Skip to main content

KAU DAN AKU BERBEZA

sumber gambar: Carian Google
Bila Kita Berbeza
Subhanallah! Para ulama menunjukkan akhlak yang cukup tinggi ketika mereka berbeza.
Kita pula bagaimana?
Bila kita berbeza, adakah kita terhalang daripada memujinya?
Bila kita berbeza, adakah kita menolak segala kebaikannya?
Bila kita berbeza, adakah kita asyik mengutuk kelemahannya?
Bila kita berbeza, adakah kita tetap cinta?
inspired by Fatimah Syarha

Yang pastinya, kau dan aku sememangnya berbeza tapi saling melengkapi. Kelemahanmu bukan untuk ku kutuk. Kelebihanmu bukan untuk dimegahkan. Kelemahanku bukan untuk kau perkecilkan. Kelebihanku untuk melengkapimu. Aku tak secantik Lisa Surihani, adakah kecantikan menjadi ukuranmu? Kau tak pandai berjenaka seperti Zizan Razak, tapi cukuplah gurau sendamu membuatku tersenyum.

Dia punya segalanya, dia ada kereta Volkswagen, rumah mewah, gajet mewah, duit banyak. Tapi siapa kita nak persoalkan kekayaannya? Patutkah kita untuk mencemburuinya tanpa berusaha ke arahnya? Mereka hidup berbumbungkan zink karat, berdindingkan kayu papan hampir reput, tapi hidup bahagia dan menikmati nikmat kasih sayang. Siapa kita nak persoalkan kenapa mereka hidup macam tu tapi bahagia? Kamu ada aku, dia, dan mereka. Apakah ianya tidak cukup bagimu untuk menadah tangan bersyukur pada-NYA?

Kau dan Aku, adakah kita masih berbeza?
Kita saling melengkapi. Sayang selalu !

# Selamat Datang Mei, bahagiakan daku di bulan Mei.

Comments

wahida said…
berbeza sikit2 tu perlu..kalau semua sama je, bosan pulak kan...
kura said…
saling melengkapi :0
FEDO said…
Bju cute. He2
teratak hati said…
betul tu,perbezaan tu sebenarnya untuk saling melengkapi,sebab manusia ni tak sempurna kan..
aRa ❤ aFiq™ said…
kita saling mlengkapi.. betul tu :)
AmirFX said…
Beza.. Memang berbeza.. Asa iklan jak.. haha..
eva said…
mek bok jak lekak ngga movie kau utk aku.. aisehh..

kau dan aku melengkapi segala2.. ishh. malas mek ahhaha
puteri kasih said…
menerima perbezaan pasangan seadanya :)
aReLaN said…
manusia dijadikan berbeza bersebab.antaranya untuk melengkapkan antara satu sama lain.kalau sume sama,memang bosan la dunia ni kan.hehehe
J.Syazwana said…
insya allah. aminn.
doakan kebahagiaan saya juga di bulan mei :)
Ini Kisah Tia said…
perbezaan itu kadangkala ada baiknya ;)
ABU said…
Warna mata sama tapi hati lain lain.. Itu tidk mghalang kita tuk bersatu padu..gitoh!! :)

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …