Skip to main content

Doa Seorang Kekasih untuk Kekasih Halalnya


Jabal Rahmah..lambang cinta sejati.

Salam my readers :)
Sekadar nak republish doa dan kata-kata yang pernah saya publish sebelum ni di bawah page Jejaka Idaman yang telahpun saya remove. Harap kata-kata dan doa ni dapat membantu memulihkan semangat kawan-kawan saya yang punya masalah dalam percintaan sebelum ni. Jangan sedih-sedih lagi, jadikan pengalaman lalu sebagai panduan di masa depan. Ingat, jodoh itu rezeki. Jodoh itu rahsia Allah swt. Please my dear, tetap semangat!! :)

Sekiranya dia jodohku, berikanlah petunjukMu dan peliharalah hubungan kami semoga sentiasa memperolehi keredhaanMu, jauhkanlah hubungan kami dari perkara² maksiat. namun sekiranya dia bukan jodohku, berikanlah juga petunjukmu, dan jauhkanlah dia dariku dengan cara yang baik dan menyenangkan hati kami masing², jauhilah kami dari kekecewaan dan kelukaan yang melampau hanya disebabkan kami tiada jodoh kerana kami yakin dan percaya, Kau sentiasa memberikan yang terbaik untuk hambaMu ya Allah..amin.

Dalam perhubungan memang agak sukar untuk mencapai istilah 'loyal' ataupun setia. jangan nafikannya, sebab saya tahu kita semua mengalaminya. Dalam 10 orang, mungkin hanya ada 2 orang saja yang mampu untuk setia. Saya yakin kamu pun mesti pernah mengalaminya ataupun mendengarnya dari insan² yang rapat dengan kamu. Kes cepat jatuh cinta, kes curang, kes cinta tiga segi, kes rampas merampas kekasih, kes cepat bosan dalam hubungan, kes cinta siber, kes cinta sampai mengeluarkan zuriat luar nikah, kes cinta bertepuk sebelah tangan, kes cinta monyet, kes nak cinta semua orang, kes cinta sejati dan macam² lah. Tapi, berusahalah sebaiknya untuk mencapai tahap 'loyal' dalam sesebuah perhubungan, tidak kira hubungan dengan keluarga, kawan mahupun cinta terutamanya yang sudah punya hubungan halal.

Saya serahkan segalanya kepada Allah, saya tak nak mengharap apa² dan tak nak terlalu yakin dengan angan-angan yang belum pasti. Saya hanya mengimpikan sebuah ikatan dan hubungan yang sah dan saya mengharapkannya, kamu juga begitu, bukan? (Bagi yang tak kawen lagi yerr hehe) (^__^)

Pernah baca buku Pemilik Cintaku setelah Allah dan Rasul tak? penulisnya Fatimah Syarha binti Mohd Noordin. Kenapalah agak lewat saya dapat membaca buku itu. Isi kandungan buku tu teramat bagus khususnya buat kaum hawa. Kalau belum baca, dapatkan buku tu cepat² ekkk..mungkin kamu akan menitiskan air mata setelah membaca buku itu disebabkan kelalaian menjaga maruah diri dan keterlanjuran melanggar perintahNya di masa lalu. Tapi sekurang²nya kita akan menyedari kesilapan itu dan segera bertaubat memohon ampun dariNya..semoga Dia menerima taubat kita dan sentiasa meredhai hidup kita :')

Doa untukmu yang bakal bergelar kekasih halalku :)

Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala
(Doa seorang kekasih-Inteam)

*KATA HATI: Berdoa, Berusaha dan Tawakal cari jodoh luar dari kawasan sini..oyeahhh sengal.

Jemput singgah :)
banner eva lomohunter

Comments

semoge daku dikirimkan jodoh secepat mungkin!
sarah mohamad said…
great post my dear :)
aimie amalina said…
=]
berdoa
berdoa
dn terus berdoa
memiliki kekasih halal yg terbaik buat diri kan?
ciK LyndaWawa said…
mudahan3 kitak dapat laki bait dan hansem juak ooo....amin..=]
Adylia Qarissa said…
dkna selalu amalkan doa yang ayat paling atas tu... :)
Bro ahmad said…
terima kasih yekk..thank doa ni baik diamalkan, dan jalan seterusnya ialah usaha kita sendiri.
Hanie_Dew said…
hehehe..kita harus terima jodoh yang Allah beri dengan redha. mudah mudahan berkekalan ke akhirnya.
ciK LyndaWawa said…
antu juak kitak ya.....disurohnya kita terngangak ngan formula biologi..hahaha...mintak soft copy aih..kmk lum nemu cd ya...wahahahaha..mintak soft kopi indah..macamla cita ya excel jak oo..hahaha
merahitujambu said…
moga cpt sy tamatkan zaman bujang...
~AmyLiana86~ said…
semoga Allah merestui ikatan amy n fahmi...doa2kan amy ek yann..hehe
AmirFX said…
Semoga kmk sik sedih2 gik ngenang peristiwa lalu.. Ehhh.. Ada kaitan ka sik..? haha..
Yumida said…
amin..doa yg baik utk org yg still single..
Bro ahmad said…
suterakasih mintak tolong boleh...buang duri header bro tu..seram la tajam2 nak simple je huuuuuu...:)
ciK LyndaWawa said…
kmk lum berlaki koh..huhuhu..

burn dalam cd lak aaa..pat diat juak..kitak beli cini ya?
Paris Lipton said…
sy akan save page nih..hikkkk
Hanie_Dew said…
mi amor. ipai pegi mana eh. lama xnampak. aku makan amplang ni. jemput. kena makan cikit cikit. jauh import nih.
eVa said…
wah bgs entri tok.. k geng2 kmk tedah cdak..
Ini Kisah Tia said…
di manakah kekasih halalku ?
EyqaLuvender said…
entry yg sgt bgs!!!
iqa hrp iqa akn dpt jodoh yg baek n biarlah hubungan tu t'jalin dgn cara yg diredhai Allah...
amin...:)
iqa doakn awk jgk..:)
anamizu said…
semoga JODOH ku kelak dipermudahkan dan dipertemukan dgn yg sebaiknya :)





luv,
cik ana :)
Bro ahmad said…
buang duri tu je..bro tak suka duri huuuuu simple mcm suterakasih la best
Yatie Awang said…
InsayAllah, Allah telah memberikan jodoh terbaik buat setiap insan ciptaannya
Abg Stalker said…
Spe nk jd jodoh sy,sila PM.hahaha


Gila x segan ^^ gurau la.best entri ni ;)
Ezad Skytech said…
setiap orang tu Allah da tetapkan jodoh masing2...semoga kita dipertemukan jodoh yang terbaik..:D
J.Syazwana said…
semangat !!
saya pon harap jumpe jodoh saya :D
anismelon said…
anis sangat suke lagu nie..mcam pemberi semangt bile anis down..and mcm doa jugak..:)
Jue said…
susah mok dpt org kita suka
mungkin sbb dah da jodoh di atur oleh-NYA utk kita =)

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …