Skip to main content

LETTER FOR FUTURE MOTHER IN LAW

sumber gambar: carian google
Duhai calon ibu mertuaku,
Perkenalkanlah saya adalah wanita biasa dengan keperibadian yang teramat biasa
dan dari kalangan keluarga yang biasa sahaja
Saya bukanlah Khadijah ra,
Seorang wanita yang luar biasa dalam Sejarah wanita islam…dan teramat Mulia

Saya bukanlah Aisyah ra, Seorang yang baik dalam ketakwaannya
Bukan pula Fatimah Az Zahra yang sangat terkenal dalam Ketabahannya
Tidak pula seperti Zulaikha yang teramat sangat cantiknya
Apalagi al Khansa yang sangat pandai mendidik mujahid – mujahid kecilnya

Tetapi, seperti yang saya katakan, saya hanya wanita biasa,
Dengan ketakwaan yang biasa
Ketabahan yang tak seberapa,
Dan kecantikkan saya pun tak layak di perhitungkan

Namun ibu,
Saya adalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita – cita, menjadi wanita Solehah
Yang akan berusaha mengabdi pada calon Suamiku
dan juga padamu….. Calon Ibu mertuaku
Saya bukanlah musuh mu yang hendak merebut perhatian dan kasih sayang anakmu
Tetapi saya akan menjadi rakan mu untuk memberikan kasih sayang pada anak mu
Dan kelak pada mujahid – mujahidaku, calon cucu mu duhai ibu,

Engkau tak perlu khuatir ibu,
Saya tak akan memonopoli perhatian anak mu
Justeru saya akan menjadikannya lebih taat padamu

Kerana akan saya katakan padanya bahawa
engkau lah yang utama patut mendapat perhatiannya barulah saya
Saya pun tak akan marah jika engkau membantu mengatur rumah tangga ku
Kerana sebagai wanita yang baru menikah patutlah saya belajar darimu yang berlimpah pengalaman
Dan engkau yang lebih tahu keinginan anakmu

Duhai, Calon ibu mertuaku
Saya harap kita dapat menjadi rakan yang baik,
Kerana pernikahan adalah membuka tabir rahsia antara aku dan anakmu
Memerlukan banyak kesabaran untuk menghadapi banyaknya kejutan – kejutan dari perbezaan antara kami,
Saya berharap engkau dapat menjadi penasihat jika ku sedang dalam ke alpaan
Menjadi pendengar yang setia saat saya ingin mengadu
Kerana sekali lagi saya bukanlah siti hajar yang sabar dalam penderitaan

share from : Pakar Cinta

*copy dan paste artikel ini dalam blog ini hanya untuk tujuan perkongsian dan renungan bersama..silakanlah copy paste untuk surat bakal mak mertua masing2 haha..manatau kot2 future mother in law tengah baca my blog hihi :)

Comments

TF said…
sangat indah..betul bukan semua sempurna..insyallah moga berusaha menjadi menantu yang baik satu hari nnti..kadang ada ibu mertua dah macam ibu sendiri kan..okla kalu macamtu..
FEDO said…
good luck..hihihihiihiihi
~AmyLiana86~ said…
suka2...sesuai bg kat mak mertua ni..hehe
suzie rahman said…
salam syg..nice sharing... ingt kn btoi2 u tuju ko mother in law. so sweet lh.
RazFiRa said…
oh calon mertua pn ade surat ye? menarik jugak surat tu :)
xila riston said…
olololo jemput jgn x jemput ye nanti... ;p
hani apandi said…
kelak kmk copy & print terus pakei beri ngan mak mertua.hehehe.
aimie amalina said…
telan air liur saya bce ni kak
huuuuu

nak jadi anak yg baik
menantu yg baik jugakk

huuuuu
ABU said…
msti terharu bakal mak mertua ko di tawau kalau baca entry ni hehehe
ciK LyndaWawa said…
nak berik ngan mak mentua juak lok.....

mok x kah nya baca aie...
Hanie Dew said…
weeewit...first time aku jumpa puisi untuk calon ibu mertua. bagus bagus. up point lagi. hihihihi

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …