Skip to main content

GOOD FRIDAY WITH FIFFY, DYAN, & AKUDIA PICTHOGRAPHY

Salam & hello my readers,
Rasa sangat heaven kalau dapat cuti. Masa cuti Good Friday lepas, temankan Fiffy dan Dyan pergi photoshoot. Bangun awal pagi sebab janji dengan team AkuDia Picthograpy jam 7 mula, tapi sampai lambat. Makanya, Fiffy dan Dyan didenda tak boleh sarapan dulu, kesian hehe.
Inilah kawasan photoshoot kali ni. Sebelum ni pernah temankan Fiffy photoshoot di Tanjung Aru Beach. Ini kawasan padang luas bersebelahan Alam Mesra, depan UMS. Memang cantiklah kawasan ni untuk photoshoot. Ada lebih kurang 6 orang photographer. Saya jadi pemerhati saja hehe.

Fiffy Khazrina dan Dyan. Kesian kena denda, siapa suruh lambat hehe.

Gambar ni saya yang ambil. Lawa tak? Lawa kan? kan3? hehe. Mesti puji okey.

Di Suria Sabah, walaupun tak cukup ketinggian, nak jugak bergambar dengan si Dyan. Tinggi sungguh !!


Yang sebelah kiri tu si Nona, owner AkuDia Picthography. Kira dia & tunangnya lah orang kuat setiap kali photoshoot. Ini kali kedua saya jumpa pasangan yang punya minat dan hobi yang sama dalam photography. Sebelum ni, Kak Nadiah owner Arvish Studio, photographer masa my outdoor konvokesyen photoshoot. Sangat sweet bila pasangan tu punya minat dan hobi yang sama. Serasi gitu, boleh kongsi cerita yang diminati bersama-sama hehe. Sis Nona, saya booking kamu jadi kami punya photographer untuk wedding yaa..tapi tak tau bila, berangan lebih hua3. Next entry saya kongsi gambar-gambar dari AkuDia Picthography okey?

Comments

Anum said…
cantiknya gambar2
Blossom Heart said…
santeknya model2 kita neh..sweet, xsbar tggu pic next..:)
gmbr cntik,model pon cantik!!
amy1906 said…
wah nak boking dia lah yan,hihi...
aimie amalina said…
huwaaaa
hueaaaaaa
kemain akak sy ni ye :))
merahitujambu said…
tinggi dia tu berapa??
Bui Junaidi said…
NANG PANDEY KTK AMBIK GMBR..KACAK AIH
sizuka[Izzati] said…
wahhh photoshoot model model nih.heee~
Edy Fee said…
tempat cun model cun editing cun
puteri kasih said…
gambar-gambar yang sangat sweet :)
ABU said…
rindu kawasan kawasan di sabah.. last gi jalan jalan tanjung aru bagai masa GEMS ari tu.. best la kan..:)
Kancil 8349 said…
kenal tempat gambar belukar nie kalau tidak silap....tanah milik Yayasan Sabah...antara Kompleks Pejabat Persekutuan dengan Bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah...ternampak bangunan Yayasan Sabah
EYFAalias said…
cantiknya gambar :D
faridah nazurah said…
cantiknya korang nih!!! jeles la!
aReLaN said…
memang cantik dan menarik.my girl memang minat fotografi tapi saya langsung tak minat.hahahaha...kadang-kadang berbeza ngan pasangan pon ada kelebihan dia.baru ada kepelbagaian. :P
IntaNBerliaN said…
gambar yg last tu cantiklah :-)

btw, salam kenal jugak...
AmirFX said…
Best mun ada pasangan sama minat.. Sik perlu pikir gik apa yang diminat oleh pasangan... haha..
~SaL IjOu~ said…
harus syok jumpa pasangan yg punya minat yg sama~ ^^
[sutera kasih] said…
@merahitujambu:
dlm 170+ camtu la..tinggi kan?
[sutera kasih] said…
@ABU:
bah, kalo ko turun KK, jgn lupa sound2 ya, jmpa kta gathering hehe
[sutera kasih] said…
@Kancil 8349:
yup..mungkin, sy pun krg pasti tanah milik siapa huhu
[sutera kasih] said…
@aReLaN:
berbeza minat pun ada kelebihan jgk, blh kongsi2 minat masing2 :)

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …