Skip to main content

Kaitan TARGET, TAHAP BLOGGING dan ALEXA.

Terima kasih Bro Ahmad sebab sudi mereview blog 
yang tak pernah kena review di Alexa hihi.

Salam my readers :)
ALEXA RANK? Apa tu? Penting sangatkah? Memang setiap blogger kena daftar Alexa ke? Saya pun kurang arif tentang Alexa ni. Apakata awak tanya Bro Ahmad? Jangan cakap saya yang suruh tanya tau hehe. Khusus buat awak yang serius nak maju dalam blogging. Apa target awak untuk blogging? Okey okey okey saya tau jawapan seperti biasa, saya blogging bukan kerana nama, saya blogging bukan nak popular, saya blogging bukan sebab trafik, saya blogging bukan sebab nak orang komen, saya blogging bukan kerana duit, saya blogging untuk luahan rasa, saya blogging untuk kepuasan. Jadi awak blogging kerana apa?

Masing-masing punya target dan tujuan dalam blogging. Menurut Ezad Skytech, "Pentingnya target tu, bila ada target, kita akan terus cuba berusaha untuk jadi lebih baik kan, boleh jadi penyuntik semangat untuk kita terus berjaya untuk capai target tu kan". Apa kaitan TARGET dengan ALEXA? Mari berfikir.

Sebagai seorang blogger, sudah semestinya ada blog. Awak pasti ada tahap-tahap yang ingin dicapaikan? Sebelum mencapai tahap tu, mesti ada pasang target. Menurut pendapat Kotak Bulat, "seorang blogger perlu maju dan mencapai beberapa tahap dalam dunia maya ini. Tahap pertama ialah mencari follower, tahap kedua ialah mencari pembaca, ketiga pula meningkatkan trafik dan akhir sekali menguasai SEO. Persoalannya, perlu ke seorang blogger melalui tahap-tahap ini?". Sekali lagi, apa kaitan TAHAP dan ALEXA?

ALEXA, TAHAP dan TARGET saling berkaitan antara satu sama lain. Jangan gentar bila orang kritik kita blogger gila trafik, gila follower, gila pengkomen tegar, gila update entri. Berbalik kepada point utama, masing-masing punya TARGET tersendiri, kan? Untuk mencapai tahap-tahap yang Kotak Bulat cadangkan tu, seharusnya target yang disasarkan tu tercapai. So di sini, ALEXA memainkan peranannya untuk membantu merealisasikan tahap-tahap yang ditargetkan tu tercapai.

Dah, jangan berkerut sangat kening tu. Serius sangat ke entri kali ni? Rasa macam buat tesis pulak ada pendapat sarjana hehe. Korang rasa, ada kaitan tak tiga point tu?huhu. Kalau tak faham apa fungsi ALEXA tu, sila tanya Bro Ahmad, okey?

Boleh rujuk SINI untuk belajar review blog melalui Alexa. Kalau sudi, kliklah button Alexa di bawah ni untuk review blog taugeh tak comel ni. (^__^)
Review http://suterakasihyann.blogspot.com on alexa.com

Comments

faridah nazurah said…
alololo blog taugeh tak comel?? mcm tipu je.. hehe :P
[sutera kasih] said…
@faridah nazurah:
hehe awk ni dear...ketok pakai taugeh kang :P
Ezad Skytech said…
blog ni comel kot...sape kata tak comel tu..hempuk je...heee~
wah rasenye mcm penting ni..!
Ini Kisah Tia said…
penting kak kalau serius berblog . bila serius berblog, kita akan ada target . bila dah ada target, akan berusaha pulak mencapainya .. target Tia untuk berada sebaris dengan 500 blog di Malaysia :) akak pulak? tak salah kalau akak pun ada target ..
NA said…
Betul tu kena ada target atau sasaran. Sasaran yang dibuat mestilah realistik mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan.
Alhamdulillah sasaran pertama dah capai.

-wina1979-
[sutera kasih] said…
@NA:
yup, pendapat yg bernas ! thanks share pendapat dear :)
tahniah sasaran pertama awk dh tercapai.
[sutera kasih] said…
@Ini Kisah Tia:
yup Tia..bgs tu kalau yg serius blogging pasang target. Wahhh sama target kita ni Tia, tapi akak belum mampu lg nk capai utk tahun ni..huhu

target PR dh tercapai..cuma target UV jak ndak..susahnya mau dpt 1k UV dlm sehari kan..mau capai 3 ratus pun payah.
[sutera kasih] said…
@Uchi kay-f @hmad:
semua yg kita buat pasti ada target
[sutera kasih] said…
@Ezad Skytech:
hempuk guna taugeh lembik je la ezad haha
aReLaN said…
pe lk.blog ni comel macam tuan dia.hehehe
JIJI YU said…
target aku sampai aku kawen..sebab banyak entry aku tujukan pada si dia
Yumida said…
wah...hebat na ktk..so detail la...blog mek santai2 jak..hihi
ciK LyndaWawa said…
kmk x reti la nak guna alexa ya....
Wanz Mejuez said…
Perghh.,.. ni tesis terbaik ni.. eheheh..

>_<

takpa... slow2 naik.. nanti lama2 orang lain akan kenal.. >_<
zareliqa afiqa said…
Garu kepala..tak paham SEO tu apa,ALEXA tu apa.hehehe~
blogging sebab nak luahkan perasaan jek.heee^^
TiTi said…
haah kan, betul jugak, nanti nak cuba lar alexa ni ^_^
Shuhaida Subri said…
Tips yang bagus untuk newbie blogger.
Kalau macam saya.
Refer ayat atas tu.
Masih kat:-
Tahap pertama ialah mencari follower.
Memang kena cari follower dulu.

Blog sy tu dah lama cuma baru bape2 bulan ni aktif sket.
Jadi sesapa yang free & nak buat review pasal blog sy sangat di alu-alukan.

JOm melawat:-
http://shuhaidablog.blogspot.com/
Bro ahmad said…
Blog taugeh ni cute la suterakasihyann hmmm..kalau semangat tentu awak akan capai tahap yang diusahakan,

paling penting faktor masa huhhh itu je masalah utama nak berjaya dalam dunia blog ni,

harap happy menulis dan buat pembaca awak seronok..have fun OK.

Bro suport dari belakang blog taugeh ni hahahaaaa
merahitujambu said…
x bapa nk phm laa dear..tapi target sy nk cari duit..ahaha..xde la..saja suka2..puas hati dpt lukis dpt luah kt blog..
blog awk comel laa dear..kurang2 awk buat sendri..x upah org
Amni said…
target kmk setakat tok.. mok dapat BE.. hahahahah.. kmk sik pernah dapat....=p
AmirFX said…
Pernah kmk baca pasal tok.. Alexa ranking... Kmk dolok ingt sapa lah Alexa tok rajin gilak nak molah ranking blog orang lain.. haha...
Bui Junaidi said…
lom terbukak ati gk nk masang alexa..hehe..
kotak bulat said…
hehhehe.. pendpt kb dpt tmpat dalam entri ni...hhehehe..sgan la.. :P
eVa said…
ktk mdh jgn berkerut ilak bc entri.. nang dah berkerut tek.. ahahhaha

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …

RESEPI TAUSA KACANG MERAH | CARA BUAT PASTRI RAPUH, SIEW PAU

Salam my readers :)
Kali ni nak kongsi resepi cara buat Tausa atau Siew Pau atau Pastri Rapuh. Ntahlah apa nama sebenar, tengok gambar kat bawah tu ya. Haaa macam masterchef nak kalahkan Dato' Fazley hehe. Ni pun sebab permintaan salah seorang rakan di FB, kesian dia mesti lama sangat dah tunggu, dia request bulan November 2012. Sorry ya sis huhu. Saya lupa dah di mana letak kertas resepi tu, lepas kelas buat Tausa tu, terus lupa letak di mana, maklumlah dah dua tahun berlalu hehe. Godek punya godek, akhirnya jumpa jugak. Ada jugak videonya tapi tak dapat nak upload sebab saiz video besar sangatlah. Saya kongsi resepi jak ya, ni belajar dalam kelas anjuran, entah lupa sudah hihi :)

Resepi Tausa Kacang Merah
Bahan-bahan (1 adunan = 30 biji) :
A) DOH AIR 250g         Tepung gandum -ayak 1 1/2 tbsp Gula 75g           Lemak sayur- Crisco (pastikan lembut) 125ml       Air sejuk (ikut kesesuaian)
B) DOH MINYAK 185g   Tepung gandum -ayak 120g   Lemak sayur- Crisco 1 tsp   Garam
Inti : Guna i…

TIPS MENJAGA KUCING SAKIT

Assalamualaikum dan hello :)
1. Hari ini sabtu, dah tiga minggu berturut-turut cuti hari sabtu. Rasa bosan pulak tak pergi kerja. Tak pergi mana-mana pun, duduk rumah layan kucing, kemas apa yang patut di rumah dan layan internet. Wohaa mungkin segelintir orang akan cakap "boring nya life perempuan ni. Orang lain hujung minggu keluar jalan-jalan tengok wayang ke uhhhaa uuhaaa la dengan pakwe ke member ke". Entahlah, mungkin sebab tak minat, malas nak jalan, ramai member dah kawen dan memang tiada buayafriend. HAHA
2. Sebenarnya nak cerita pasal kucing sakit. Nampak dalam gambar tu? Itu namanya Si Kuning, kadang-kadang panggil Si Meow jugak. Si Kuning menangis dalam gambar tu, sekarang dia demam selesema. Kesian sangat. Dah bagi makan antibiotik tapi tiada perubahan. Semalam dah bawa pergi klinik vet, doktor dah bagi makan ubat juga. Harap-harap cepat sembuh. Kalau nampak kucing kamu lemah semacam, kurang aktif dan bersin selalu, cepat-cepatlah bawa pergi klinik. Kalau masa …