Skip to main content

MY WAY: FILEM AKSI PERANG KOREA PALING MAHAL SETARAF FILEM HOLLYWOOD


Filem Aksi Perang Korea paling mahal setaraf filem hollywood kini dibawa masuk ke panggung berdekatan di Malaysia pada 19 April 2012. Bagi peminat-peminat filem Korea, tidak terkecuali filem romantik Korea tu bolehlah tukar citarasa menonton filem aksi pula. Berikut merupakan butiran penting berkaitan filem My Way berdasarkan Press Release yang saya baca dari email Bro Framestone.
  • Filem My Way merupakan filem Korea paling mahal yang menelan kos sebanyak 28 bilion won (24.92 million USD).
  • Filem pertama Korea yang memaparkan insiden perang dunia kedua.
  • Filem arahan Pengarah tersohor, Kang Je-kyu. (pernah mencipta sejarah mencatat penonton 10 juta menerusi filem arahannya sebelum ini iaitu, ‘Tae Guk Gi: The Brotherhood of War)
  • Penggambaran selama 156 hari dengan menggunakan kamera berteknologi canggih serta binaan set dan props untuk menampakkan keadaan seolah-olah sama seperti zaman perang dunia kedua.
  • Mengambil masa 3 tahun untuk menghasilkan skrip ‘My Way’, berdasarkan penyelidikkan mendalam mengenai sejarah perang dunia kedua yang melibatkan insiden Nomanhan, peperangan tentera Soviet dengan tentera German serta peperangan di Normandy, Perancis.
  • Filem ini berdasarkan kisah benar juga telah mempertaruhkan tiga bintang terkenal dari tiga negara, Jang Dong-Sun (Korea), Joe Odagiri (Jepun) dan Fan Bing Bing (China)

SINOPSIS FILEM MY WAY:
Sebuah filem berdasarkan kisah benar peristiwa perang dunia kedua ini bermula dengan pertemuan dua pemuda dari dua Negara. Jun-Shik (Jang Dong-Gun), pemuda Korea yang bercita-cita ingin menjadi seorang jaguh marathon seperti idolanya dan Hasegawa Tatsuo (Joe Odagiri), pemuda Jepun yang mempunyai kehebatan larian seperti Jun-Shik. Mereka bertemu sebagai musuh pada zaman kanak-kanak lagi apabila masing-masing mahu menunjukkan kehebatan larian mereka. Namun segalanya berubah apabila Jun-Shik dan rakan baiknya Kim In-Kwon (Lee Jong-Dae) dikerah menjadi tentera Jepun akibat rusuhan yang mereka lakukan ketika kemenangan yang sepatutnya milik Jun-Shik, diberikan kepada Tatsuo dalam pemilihan marathon Olimpik Tokyo. Lebih menyakitkan apabila Tatsuo pula mengetuai tentera Jepun sebagai Kolonel.

Penglibatan mereka berdua dalam peperangan dunia kedua telah merapatkan jurang permusuhan, lebih-lebih lagi apabila tentera Jepun kalah kepada tentera Soviet dan memaksa Tatsuo melucutkan jawatannya dan menjadi tawanan perang tentera soviet bersama Jun-Shik. Mereka dikerah bersama tawanan perang yang lain untuk berperang dengan tentera Jerman sehingga menyebabkan perpisahan terjadi antara keduanya dalam peperangan paling teruk dalam era perang dunia kedua.

Tatsuo yang mula menyedari sikapnya yang mementingkan diri akhirnya berjaya bertemu kembali dengan Jun-Shik apabila mereka sama-sama berada di kem tentera Jerman di Normandy, Perancis. Kali ini mereka sepakat untuk melarikan diri dari kem tentera tersebut dan kembali ke Korea untuk meneruskan cita-cita mereka menjadi jaguh marathon. Berjayakah misi mereka? Saksikan perjalanan perit yang diharungi oleh dua pemuda ini yang dahulunya musuh kini bergantung harapan sesama sendiri demi mencapai impian mereka yang satu.

Synopsis

It wasn't life they couldn't give up, but hope

Jun-shik (JANG Dong-gun) is a young Korean man who dreams of becoming the next SOHN Ki-jung, the Korean gold medalist marathoner. Tatsuo (Joe ODAGIRI) is Japan's top marathoner. Sharing a strong sense of competition in childhood, Jun-shik and
Tatsuo grow up to be the greatest of national rivals.

A year after an unexpected incident sees Jun-shik impressed into Japanese military service, destiny reunites him with Tatsuo, now a colonel in the Japanese army. Thrown into the maelstrom of World War II, Jun-shik and Tatsuo wear the uniforms of Japan, the Soviet Union, and even Germany before finally arriving in Normandy, France. As they survive endless, unpredictable battles, they slowly transform into each other's greatest hope.

A Korean man and a Japanese man meet as enemies, but become each other's hope. And a drama of true humanity that transcends borders and nationality unfolds
Butiran-butiran berkaitan filem My Way:
Filem My Way
  • Tarikh Tayangan : 19 April 2012
  • Pengarah : Kang Je-Kyu
  • Pelakon : Jang Dong-Gun, Odagiri Joe, Fan Bingbing, Kim In Kwon, Han Seung
  • Hyun , Do Ji Han & Lee Yeon Hee
  • Penulis skrip : Kang Je-Kyu & Kim Byung-in
  • Penerbit Eksekutif : Miky Lee, So Jin-Woo & Mu Xiao Guang
  • Genre : Aksi / Perang
  • Bahasa : Korea / Jepun / China / Rusia / Jerman (Sari kata Bahasa Inggeris)
  • Klasifikasi : 18 PL
  • Durasi : 143 minit
  • Terbitan : Directors Production
  • Fan page : http://www.facebook.com/FilemMyWay
  • Trailer : http://www.youtube.com/watch?v=6Hoc6MVVpoE&feature=related
Cast
  • KIM Jun-shik JANG Dong-gun
  • HASEGAWA Tatsuo Joe ODAGIRI
  • Shirai FAN Bingbing
  • LEE Jong-dae KIM In-kwon
  • Chunbok KIM Hie-won
  • Kwangchun OH Tae-kyung
  • Minwoo KWAK Jung-uk
  • Tsukamoto KIM Si-hoo
  • Jun-shik's Father CHEON Ho-jin
  • SOHN Ki-jung YOON Hee-won
  • Noda Taro YAMAMOTO
  • Mukai Manabu HAMADA
  • Takakura Shingo TSURUMI
  • Tatsuo's Grandfather Isao NATSUYAGI
  • Tatsuo's Father Shiro SANO
  • Tatsuo's Mother Kumi NAKAMURA

Special Appearances

  • Guy with a microphone KIM Soo-ro
  • Eun-su LEE Yeon-hee
  • League president Hakuryu
  • Press conference attendant Nicole (KARA)
  • High ranking banquet official YANG Jin-suk

POTPETPOTPET: Busy sungguh di hari Jumaat yang indah ini. Autopublish. Selamat berperang di pawagam berdekatan 19 April 2012 nanti :)

Comments

td ada bc kat blog cik fiza..

nmpk menarik citer ni..
Hanie Dew said…
macam best. tunggu la 19 april nanti. ni kalau tengok ni mesti rasa lame je kat panggung tu. 2 jam setengah tuu...

nicole KARA pun ada..
J.Syazwana said…
tak minat lah pulak perang2 ni. huhuhu
cIk JanNah said…
fuhh mahal betol filem nie. kalau tak best tak tahu lah kan? hee
Jue said…
19th April? urm hr g tgk neh
ajak Hanie hohoho
ajumohit said…
akak suke tgk citer aksi mcm ni...emmm kene download pasni kekekee
Salwa said…
hmm.macam ganas gak cite ni.
Bro Framestone said…
mantap....

Nie buat bro rasa xsabar2 macam nak menonton dekat pawagam
adan said…
tengok gambar je dah menarik.. filem wajib tonton ni..
dhiera said…
macam best je cerita ni~
hehe zuan dapat gaak email berkenaan filem ni..sok baru nak publishkan :)
~AmyLiana86~ said…
amy xberapa minat citer aksi nie..hehe..citer cinta cintan amy suka la..heheeh
Ezad Skytech said…
wahhh..menarik filem ni..mesti kena tgk ni..:D

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …