Skip to main content

JANGAN MENGUNGKIT, SEMUA ORANG BERUBAH.

sumber: tumblr pictures
Salam & hello my readers,
Awal pagi tadi tengok rancangan Bersama Dato' Dr Hj. Mohd Fadzilah (DMFK) di Astro Oasis. Walaupun rancangan tu dah banyak kali berulang tapi tak jemu nak nonton sebab banyak input yang kita perolehi. Pagi tadi DMFK bincang topik berkaitan penceraian. Ada juga terselit tentang tips jaga hubungan dengan pasangan. Perkara paling penting dalam tips menjaga hubungan dengan pasangan, khususnya bagi yang sudah berumahtangga ;
  • Jangan sesekali atau suka mengungkit perkara yang sudah berlalu
  • Jangan suka cari siapa yang salah, tapi cari apa yang tak betul tu dan sama-sama betulkannya
  • Banyakkan memberi, kurangkan meminta. Contohnya dari aspek kasih sayang mahupun perkhidmatan
  • Saling bermaafan. Selain selepas solat, cuba praktikkan setiap kali sebelum tidur, minta maaf dengan pasangan masing-masing.
  • Selain berdoa untuk kebahagiaan diri sendiri dengan pasangan, banyakkan juga berdoa untuk kesejahteraan dan kebahagiaan pasangan yang lain. Kalau kita rajin doakan orang lain, malaikat juga tidak jemu mendoakan kebahagiaan kita dan seluruh ahli keluarga kita.
sumber: tumblr pictures
Ada juga soalan SMS dari penonton minta pendapat DMFK, dan saya tertarik dengan persoalannya. Soalan tersebut kiriman dari seorang wanita. Wanita tu bertanya, apa yang perlu dibuat kalau lelaki yang suka sangat menipu, sudah berkali-kali menipu dan sudah banyak kali diberi peluang untuk berubah tapi masih juga dengan sikap menipunya. Jawapan DMFK, lelaki yang suka menipu, imannya lemah. Kalau dah bagi peluang banyak kali tapi masih juga menipu, lebih baik tinggalkannya. Dalam status masih berkawan sudah tunjukkan sikap menipu, macam mana nak jadi imam keluarga? Begitu juga sebaliknya, bukan lelaki saja. Sekali kamu menipu, selamanya orang akan ingat perbuatan kamu.

Tertarik dengan kata-kata DMFK, Jangan mengungkit, semua orang berubah. Betul tu. Setiap orang mampu berubah, tapi janganlah diungkit lagi kesilapannya yang lalu. Bukankah akan melemahkan semangatnya untuk berubah? Bagaimana orang nak berubah kalau asyik diungkit keburukannya yang lalu? Makanya, demi kebahagiaan bersama, janganlah mengungkit perkara yang sudah lepas. Memanglah hakikatnya kita takkan pernah lupa perkara tersebut, tapi cubalah untuk tidak mengungkit. Sedia maklum, kita memang boleh memaafkan, tetapi mustahil untuk melupakannya. Jadi hormatlah keputusan orang kalau orang tidak mahu hidupnya diganggu lagi, kemaafan memang sentiasa ada tetapi untuk melupakannya adalah sesuatu yang amat mustahil. Past is past, right? Pandanglah ke hadapan dan mulakan hidup baru :)

sumber: tumblr pictures
Lately banyak post jiwang? Entri tentang cinta tak semestinya jatuh cinta. Tapi rasa sweet kalau dapat kongsikan salah satu perkara penting dalam setiap kehidupan manusia. Cuba buka minda kamu. Jangan sempitkan pemikiran, bila nampak post tentang hubungan, terus cakap ahhh itu jiwang. Tidak. Perkara itu universal. Adakah kamu mengelak darinya? Elaklah selagi mampu, memang tak boleh lari punyalah. Betul tak awak?

*Awak, thanks for being a part of my life :)

Comments

Anum said…
bagus kan tips2 dan nasihat dia
yui pon tgk pg td..wlau berulg tp besh..byk ilmu kt dpt..
p/s: yerke?? yui bru tau ni..hihi..lau ada yg komen camtu gak,ada mslh la tu kot kan.
Cik Amni said…
nice one!

EHEM.. dah ada AWAK eh.. =D
shiema sufian said…
Shiema tak pernah tengok pon sbb kat sini takde TV, bwt ape yg sheima tengok skrg org suka mengungkit. Tak elok kan mengungkit ? Dosa. Lagipun hubungan pon tak akan bahagia
J.Syazwana said…
betul3.
nak berpasangan yang penting kene matured. hihihi
dan juga kene selalu bertolak ansur ;)
merahitujambu said…
JATUH CINTA PON APA SALAHNYA..xd
adan said…
nampak sgt la tak ikhlas dgn perhubungan bila suka mengungkit.. tak baik..
eva said…
oke awak. ahhahaha
deng.. mek suka entri tok.. seyes.. tba2 suka.. yalah pasal byk isu nektok bh.. mena pdh dato fadhzilah .. kmk suka dgr nya pun ceramah.
FiZ said…
suka entry ini :)

mengungkit memang tak elok..tambah2 jika seseorang tu ingin berubah ke arah ke kebaiikan.
intan.maisarah said…
semua orang berubah

:)
Juliet_iRa~" said…
bagus entry ni..:)

kita sbg manusia mmg xlari dr buat silap...kalo terungkit blh dimaafkan tp kalo sengaja buat sbb nak sakitkan hati mmg xbaik la..wuuu..

camne la psgn tu nak berubah kan..smgt pn jatuh bila kesalahan dia diungkit berkali2..

amik pgajaran..:)
xila riston said…
suka dgr lagu cinta bkn bemakna jtuh cinta kan...? heee
Linz Shopee said…
setiap pasangan ni akan melakukan kesalah..tp bila nk berubah tu jangna di ulang kesalahan yang sama.tp seandainya dah minta maaf dan mellakukan kesalah yang sama ..pada saya itu dah berlainan..tapi apapun ya ...jangan sukan mengungkit sesuatu yang dah lepas...

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …

RESEPI TAUSA KACANG MERAH | CARA BUAT PASTRI RAPUH, SIEW PAU

Salam my readers :)
Kali ni nak kongsi resepi cara buat Tausa atau Siew Pau atau Pastri Rapuh. Ntahlah apa nama sebenar, tengok gambar kat bawah tu ya. Haaa macam masterchef nak kalahkan Dato' Fazley hehe. Ni pun sebab permintaan salah seorang rakan di FB, kesian dia mesti lama sangat dah tunggu, dia request bulan November 2012. Sorry ya sis huhu. Saya lupa dah di mana letak kertas resepi tu, lepas kelas buat Tausa tu, terus lupa letak di mana, maklumlah dah dua tahun berlalu hehe. Godek punya godek, akhirnya jumpa jugak. Ada jugak videonya tapi tak dapat nak upload sebab saiz video besar sangatlah. Saya kongsi resepi jak ya, ni belajar dalam kelas anjuran, entah lupa sudah hihi :)

Resepi Tausa Kacang Merah
Bahan-bahan (1 adunan = 30 biji) :
A) DOH AIR 250g         Tepung gandum -ayak 1 1/2 tbsp Gula 75g           Lemak sayur- Crisco (pastikan lembut) 125ml       Air sejuk (ikut kesesuaian)
B) DOH MINYAK 185g   Tepung gandum -ayak 120g   Lemak sayur- Crisco 1 tsp   Garam
Inti : Guna i…

TIPS MENJAGA KUCING SAKIT

Assalamualaikum dan hello :)
1. Hari ini sabtu, dah tiga minggu berturut-turut cuti hari sabtu. Rasa bosan pulak tak pergi kerja. Tak pergi mana-mana pun, duduk rumah layan kucing, kemas apa yang patut di rumah dan layan internet. Wohaa mungkin segelintir orang akan cakap "boring nya life perempuan ni. Orang lain hujung minggu keluar jalan-jalan tengok wayang ke uhhhaa uuhaaa la dengan pakwe ke member ke". Entahlah, mungkin sebab tak minat, malas nak jalan, ramai member dah kawen dan memang tiada buayafriend. HAHA
2. Sebenarnya nak cerita pasal kucing sakit. Nampak dalam gambar tu? Itu namanya Si Kuning, kadang-kadang panggil Si Meow jugak. Si Kuning menangis dalam gambar tu, sekarang dia demam selesema. Kesian sangat. Dah bagi makan antibiotik tapi tiada perubahan. Semalam dah bawa pergi klinik vet, doktor dah bagi makan ubat juga. Harap-harap cepat sembuh. Kalau nampak kucing kamu lemah semacam, kurang aktif dan bersin selalu, cepat-cepatlah bawa pergi klinik. Kalau masa …