Skip to main content

SEBELUM KUTUK SILAP ORANG, CERMIN DIRI SENDIRI DAHULU

sumber gambar: www.aishaardini.com
"Antara punca engkau bergelumang dengan dosa dan kesilapan adalah kerana engkau hanya melihat dosa dan kesilapan orang lain,tanpa engkau berusaha melihat dan mengubah dosa serta kesilapan dirimu sendiri."
Kesimpulannya, sebelum kita menilai kesilapan orang lain, sila lihat kesilapan diri sendiri terlebih dahulu. Satu jari tunding ke arah orang lain, empat jari lagi menunding ke arah diri kita sendiri. Betul tak? Hakikatnya tiada seorang pun terlepas daripada suka mengkritik dan mengata-ngata kesilapan yang dilakukan oleh saudaranya. Maka, mulai hari ini dan hari seterusnya, jom sama-sama berubah ke arah yang lebih baik dan cuba untuk tidak berkata-kata tentang kesilapan orang lain, tapi cuba untuk berusaha dan membetulkan kesilapan diri sendiri. Kesilapan yang pernah dilakukan oleh orang lain bukan untuk kita hina dan keji, tapi untuk dijadikan sebagai pengajaran kepada kita supaya tidak melakukan perbuatan tersebut atau mengulanginya. Biasanya, apa yang dikritik tu, tak mustahil akan terkena di batang hidung sendiri. Nauzubillah. 

Ingat, dalam Islam tiada konsep hukum karma. Kena betulkan persepsi masyarakat Islam yang percaya konsep karma dalam kehidupan. Tapi, apa yang kita lakukan pasti ada balasan yang setimpal dengan apa yang dibuat. Awak buat benda baik, pasti ganjarannya yang baik dan pahala. Awak buat benda tidak baik, sudah tentu ganjarannya juga tidak baik dan dosa. Berdasarkan bacaan saya di SINI ;

Menurut kepercayaan agama Hindu, Hukum Karma atau the Law of Karma bermaksud "perbuatan". Karma yang baik diberi pahala dan yang buruk pula mendapat dosa dan akan menjelma dalam bentuk binatang.

Bagi setiap penganut Hindu, mereka perlu melakukan karma atau perbuatan yang baik agar terlepas daripada kelahiran semula yakni lahir semula ke dunia dalam bentuk binatang. Jika dilakukan perbuatan yang baik, maka mereka akan kembali Bersama Tuhan penciptanya iaitu Brahma di “Nirwana” atau Syurga menurut agama Hindu. Agama Hindu dan Buddha keduanya mempercayai akan “Hukum Karma” ini. Selagi seseorang penganut Hindu itu gagal mencapai Karma yang baik, selagi itu dia akan alami kelahiran semula selepas memasuki neraka buat sementara waktu.

Dalam Islam tiada istilah kelahiran semula ke dunia buat kali kedua kerana sesudah mati, kita akan menanti hingga datangnya hari pembalasan iaitu hari Kiamat. Hukum karma menurut agama Hindu, jika berbuat jahat akan dibalas seseorang itu dengan dihidupkan semula ke dunia ini dalam bentuk binatang. Manakala Kifarah dalam Islam contohnya, dosa menderhaka kepada kedua ibu dan bapa, Allah S.W.T membayar CASH atau membalas perbuatan itu terhadap anak derhaka tersebut ketika hidup di dunia ini tanpa menunggu ia mati.
Firman Allah swt dalam Surah Az-Zalzalah ayat 99:7-8 maksudnya: Barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan) nya pula.
Sebagai peringatan untuk diri sendiri dan kita bersama. Kalau ada kesilapan, mohon diperbetulkan :)

Comments

huhuhu..betul..suka org tuduh2 kan?
bkn nak kata diri kita ni baik sgt...tp kekdg sakit hati ni taw

btw jmput dtg blog sy

http://rainbowmarshwallow.blogspot.com/2012/03/antara-kau-dan-aku.html
suzie rahman said…
salam..hihi suke entry ni.terbaekk... manusia kan. org berubah pon nk d ungkit lagi kisah silam. mengaib2kn org. kot yer pon cermin dulu dri sendiri.
btol sgt..ini namanya hukum ..
Anum said…
thanks
suka tentang peringatan ini
Edy Fee said…
owh mcm tu ke...hurmm bhaya kata kat org ni
Lea Isnawi said…
tak payah nak kutuk2 sangat la kan
diri kita pun bukan sempurna sangat
Udinz.com said…
0oo..jadi kita tak boleh mengata dosa yang org lain buat lah ya..
Eera Shera said…
org skrg suka sgt ckp hukum karma dr qada' dan qadar
Juliet_iRa~" said…
btul2 setuju sgt..:)

kalau blh elakkan la kan..heee

n terbuat juga..minta maaf wpon susah utk dilakukan.wuuu..

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …