Skip to main content

RESOLUSI MEJA BULAT PTPTN (IMPLIKASI PEMANSUHAN PTPTN)


Salam & hello my readers,
Seperti yang digembar gemburkan sebelum ini tentang isu pemansuhan PTPTN oleh pihak berkaitan, bagi pendapat saya ianya adalah sangat tidak rasional & tidak relevan. Kita di Malaysia bukan semuanya mampu untuk membiayai pengajian sendiri. Memanglah agak sakit untuk membayarnya semula, tapi peminjam haruslah bertanggungjawab membayarnya semula untuk memberi peluang kepada adik-adik yang baru nak melanjutkan pengajian tapi memerlukan pinjaman. Lagipun, kalau semua benda nak free, nak senang saja, berkemungkinan besar tiada motivasi untuk terus belajar. Kenapa saya cakap camtu? Yalah, dah semuanya senang. Jadi malas la jawabnya. Tertarik dengan pendapat Ariff Shah tentang Implikasi Pemansuhan PTPTN, Pemansuhan PTPTN 2 dan Ahmad Wafi dalam artikelnya Pemansuhan PTPTN dan Pendidikan Percuma .
"Tekanan (stress) dan ketakutan (fear) adalah sesuatu yang boleh memotivasikan diri. Takut dengan keadaan masa depan yang gelap dan hidup dalam kemiskinan akan memberikan tekanan kepada diri seseorang, seterusnya menjadikan dia seorang yang kuat berusaha untuk mengubah nasibnya. Fear is a strong thing." (sumber: Ariff Shah)

"Kita perlu ingat bahawa kerajaan juga turut memberi subsidi kepada rakyat dalam pelbagai sektor selain sektor pengajian tinggi seperti kesihatan, bahan mentah dan lain-lain lagi. Negara maju seperti Amerika Syarikat, Britain dan Australia juga mengenakan yuran terhadap pelajar universiti.Kita seharusnya ingat bahawa sifat pinjaman PTPTN, ia bukan diwajibkan untuk diambil tapi ia adalah pilihan. Sekiranya pelajar berjaya mendapat Ijazah Kelas Pertama maka ia boleh ditukar menjadi biasiswa, bermaksud tidak perlu membayar semula pinjaman PTPTN." (sumber: Ahmad Wafi)
Dipetik dari Panglima Perang Cyber via Tun Faisal dot com

11 Resolusi #mejabulatPTPTN Selepas Dua Hari Bincang @mejabulat_PTPTN cc @NajibRazak @KhaledNordin @Khairykj

10-11 april 2012

"Setelah berbincang berhujah dan meneliti fakta-fakta yang ada serta sesi sindiket yang dilakukan bersama-sama ptptn maka kami ahli-ahli meja bulat dengan ini sebulat suara memutuskan bahawa ptptn hendaklah dipertahankan kewujudannya serta menambahbaik fungsinya bagi penjamin kelangsungan agenda pendidikan dan pembangunan negara. Dari itu kami berpendapat :..."

Dari aspek pinjaman

1. Mejabulat mencadangkan bayaran perkhidmatan 1% yang dikenakan keatas peminjam PTPTN dimansuhkan

2. Bagi menampung keperluan kos pengurusan PTPTN mejabulat mencadangkan agar kerajaan menyediakan dana dibawah perbelanjaan mengurus tahunan atau mendapatkan tajaan daripada GLC dan syarikat-syarikat utama dalam negara

3. Skim insentif pertukaran pinjaman kepada biasiswa yang di berikan kepada pelajar cemerlang hendaklah dihentikan atau dikaji semula menggunakan mekanisma yang lebih rasional bagi memastikan keadilan kepada semua peminjam disamping mengelakkan hakisan dana ptptn yang berkonsepkan pinjaman

4. Kemudahan pinjaman PTPTN juga hendaklah dipanjangkan kepada pelajar-pelajar yang menyambung pelajaran mereka diluar negara khasnya ditimur tengah

5. Pinjaman bagi peminjam dari Sabah dan Sarawak untuk belajar ke semenanjung dan sebaliknya hendaklah meliputi harga tiket penerbangan 2 kali setahun

Dari aspek pembayaran

6. Rombakan terhadap sistem bayaran balik pinjaman hendaklah dilakukan dengan mengambil kira perkara-perkara berikut :

1. Bayaran pinjaman mula dibuat apabila peminjam telah berkhidmat melebihi 6 bulan atau telah mempunyai pendapatan rm3000 keatas yang mana terkemudian bagi menjamin tempoh kelegaan peminjam.

2. Kaedah bayaran balik hendaklah dikaji semula dengan mengambil kira mekanisma pembayaran seperti kwsp dan lhdn disamping kemudahan pembayaran melalui sistem e-payment sedia ada.

3. Insentif pelepasan cukai diperkenalkan kepada majikan-majikan yang bersedia menjelaskan bayaran ptptn pekerja mereka.

4. Kaedah menyenarai hitam peminjam yang menyebabkan kebebasan peminjam seperti urusan keluar negara atau membuat lain-lain pinjaman hendaklah DIMANSUHKAN.

Dari segi tabungan SSPN

7. Kerajaan hendaklah menyalurkan dana RM100 yang diperuntukkan kepada murid-murid sekolah terus kepada ptptn bagi tujuan pembukaan akaun SSPN

Dari aspek komunikasi

8. Peminjam dan PTPTN hendaklah melaksanakan upacara akad untuk memastikan peminjam sedar bahawa pinjaman PTPTN perlu dibayar semula

9. PTPTN hendaklah melaksanakan promosi dan menyebarluas segala maklumat yang tepat kepada peminjam dan masyarakat agar kefahaman terhadap fungsi dan kedudukan ptptn dapat difahami

10. PTPTN hendaklah menggunakan secara maksima media baru agar segala aktiviti promosi dan penyebarluas maklumat akan lebih berkesan

11. PTPTN perlu bersedia untuk menyediakan pinjaman bagi sara hidup seandainya kerajaan memutuskan untuk memberikan pendidikan percuma di peringkat pengajian tinggi

POTPETPOTPET: Sebelum mengutarakan sesuatu pendapat, haruslah berfikir pro dan kontranya. Jangan lupa kongsikan. Jangan lupa bayar hutang PTPTN :)

Comments

alhmdulillah..hutang tros berbyr..hiih.
Anum said…
thanks for info
wahida said…
dorang tu dah takde idea lain kot...ada ke diusulkan pemansuhan PTPTN ni...alahai...
merahitujambu said…
setuju sama sekali dgn pendapat awak..kerajaan dh jalankan tangungjawap dia..jadi kita pon kena jlnkan tagungjawap kita membayarnya
hani apandi said…
mek sik tau nak komen apa tentang ptptn tok.kadang2 mcm ptptpu da juak hehe.aria ny da mdh sp dpt first class dgree d mansuhkan tpi mcm sik jak uhuuu
salam kunjungan, nasib baik tak pernah amik ptptn ni...

tentang sms free tu, no, tepon kita tak perlu ditulis cuma no.tepon org yg kita nk hantr tu je tulis... sy dah cuba dan menjadi. nanti sy taruk gmbrnya dlm entri terbaru...
azzey said…
PTPTN Klu dimansuhkan mmg susah jg rasanya..:(
cIk JanNah said…
pada jannah ptptn mmg harus dimansuhkan dan kerajaan seharusnya bertanggungjawab sepenuhnya keatas pendidikan masyarat malaysia. kalau tgk banyak negara luar, yang mana negara mereka tak mengenakan bayaran pon utk penduduk mereka belajar hingga ke peringkat ijazah. kenapa malaysia tak nak ikut cara mcm tu kan?

just my opinion :)
Nbip Amy said…
betul,xbaik gak dibagi free semua,memangla sangat suka dpt bnda free tp bab isu nie xboleh gak free.kne fkir kos lepas dia dlu,hihi....
Denaihati said…
jika pinjaman PTPTN dimansuhkan adakah pinjaman dgn nama lain sebagai ganti, kalau gitu lebih baik xperlu digantikan, hanya baiki mana2 yg rasa kurang.
J.Syazwana said…
rakyat malaysia ni terlalu manja. semua nak free. apa yang kerajaan buat semua tak kena. kalau semua yuran free student akan belajar sambil lewa. jangan tiru negara luar sebab dorang bagi yuran free tapi cukai mahal. sama je. rakyat malaysia kene belajar bersyukur. kerajaan banyak bagi subsidi. saya pernah share kat blog pasal rakyat cambodia yang miskin. kenapa? sebab taraf hidup terlalu tinggi. lagi susah dari malaysia. orang malaysia tak tahu sebab dorang tak tengok negara luar. tahu nak complain saje. bayangkan dorang jadi PM. buat tu tak kene buat ni tak kene. nak puas kan hati semua rakyat malaysia ni susah. kalau semua benda nak free alamat lingkup lah kerajaan.

kan dah terpanjang.
hik hik
:)
adan said…
sana sini isu ptptn.. sampaikan fb aku kena tag pasal benda ni..
Anonymous said…
http://semutmalaysia.blogspot.com/2012/04/soal-jawab-ptptn-penerangan-lengkap.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+SemutDanPapanKekunci+%28semut+dan+papan+kekunci%29&utm_content=FaceBook
Ezad Skytech said…
haihh...tak tahu la apa yg difikirkan pihak yg berkaitan tu..nak mansuhkan PTPTN..lagi2 dekat nak PRU-13 ni..banyak effect lain nanti..mcm da desperate sgt je..takde idea yg lebih bernas lagi ke?

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …