said…
alo digi..yg celcom punye takde?
Adylia Qarissa said…
orang kata DG memang murah tapi servis kurang ok..dkna tak pernah cuba pon..

kalau maxis lak memang dkna tak suka sebab servis dia kat sini dan kat kampuang memang out of service!!! hampefff..
[sutera kasih] said…
@Cik Jannah:
kalo tmpt sy, broadband digi kureng la line..tp d fon okey jgk la cket huhu
[sutera kasih] said…
@Myra Jay:
tukar cpt kak..digi best hehe
[sutera kasih] said…
@chemay:
try la guna digi plak..pilih plan yg save bajet hehe

promoter tak berbayar :P
[sutera kasih] said…
@eva:
aok, kmk pun digi ya lamak udah ya..hehe

alhamdulillah ktk dh sehat, tp sik lmk gik exam ohh..bykkan rest juak huhu
[sutera kasih] said…
@aReLaN:
itu ja kelemahan digi ni, tak support kt kmpg2 huhu
[sutera kasih] said…
@Eera Shera:
stkt ni mcm xda plak promosi internet celcom huhu
[sutera kasih] said…
@Adylia Qarissa:
yup, digi murah..tp tu la line dia tu yg kureng kalau tmpt2 yg jauh dr bndr huhu
Ardini Humaira said…
dni tengah plan nak guna digi smart plan yang prepaid tu :D
IzZa izaLis ® said…
yann !! hhe.. aku baru amek DG Prepaid Smart Plan..rindu lor mo pakai digi..sejak2 menjadi celcom user yg tegarr.. :))
Hanie Dew said…
aku ambik data plan digi. murah dan laju..puas hati..hahahahha..
wah..ni mesti HP baru punya pasal ni..ffeewwiittt....yann ada HP baru..SIII letew..
hari tu pakai digi internet prepaid... topup rm100 baru boleh dpt rm1 sehari. unlimited data usage plak tu. tp skrg ni boleh lg topup mcm tu? my sis topup, tp ada limit plak skrg.
Anonymous said…
Saya nk thu mcm mana nk check kouta internet yg kita guna tu dah brape byk digi ni. Saya rm30 600mb sebulan. Tp xthu nk check brp mb kita dah pki. Blh bg thu x?
Anonymous said…
Sye gune digi, mmg murah tpi servis kurang ok.tpi sye mmg suke gune digi
kakipromo said…
best pakai digi ni
Assalamualaikum.boleh unlock icloud tak? Hehe. Ade 1 hp ni

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …