Skip to main content

KUASA DOA & KEKUATAN DOA DALAM KEHIDUPAN SEORANG MUSLIM

sumber gambar: Carian Google
Kali pertama bumi diciptakan, katanya bumi ini selalu bergoyang, bergoncang dan tidak berputar dengan stabil malah tidak berputar pada paksinya. Perkara ini merunsingkan para malaikat lalu para malaikat menghadap Allah SWT ;

"Wahai Rab Yang Maha Mengetahui, mengapa bumi ini bergoyang?" Tanya para malaikat.

"Kerana belum dipaku." Jawab Allah singkat.

"Lalu, bagaimana Engkau memaku bumi wahai Rab?" Tanya para malaikat lagi.

"Aku akan menciptakan gunung-ganang." Jawab Allah.

Setelah itu, Allah terus menciptakan gunung-ganang di berbagai belahan bumi. Apa yang terjadi sememangnya benar setelah diciptakan gunung-ganang, bumi pun diam kemudian berputar sesuai paksinya. Maka kemudian gunung pun dikenali sebagai paku bumi yang diciptakan Allah SWT. Paku merupakan benda keras yang terbuat dari besi. Setelah Allah menciptakan paku buki iaitu gunung –ganang, kemudian para malaikat pun bertanya lagi.

"Ya Rab, adakah yang lebih kuat dari paku?"

"Ada!" Jawab Allah. "Iaitu api, yang dengan panasnya dapat melelehkan besi."

"Adakah yang lebih kuat selain api, Ya Rab?" Tanya malaikat lagi.

"Ada! Yakni air yang dapat memadamkan api." Jawab Allah lagi.

"Jadi Ya Rab, adakah yang lebih kuat lagi selain air?" Sambung malaikat.

"Ada! Iaitu angin, kerananya dapat membawa air ke maan pun ia menghembus." Jawab Allah SWT.

"Tapi Ya Rab, adakah lebih kuat dari semua itu (gunung, api, air, angin)?" Malaikat bertanya lagi.

"Ada! Iaitu NAFAS hamba-Ku yang BERDOA kepadaKu. Kerana sesungguhnya DOA itu mampu mengubah takdirKu."

Demikian Allah SWT menjelaskan.
(Hadis Kudsi)

Sabda Rasulullah SAW:
Sesungguhnya Allah SWT mencintai orang-orang yang terus menerus berdoa.
(Hadis Riwayat Al-Auza’i)

"Berdoalah kepadaKu, niscaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk neraka dalam keadaan hina dina"
(Surah Al-Ghafir 40: Ayat ke 60) -sumber-
Teruslah berdoa tanpa jemu kerana doa memang untuk kita. Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah. Membuat orang tidak percaya menjadi percaya. Memberikan keberanian pada orang yang ketakutan. Doa itu bekal, doa itu senjata kita.
Inspired by Diari Sufi

*KATA HATI: Takkan berputus asa, berdoa dan terus berdoa kerna ku tahu Engkau mendengar doaku Ya Allah. Terus berdoa memohon keampunan dariMU untuk diriku, keluargaku, dirimu dan semua saudara seIslamku, dipermudahkan urusan harianku dan harianmu, dilimpahkan rezeki pekerjaan yang baik untukku dan untukmu, dipermudahkan urusan jodohku dan jodohmu, sentiasa diberi keberkatan dalam hidupku dan hidupmu..semoga diperkenankan doaku. Amin Ya Allah. Syukur alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerna mendengar dan memakbulkan doaku sebelum ini. Engkau Maha Pemurah, Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Comments

AiSyA LiEzA said…
doa tu kan senjata kita.. =)
Gen2Merah said…
Perkongsian ilmu yang bermanfaat.. semoga kita saling ingat memperingati untuk terus bersyukur dan beribadah kepada Nya...

salam Jumaat yang ceria
Amy Nbip said…
ya,memang Doa adalah segalanya..:)
J.Syazwana said…
ya allah sebak pulak baca :'(
hani apandi said…
believe in power of Doa.
kmk yakin, 100%!
kadang2 kmk rasa sik yakin dgan diri tp bla ada doa.keyakinan dalam doa yala pendorong kmk utk menjadi kuat dan terus tabah.alhamdulillah.
wahida said…
nice sharing dear...
aReLaN said…
walaupon doa kita tak sume tercapai, tapi dengan doa tulah kita leh dekatkan lagi diri ngan ALLAH.kita tak dapat sume yang kita mintak sebab tak semestinya sume yang kita minta tu yang terbaik buat kita. hanya DIA yang lebih tau
Myra Jay said…
SubhanaAllah, sama2lah kita berdoa pada allah dengan penuh keikhlasan :)
Abg Stalker said…
:)menguatkn lg diri utk x berputus asa.thanks yan..
Khairul Antasha said…
pengaruh doa kuat. :)
adan said…
Doa senjata mukmin... Allah sangat suka melihat hambaNya berdoa padaNya.
SENORITA ZATY said…
like like like
:))
faiz fakhirin said…
Amin...semoga kita sentiasa diberi petunjuk.
ain dzaya said…
doakan senjata mukmin :*
ABU said…
mari kiat berdoa memohon sesuatu yang baik kepada Allah swt..
Nadia said…
Lagi banyak yg kita mohon, lagi Allah suka, kan ... :)
yan terima kasih tulis sstu yg bagus ini..
dhiera said…
doa doa doa doa.. insyaallah akan sentiasa dipermudahkan~
ciK LyndaWawa said…
doa kamek cepat kawen ju....[*xda kaitan*] eh..=]
sha my heart said…
amin ya rabbal 'alamin
suzie rahman said…
nice entry.. alhmdulillah dpt ilmu hr ni. samalh kite trs berdoa tnp ptus asa.
Norasiah said…
thanks for sharing.. doa senjata kekuatan diri kita..sama2 lah menjadikan doa sebagai amalan setiap masa
Anonymous said…
sweet....moga kita semua sentiasa berdoa

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …