Skip to main content

ELAKKAN MARAH DAN MAKDAL

Salam my readers :)
Semalam dah bersengal bersama-sama Jue & Hanie, hope gadis berdua lebih baik tu suka lah dengan idea tak berapa nak sengal dalam entri Mari bersengal bersama-sama. Amboiii intro bukan main panjang lagi, saya nak tanya, ada sesiapa kat sini mudah naik marah atau lebih mesra dipanggil Panas Baran?

Contohlah awak terlibat dalam kemalangan kecil di jalan raya, kamu terus nak marah-marah ke atau bantu orang yang terlibat kemalangan tu? Sekiranya kita berperikemanusiaan dan dapat kawal kemarahan, kita akan bantu orang yang cedera tu terlebih dahulu. Bukannya main lepas nak marah-marah dan menyalahkan orang lain. Nampak sangat diri kamu tu pentingkan diri sendiri. Betul tak?

Orang yang tak faham erti mengalah. Hahhh orang jenis memang buat kita rasa menyampah. Dah sah-sah dirinya tu salah dan tak betul, nak jugak tegakkan benang yang basah tu. Tetap juga nak pertahankan diri dan cakap besar. Bila orang tak nak terima pendapatnya, mula lah nak marah-marah. Lepas tu tarik muka semasam-masamnya mengalahkan cuka.

Secara normal, tak semua orang suka orang yang cepat nak marah ni. Tapi kadang-kadang, orang cepat nak marah ni dialah cepat cool, macam saya haha okey angkat bakul sendiri. Biasanya kalau saya marah, saya akan diam saja, pendek kata 'makdal'. Tau tak 'makdal' tu apa? Makan Dalam. Bahaya jugak 'makdal' ni sebenarnya, ibarat hati ni dihiris-hiris lepas tu disiram limau nipis tu, perghhhhh sakit tu. So, elakkanlah diri kamu daripada 'makdal' dan marah-marah, sebab kalau suka marah-marah, apa pun tak boleh hehe.

Kalau masa tu tengah berdiri sambil marah-marah, duduklah. Kalau tengah marah-marah tu, tarik nafas dalam-dalam, beristighfarlah banyak-banyak. Sebaiknya, ambil wudhuk. Lepas tu tengok kat cermin, adoiiii hodohnya rupa kita tengah marah, macam taugeh lembik HAHA. Jangan marah2 nanti cepat tua (^__^)

Comments

Anum said…
betul2
anum setuju
faridah nazurah said…
haha bila saya marah, saya suka jerit....
AmirFX said…
Hahahahaaa.. Kmk ingt makdal ya makanan sidak Korea.... hahaa...Opsss.. Serius2.. Mbak bertenang.. Ambik nafas panjang then minum aek kosong....
agree. kalau kita terlalu menunjukkan sikap marah dan amarah, automatically, we see ourselves like a pretty ugly. :(
better smiling always in whatever conditions and situations :)
Bro ahmad said…
makdal tu apa suterakasihyann...terang kt bro yang blurr ni hmmm
merahitujambu said…
marah bila gerammm tapi tetiba kuar air mata..
IzZa izaLis ® said…
heee..jangan MAKDAL.. nnt sakit.. doktor utk penyakit makdal xda ! hehe
anamizu said…
aiseh MAKDAL itu MAKAN + DALAM
rupenye..daku fikirkan nama
sapekah tadi..hehehe
takmo baran2..takmo,takmo,takmo :P




luv,
cik ana
Ini Kisah Tia said…
kadang Tia makdal jugak kak sebab tak berani nak terus terang diri tengah marah :)
EyqaLuvender said…
marah itu tandanye sayang...
*tbe2
Stilla Royazrie said…
hhehehe sama topik kita ari tok...mena ya..kmk setuju glak2..:)
Hanie_Dew said…
hahahaha..aku pun cepat marah weh. kalau tgh bizi tu tem tu tepon ofis bunyik non stop. haaaa...kene la org tu. pastu aku fkir. sian lak org yg kene marah tu. aku fikir kalau aku d tmpt dia.

so now kalau dgr fon ofis ringing je. aku angkat ckp sambil senyum. xjadi marah la. bole ke ko marah sambil senyum. kan.
budak penjara said…
ak la tu yg panas baran..haha

ak dh join..tapi ayat ko lg sengal kot..haha..ssuai dngn diri ko yg sengal
budak penjara said…
mengarut la ko ni..pewira sejati mesti lah kena garang..baru msuh gerun..haha
Pen MErah said…
bleh praktikkan salu ne.. tp kdg2 bile mrh susah nk kontrol..
Kathy Tuah said…
so kita suma jangan nk manas2..haha
Jue said…
Urm aku dolok kuat marah then slowly aku jd sik pmarah lps satu pristiwa. Nek tok marah camney pun aku sik lyn gilak kcuali benda ya nang bena mguji ksbran =)

Boss ku kuat narah d ofis, anggol nyawa koh! Hahaha
Bella Bell said…
makdal? pehhhh.. 1st tine dengar... haha..


aku ngaku aku ni jenis cepat marah.. tapi cepat jugak cool.. cuma jenis aku, bila marah aku akan menangis.. aku pn tak tahu kenapa.. huhu~~
shida said…
same dgn commentor..kalo shida marah...lebih suka menjerit2...ho3...best oo..sumpahseranah dalam hati..then baru istighfar bebayk...huhuhu~~

plus shida garang ngn anak2 buah...opsss...
Ezad Skytech said…
belajar perkataan baru malam ni..Makdal...hee..serius tak pernah dengar...heee~
JIJI YU said…
aku kalo marah aku tido
JIJI YU said…
aku kalo marah aku tido
Bui Junaidi said…
makdal..?kmk sll makdal juak..jarang nk marah2..kecuali mun org dh ngaco kmk lah
Bui Junaidi said…
lupak tek..word toge lembik ya lawak ada jak..hihi
syahirooAhmad said…
boboi tak suke org yang cemat marah.. lebih2 lagi sewaktu men badminton.. wat slek sikit terus emosi.. menci menci.. boboi hate. lalala~..

taugeh lembik? hahah. ada saja idea kau ni! dush2 kunk..
syahirooAhmad said…
ehh dia tu yang menghilang...pi mana? tunang ke?
NasZ said…
yela..saya pun cepat marah gak. isk..kena ubah ni.

MOHD NASER.com
[sutera kasih] said…
@NasZ:
hampir semua mcm tu la nazs..huhu

xpa, sama2 kita berubah :)
ooooo baru saya taw saya ni makdal!
[sutera kasih] said…
@syahirooAhmad:
amboiiiii...hilang je betunang ke??haha..
[sutera kasih] said…
@Bui Junaidi:
aok ehh, mun org dh ngaco time kita moody, nang ingin ya knk teriak kita hehe

kiut sik togeh lembik?haha
[sutera kasih] said…
@Ezad Skytech:
hehe..jgn lupa guna yerrr :P
[sutera kasih] said…
@shida:
kalo kt rumah, shida jerit2 jgk ke?hehe..lg syok kalo dpt jerit kt pantai
[sutera kasih] said…
@Bella Bell:
biasa org cakap makan hati or makan dalam..so bg singkat hehe


biasala tu prmpuan, kita kan jiwa lembut :P
[sutera kasih] said…
@Jue:
apa peristiwa yaka? sikmok share?hehe

biasala ya boss..standard suka nk marah2..hehe
[sutera kasih] said…
@Kathy Tuah:
buah anggor, buah nenas, ditego alu manas haha
[sutera kasih] said…
@Pen MErah:
hello pen merah, cmne nk view blog kamu, profile kmu private :(


betul tu..sbb tu kena bljr kawal marah
[sutera kasih] said…
@budak penjara:
hahaha...yela2 aku mengarut..
[sutera kasih] said…
@Hanie_Dew:
biar betol ko ni pemarah jgk? nampak mcm ndak jak hehe..

mana da org marah sambil senyum, tu mental tu haha
[sutera kasih] said…
@Stilla Royazrie:
yala tek kak..sama tok hehe
jgn mrh2 kelak cpt tua :P
[sutera kasih] said…
@EyqaLuvender:
hehe betul jgk tu eyqa..kalo kecik2, mak mrh sbb kita nakal, tu tndanya syg xmo kita jd nakal :P
[sutera kasih] said…
@Ini Kisah Tia:
jarang org tgh marah mau bgtau dia mrh, biasanya akan ditunjuk dlm bentuk perbuatan cth, hentak kaki ka hempas pintuka hehe
[sutera kasih] said…
@anamizu:
xpenah lg dgr nama org makdal hihi
[sutera kasih] said…
@Bro ahmad:
makdal tu makan dalam. makan dalam tu makan hati hehe
[sutera kasih] said…
@Rtp Farra Arisha:
betul tu arisha, kalau org suka marah2, nnti mukanya jelekkkk hehe
[sutera kasih] said…
@AmirFX:
saba jak la, mknn korea gik ya haha
lawak ada jak ktk mir
[sutera kasih] said…
@faridah nazurah:
best jgk jerit kan, rasa lega :)
ciK LyndaWawa said…
kenak kitakmala jak guna word toge oo..huhuhuhu..

pasha bercanda kitak ya kos apa??dah abis nya nak??kan kitak dah bis belajar ya..
sarah mohamad said…
ye betul. perwira yg sejati dia tak pung pang pung pang tapi dia lawan secara senyap. hehe
betoi2... kalu marah nanti cepat tua tau.. kalau terasa marah, cepat2 duduk... insyALLAH rasa marah boleh hilang ^^
kotak bulat said…
org yg pndai kawal sifat marah.. kb suka..hehhe
eVa said…
heheh.. kmk depends.. ada tym mek melepas ada tym mek diam.. nok diam ya, ya manas paling baran lah.. haha.. mun melepas marah ya, ngegeh jak ya.. mtk perhatian, eksen lebih.. tp cepat cool bahahahah..

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …