Skip to main content

Untuk awak yang kurang sihat

Salam my readers :)
Hello semua. Rasa macam tak percaya hari ni dah masuk Isnin. Semoga awak semua dikurniakan kesihatan yang baik. Kepada awak yang kurang sihat tu, jangan lupa makan ubat yaaa. Awak yang sihat tu, teruskan jaga kesihatan masing-masing. Jaga pemakanan, jaga tubuh badan, jangan makan ikut nafsu sangat ok? Kepada awak yang ada antibodi lemah tu, banyakkan berehat. Jangan push diri sangat buat kerja kalau tak larat. Paling penting jangan banyak fikirkan masalah yang orang kata boleh buang jauh-jauh. Sentiasa fikir positif maju ke hadapan, gembirakan hatimu bersama orang-orang yang boleh membahagiakan hati kamu.

Kepada yang mudah ditimpa sakit tu, kena sentiasa ada ubat dan tidur yang cukup. Kepada yang ada sakit resdung tu, saya amat memahami kesakitan kamu. Kalau ada masa, pergilah buat rawatan huhu. Kepada yang sakit kepala tu, cuba rehatkan minda, minum air suam dan tenangkan fikiran, jangan serabut sangat. Kepada yang ada sakit serius, kena pandai jaga kesihatan diri. Kalau nak sentiasa sejuk hati, lihatlah wajah mak sebab wajah mak ada penawar tersendiri. Dan paling penting, doa kepada-Nya.

Kenal Rara Zikry atau Zarith Nadhira Binti Mohamad Zikri? Kalau belum kenal, pergi GOOGLE. Simpati dengan nasib Rara. Walaupun tak kenal dia, tapi melihat kesakitannya melalui kaca televisyen sudah cukup buat hati tersentuh. Rara sangat cantik. Semoga Rara tabah menghadapi dugaan dari-Nya. Semoga Rara cepat sembuh dan kembali normal seperti sediakala. Kagum dengan ketabahan ibu Rara. Semoga ibu Rara diberi kekuatan dan kesabaran yang tinggi untuk menjaga Rara.

Teringin nak pergi melawat wad kanak-kanak yang ada penyakit serius. Nak hiburkan hati mereka dan bagi mereka semangat untuk terus hidup seperti kita yang sihat normal. Semuanya penangan Purple Love. Ohhh tidak!! Purple Love lagi :)
Semoga awak yang kurang sihat cepat sembuh. Siapa tak sihat, angkat tangan? Saya boleh hiburkan kamu untuk ringankan kesakitan kamu. See? bukan setakat ada bakat jadi doktor pakar cinta cap taugeh, ada bakat jadi nurse jugak hihi.

Comments

rara zikry?kisah yg sgt tragis...apepun mmg kagum dgn mak zara!

hrp yan pun sihat sejahtera iya!
Shorim Kasih said…
mcm tau2 je skit pe skrg..huuhhu..resdung ni gnggu je..kna hbuk skit mula mncair cecair tu..skit kpla plk x hbis2 mai snggah..nsbla migrain pnykit dr dulu x mai2 da..klu x, sblh mta x psl2 truk bnor..huhu
Opieneon said…
selesema, huhu sbb tido lewat...
ieyza afieyna said…
alhamdullillah , hari ni sihat :)

semoga rara zikri cepat sembuh ..
Bro ahmad said…
semoga ia sihat..sama2 doa untuk dia yea
abghani said…
hari ni alahamdililah esok lusa tk tahu lagi
Adylia Qarissa said…
antibodi tak kuat punca demam..persekitaran jugak salah satu faktornya...

sakit itu dapat menghapuskan dosa kecil...
sarah mohamad said…
semoga cepat sihat kepadan yg kurang sihat :)
Myra Jay said…
Sama la my dear husband pun tak sihat, dah 2 hari batuk2 je..
~AmyLiana86~ said…
Allah akan menguji hambanya yg terpilih kan yan..huhu
AmirFX said…
Adehhh.. Sakit pinggang kmk ritok.. =...=
Bui Junaidi said…
kelak kmk gugel pasal nya..*_*
J.Syazwana said…
eh blog dah lain. huhu

btw saye tengah selsema + batuk sekang :(
Zura said…
xpnah bace cite rara zikry lg..
My Name is Mar said…
Kecekalan seorang ibu..
Tiada tandingan... =)
Paris Lipton said…
sian rara tuh.. harap dia tabah tempuh dugaan...
aimie amalina said…
huuuuu
ye baik akak
adek jage kesihatan ye
walau x terjaga dh niii
huuuu..
rara?
cm pnh taw
nak p tgklah...
Hanie_Dew said…
ada penah baca cita pasal rara tu. dah lame jugak kan.

aduh. sakit nya hati. nurse yann..tolloonnggg~~~~
ciK LyndaWawa said…
purple love gik........kmk ada resdung...erm..
ABU said…
aku kurang sihat hari ni..selsema..huk huk..
Ini Kisah Tia said…
purpla love tu takat tengok iklan je . hehe
Syue said…
Assalamualaikum, saya copy ayat yang dkt bear tu tau. Thanks :)

#seronok bace ayat tu, hehe. semoga saya cepat sembuhh..

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …