Skip to main content

Review Syahadah Gadis Ateis

Salam my readers :)
Ingat lagi bulan 6 yang lepas, janji saya dalam entri Buku Dalam Mihrab Cinta, Syahadah Gadis Ateis & Benarkah Iskandar Bukan Zulkarnain?. Oleh sebab terlalu banyak online, sampai tak dapat nak buat hobi membaca. *sigh* Okey, Novel Syahadah Gadis Ateis baru habis saya baca, yang lain tu belum lagi. Okey, saya nak kongsikan apa yang menarik dalam novel tu mengikut fahaman saya.
Novel: Syahadah Gadis Ateis
Penulis: Imran Haaz (Mohd. Aswanizam bin Alias) http://satuhala.blogspot.com
Terbitan: PTS Islamika Sdn Bhd

Secara keseluruhan, novel Syahadah Gadis Ateis sangat2 bagus. Agak jarang saya jumpa novel wacana Islamik sebaik ini. Apa yang menarik perhatian saya dalam novel ni, setiap kali saya membaca setiap hujah yang dilontar oleh penulis, saya akan merujuk tafsir Al-Quran. Lepas tu, saya akan lekat nota berwarna di setiap helaian yang mengandungi hujah-hujah melibatkan ayat Al-Quran untuk memudahkan rujukan saya kelak. Masa saya baca novel ni, saya sangat teruja nak kongsikan dalam blog sebab isi kandungan novel ni memang sangat-sangat berinformasi, mendidik jiwa rohani dan ada input baru bagi saya yang agak kurang pengetahuan agama.

Rini, merupakan seorang gadis yang beragama Islam tapi tidak percayakan kewujudan Tuhan. Rini beranggapan Tuhan tidak berlaku adil dalam kehidupannya. Pemuda yang digambarkan dalam novel tu seorang lelaki yang sempoi dengan gitar kapok, ala-ala ustaz rock tetapi punya pengetahuan agama yang cukup mendalam. Tapi tidak dinyatakan nama, puas saya membelek novel tu tapi tak jumpa, so saya beranggapan pemuda dalam novel tu adalah penulis novel itu sendiri. Kadangkala, saya membayangkan pemuda tu seperti Ustaz Jiji dan Ustaz Love, sempoi dalam penulisannya tapi punya maksud tersirat yang Islamik.

Pemuda tersebut sangat tenang ketika Rini melontarkan pelbagai soalan berkaitan agama Islam. Penulis pandai menyusun ayat yang sebenarnya agak rumit untuk disampaikan menjadi ayat mudah untuk pembaca fahami. Paling penting, penulis tidak 'emosi' menyampaikan hujahnya tetapi berkongsi ilmunya secara rasional dan profesional. Terutamanya ketika Pemuda tersebut menjelaskan jawapan berkaitan persoalan melibatkan perbandingan agama. Antara persoalan yang dilontarkan oleh Rini;
  1. Mengapa saya perlu menyembah Tuhan?
  2. Saya tidak akan menyembah Tuhan yang saya tidak nampak. Buktikan yang Allah itu ada!
  3. Mengapa Allah? Kenapa bukan Tuhan lain?
  4. Kenapa Allah tidak pernah memakbulkan doa-doa saya? Sedangkan Allah berjanji setiap doa yang dipohon hambaNya dimakbulkan?
  5. Jika Allah Maha Penyayang, mengapa orang kafir dibakar selama-lamanya di dalam neraka?
  6. Mengapa ada banyak agama di dunia ini? Kenapa tidak satu sahaja dari zaman Nabi Adam?
  7. Awak cakap kitab-kitab agama terdahulu tercemar dengan tulisan tangan manusia, boleh buktikan?
  8. Saya terbaca dalam banyak media dan internet mengatakan Islam adalah agama yang menindas wanita.Adakah benar?
  9. Jika awak katakan Islam itu adil, kenapa hanya lelaki dibenarkan kahwin sehingga empat orang? Sedangkan wanita hanya dibenarkan berkahwin dengan seorang suami, bukankah itu tidak adil?
  10. Mengapa pula berlaku diskriminasi pada wanita dalam pembahagian harta pusaka? Bukankah Islam mengutamakan hak wanita dalam semua perkara?
  11. Kenapa Allah menyuruh para malaikat dan iblis menyembah Nabi Adam? Sedangkan menyembah makhluk adalah perbuatan mensyirikkan Allah.
  12. Apa yang saya tahu, Nabi Muhammad s.a.w menerima wahyu pertama ketika berumur 40 tahun. Jadi apa agama Nabi Muhammad s.a.w sebelum dilantik menjadi Rasul?
  13. Mengapakah hukum hudud di dalam Al-Quran seperti terlalu kasar? Bukankah tidak bertamadun hukuman begitu?
Semua persoalan tersebut berjaya dirungkai oleh penulis dengan hujah beserta dalil dan bukti dari kitab lain selain Al-Quran. Kagum dengan penulis novel ini. Bab 7 yang paling menarik perhatian saya. Dalam bab 7 banyak input baru yang saya baru saya ketahui. Bagaimana pentingnya ilmu sains dan matematik dalam kehidupan kita. Baru saya faham mengapa ada pakar sains dan matematik yang memeluk Islam. Betapa ruginya kalau kita tidak mahu mendalami dan memahami isi kandungan kitab agama kita sendiri iaitu, Al-Quran.

Bab 9 dan 10 sangat menarik di mana penulis menerangkan hujah tentang keadilan antara lelaki dan wanita dalam soal perkahwinan dan harta pusaka. Allahuakbar, Ya Allah..memang sangat cantik dan adil setiap ketetapanNya untuk manusia. Dari bab 12 dan 13 saya dapat banyak input baru, terutamanya bab 13 membincangkan soal hukum hudud. Kebetulan sekarang tengah hangat diperdebatkan tentang hukum hudud. Terima kasih kepada penulis novel ini, Imran Haaz kerana berkongsikan ilmu-ilmu yang berguna kepada saya khususnya kepada masyarakat. Tak sabar tunggu novel seterusnya tentang dialog dan perdebatan Islam dan Kristian antara pemuda itu dengan Josiah. Siapa Josiah? Bacalah novel tu :)

Tak rugi saya membelanjakan duit untuk membeli novel Syahadah Gadis Ateis. Masa beli buku ni, dalam dompet masa tu duit ngam2 cukup untuk beli novel tu. Ahhh saya sedapkan hati, duit boleh dicari, tapi buku ni susah saya nak cari lagi. Memang sangat berbaloi beli buku ni. Rasanya tak rugi kalau korang korbankan duit topup dua minggu hanya untuk beli buku ni :) Jangan lupa beli buku ini di kedai buku atau beli secara online di Portal PTS. Semua jawapan untuk 13 persoalan di atas ada di dalam buku tersebut. Selamat membaca!!

Jemput singgah ke blog adikku sayang si Eva :)
banner eva lomohunter

Comments

Anum said…
bestnya
suka la baca novel
waaa..sutera..buku yg bagus utk dibaca...


buku iskandar bukan zulkarnain akak ade...
wahida said…
mak aiii, takutnya soalan2 mcm tu...huhu...
AmirFX said…
Pernah kmk jumpa buku tok kat MPH ria tek.. Lupak nak beli...
Bro ahmad said…
NANTI DAH HABIS BACA POST KT BRO AHMAD PULAK YEA....:) hihiiii
aimie amalina said…
waaaaa
begitu lama diri tidak membaca nocel
walau pun hobi
huhu
hani apandi said…
kak yan ! kmk jeles, jeles ngan background belog ktk ! kmk sik pande nak hias2 belog tau sik..hias kmk lok? hehehe.kmk baru sempat nak BW.sorry :D
eVa said…
kmk dah makin suka baca novel mcm tok.. dolok cintan centon jak mek layan.. ahahah..

haa..mek blaja d OUM kat batu 9 cya jak.. hehe..
macam best jewk novel neh,,teringin sangat nak tahu macam mane ustaz tuh menjawab persoalan yg di tanye,,
Yatie Awang said…
kakak pun nak cari jugalah buku ni..DMC, belum baca, tapi citernya dah tengok
Ezad Skytech said…
macam best je novel ni..kena baca baru la rasa feeling dia kan SK..hee~
anamizu said…
wahh bagusla novel ni..
soalan2 camtu mmg tak tercapai dek akal nak bg jawapan :)



luv,
cik ana.
Yumida said…
bgs buku ya....sa mok beli juak
ciK LyndaWawa said…
kitak suka baca novel ka??yer..
dhiera said…
nice info SK~ berminat nak baca buku tu!
Paris Lipton said…
ok..dh lme xbce novel. tenkiu review citer cmbest ni jiran..nah ketupat. *tibe2
cik dila said…
betul3.. kawan saya selalu sangat pesan, jangan kedekut untuk beli buku.. since dr tu,each time rasa nak beli buku, insyaAllah beli.. tak tangguh-tangguh..
merahitujambu said…
mcm best je..lama x layan novel...rasanya dh bertahun2 lamanya..kalau layan ketagih..hehehe..miss u syaza
Ini Kisah Tia said…
ada tutorial ka mau buat like button macam kamu punya d blog ni . tu bahagian sidebar ..

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …