Skip to main content

ISU MYKAD DAN SIJIL KELAHIRAN

sumber gambar: Carian Google
Salam dan hello my readers,
Tertarik nak membincangkan isu Kad Pengenalan @ MyKad. Selama ni tak terlintas di fikiran. Yaa, disebabkan ibu bapa memang warganegara Malaysia, lahir di Malaysia, jadi macam tiada masalah kalau nak ada surat beranak dan kad pengenalan sendiri. Rasa bersyukur sangat ada surat beranak @ sijil kelahiran dan kad pengenalan sendiri yang sah. Tapi, pernah terfikir tak bagi orang yang bermasalah dengan sijil kelahiran dan kad pengenalan? Pernah terfikir tak betapa sukarnya golongan seperti mereka untuk dapatkan sekeping kad pengenalan dan sijil kelahiran hanya semata-mata nak belajar?. Bila orang tiada semua dokumen penting tu, kamu pandang serong sampai nak terherot muka. Kamu menjauhi golongan mereka. Hey kamu, di sisi-NYA, hanya amal dan taqwa membezakan kita semua manusia.

Yang kamu tahu, kad pengenalan untuk kepentingan politik. Itu saja dalam fikiran segelintir pihak. Kadang-kadang mungkin mereka diberi kad pengenalan, dipergunakan untuk tujuan peribadi. Who knows, right? Okey, tak nak sentuh soal undi hantu atau pilihanraya @ PRU 13 2012. Tujuan entri ini sekadar nak mengajak kamu berfikir dan menghargai apa yang kamu ada, khususnya surat beranak dan kad pengenalan. Kamu tahu apa kepentingan kad pengenalan? Yaaa, kalau tiada kad pengenalan nanti kena hantar 'rumah merah', nanti kena saman masa roadblock di jalan raya dan susah nak kawen, ekk? Cuba keluar dari pemikiran sebegitu, cuba berfikir dari konteks lain pula.

Banyak cerita dah saya pernah dengar berkaitan masalah surat beranak dan MyKad. Itu cerita dalaman yang masyarakat tak tahu. Yang keluar di media massa tu, untuk kepentingan apa? Entahlah. Rasa simpati dengan nasib mereka. Berlaku dengan kawan baik saya sendiri. Dia diejek sebab tiada kad pengenalan masa di sekolah menengah. Kamu pernah rasa semua tu? Tidak kan? Bersusah payah dia dan keluarga 'fighting' nak dapatkan sekeping kad pengenalan hanya semata-mata dia nak sambung belajar. Tapi anak-anak sekarang, ada sijil kelahiran dan kad pengenalan yang sah, malas nak belajar. Sibuk bercinta di bangku sekolah. Tapi pada masa yang sama, bagi yang sebaya dengan mereka, sibuk berjuang nak dapatkan kad pengenalan demi masa depan.

sumber gambar : SarahQblog.com
'Mummy, mana surat beranak ku? Cikgu balik2 suda tanya'. Pilunya hati mendengar. Tak terbayang wajah anak kecil bertanyakan soalan macam tu. Betapa malunya dia di sekolah, tabahnya dia. Nak sambung belajar di Matriks atau Universiti, niat suci terpaksa dibatalkan sebab masalah kad pengenalan. Kuatnya semangat mereka pergi sekolah walaupun hadapi masalah itu. Mereka bijak pandai cuma kadang-kadang tidak dapat menimba ilmu hanya disebabkan masalah dokumen penting. Kagum dengan semangat dan ketabahan mereka. Tapi kita? Ada semua tu tapi apa yang kita buat di sekolah, di universiti?

Tepuk dada, tanya iman. Jangan tanya, eh kenapa diorang bermasalah dengan surat beranak dan kad pengenalan?. Tak perlu persoalkannya. Point penting di sini, HARGAILAH apa yang kamu ada tu. Jangan sia-siakannya. Hargai peluang yang kamu ada. Ada peluang belajar, belajar sungguh-sungguh dan berusaha hingga berjaya. Bukannya, pergi sekolah atau kuliah angkat beg, sampai di kelas, fikiran melayang ingat benda lain. Tangan sibuk main SMS masa pensyarah mengajar di depan. Pantang ada masa terluang, pergi dating tanpa tujuan penting. Hey, cubalah fikir?

Entri ini bukan nak underestimate sesiapa. Cuma nak kita dan kamu buka mata seluas-luasnya, 'thinking out of the box' atau maksudnya berfikir di luar kotak. Bila dah senang, jangan terus duduk tersandar. Sesekali cuba gerakkan otak untuk merenung dan berfikir, apa nasib orang lain? Dari kesusahan orang lain, kita dapat muhasabah diri dan mensyukuri kehidupan kita. Sebelum nak orang hormati kita, hormati orang lain terlebih dahulu. Jangan pernah pandang rendah golongan seperti mereka. Berfikirlah secara terbuka tapi rasional. Kisah silam antara aku dan kau mungkin berbeza, tapi itu bukan penyebab dan penghalang untuk masa sekarang dan masa depan kita. Chillex !! :)

Tag : Isu Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Surat Beranak, Muhasabah Diri, Kepentingan MyKad, Gambar MyKad Mr.Bean, Isu Semasa 2012, PRU dan MyKad

must read > PENGARUH MEDIA MASSA DALAM PILIHANRAYA & RESOLUSI MEJA BULAT PTPTN 2012

Comments

Anisa Hang Tuah said…
cool gila ic mr bean tu

hewheww
Masz Sidek said…
kad pengenalan ni memang penting... sebab tu identiti kita... dan kebanyakkan urusan semuanya memerlukan kad pengenalan...
Ckin Kembaq said…
saya setuju ni..kesian memang kesian..kena fight.smpai kena masuk tv baru dapat segera..hmm

p/s : perlu lebih tahu erti bersyukur...inshaAllah..
Anum said…
setuju dgn entry nie
Myra Jay said…
Sbg rakyat Malaysia wajib ada kad pengenalan sbg melambangkan identiti..
Tapi ada gak mereka yg sukar mendapatkannya kan..
Aju Mohit said…
barulah terbuka fikiran kita untuk fikir kesan dan akibatnya kan, mcm2 isu timbul, jalan penyelesaiannya masih samar2
ABU said…
Mmg sush hidup kalu ndak da Ic..mcm yg ko cakap tu la.. Mmg ndak bolh brgerak la.. Takut kenak tangkap...

Tu la orng kita ni buknnya pandai bersyukur... Ndak m
ABU said…
Aku ada post komen dlm entry ni tadik..nak tau masuk ka ndak..intrnt slow...
Fadzmie Mohamad said…
This entry is so WIN! Biasalah, masyarakat kita ni memang pesimis. Cepat pandang serong. Selalunya yang pandang serong ni dorang nda pernah rasa susah in terms of apa yang dorang ejek-ejek tu. In this case, IC. Untuk part bila berurusan kena tunjuk IC tu, mau buat macam mana lah kan. Procedure still procedure. Tapi di sini lah orang-orang politik ni kena main peranan. Kena tolong diorang ni. Bukan sembarang ja bagi IC sama orang yang tidak berkenaan. Kan?
faiz fakhirin said…
betul betul betul...xleh duk diam jer...otak kena slalu bergerak...cun jer ic tu...hahaha
suzie rahman said…
salam dear...simpati dgn kawan u. neway, klu nk berkwn perlu ke nk tunjuk ic? kdg2 mnusia ni plik. hal remah temeh pon jd isu.huh
faridah nazurah said…
haha xleh blah muka mr bean
puteri kasih said…
bila kita fikirkan kesusahan org lain..baru kita akan mensyukuri setiap apa yang kita miliki
adan said…
Aku ada gak kawan yg persis dgn contoh yg di bagi dalam entri ni.. niat belajar terkubur...
Ini Kisah Tia said…
aduina kak .. sedihnya la bhaaa .. hargailah apa yang kamu sudah ada sekarang. jangan sia-siakan cuma untuk perkara yang sia-sia.
d_LA said…
ms skolah dlu ada kwn dla xde mykad, pastu xleh msk MRSM sbb xde mykad..kesian sgt..

Yannn...sht x?hehe..sori sgt dla dh lama x msk cni..bz sgtlah kononnye..
Mario said…
mykad dah rosak tp malas nk g tukau...hehe
Adylia Qarissa said…
cuba bayangkan kita tak ada kad pengenalan...ish!! sape kita?? aduiii..banyak susah tau kalau tak ada kad pengenalan nie ermm..
Kancil 8349 said…
betul tu...kancil mengakuinya...kesian pada mereka yang tiada surat beranak..ada ibu bapa kata ia tidak penting tapi yang jadi mangsa adalah anak2...kesian
Hanie Dew said…
Di sabah mmg ramai bermaslah begini walaupun ibu bapa mmg lahir dan asal dr sabah. tapi kerana penyebaran kesedaran yg tak effektif ramai yang masih bersikap sambil lewa.
ramai je kawan kawan sekolah aku yg bijak pandai tp xdpt ke mana mana sbb masalah dokumen ni.

lagi satu bende ni pernah terjadi pada adik aku.kisahnya, surat lahir dia hilang.so bermasalah bila dia nak apply mykad. nak buat balik kene tunggu cabutan kehilangan, pastu masalah organisasi atau kroni pentadbiran di sabah yang macam apa je. tunggu sampai dua tahun. last last terus buat kad putrajaya tak sampai sebulan terus dpt mykad
Kuih Kosoi said…
thanks pada yg buat entri nie.. sa bdak sabah.. sries cakap aku tak da mykad.. aku dapat status bukan warga koz mak ayah tak de IC.. sa fight untuk diri sendiri nak dapat ic tp smpai umo da 20 taun x dpat... karang aku study kat kl.. amik form 6,, lepas nie aku buntu nak buat apa.. nak apply upu tak de ic.. walau segempak mna pun result kita.. tak de ic buat kita terpenjara d negara sendiri.. T__T
Kuih Kosoi said…
thanks pada yg buat entri nie.. sa bdak sabah.. sries cakap aku tak da mykad.. aku dapat status bukan warga koz mak ayah tak de IC.. sa fight untuk diri sendiri nak dapat ic tp smpai umo da 20 taun x dpat... karang aku study kat kl.. amik form 6,, lepas nie aku buntu nak buat apa.. nak apply upu tak de ic.. walau segempak mna pun result kita.. tak de ic buat kita terpenjara d negara sendiri.. T__T
Aena Sy Sy said…
Saya xkesorgan di sini, ada kawan2 yg juga bermasalah yg sama. Sy pun org sabah. Dan bermasalah IC. Penat berurusan dengan JPN, series, sedih bila org ejek sy PTI @ Pati..rasa nak lekat sijil lahir saya d muka dorg. Adik beradik sy semua warganegara. Semua dah ada haluan masing-masing. Kak sy JPJ, adik masuk Air force...saya???Sedang berjuang dengan JPN ni..Wish luck tuk sy..mudah2an doa kalian boleh membantu...thanks empunya blog. Salam Ceria:)
Aena Sy Sy said…
Senasib dgn sy. Terpaksa pendam hasrat menyambung pelajaran..Kakak & adik2 lain masing2 dah ad hala tuju. InsyaAllah settle IC ni sy pun nak teruskan niat dihati. Terima kasih, entri yg baik..sangat2 memahami. Memang sedih juga bila di ejek, tapi macam sis kata..hanya amalan kita yg membezakan dimataNya.. Salam ceria :)

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …

RESEPI TAUSA KACANG MERAH | CARA BUAT PASTRI RAPUH, SIEW PAU

Salam my readers :)
Kali ni nak kongsi resepi cara buat Tausa atau Siew Pau atau Pastri Rapuh. Ntahlah apa nama sebenar, tengok gambar kat bawah tu ya. Haaa macam masterchef nak kalahkan Dato' Fazley hehe. Ni pun sebab permintaan salah seorang rakan di FB, kesian dia mesti lama sangat dah tunggu, dia request bulan November 2012. Sorry ya sis huhu. Saya lupa dah di mana letak kertas resepi tu, lepas kelas buat Tausa tu, terus lupa letak di mana, maklumlah dah dua tahun berlalu hehe. Godek punya godek, akhirnya jumpa jugak. Ada jugak videonya tapi tak dapat nak upload sebab saiz video besar sangatlah. Saya kongsi resepi jak ya, ni belajar dalam kelas anjuran, entah lupa sudah hihi :)

Resepi Tausa Kacang Merah
Bahan-bahan (1 adunan = 30 biji) :
A) DOH AIR 250g         Tepung gandum -ayak 1 1/2 tbsp Gula 75g           Lemak sayur- Crisco (pastikan lembut) 125ml       Air sejuk (ikut kesesuaian)
B) DOH MINYAK 185g   Tepung gandum -ayak 120g   Lemak sayur- Crisco 1 tsp   Garam
Inti : Guna i…

TIPS MENJAGA KUCING SAKIT

Assalamualaikum dan hello :)
1. Hari ini sabtu, dah tiga minggu berturut-turut cuti hari sabtu. Rasa bosan pulak tak pergi kerja. Tak pergi mana-mana pun, duduk rumah layan kucing, kemas apa yang patut di rumah dan layan internet. Wohaa mungkin segelintir orang akan cakap "boring nya life perempuan ni. Orang lain hujung minggu keluar jalan-jalan tengok wayang ke uhhhaa uuhaaa la dengan pakwe ke member ke". Entahlah, mungkin sebab tak minat, malas nak jalan, ramai member dah kawen dan memang tiada buayafriend. HAHA
2. Sebenarnya nak cerita pasal kucing sakit. Nampak dalam gambar tu? Itu namanya Si Kuning, kadang-kadang panggil Si Meow jugak. Si Kuning menangis dalam gambar tu, sekarang dia demam selesema. Kesian sangat. Dah bagi makan antibiotik tapi tiada perubahan. Semalam dah bawa pergi klinik vet, doktor dah bagi makan ubat juga. Harap-harap cepat sembuh. Kalau nampak kucing kamu lemah semacam, kurang aktif dan bersin selalu, cepat-cepatlah bawa pergi klinik. Kalau masa …