Skip to main content

COUSINS ARE MY FIRST FRIENDS

sumber: album facebook kawan saya
Salam my readers,
COUSIN bermaksud SEPUPU. Sepupu bermaksud, anak kepada pakcik makcik kita yang sebapa seibu sedatuk senenek dengan kita. Sembarangan saja bagi maksud, tapi itulah yang difahami hehe. Saya sangat rapat dengan cousins sebelah mak. Dari kecil kami membesar bersama, uwaaaaa rindu kamu. Paling saya rapat si Amy. Paling kamcenglah tu kalau dengan dia. Everything about me, amy memang tahu. She's very wonderful cousin i ever had. Cousin yang lain pun kamceng jugak, Min, Amal, Alin, Elsa, Shila (^__^)

Yeahhh, suka quote dalam gambar tu. Kawan pertama ketika masih kecil adalah sepupu-sepapat saya. Saya, Amy dan Min sekolah tadika dan sekolah rendah yang sama dulu. Masih ingat lagi entri Siapalah SAYA tanpa KAMU: SELAMAT HARI GURU!!? Di sanalah saya menimba ilmu. Kami jalan kaki sama-sama pergi sekolah, ingat lagi pesan arwah nenek, biar lambat sampai sekolah, asalkan selamat. Masih ingat lagi blogger Yann Mazian? Dia antara rakan baik saya semasa sekolah rendah.

Kalau dapat pulang Kuching, memang teruja sebab dapat jumpa keluarga Amy dan keluarga yang lain. Keluarga di sana memang terbaek. Asal dengar saja kami nak pulang, dioranglah paling semangat hehe. Terharu. Silih berganti uncle aunt bawa keluar makan jalan-jalan. Siap buat temujanji lagi nak bawa keluar. Tapi keluarga Amy lah jugak paling mantap, sebulan saya di sana, sebulan jugaklah diorang 'gemukkan' saya dengan makanan-makanan sedap di Kuching. Pulang Sabah saja sudah semestinya berat badan bertambah haha..Sayang semuanya !!! :)

Sepupu dan keluarga. Tidak pernah lari dari situasi bergaduh atau salah faham. Pernah jugak berlaku dalam keluarga, tapi bak kata pepatah, air dicincang tidak akan putus. Bergaduh bersumpah teruk mana sekalipun, akhirnya akan berbaik juga. Tapi setakat ni, semuanya baik-baik saja hehe. Yang tak pernah nak berbaik semula tu, lain ceritalah, malas nak cerita. Nanti tiba-tiba pulak ada yang menyamar jadi ANONYMOUS tinggalkan komen yang menyakitkan hati.

Apa-apa pun, saya sayang cousins @ sepupu sepapat saya, kamu sayang saya tak? haha. Selamat berhujung minggu!!

Comments

Eera Shera said…
sepupu mcm ade adik beradik yg sgt rmi..ade adik, kwn sebaya, abg dan kakak..lengkap satu pakej
AmirFX said…
Haha.. Lamak dah sik jumpa ktk ngn Amy oooo... Yalah.. DOlok kmk pun rapat ngn kazen kmk juak.. NEktok semua bizi ngn haluan dikpun...
anamizu kaito said…
cik ana pon syg cousin cik ana jugak..yan pon cik ana sayang jugak..hehe





luv,
cik ana
gadisnikon said…
alolo... cute juak entri you... senyum smpe telinga.. cant wait 4 u 2 come here again... :)
Abg Stalker said…
yayaya,,,agree wif u. :)
onie said…
kita sayang sepupu kita :))
Clara Rella said…
Tak rapat sgt ngan sepupu lelaki but sppu prmpuan rapatlah.. lg2 ble tggal sebelah menyeblah nie.. mmg rpat!

tp kan, ada sstgh kutuk sedre sndri.. tak ptt kan.. klu kat kaum kerabat dia kutuk oke lg.. nie kat sekolah dgn kengkawan.. sesedp je ktuk sdre sndri.. haiyaakk..

btw, Clara sayang gila ngan sedare clara.. best gila kowt.. ahahha..

and sdre mmg kwn kte yg pertama. ^^
ABU said…
errr orng kuching kah? ingtkan orng sabah...

betul la.. kazen2 aku semua ndak tau p mana sudah.. dengar2 macm2 tu jak khabar diorng..huhuhu
semutsengal said…
hhohohoh.


sppu aku rapat pun takla banyak. ada sorang dua je.
faridah nazurah said…
haha sy pung sayang sepupu saya!
Aida Azryn said…
saya pon sayang sepupu saya. :P
~AmyLiana86~ said…
ye la yann..spupu bukan setakat kawn tp dah macm adik beradik la...
Kancil 8349 said…
Kancil mempunyai 115 orang sepupu...tu baru adik beradik belah bapa...belum lagi sepupu - sepupu bapa lagi yang ramainya 80 orang...hehehe...apapun merekalah yang akan menemani kita susah dan senang...jika kita kenal keluarga kita
orggilacinta said…
jom hoin contest ni...saje invite.. http://nurhezlinda.blogspot.com/2012/03/contest-saja-saja-buang-masa.html
hmm zuan tak brapa good sangat ngan kazen
Hanie Dew said…
saya sayang sepupu sepupu saya. walaupun mereka ada yg sudah bagi racun kat family saya. baik tak saya. hahaha

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …