Skip to main content

CERITA JODOH DAN RENUNGAN KEPADA KITA SEMUA

sumber gambar: Rusydee Artz (http://selamattinggal.blogspot.com)
Salam my readers,
8 Mac 2012, Selamat Hari Wanita kepada semua pembaca wanita. Maaflah ada lagi blog yang tak tersinggah lagi. Minggu ni agak sibuk, so kena fokus dan bagi komitmen kerja..ecececehh. Dapat jenguk blog semasa waktu rehat saja sambil-sambil segarkan otak baca cetusan rasa di blog kamu. Saya nak berkongsi satu situasi dan jom renung2kan :)

Seperti biasa lepas makan tengah hari, singgah berehat dan menunaikan apa yang wajib di surau. Ada seorang kakak staff ni, memang selalu jumpa dia di surau waktu-waktu tengah hari macam tu. Tiba-tiba dia tanya, 'adik dah ada boyfriend?'. Dalam hati bermonolog, aikkk peliknya soalan, tak pernah-pernah orang tanya direct macam tu. Saya jawablah, 'kenapa kak?'. Takkan nak carikan anaknya jodoh kot hehe.

Kakak tu pun jawab, 'Kakak ada sorang adik, umurnya dah nak masuk 30-an tapi sampai sekarang belum ada boyfriend. Sekarang dia dah ada semuanya, maksudnya jawatan bagus, aset sendiri macam kereta, rumah tapi, kawan lelaki tiada. Mungkin lelaki segan nak ngorat. Tapi tu la dek, banyakkan doa kalau pasal jodoh ni yaa, doa hope dapat jodoh yang baik.'

Saya pun terus terkedu bila tiba-tiba ditanya dan berbual hal macam tu dengan orang dewasa, means sebaya dengan usia mak. Kadang-kadang memang semua pun akan rasa teruja nak kawen, tapi bila dah fikirkan banyak aspek, tengok banyak kes, dengar pengalaman orang di sekeliling, rasa agak tak konfiden jugak. Cehhh bukanlah gatal nak kawen, macamlah nak kawen esok haha. Bukanlah, cuma suka berfikir dan merenung masa depan. Boleh?

Memanglah WANG/HARTA bukan segalanya dalam memilih jodoh, tapi kena fikirkan juga masa depan diri sendiri dan keluarga, takkan nak bagi anak bini makan pasir? So kepada yang belum mendirikan rumahtangga tu, belajar-belajarlah untuk SAVING. Kepada yang sudah pikul tanggungjawab sebagai suami isteri ayah ibu tu, jagalah keluarga kamu dengan sebaiknya. Tolonglah, bila dah ada keluarga yang cukup bahagia dan lengkap, janganlah hancurkannya hanya disebabkan nafsu bodoh yang tidak berkesudahan. Jauh-jauhkanlah rasa nak CURANG dengan pasangan masing-masing. Yang perempuan tu, janganlah gatal-gatal berkawan rapat dengan suami orang, begitu juga sebaliknya. Yang suami orang tu, ingat-ingatlah amanah dan janji yang suda diberi dan dilafaz semasa akad nikah tu.

Ingatlah, apa yang kamu buat tu, kamu akan terima balik di masa akan datang tak kira di dunia atau akhirat. Allah itu Maha Adil, setiap perbuatan yang kita buat pasti ada balasan dan ganjaran.

Comments

Anum said…
sangat berguna
Ckin Kembaq said…
sangat comel..hehe
khatgrafik said…
Salam,
Sekarang semua penting.. duit pun penting jugak. Betul tu nak kena balance semua.. kena adil dan saksama.

InsyaAllah rezeki dan jodoh sentiasa bersama.
FiZ said…
Salam.
zaman skrg ni mmg situasi mcm tu.
semutsengal said…
ala sweet.


AHHAHAHAHAHAHAH
Hafizin Jamil said…
rekemen kat sini la adik dia tu..hehe
Hanie Dew said…
sweet giler pix dan conversation tu. sempat lagi masuk k-pop tu.hehehhe..

tu la takkan la psal darjat jodoh susah nak dekat. semua tu ketentuanNya.tak bole salahkan rezeki yg kita dpt utk bersabar utk sesuatu yg lain.
Gen2Merah said…
besar amanat bila berumah tangga ni kan... tanggungjawab lebih berat demi kebahagiaan rumah tangga...
cIk JanNah said…
kadang Allah uji manusia dgn cara yg lain. DIA bagi kesenangan dari segi wang ringgit tapi dia bagi ujian dari segi jodoh. Ada pulak yg sebaliknya. Insyallah doa adalah ubat yang terbaik. Allah maha mendengar doa kita . :)
Assalam...
Selamat hari wanita..
AmirFX said…
Kawan kmk break dengan gereknya time tok.. Gereknya curang..
faridah nazurah said…
heee nak tanya ni sis dah ada boipreng belum?
Bui Junaidi said…
KINEK TOK NANG BYK PERKARA PERLU DI PERTIMBANGKAN SEBELUM KAWEN..
iedchan said…
hehe tu la...i pun kadang2 org tanye mcm tu...

tak perlu la takot dengn perkahwinan..dan tak perlu nak banding kan dengan org len..hehe..jodoh kan rahsia Allah
gba blossom said…
ehemm.. kita cari jodoh, atau kita tunggu jodoh datang ya sutera??hik3
ILA HonEyBuNNy said…
baik..terasa ckit ila baca entry neh..heheh..

yop...skrg bila si dia dah bersuami...ila xlyn lgsg..even si dia msg...xnak kacau idop dia..sob3..

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …