Skip to main content

Tahniah Jiran: iPai & Paris

Salam my readers :)
Hujung-hujung tahun ni kebanyakkan blogger yang bergelar student IPT yang dah tamat pengajian sudah pun dan akan berkonvokesyen. Errrr macam tak betul nahu ayat saya kan? Abaikan. Kepada yang masih belajar tu, diharap gambar kejayaan jiran-jiran blog saya ni akan memberi inspirasi untuk kamu terus rajin belajar dan jangan malas-malas tau hehe. Khususnya buat adik-adik yang masih di bangku sekolah tu, jadikan kejayaan abang-abang kakak-kakak yang dah berjaya menamatkan pengajian tu sebagai motivasi korang k?

Untuk adik-adik yang baru nak UPSR, PMR, SPM, hargailah zaman belajar kamu. Yang dah mula kenal istilah cinta monyet tu, bawa-bawalah berfikir. Masa sekolah dulu, cikgu selalu cakap, jangan bercinta masa sekolah, kalau nak bercinta, cari lelaki pandai masa di universiti. Bila dah di universiti pulak, mak dah pesan jangan fikir cintan cintun dulu, habiskan belajar, nanti dah habis belajar baru fikir cari jodoh. Bila dah habis belajar pula, haaa jangan pusing-pusing fikir jodoh dulu, cari kerja dulu. Haiyoooo hehe. Kan? Kan? Kan?

Entri ini didedikasi khas buat dua orang jiran terbaik saya dengan ucapan TAHNIAH sebab dah berjaya menamatkan pengajian masing-masing. Thanks a lot sebab izinkan jiran kamu ni copy paste gambar konvo kalian. Terharu okey. Ingat, kena minta izin kalau nak pinjam gambar yang ada wajah kawan blogger kita tu :)

Siapa tak kenal iPai @ Ahmad Naufal. Blogger peramah dan seorang kawan yang baik. Dia banyak bantu saya dalam hal blogging. Kitorang selalu buat eksperimen blog, kaji trafik blog masing-masing. Dia kawan yang memahami dan banyak bagi saya motivasi di saat saya bengang dengan lelaki, cehhh poyo je ayat kan? hehe. Sekarang iPai dah pun selamat sampai di Saudi Arabia. Tahniah sekali lagi iPai sebab melebarkan sayap ke sana. Ada yang tetiba rasa nak ngorat tu baik korang batalkan niat sebab iPai dah berpunya.

Tahniah Paris Hilton Malaysia hehe. Nama jiran comel ni Paris Lipton. Dia pun baru saja selamat berkonvokesyen minggu lepas. Dia blogger yang aktif, so memang pelik kalau siapa tak kenal hehe. Sekarang ni dia asyik buat autopost je sebab maklumlah busy lepas konvo di UUM, saya tolong bagitau kat korang hehe. Kelakar jugak Paris ni, dia request kat komen nak jadi jiran saya, so saya okey je, terus kitorang jadi jiran hehe. Agaknya Paris ni pun single jugak, so bolehla korang nak ngorat :D

Tahniah juga blogger lain yang saya kenal dah berkonvo dan akan berkonvo. Terutamanya kepada Cik LyndaWaWa dan Lea Isnawi :)

Comments

Ezad Skytech said…
tahniah buat ipai dan paris lipton..sebab da selamat bergraduasi...:D
iMBobo said…
congrats buat mereka! bersedia melompat ke alam pekerjaan hehe jgn lompat seperti katak, lompat lah mcm penguin sbb lagi comel hehehe
JIJI YU said…
waaa..tahniah2..
ciK LyndaWawa said…
hahaha...mun kenal tok..sila2la meringankan kaki anda ke unimas kelak oo...hehehe..mbak cita purple love sekali..hehehehehe=]


makseh in advance...chea..........=]
Bro ahmad said…
tahniah kt diorang..doodle suterakusih ni main cak2 pulak dengan bro hmm
Adylia Qarissa said…
dkna pulak teruja...lambat lagi nak pakai jubah macam dorang...

kene bertungkus lumus nak dapatkan segulung ijazah...

tahniah buat mereka semua :)
eVa said…
wah! best cdak dah konvo.. jeless much.. xsbr mok abiss study

congrats utk ipai n paris hilton!
Kancil 8349 said…
tahniah untuk mereka
AmirFX said…
Tahniah untuk sidak duak ya... Ehh.. Paris Lipton seh single ka? hahaaa...
apik pehe said…
hehe..musim konvo skang ni
Hanie_Dew said…
hehehee..iPai kat sana asyk makan beger size besar je. hahahahha
abghani said…
tahniah beb..kamu budak pandai
Acik said…
wow ... tumpang happy 2, 3 kaki buat rakan2 blogger yg dah berjaya menamatkan pengajian
dhiera said…
tahniah buat ipai dan paris hilton!!! best ye berkonvo~ rasa nak konvo lagi la plak kn?
miss atie said…
sis, cm ne nk wat komen pop up?? leh tlg ajar x??
waaa..tahniah tahniah buat diorang berdua..adiela tumpang gembira..hehe..seronoknya dah jd graduan! :D
aimie amalina said…
waaaa
tahniah buat jiran akak nihhh!
hehehehe =]
miss atie said…
terima kasih banyak2 tau... sy dah tkr setting... hrp2 menjdi la... :)
merahitujambu said…
tahniah2..alhamdulilah.selamat dtg ke alam pekerjaan
Elie Lily said…
elie juga da abis diploma, tunggu convo nnt je..doakan selamat ya? :)
~AmyLiana86~ said…
tahniah jugak tuk dorg..

makcik amy jual menda tu..berminat msg la amy ek..hehe
Lea Isnawi said…
tahniah buat semua yang baru konvo jugak

tp sedih neh tak dpt keje lagi
Myra Jay said…
Wahhh bestnyer dah konvo..

Myra je tak tau bila, insyaAllah 3 thn 2 thn lagi kot.. :)
Syuxer said…
wah tahniah kepada blogger diatas..bro ipai nampak hensem smart bergaya mengenakan jubah tuh hehe..USM tuh..

paris lipton tak pernah syuk dengar hehe..tahniah untuk dia..
sizuka[Izzati] said…
whaaaaaa seronoknya dah grad :D
Paris Lipton said…
eh eh...hee maceh ye...tahniah gak utk awk haa...
iPai said…
wah terima kasih syaza !!!!!!!! terharu !!!!!!!!

terima kasih banyak2 ...

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …