Skip to main content

AWAK, TIDAK PENTING UNTUK DIAMBIL TAHU TAPI COMEL UNTUK DIBACA

Salam readers..hello March, bye February !!
Agak cepat masa berlalu, kan? Rasanya macam baru semalam saya join program GEMS. Padahal Part 1 Gems hampir 4 bulan sudah berlalu, dan sekarang Part 2 OJT (on job training). Alhamdulillah, dah nak masuk sebulan training di sini dan semuanya berjalan dengan lancar selancarnya walaupun kadang-kadang ada sedikit kesulitan, itu perkara biasalah, kan? Kalau semuanya mudah, bukan kehidupan namanya. Banyak benda yang dipelajari selama keberadaan saya di sini, means bukan saja dalam suasana pekerjaan tapi begitu juga dengan kehidupan.

Yaaa..rasanya sudah dan sangat cukup dewasa untuk ambil tahu dan belajar tentang kehidupan. Kehidupan yang saya maksudkan berkaitan dengan hal kewangan, kekeluargaan, hal perasaan, rumahtangga (belajar dari pengalaman kawan-kawan dan sekeliling), dan berdikari. Bukanlah maksudnya sebelum-sebelum ni langsung tak pernah ambil tahu. Cuma, ada sedikit perbezaan. Dulu mungkin hanya sibuk memikirkan hal belajar dan belajar dan belajar dan kadang-kadang agak 'bodoh' melibatkan diri dengan 'cinta monyet' yang tidak berpenghujung. Agak kelakar, rugi dan ternyata buang masa, tenaga sendiri hehe. Dulu hanya fikir 'aku mesti lulus cemerlang dalam pelajaran dan tamatkan pengajian di universiti, banggakan mak bapak'.
source: Google
Bila lepas dah tamat belajar, menganggur setahun di rumah. Ya Rabbi, agak sesak juga bila orang asyik tanya 'sudah kerja?'. Soalan cepu emas yang boleh buat golongan kami rasa agak tertekan, lagi-lagi kalau yang lelaki tu lagilah malu, kan? Tapi apa boleh buat, sabar sajalah yang kami mampu. Lepas tamat belajar tahun 2010, memang target nak ikut training GEMS tapi malangnya masa tu, training tu tiadalah pulak. Tahu training tu pun dari senior dan member sama praktikal dulu. Then tiba-tiba masa bulan puasa tahun lepas diorang panggil untuk interview. Kononlah interview, just a simple interview. 13th November 2011, dah rasmi jadi peserta GEMS under Khazanah Nasional Berhad.

Sekarang OJT di MASB Kota Kinabalu. Memang agak jauh dari bidang sebenar, yaaa now i'm here at HR Department. Tapi not so bad lah sebab dapat belajar benda baru, belajar tentang mengurus hal kemanusiaan atau sama maksud gelagat-gelagat manusia hehe. Bukan mudah yaaa, ini bukan bekerja dengan mesin dan susun fail semata-mata. Tapi dari sinilah saya banyak belajar tentang soal pengurusan sesebuah organisasi. Siapa cakap di HR duduk goyang kaki? Silap persepsi kamu tu. Ada masa sibuknya, ada masa lapangnya. Tapi saya senang training di sini, suka semua staff di sini, semuanya baik-baik belaka, friendly (^__^).
source: Google
Mulai sekarang mesti belajar untuk SAVING for future. Fahamkan tengok entry #WW semalam di SINI. Jadi silalah berangan-angan dan merancang masa depan hehe. Lamanya tidak potpetpotpet ahaksss.

Comments

amy1906 said…
ya betul,masa utk belajar tentang kehidupan.ba bez of luck for u job ya,hehe...harap dpt diserap masuk ktc2 terus ya dear..:)
J.Syazwana said…
eh boo !
hehehe

saya pon tengah belajar saving :)
aReLaN said…
belajarlah sebanyak mungkin time OJT tu ye.bukan hanya pasal keje tapi gak life & culture kan.hmmm..memang skang ni kena menabung.kalau tak,susah nanti
Cik Amni said…
come bisnes catalyst.. sabah sarawak belum rami urg molah. so market besar glak2.. hee..

kmk dolok sama juak pikir pasal saving. duit gaji lepas tolak2 semua, sik cukup bah.. dah bisnes sikit2 tok baruk ada saving. mun dak memang susah..
~AmyLiana86~ said…
amy skrg keje bhgn sumber manusia yann kat llm nie.mmg byk kerja kena buat..nak kena handle semua staff beratus2 org..hal sakit..kursus..cuti..semua nk kena rekodkan..huhu..papepun gud luck yann...
FiZ said…
GEMS under khazanah?bestnye?dah hbis nnti, dpt kje dengan mereka ke?

goodluck in saving ;)
gba blossom said…
lebih2 lagi ada dept. partner yang cute kan yan??? hakhakhak
AmirFX said…
Yobih.. Ngantuk nangga gambar gif nak first ya.. Mata layu juak olehnya...
zareliqa afiqa said…
Saving tuk kawin lak..hewhew :D
xila riston said…
kita pon lari bidang tp ok letew...bnda baru kannn
teha said…
hurmm.. mmg kena saving.. nanti nk kawen sng.. hhahaha !

p/s : anda di tag :)
Hafizin Jamil said…
kejap je tu semangat nak saving..haha
Liya Laa said…
Hye.. kite nak pergi GEMS 17mac di Tganu. Sgt excited. Selalu bace blog u utk persediaan. Hehehe.

Anyway, kalau I dpt HR department mmg I gembira walaupun bkn kos I. I mmg suke HR :)
Zie Madini said…
nang wajib saving utk future nak yan ow. coz we never know what might happen in the future :)
Hanie Dew said…
Saving la walaupun rm100 sebulan

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …

RESEPI TAUSA KACANG MERAH | CARA BUAT PASTRI RAPUH, SIEW PAU

Salam my readers :)
Kali ni nak kongsi resepi cara buat Tausa atau Siew Pau atau Pastri Rapuh. Ntahlah apa nama sebenar, tengok gambar kat bawah tu ya. Haaa macam masterchef nak kalahkan Dato' Fazley hehe. Ni pun sebab permintaan salah seorang rakan di FB, kesian dia mesti lama sangat dah tunggu, dia request bulan November 2012. Sorry ya sis huhu. Saya lupa dah di mana letak kertas resepi tu, lepas kelas buat Tausa tu, terus lupa letak di mana, maklumlah dah dua tahun berlalu hehe. Godek punya godek, akhirnya jumpa jugak. Ada jugak videonya tapi tak dapat nak upload sebab saiz video besar sangatlah. Saya kongsi resepi jak ya, ni belajar dalam kelas anjuran, entah lupa sudah hihi :)

Resepi Tausa Kacang Merah
Bahan-bahan (1 adunan = 30 biji) :
A) DOH AIR 250g         Tepung gandum -ayak 1 1/2 tbsp Gula 75g           Lemak sayur- Crisco (pastikan lembut) 125ml       Air sejuk (ikut kesesuaian)
B) DOH MINYAK 185g   Tepung gandum -ayak 120g   Lemak sayur- Crisco 1 tsp   Garam
Inti : Guna i…

TIPS MENJAGA KUCING SAKIT

Assalamualaikum dan hello :)
1. Hari ini sabtu, dah tiga minggu berturut-turut cuti hari sabtu. Rasa bosan pulak tak pergi kerja. Tak pergi mana-mana pun, duduk rumah layan kucing, kemas apa yang patut di rumah dan layan internet. Wohaa mungkin segelintir orang akan cakap "boring nya life perempuan ni. Orang lain hujung minggu keluar jalan-jalan tengok wayang ke uhhhaa uuhaaa la dengan pakwe ke member ke". Entahlah, mungkin sebab tak minat, malas nak jalan, ramai member dah kawen dan memang tiada buayafriend. HAHA
2. Sebenarnya nak cerita pasal kucing sakit. Nampak dalam gambar tu? Itu namanya Si Kuning, kadang-kadang panggil Si Meow jugak. Si Kuning menangis dalam gambar tu, sekarang dia demam selesema. Kesian sangat. Dah bagi makan antibiotik tapi tiada perubahan. Semalam dah bawa pergi klinik vet, doktor dah bagi makan ubat juga. Harap-harap cepat sembuh. Kalau nampak kucing kamu lemah semacam, kurang aktif dan bersin selalu, cepat-cepatlah bawa pergi klinik. Kalau masa …