Skip to main content

Hari-hari tertentu potong kuku

sumber: Google
Salam my readers :)
Pernah tak awak dengar hari-hari tertentu untuk kerat kuku? Saya tahu hari Jumaat saja hari sesuai kerat kuku. Dulu-dulu masa sekolah, setiap hari pengawas dan cikgu cek kuku. Kuku siapa panjang, siaplah hehe. Saya paling tak suka kalau kuku saya dah panjang. Rasa rimas. Bukan lagi rimas, geli. Paling penting time makan tu, kalau kuku panjang, tak nikmatlah makan sebab tak dapat makan guna tangan. Makan guna sudu garfu kurang nikmat weiii. Kuku tangan panjang sikit pun, saya dah gelisah. Masa kuliah dulu, ada member lelaki bagitau, kalau kuku kaki perempuan tu panjang, tu tandanya mereka pemalas dan pengotor. Wahhh cepat-cepat sembunyikan kaki, selamatlah siapa pakai stoking atau kasut hehe.

Pernah dengar hari-hari yang tidak digalakkan dan digalakkan kerat kuku macam di bawah? Contohnya seperti hari Sabtu: keluar dari tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit, Rabu: keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan, Khamis: keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit, Jumaat: keluar daripadanya dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala dan lain-lain.

Mesti pernah kan? Tapi setelah saya membaca blog Pendekar Berkuda dalam perbincangannya di entri Potong Kuku dan hari-harinya, betul atau tidak?
Memang benarlah bahawa sunat untuk memotong kuku pada hari-hari yang disebutkan di atas tetapi tiadalah akan membawa mudarat kepada anda jika anda memotong kuku pada hari lain seperti yang tertera di atas. Anda buat dapat pahala. Tak buat, tiada kesan apa-apa. Adakah dengan memotong kuku pada hari Rabu maka kita akan jadi JAHAT? Jangan mudah percaya kepada semua benda yang menggunakan al-Qur'an dan al-Hadis sebagai sumber mereka. Anda tidak akan tahu kebenarannya yang nyata jika anda tidak menyelidikinya sendiri. Jangan menyebarkan ilmu tanpa pemerhatian yang jelas. Jika anda seorang blogger, jangan jadi blogger yang menyebarkan kepalsuan di merata-rata. Jadilah blogger yang bijaksana. Selaras dengan akal yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. (Pendekar Berkuda)
Kesimpulannya, pengajaran untuk diri saya sendiri juga, sebelum berkongsi apa-apa yang melibatkan hukum, ayat-ayat Al-Quran dan Hadith, pastikan buat research dulu, kalau betul, baru kongsikan. Sama-sama kita perbaiki diri. Kena ingat juga, lepas kerat kuku tu, janganlah buang kuku tu merata-rata tempat. Kuku tu kan sebahagian daripada tubuh badan kita. Kena hormati juga walaupun sudah berpisah dari badan. Jangan buang kuku tu di tempat yang kotor. Okey? Kuku saya dah kerat Jumaat lepas, awak dah kerat kuku?

Thanks Jue dan Hanie sebab bagi awards comel ni walaupun tak menang hihi. Mari bersengal bersama-sama, yukkk !!! :)

Comments

huhuh,,entry yang sangat menarik lah,,,,,tak jemu pon baca dari mula sampai habis,,terima kasih
Yumida said…
tengkiu SK coz mengingatkn kmk...kdg2 dh d set nk potong kuku ari jemat..then bila tibanya ari jemat..kotan bz ya..bz tok..gago nk blt..alu lupak..last2 alu ngerat kuku ari sabtu..tp x bgs ari ya hooo
ciK LyndaWawa said…
mun kuku kmk pnjang au asa nak demam..~
Kancil 8349 said…
entri yang menarik...kekadang kita lupa untuk membuatnya mungkin sebab kita sibuk.

p/s : kancil faham sebab ramai yang keliru...hehehe...apapun, nie lah kancil sebenarnya...
Umie Artoqiemie said…
potong kuku haritok tek Yann? hehehehe
eVa said…
aok mena ya..mun xpotong kuku rimas abis.. susah nak molah keja.. agik2 nak mkan.. gelik abis.. nak garuk muka x best k kuku eee. hahaha..
Ardini Humaira said…
betul3... bab hukum hakam ni kena selidik dulu bukan tibai je post entry tanpa tahu betul x info tu karang tak pasal2 kita buat orang keliru dan sesat :)
J.Syazwana said…
yang saye tahu ari sabtu dengan ahad yang tak elok potong kuku. heeee. tapi saya selalu je lupa nak potong kuku hari jumaat. :P
AmirFX said…
Biasa kerat ari Isnin ngn hari Khamis... Dolok pernah simpan kuku p asa ceridak gilak jak nak jaga alu sik mok gik smp nektok...
Amni said…
hee.. ustazah kmk sekolah dolok selalu pesan.. jadi, memang potong kuku pada hari yang tertentu jak..=)
aReLaN said…
ooo..naruhodo.tp mmg pn.skang ni rmi je jenis nmpk je ayat quran or hadis men share je xde nk siasat pe sme.pyh2.
missSenget said…
kuku kalo pjg tu potong je..

xdek dah tunggu2 hari ape..
Acik said…
selalunya bila acik share apa2 kat belog, acik ingatkan pembaca supaya fikir sendiri samada nak ikut ke tidak! fikir sendiri baik buruknya ... Heheheee
[fArAh aLiAs] said…
farah alias dtg melawat :))
y gmbr link fb tu kan, my sis je y tgkp, tu pun guna cmera enset. saje2 je kami snap pic ms tu our sis abih photoshoot nikah dia. x edit pon pics tu.
Eera Shera said…
bab agama ni, kena selidik betol2 dulu..
Jue said…
print bagi Hanie!hoho
Myra Jay said…
Masa nak potong kuku selalu terlupa, half way baru teringat..

Tp tu dulu la, sekarang dah set in mind kena ikut adab :)
Paris Lipton said…
sy slalu buat jumat isnin...xpenah dgr pon rabu, sabtu tu...tehee
eh awk rndu kite x? hahah
[sutera kasih] said…
@Paris Lipton:
sy pun baru dgr hehe
sbb tu sy godek2 kt google
awk rasa rindu ke tak kalau dh sy tanya2 kt blog tu hhaaha
Bro ahmad said…
hari jumaat potong kuku dapat pahala dan ganjaran..selalu dengar pendapat macam tu.

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …