Skip to main content

MANGKUK TANDAS: KENCING BERDIRI? BERAK MENCANGKUNG?

Salam & hello my readers,
Hari ni awak dah buang air besar tak? Dengan kata lain yang agak comel, awak dah 'beol'? haha. Tak senonoh cerita pasal tu dalam blog ehh? Elehh padahal semua pun buang air besar. Lagi bagus kalau awak buang air besar tu setiap hari pagi-pagi. Betul, tak tipu. Makanan semalam yang tak diperlukan dalam badan, awak tak buang? Tu yang jadi toksin dalam badan tu, usus pun jadi sakit. Tak nak sentuh pasal cara pemakanan dan piramid makanan bla bla bla tu, sebab semua pun sedia maklum kan? Ni nak cerita pasal mangkuk tandas. Boleh?

sumber gambar: Carian Google
Sebelum cerita pasal mangkuk tandas, nak cerita pasal cara betul buang air besar. Lebih baik duduk mencangkung daripada duduk masa buang air besar. Sebab, cuba rujuk dalam gambar rajah di atas tu. Tengok perbezaanya semasa duduk dan mencangkung. Kalau duduk, najis tak keluar habis. Kalau najis tak habis keluar, apa akan jadi? Ikut sunnah, masa mencangkung tu, mengiring sedikit ke kiri atau tekan bawah perut sebelah kiri kalau rasa-rasa najis tu degil nak keluar. Mengiring ke kiri memudahkan najis tu keluar dengan lancar tanpa tersekat-sekat.

Kalau buang air kecil pulak, lepas habis kencing tu, bagi yang lelaki tu, silalah berdehem-dehem 3 kali dan yang perempuan, mengurut bahagian bawah perut (bawah pada pusat). Ini kerana untuk memastikan tiada sakibaki air kencing yang tertinggal. Nanti bila dah ambil wuduk, ada pulak terkeluar sikit air kencing. Tak ka menyusahkan lagi nak ambil semula wuduk, kan? Yang perempuan tu, janganlah kencing berdiri. Tak elok lagi  tak sopan. Yang lelaki tu pun seeloknya duduklah juga masa kencing tu. Hilang macho ehh kalau kencing tak berdiri? Kecualilah berlaku keuzuran, so diharuskan untuk kencing sambil berdiri.

Masa godek-godek baca entri Fatin Liyana trip to Korea, terjumpa gambar mangkuk tandas canggih tu. Bestnya mangkuk tandas di tandas Airport Incheon tu siap ada plastic cover. FL cakap setiap kali flush, plastic cover tu automatik akan bertukar. Canggih wooooo haha. Bagus untuk mengelakkan geli-geli. Tandas melambangkan keperibadian seseorang, setuju?

sumber gambar: Carian Google
Wahhh bestnya kalau ada mangkuk tandas pink cun macam ni. Konfem rela duduk lama-lama membuang apa yang patut haha. Kalau ada bajet lebih nanti Insya'Allah nak renovate tandas di rumah hihihihi. Paling tak suka tandas kotor, membebel sendiri di rumah sambil gosok tandas haha. Geram sebab kotoran degil  di lantai tu susah betul nak tanggal. Benci. Ehemm, jangan lupa tutup kepala kalau nak pergi buang air besar, okey? Nanti tak pasal-pasal, awak buang najis di bawah, syaitan bertenggek di atas membuang najis di kepala awak..yayyyyyyy !

must read: RESOLUSI ISU PTPTN. PATUT MANSUH ATAU TIDAK?

Comments

owh gtu ea..

kena cgkung ajela pasni.. kdg2 ada pykit yg xleh nak duduk mcgkung..=)

besh dpt tndas yg leh tukar plastik tu..
Anum said…
masuk tandas kena tutup kepala
J.Syazwana said…
tahu takpe. paling benci toilet kotor. tapi toilet kat rumah duduk punya. tak boleh nak mencangkung. huhuhu
Fadzmie Mohamad said…
Berdehem 3 kali? Serius baru tahu ni fakta ouh. Haha.
yang jelas, kebersihan DIUTAMAKAN. weee
ABU said…
aku pun tiap pagi akan berak.. otomatik.. kalau kengkabut sngt tak sempat berak di rumah aku berak di opis hahahahaha


masalanya aku suka berak yg duduk tu.. unless kat opis atau di tandas public.. mmg geli geli hahaha

btw, osem gila mangkuk tandas dia.. tetuar sendiri ka plastik tu.. hebat la..:D
intan.maisarah said…
hobi saya cuci tandas.
eh.
:)
Juliet_iRa~" said…
hihi bagusnya entry ni..br tau psl kedudukan lubang najis tu bla duduk n cangkung..huu

kita kalo kat rumah mmg tandas cangkung tp prob bla g hotel..ptt bla sll kat hotel rs xmo buang air besar..haha..pndai gak dia memilih..;p

y lain smua btol..tutup kepala pnting!:D
RazFiRa said…
hehehe.. skrg mmg lebih selesa buang air besar sambil duduk.. dpt berfikir sejenak. kakaka
faiz fakhirin said…
waaaa...cunnya tandas tu...pink pink pinker gitu
eva said…
hahahha.. rela dok lamak lam jamban mun rupa kedak rumah hahha..

kmk d tadika eyh, asal mek ngga student mek kluar dr jamban mesti mek tyk dolok " udah flush tek lekak kemeh"? tp in english lah.. ahaha. kmk nang mok ajar cdak flush lekak makey.. x suka cdak nya tinggal gya2 jak. kmk nang strict hal ya haha
aReLaN said…
dulu dok jepun,rela beli washlet camtu sebab toilet kat jepun kering,takde paip air.nak pakai tisu tak sanggup.beli gak la walaupun cecah rm1000.hohoho..time kasih berkongsi.tapi lenguh la mencangkung.hmmm
Mr.Clive said…
ok.firstly thanks laa sebab kongsi ni... :)

gambar tandas tu,banyak nyerrr toilet paper!wah wahhh
FiZ said…
Toilet cantik tp xde pili air..cmne...huhu...;p
Kancil 8349 said…
cantik gambar terakhir cantik...tapi memang ndak suka tandas macam nie...
AmirFX said…
Kiut juak upa tandas kat korea... Ya nang kompom nyaman nak buang hajat.. haha..
Bui Junaidi said…
KMK MUN TANDAS KOTOR PANDEY MADOT RASA NAK BERAK..TANDAS NAK LAST YA KACAK ADA JAK EH..DAPAT TIDUR DLM YA..HIHIHI
Ini Kisah Tia said…
wahh .. canggihnya kak tandas yang si FL pergi tu .. hehee .. Tia memang selalu tutup kepala kalau pi tandas :D
xila riston said…
nk mangkuk tandas helo kitty...swwet kann macam ruang peribadi ;p
Ezad Skytech said…
jamban duduk ni tak feeling...oppss...haha..
iPai said…
kalau gitu cangkung atas jamban duduk r .. hehehe
Zie Madini said…
psstt...nasib bait tandas umah mek jenis old fashion (mencangkung)...hehe. btw, tandas pink ya nk ruget la. cak da jak.
Anonymous said…
Cmne prmpuan nk buang air kecil klu mgkuk tnds dduk tu..

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …