Skip to main content

Jenis-jenis Syaitan dan senjatanya

sumber gambar: Google Image

Salam my readers :)
Sempena hari Jumaat yang mulia ini, saya ingin berkongsi ilmu yang saya dengar dalam ceramah Ustaz Nur Muhammad Maulana dalam rancangan Islam Itu Indah. Atau lebih dikenali sebagai Ustaz Maulana yang popular dengan tagline "Jemaah ohhhh Jemaah". Kami sekeluarga suka tengok rancangan Islam Itu Indah tu semenjak bulan Ramadhan yang lalu lagi, sebab Ustaz Maulana ada cara tersendiri dalam menyampaikan dakwah. Pendek kata, Ustaz Maulana seorang yang lucu dan bijak menyelitkan ilmu agama dalam gurauannya yang sederhana tapi terkesan di hati penonton. Bagi yang tidak melanggan saluran tersebut, awak boleh dengar dalam Youtube dengan kata kunci Ustaz Maulana Islam Itu Indah.

Ini tajuk ceramah semalam yang saya dengar, sambil dengar sambil saya taip isi pentingnya untuk saya kongsi dengan kamu. Tajuknya Setan, iaitu Syaitan. Manusia memang tidak lepas daripada godaan syaitonnirajim. Antara jenis-jenis syaitan yang Ustaz Maulana bagitau ialah :

Jenis-jenis Syaitan:
  1. Al-Walhan: syaitan yang suka menggoda manusia ketika hendak menunaikan solat, menimbulkan perasaan was-was supaya kita tidak solat. Baru nak angkat takbir, dah syaitan tu ganggu ingatkan ehhh tak angkat baju lagi di ampaian, ehhhh nak beraklah. So, sebelum nak solat tu, sebaiknya bacalah surah An Nas.
  2. Al-Hanzab: syaitan yang suka menggoda manusia ketika orang bersuci khususnya ketika mengambil air wudhuk. Sebab tu la kita sentiasa diingatkan supaya menjaga kebersihan, syaitan sukakan tempat-tempat yang kotor dan busuk.
  3. Salambur: syaitan yang suka menggoda manusia di pasar atau di pejabat. Menggoda manusia agar membazir ketika berbelanja. Menghasut manusia supaya menipu dalam timbangan jualan. Menghasut manusia supaya bermalas-malasan bekerja di pejabat. Sebelum menjejakkan kaki di pasar atau pejabat, sebaiknya bacalah ayat Kursi.
  4. Dasim: syaitan yang suka menggoda manusia ketika makan. Manusia yang makan tapi tidak membaca basmalah dan doa makan, sebab tu la tak reti nak kenyang, perut sentiasa lapar nak makan. Sebaiknya bacalah Basmalah dan doa makan.
  5. Wasnan: syaitan yang suka menggoda manusia ketika tidur. Sebaiknya sebelum tidur ambillah air wudhuk, baca doa sebelum tidur, ayat Kursi dan surah tiga Qul.
  6. Ahwat: syaitan yang suka menggoda anak-anak muda yang belum nikah. Khususnya anak-anak muda remaja, syaitan memang sangat suka berdamping dan menghasut pelbagai hasutan jahat. Tika saat anak manusia melafazkan 'aku terima nikahnya', maka lari bertempiaran syaitan itu sedih kerana manusia itu tidak berzina.
  7. Toba: syaitan yang suka menggoda manusia di saat ketika ditimpa musibah seperti kematian, kehilangan, kemiskinan dan kesusahan.

Doa terhindar dari syaitan:
1. Bacalah lafaz Al Isti’aadzah iaitu berlindung kepada Allah daripada segala kejahatan.

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
Audzubillahi minasyaitonirrajim

“Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam”

Niat: Aku berlindung kepada Allah daripada gangguan syaitan yang direjam supaya ia tidak memudharatkan diriku, agama serta duniaku, atau memalingkan aku daripada apa-apa perbuatan yang telah Engkau perintahkan kepadaku, atau mengajak aku melakukan perkara-perkara yang telah Engkau larang.

2. Sentiasa mengIingati Allah. Bacalah ayat Qursi kerana di dalam ayat tersebut terdapat 17 nama Allah swt.

Senjata syaitan:
  • Serbuk seperti tepung yang ditaburkan semasa orang mengaji, supaya mengantuk dan memberhentikan bacaan ayat Al-Quran
  • Benda yang tajam-tajam berduri ditaburkan di majlis ilmu supaya orang-orang yang mendengar ilmu agama tidak tahan duduk. Perasan tak kalau berada di masjid, mesti rasa nak cari dinding & tiang sebab nak bersandar, tak tahanlah tu.
  • Selimut diletakkan atas tubuh manusia ketika waktu subuh supaya tidak bangun untuk menunaikan solat Subuh.

sumber: ceramah Ustaz Muhammad Nur Maulana dalam rancangan Islam itu Indah di saluran Bintang (Twitter @islamitu_indah)

*KATA HATI: Tengah nonton Islam Itu Indah, hari ni tajuknya Syirik, tiga sebab syirik ; kebodohan sebab tidak tahu, iman tidak kuat sehingga dipengaruhi nafsu dan beribadah kerana ikut-ikutan.

Comments

AmirFX said…
Orang dari Indon ka? Macam pernah jak kmk dengar...
[sutera kasih] said…
@AmirFX:
aok, nya la yaa..lucu2 aiee tp best :)
syAzAnA said…
renungan bersama. terima kasih. ^^
ILA HonEyBuNNy said…
banyak juga jenis2 syaitan....

ila baru tahu..jahilnya..sob3...thanks syaza for the info..:)
Bro ahmad said…
INFO YANG MENARIK..harap2 kita tak terhasut
tq sudi kongsi.

tak kacak langsung nama setan ni.
eVa said…
haha.. mcm pernah dgr uztad ya.. yalah ctok cya setan.. ya org madah, jgn mudah lalai dr mengingati Allah.. huhu. iman masih lemah kedak kulit bwg.. huhu
IBU GEBU said…
bermanfaat perkongsian ni...

kakak rasa yg selalu kacau kakak mesti syaitan yg no 5 tu...

lepas ni nak ambik air sembahyang sebelum tidur... thanks ya!
[sutera kasih] said…
@IBU GEBU:
mungkinla tu kak huhu

bagus ambik air wudhuk setiap masa :)
[sutera kasih] said…
@eVa:
mesti ktk penah dgr bah haha
yala tek deng, sama la kita, sik hal, sama2 kita berusaha perbaiki diri :)
[sutera kasih] said…
@محمود احمدی‌نژاد:
sama2, sharing itu kan caring hehe
mmg tak kacak langsung
[sutera kasih] said…
@Bro ahmad:
thanks bro !
sentiasa memohon perlindungan dariNYA
[sutera kasih] said…
@ILA HonEyBuNNy;
sy ada gak try search jenis2 syaitan di google, byk lg jenisnya, lain2 nama huhu
missSenget said…
owh..bagus nye..

perkongsian yg menarik.. :)
De'din said…
thanks for sharing :D
Jue said…
Salambur ya ada d ofis ku nek tok rsnya. Mun ada meeting ka pa, nang mbzir lah
Nurnajwa KZ said…
Setan ni kannn, suka kacau org --

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …