Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2012

YUNA - THE SPARKLE PROJECT

Salam & hello my readers, Yeahhh, Monday Blues yang sedikit happy sebab esok 1 Mei 2012 Labour Day. Tiada elektrik dari jam 3.30 am semalam sampai ke pagi. Kepanasan orang Sabah hari ini. Pergi kerja dengan baju yang tak berseterika, sabar sajalah haha. Tutup topik tiada karan tu, entahlah kenapa semalam tu dari area Beaufort, Papar sampai ke Kota Kinabalu tiada karan. Ni mau kongsi cerita pasal si Yuna. Mungkin ada yang sudah tahu dan tidak. Tapi nak kongsikan juga sebab saya minat lagu-lagu Yuna dan kagum dengan semangat Yuna. Kagum dengan semangat Yuna yang mengembangkan karier muziknya nya hingga ke LA. Antara rancangan televisyen yang menceritakan perjalanan hidup Yuna iaitu Astro Hitz Yuna Inspired dan Yuna Bintang Di Langit di Astro Ria. YUNA sebelum ni terkenal dengan lagu Dan Sebenarnya (Oh Bulan),  sebelum ni dilantik sebagai Duta Canon, baru-baru ni sudah pun dilantik sebagai Duta Samsung Galaxy Note. Video klip untuk lagu baru Yuna, iaitu lagu Sparkle dikatakan menjalani…

UNTUK DIA

sumber gambar: Kfzoom.blogspot.com VIDEO UNTUK DIA -SLEEQ ft NAJWA LATIF sumber: http://youtu.be/wHUhHYxWWhE Sleeq ft Najwa Latif : Lirik Lagu “Untuk Dia" [Sleeq]
Kuatkan radio, kuatkan radio anda
Kuatkan radio, kuatkan radio
Aku yang patut, yang patut
Memberinya segala
Kerna aku mampu
Ya aku mampu
Melakukan apa-apa saja
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Dia penuh gaya, semuapun nak bayar
Memang selalu belanja
Mungkin anak orang kaya
Kadang kala pabila
Dia ke Singapura
Tak duduk rumah saudara
Dia inginkan Shangrila
Bertemu di Facebook
Beberapa hari kemudian
Mungkin gua comel kot

Ajak ku jumpanya di KL, Ooh KL
Oh lupa bilang gadis ni KL
Tak cakap kosong dia memang begini
Akhirnya dapat tahu dia punyai lelaki
Lelakinya pula kan bawa Mercedez
Apa saja dia minta dia memberi tetapi
Aku yang patut, yang patut
Memberinya segala
Kerna aku mampu, ya aku mampu
Melakukan apa-apa saja
Un…

SEGMEN: BUKU AWESOME TERBAIK

KLIK UNTUK JOIN SEGMEN : BUKU AWESOME TERBAIK Salam & hello my readers, Sempena Hari Buku Sedunia dan memandangkan sekarang bermulanya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012, dengan senang hatinya nak join segmenMars_Green sebab boleh berkongsi sesama blogger dan readers tentang buku yang terbaik untuk dibaca. Kalau nak diikutkan, ada banyak lagi senarai buku yang awesome. Ini antara buku yang terbaik pernah saya baca. Pantang ada duit lebih, mesti nak beli buku. Tapi sekarang, macam kurang dah hobi tu, haishhh rindu buku.
Banyak buku dah saya baca, antaranya Dalam Mihrab Cinta, Benarkah Iskandar Bukan Zulkarnain, Diari Sufi, La Tahzan,  Bidadari Syurga, Koleksi Saiful Islam ; Bercinta Sampai Ke Syurga dan Murabbi Cinta (Aku Terima Nikahnya belum sempat beli huhu) dan banyak lagi. Semua buku dalam bahasa Melayu, kesiankan belum pernah baca habis buku dalam bahasa English hihi. Okey, antara buku yang saya dah berulang kali baca dan tak membosankan, sebab banyak pengajaran dan ma…

RENUNGAN BERSAMA SEBELUM

sumber gambar: Tumblr Pictures sumber gambar: Tumblr Pictures sumber gambar: Tumblr Pictures Salam & hello my readers, 'Kita sentiasa MUDA untuk melakukan DOSA, tetapi kita tidak pernah TUA untuk berTAUBAT'. Sebelum berkata-kata, gunalah otak. Sebelum bertindak, fikir dulu kesan positif negatif. Sebelum mengucapkan sesuatu, fikir dulu sama ada ianya akan menyakiti hati orang atau tidak. Sebelum beri pendapat, cuba terima pendapat orang lain dengan hati yang terbuka terlebih dahulu. Sebelum rasa orang ini orang itu tidak bagus, fikir dulu cukup baguskah diri kamu?. Sebelum menilai orang lain, nilai diri sendiri terlebih dahulu. Dengan kata lain, cermin muka diri sendiri dahulu. Sebelum mengata orang, fikir dulu apa perasaan diri kamu kalau kena macam tu? Sebelum kamu rasa mahu dihormati, hormatilah orang lain terlebih dahulu. Sebelum mahu orang lain berubah, ubah diri kamu terlebih dahulu. Bah, sama-samalah kita beristighfar pagi-pagi ni dan muhasabah diri.
Tag:Gambar Kaligraf…

PUNCA CURANG, KENAPA?

sumber : Jeansbean Tumblr Salam & hello my readers,
Macam lama tak blogging pasal hati dan perasaan, ceahhhh. Sangat sengal kan kamu dulu label blog ni Dr Love la, Blog Jiwang la haha. Maklumlah masa tu jiwa agak ting tong, jadi itulah cara mengubatinya. Tips putus cinta tu, bah cepat save dalam buku nota cinta kamu hehe. Pernah baca Blog Jiwa-Jiwa? Memang kagum dengan gaya penulisan empunya blog. Setiap topik dan isu yang dia bincangkan, memang terbaiklah dan nampak rasional. Terkesan di hati lepas membacanya.
Tertarik dengan satu artikel ni, rasanya memang sangat bermanfaat untuk individu yang suka sangat curang. Sesuai juga dibaca oleh insan yang putus cinta sebab dicurangi. Tapi, paling sesuai untuk orang yang dah ada hubungan halal. So, nak kongsikan beberapa point dari artikel Blog Jiwa-Jiwa iaitu Mengapa Curang Itu Menjadi Pilihan. Inspired by Blog Jiwa-Jiwa, dihuraikan sikit oleh SKY teeheeee.
1. Sudah menjadi kebiasaan dan tabiat (habit) Mungkin orang jenis ni paling pelik di …

BLACKBERRY PORSCHE P'9981

Salam & hello my readers, Sekarang ni mostly tengah demam gadget. Masing-masing nak beli new & the latest gadget. Especially smartphone &tablet. Tak kira ada duit atau tidak, sanggup tu ikat perut nak beli handphone canggih hehe. Nak Samsung Galaxy Tab la, Samsung Note la, Ipad la, Iphone la, Blackberry la, Xperia la, HTC la, Nokia Nseries la blablablabla. Tak kira tua muda, semuanya dah advance, maklumlah bolehlah bersosial sesama rakan dalam Facebook & Twitter tak kira masa dan tempat. Jom tengok ciri-ciri yang terdapat dalam Blackberry Porsche, nampak eksklusif kan? Wowwww bestnya kalau ada sebijik hehe. Porsche Design P´9981 Smartphone from BlackBerry®.
GENERAL
2G Network GSM 850 / 900 / 1800 / 1900
3G Network HSDPA 850 / 1900 / 2100

BODY
Dimensions 115 x 67 x 11.3 mm
Weight 155 g
Keyboard QWERTY

DISPLAY
Type TFT capacitive touchscreen, 16M colors
Size 640 x 480 pixels, 2.8 inches (~286 ppi pixel density)
Multitouch Yes
- Optical trackpad

SOUND
Alert types Vibration; P…

KISAH CINTA YANG MENGINSAFKAN

sumber : Tumblr Pictures Salam & hello my readers, Sekadar berkongsi dua artikel yang menyentuh hati dan buat diri berfikir tentang kelemahan diri. Buat diri teringat tetang dosa silam. Ya Allah, lemahnya diri ini, betapa hinanya diri ini, tipisnya iman kami, zalimnya diri ini. Maafkan diri ini. Terima kasih menerima diri ini seadanya. Terima kasih Ya Allah kerna bagi kami kesedaran dan kesempatan untuk berubah. Allah itu Maha Adil, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Renungan pertama :
Nak berkata sesuatu tetapi tak terluah sebab teringat ayat dalam diari isterinya. “lelaki bising perempuan tak reti masak! Habis, kalau lelaki tak reti jadi imam itu!” Walaupun ayat itu di tulis dalam diari dan bertarikh sebelum mereka bernikah lagi tetapi amat terkesan dalam hati Aiman. “macam mana ni abang?” kata Syahirah sayu. Aiman menggaru kepala. Tak tahu nak jawab apa. “tak apalah, lepas ni kita sama-sama belajar masak.”

Suami dia just pakai t-shirt berkolar dan seluar slack, isterinya just pa…

#WW 49: PERNAH TERFIKIR?

sumber gambar: Tumblr Pictures
> KLIK KOLEKSI WORDLESS WEDNESDAY

VOLKSWAGEN POLO SEDAN

Sebelum ni pernah mention dalam blog ni tentang Volkswagen Polo GTI yang comel tu. Baru-baru ni Volkswagen sekali lagi tidak menghampakan peminat kereta keluaran Volkswagen telah melancarkan kereta baru Volkswagen Polo Sedan. Kalau dapat sebuah ni memang tak turun-turun dari kereta hehe.
No compromise Engineered for the people, the Polo Sedan comes with a 1.6l petrol injection 16-valve MPI engine. It also delivers 105PS that powers you up to a top speed of 183 km/h. Equipped with a 6-speed automatic transmission with Tiptronic, your daily commute will become something you relish.
Pandangan dari depan dan belakang Polo Sedan. Creature comforts The interior of the Polo Sedan is well finished with exclusive fabric and upholstery. Featuring soothing colours, genuine leather wrapped around the steering wheel and gear knob. Be assured that the Polo Sedan also comes with an all-round impeccable finish that is typical of every Volkswagen.
Pandangan dalam Polo Sedan. Making safe bets With safety…

SANGGAR PAPPEK

Salam & hello my readers, SANGGAR PAPPEK. Pernah makan? Macam biasa my beautiful housemate, Fiffy main masak-masak lagi masakan kaum Bugis. Fiffy ajar cara buat Sanggar Pappek. Bahah-bahan untuk buat Sanggar Pappek memang sangat ringkas dan berbajet kecil hehe. Sediakan pisang yang separuh masak, minyak masak, dan garam. Bahan untuk Sambal Sanggar Pappek ; belacan, cili padi, tomato, dan limau nipis.
Langkah pertama ; Kupaskan kulit pisang. Kemudian rendam dalam air yang dicampur dengan garam. Biarkan beberapa minit supaya garam meresap ke dalam pisang. Goreng pisang dalam minyak yang panas dan pastikan janganlah goreng sampai garing pula, pandai-pandailah yaaa.
Langkah kedua ; Bila rasa-rasa pisang tu dah sejuk sikit, bolehlah tumbuk pisang tu jadi kepingan nipis-nipis seperti dalam gambar di atas. Kemudian goreng lagi sekali hingga garing.
Langkah ketiga ; Cara buat sambal sanggar pappek ni ada dua cara kata si Fiffy, terpulanglah kamu nak buat sambal tomato mentah macam dalam gamb…

SAMSUNG GLOBAL BLOGGER : TRIP TO LONDON 2012

more details at Samsung Global Blogger
Kamu suka mengambil gambar atau membuat video di telefon?
Kamu seorang pengguna laman sosial yang aktif dan suka berkongsi apa saja yang berlaku di sekekliling kamu?
Kamu suka untuk mengetahui kisah di sebalik apa yang kamu lihat dan individu yang kamu temui?
Maka, kamu boleh menjadi Samsung Global Blogger dan mengikuti Lawatan ke London...!!
Sama ada kamu seorang wartawan pelatih, blogger atau hanya seorang yang suka berkongsi cerita menarik di Facebook atau Twitter, anda boleh menjadi Samsung Global Blogger. Anda hanya perlu berkongsi :)
Teringin nak join trip to London sebagai Samsung Global Blogger? Senang saja bah, ikut langkah-langkah berikut ; Langkah 1 : Buat video pendek dalam bahasa English selama 30 saat.Langkah 2 : Muat turun sebelum 29 April 2012Langkah 3 : Sekiranya video ujibakat anda terpilih, anda berpeluang mengikuti lawatan ke London dan membuat laporan Sukan Olimpik London 2012 secara langsung dari sana !Klik butang ENTER untuk menye…

REGATA LEPA-LEPA 2012 SEMPORNA

Apa tu Regatta Lepa-Lepa? Ianya merupakan salah satu acara sukan air tahunan yang diadakan di perairan Semporna. Pada asalnya, acara regatta lepa-lepa ni merupakan pertandingan antara penduduk yang berketurunan bajaukubang brasal dari Pulau Bum-Bum, untuk makluman suku kaum bajau di semporna ialah bajau laut, bajau kubang, bajau banaran, bajau simunul yang bertujuan untuk memilih perahu tradisional yang paling cantik. Dalam acara tu, perahu-perahu yg ikut bertanding dihias cantik dan diserikan dengan seorang Ratu Lepa. Regata Lepa-lepa 2012 di Semporna pada 20 hingga 22 April 2012.
Seperti biasa, gambar-gambar ni ihsan dari facebook bapak saya hehe. Bapak memang wajib pergi regata setiap tahun, dah tugas. Pernah dengar Tarian Daling-daling? Kamu search la di Youtube. Best tau tarian tu, lagu pun best. Dipercayai, perkataan Daling-daling berasal daripada perkataan English, 'Darling' yang bermaksud kekasih. Mai Daling-daling samai daling-daling hehe. Uniknya Sabah :)
Previous ent…

KISAH PERKAHWINAN BLOGGER. TAK SANGKA DAH LAMA KENAL MEREKA SAMPAI DAH JADI ISTERI ORANG.

Salam & hello my readers, DUA HATI SATU JIWA SATU CINTA. Siapa tak nak kawen, kan? Semua orang impikan perkahwinan yang indah. Entri ni bertujuan nak ucap TAHNIAH kepada tiga rakan blogger yang sudah lama saya kenal sekitar hujung tahun 2008 sampailah sekarang, dua antaranya alhamdulillah sudah pun diijab kabulkan dan seorang lagi sudah bertunang dan menghitung hari pernikahannya. Walaupun agak lewat nak up entri, tapi doa saya tak putus-putus mendoakan kebahagiaan kamu. Nak tahu siapa?
11 November 2011 Kisah Perkahwinan Zie Madini & Dillah ZIE MADINI. Sorry kak, kmk nang target dah nak pegi wedding ktk ria, tapi masa ya tiket flight balit sitok awal ngam2 masa hari ktk baca nikah huhu. Kelak lain hari kta jumpa k? Tahniah blogger Zie Madini yang sekarang tengah pregnant, mommy to be !! Rasa macam baru saja kenal Sis Zie masa zaman bujang, tuptap dah nak jadi mak budak. Pantas masa berlalu kan?
7 April 2012 Majlis Pertunangan Nemo #SatuCintaDuaJiwa & Majlis Pernikahan Nemo &…

UBAT HATI ADA 5 PERKARA

sumber gambar: Carian Google Salam & hello my readers, Sekadar berkongsi sedikit ilmu dan jom muhasabah diri kita bersama-sama. Syukur alhamdulillah sentiasa ada awak, parents, family, sahabat dan kamu readers yang sentiasa mengingatkan untuk menunaikan kewajipan sebagai seorang muslimah, sentiasa menegur kesilapan jika ada. Manusia selalu alpa dan khilaf, itulah peranannya awak dan kamu untuk menegur dan saling mengingati sesama insan. Terima kasih :')
Ubat hatiada 5 perkaranya:
Yang pertama: membaca Al-Quran dan maknanyaYang kedua: Mendirikan Solat malamYang ketiga: Berdampinglah dengan orang sholehYang keempat: Perbanyakkan BerpuasaYang kelima: Perbanyyakkan Zikir di malam hari (ilham daripada lagu Opick: Istighfar)

must read : SOLAT: RAHSIA DAN AZAB TINGGALKANNYA, RENUNGAN: JIKA KAMU INGIN BERMAKSIAT, ISU MURTAD DAN HINA AGAMA, DOA SEORANG KEKASIH UNTUK KEKASIH HALALNYA, PUTERI ACUAN AL-QURAN, ANDAI SAYA TULANG RUSUK AWAK YG TELAH HILANG.

JOM TUKAR KOD BARU UNTUK IKLAN NUFFNANG

sumber : NUFFNANG MALAYSIA
Salam & hello my readers, Dah habis baca? So, Nuffnangers, apa lagi, jom tukar kod baru iklan Nuffnang dalam blog masing-masing. Saya dah tukar hehe.
must read : CASH OUT CEK NUFFNANG BELI DOMAIN BLOG, DIGI WWWOW AWARDS 2012, TIPS NUFFNANG: CARA NAK DAPAT RUANG BE, CARA YANG BETUL LETAK IKLAN NUFFNANG

AYAM MASAK LAWI-LAWI & IKAN KERING GORENG TAWAU

Salam & hello my readers, Selamat pagi Jumaat semuanya. Sekejapnya masa berlalu, macam baru semalam hari Isnin, kan? Tapi mostly sukakan hari Jumaat. Oyeahhh terutamanya budak-budak sekolah termasuk kamu dan kita yang bekerja seminggu 5 hari hehe. Okey, awal pagi ni saja nak kongsi gambar makanan, ambil aura lapar untuk breakfast dan lunch, bolehkan?
Untung dapat housemate pandai masak. Berlatih sebelum bakal mak mertua suruh masak di dapur, tak la kelam kabut panik hehe. Macam biasalah, kali ni my beloved roomate, bestfriend, masak 'Ayam masak Lawi-lawi'. Fiffy kata tu masakan diorang bagi kaum Bugis. Ada lagi satu makanan kaum Bugis is my favourite, BURAS !! Aduhhh lama tak makan. Sedap bah tu !
Ikan kering goreng dari Tawau. Yummy...cicah lagi dengan limau lada, antara faktor nak menambah nasi berkali-kali. Mana tak gemuk? Ahhh biarlah janji sedap mengenyangkan perut hehe. So, tak tergiur?
must read : PESANAN TERAKHIR BUATMU , AYAM MASAK MERAH & SAMBAL TOMATO PEDAS

SEGMEN: BLOG PILIHAN ZAMANI 84

BEAUTY LIES IN THE EYES OF BEHOLDER. CANTIK DI MATAMU CUKUP BUAT DIRIKU TERSENYUM..

Salam & hello my readers, My mood is like a cloudy noon. Just forget it. Lama tak buat entri Wordless Wednesday. Dah post tadi pasal Sungai Bodoh. Errr macam pelik tajuk post kali ni. Biarlah, sebab memang selalu failed nak letak tajuk. Kenapa lelaki suka perempuan cantik? Pantang tengok yang lebih cantik, laju mata nak tatap lama-lama, kan? Kalau yang dah kawen tu, lagilah tak sedar diri, tengok perempuan cantik terus rasa rasa diri tu muda, miang-miang keladi. Yaaa, sifat manusia sukakan kecantikan. cliche ~ *mata pandang atas, tangan di bahu*
sumber gambar: tumblr picture Subhanallah, cantiknya ciptaanMU..Cantiknya budak perempuan bertudung dalam gambar ni. Semua makhluk ciptaanNYA cantik. Kita semua ada kecantikan tersendiri. Biarlah orang tak nampak luaran kita cantik, yang penting dalamannya cantik. Paling penting, di sisi-NYA kita sentiasa kelihatan cantik. Cara nak sedapkan hati sendiri, memotivasikan diri sendiri. Jangan terlalu memandang rupa, nanti kau tak dapat apa-apa, …

#WW 48: BODOH

JADIKAN AKU YANG HALAL BUATMU & KISAH LAMARAN YG SWEET.

Salam & hello my readers, Bila tengok orang dilamar dengan cara yang sangat sweet, kita pula yang teruja lebih. Normal la tu, kecualilah kamu tu memang kurang ada perasaan hehe. Sebelum ni teruja tengok video I HAVE BEEN PROPOSED di Youtube. Sangat sweet dan unik cara dia melamar tunangnya. Tak pernah tengok video tu? Klik entry I HAVE BEEN PROPOSED. Biasalah hati perempuan tisu sikit, jadi bila tengok video touchy macam tu, berlinang air mata cewahhhh.
Tiba-tiba pula ada gambar bertudung Scha Al-Yahya kan dalam entri kali ni. Sebab baru berkesempatan tengok ulangan rancangan Propaganza di Astro Ria ahad lepas. Jadi tertengoklah live proposal yang orang ramai desas desuskan sebelum ni,Awal AshaarilamarScha Al-Yahya secara live dalam TV, lamar Scha sebagai isterinya. Wowww bertuah badan. Sesuailah tu artis, jadi bolehlah buat macam tu. Salah satu marketing jugak tu untuk naikkan rating TV show hehe.
Sepanjang rancangan tu, macam-macam perasaan ada. Happy tengok orang bahagia. Tah…

MANGKUK TANDAS: KENCING BERDIRI? BERAK MENCANGKUNG?

Salam & hello my readers, Hari ni awak dah buang air besar tak? Dengan kata lain yang agak comel, awak dah 'beol'? haha. Tak senonoh cerita pasal tu dalam blog ehh? Elehh padahal semua pun buang air besar. Lagi bagus kalau awak buang air besar tu setiap hari pagi-pagi. Betul, tak tipu. Makanan semalam yang tak diperlukan dalam badan, awak tak buang? Tu yang jadi toksin dalam badan tu, usus pun jadi sakit. Tak nak sentuh pasal cara pemakanan dan piramid makanan bla bla bla tu, sebab semua pun sedia maklum kan? Ni nak cerita pasal mangkuk tandas. Boleh?
sumber gambar: Carian Google Sebelum cerita pasal mangkuk tandas, nak cerita pasal cara betul buang air besar. Lebih baik duduk mencangkung daripada duduk masa buang air besar. Sebab, cuba rujuk dalam gambar rajah di atas tu. Tengok perbezaanya semasa duduk dan mencangkung. Kalau duduk, najis tak keluar habis. Kalau najis tak habis keluar, apa akan jadi? Ikut sunnah, masa mencangkung tu, mengiring sedikit ke kiri atau tekan bawa…

JANGAN MENGUNGKIT, SEMUA ORANG BERUBAH.

sumber: tumblr pictures Salam & hello my readers, Awal pagi tadi tengok rancangan Bersama Dato' Dr Hj. Mohd Fadzilah (DMFK) di Astro Oasis. Walaupun rancangan tu dah banyak kali berulang tapi tak jemu nak nonton sebab banyak input yang kita perolehi. Pagi tadi DMFK bincang topik berkaitan penceraian. Ada juga terselit tentang tips jaga hubungan dengan pasangan. Perkara paling penting dalam tips menjaga hubungan dengan pasangan, khususnya bagi yang sudah berumahtangga ; Jangan sesekali atau suka mengungkit perkara yang sudah berlaluJangan suka cari siapa yang salah, tapi cari apa yang tak betul tu dan sama-sama betulkannyaBanyakkan memberi, kurangkan meminta. Contohnya dari aspek kasih sayang mahupun perkhidmatanSaling bermaafan. Selain selepas solat, cuba praktikkan setiap kali sebelum tidur, minta maaf dengan pasangan masing-masing.Selain berdoa untuk kebahagiaan diri sendiri dengan pasangan, banyakkan juga berdoa untuk kesejahteraan dan kebahagiaan pasangan yang lain. Kalau …