Skip to main content

JOIN GIVEAWAY DAPAT TUDUNG BAWAL FREE

(Klik gambar untuk tumbesaran)
Salam & hello my readers,
Kadang-kadang join giveaway, kalau ada tuah memang best, tak gitu? hehe. Thanks a lot to Nur Kasih Hijab dan Blog Eera Shera sebab hadiahkan Tudung Bawal ala AidiJuma 2 Tone berwarna hijau. Hari ni pergi kerja pakai Tudung Bawal free hehe. Best pakai tudung dari Nur Kasih Hijab ni, kain tudung bawal jenis lembut dan mudah bentuk di muka. Paling best, tudung bawal ni jenis bidang besar dan selesa nak pakai, semuanya tertutup. Harga jualan tudung bawal di Nur Kasih Hijab memang berpatutan. Kalau berminat, boleh singgah ke Facebook Nur Kasih Hijab dan membuat tempahan awal sebelum stok tudung bawal habis :)

Tag : Tudung Bawal Free, Giveaway Tudung Bawal, Tudung Bawal Aidijuma, Tudung Bawal Dua Tone, Tudung Bawal Hijau, Tudung Bawal Nur Kasih Hijab, Beli Tudung Bawal, Beli Tudung Bawal Online, Eeera Shera Online Shop, Shopping Online, Giveaway Blog

must read > PUNCA CURANG, KENAPA? & FREEBIES COUPLE DOODLE FROM SEMANIS APPLE

Comments

Myra Jay said…
Tahniah dear, bestnyer dapat hadiah :)
wahida said…
wow!! kaler tu sgt cantik!! menarik!! percuma lagilah best kan...

tahniah dear!!
Abg Stalker said…
skrg tudung bawal pun org pakai mcm2 pattern.pening kepala tgk..haihh..cm nk tercabut je tgk.apa2 pun tudung bawal la plg cun klu pki :)bkn sy la..dimata je.haha
eva said…
besttt.. kmk nektok gik survey tdg bawal 2 tone tok eyh.. ada nok mahal ilak2.. yalah nak carik nok oke2 pun rega.. lak mek nak cek nok ktk merik ya.. aie ney gamba ktk pake? tgga lok haha
puteri kasih said…
wahhh bestnyer :)
Hanie Dew said…
hihihihi..*gelak tutup mulut*..aku baru dapat hadiah ni. tapi bukan aku yang menang. Jue yang menang, aku jugak yang untung. hehehehhe.. aku dpt kaler brown.
Beyd Zakaria said…
Tahniah menang GA. Camelia Collections pun nak buat GA jugak. Jom take part :)

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …

RESEPI TAUSA KACANG MERAH | CARA BUAT PASTRI RAPUH, SIEW PAU

Salam my readers :)
Kali ni nak kongsi resepi cara buat Tausa atau Siew Pau atau Pastri Rapuh. Ntahlah apa nama sebenar, tengok gambar kat bawah tu ya. Haaa macam masterchef nak kalahkan Dato' Fazley hehe. Ni pun sebab permintaan salah seorang rakan di FB, kesian dia mesti lama sangat dah tunggu, dia request bulan November 2012. Sorry ya sis huhu. Saya lupa dah di mana letak kertas resepi tu, lepas kelas buat Tausa tu, terus lupa letak di mana, maklumlah dah dua tahun berlalu hehe. Godek punya godek, akhirnya jumpa jugak. Ada jugak videonya tapi tak dapat nak upload sebab saiz video besar sangatlah. Saya kongsi resepi jak ya, ni belajar dalam kelas anjuran, entah lupa sudah hihi :)

Resepi Tausa Kacang Merah
Bahan-bahan (1 adunan = 30 biji) :
A) DOH AIR 250g         Tepung gandum -ayak 1 1/2 tbsp Gula 75g           Lemak sayur- Crisco (pastikan lembut) 125ml       Air sejuk (ikut kesesuaian)
B) DOH MINYAK 185g   Tepung gandum -ayak 120g   Lemak sayur- Crisco 1 tsp   Garam
Inti : Guna i…

TIPS MENJAGA KUCING SAKIT

Assalamualaikum dan hello :)
1. Hari ini sabtu, dah tiga minggu berturut-turut cuti hari sabtu. Rasa bosan pulak tak pergi kerja. Tak pergi mana-mana pun, duduk rumah layan kucing, kemas apa yang patut di rumah dan layan internet. Wohaa mungkin segelintir orang akan cakap "boring nya life perempuan ni. Orang lain hujung minggu keluar jalan-jalan tengok wayang ke uhhhaa uuhaaa la dengan pakwe ke member ke". Entahlah, mungkin sebab tak minat, malas nak jalan, ramai member dah kawen dan memang tiada buayafriend. HAHA
2. Sebenarnya nak cerita pasal kucing sakit. Nampak dalam gambar tu? Itu namanya Si Kuning, kadang-kadang panggil Si Meow jugak. Si Kuning menangis dalam gambar tu, sekarang dia demam selesema. Kesian sangat. Dah bagi makan antibiotik tapi tiada perubahan. Semalam dah bawa pergi klinik vet, doktor dah bagi makan ubat juga. Harap-harap cepat sembuh. Kalau nampak kucing kamu lemah semacam, kurang aktif dan bersin selalu, cepat-cepatlah bawa pergi klinik. Kalau masa …