Skip to main content

TLC Promise Me campaign: Derma Rumah Aman melalui Earning Nuffnang

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca blog ini :)

Pernah dengar tentang Rumah Aman (Peaceful Home)?

"Rumah Aman (Peaceful Home) aims to change the life of a child by giving them hope where there previously was little. At Rumah Aman we do this by:
  • Nurture: Providing a good, nurturing environment to live
  • Educate: Provide a good education
  • Responsible: Instill responsibility in each of our children (teach how to be responsible)
  • Dream: Give each child the opportunity to fulfill their dream to become something"
(sumber: rumahaman.com)

Rumah Aman merupakan salah satu rumah kebajikan dan anak yatim terletak di Shah Alam. Rumah Aman telah mula beroperasi semenjak tahun 2005. Rumah Aman menjaga lebih daripada 30 orang kanak-kanak pelbagai peringkat umur yang diantaranya telahpun kehilangan ibu bapa dan daripada keluarga yang susah. Misi utama Rumah Aman hanyalah untuk memberi perlindungan dan pendidikan yang terbaik untuk kanak-kanak tersebut, sepertimana setiap ibu bapa memberi yang terbaik buat anak-anak.


Truly Loving Company atau lebih dikenali sebagai TLC sekali lagi telah melancarkan kempen yang dikenali sebagai "Promise Me for season 2", di mana TLC telah menjanjikan sesuatu untuk memenuhi impian setiap kanak-kanak di Rumah Aman. Diharap kempen ini dapat membantu memperbaiki dan memperbaharui sistem elektrik di rumah tersebut. Selain itu, daripada sumbangan anda semua dapat menggembirakan hati kanak-kanak tersebut yang perlukan bantuan dari segi pendidikan, makanan, pakaian, dan tempat tinggal.


Kepada ahli Nuffnang, kini Nuffnang telah membuat tawaran untuk memudahkan ahli Nuffnang mendermakan sumbangan melalui pendapatan 'Earning' dalam akaun kita. Begitu juga ahli Churp Churp pun boleh memberi sumbangan melalui pendapatan yang terkumpul. Marilah kita ramai-ramai memenuhi impian adik-adik di Rumah Aman. Kalau kita mungkin impikan handphone canggih atau laptop baru, tapi impian mereka hanya mahukan tempat berteduh yang selamat, hidup yang aman, dan mendapat pendidikan yang baik. Untuk cara sumbangan selain daripada pendapatan Nuffnang, kamu juga boleh memberi sumbangan melalui :

Maybank2U
You can make a direct donation to Rumah Aman (Shah Alam) at 562106720433 with the remark: "Nuffnang TLC Promise Me S2". Kindly send a screenshot of the transfer to tlcpromiseme@nuffnang.com after you're done, so that we can verify the transfer and arrange for your tax deduction receipt to be delivered to you!

Cheque
Cheques can also be issued to Nuffnang Sdn. Bhd. and sent to our KL office at the address below:
12B5 & 12B6, Heritage House
33 Jalan Yap Ah Shak
50300 Kuala Lumpur.
All donations are tax deductible, and Rumah Aman will be able to issue a receipt for your kind donation.

Adopt a Churpie
Love the adorable Churp Churp mascot? You can get one today from Churp Churp, and all profits from the sale of Churpies will go towards the Promise Me pledge as well! Head on http://www.churpchurp.com/tlc-2011/ to find out how.

Sumbangan kamu semua sedikit sebanyak akan memberikan mereka senyuman gembira. Rezeki Allah swt untuk kita kongsikan bersama di dunia, mereka gembira, kita pun gembira. Untuk cara melalui Earning Nuffnang, caranya mudah :

1) kamu hanya perlu login akaun Nuffnang kamu kemudian klik
http://www.nuffnang.com.my/tlc-2011/.
2) Lepas tu, pilih jumlah antara RM1, RM5 atau RM10 dan tekan butang SUBMIT.

Kepada ahli Nuffnang, beri sedikit ruang di blog kamu untuk memasang banner Help Rumah Aman support the TLC Promise Me campaign sebagai tanda kasih sayang kepada adik-adik Rumah Aman :)



Jangan risau, link tersebut tidak mendatangkan apa-apa faedah atau duit untuk saya. Sekadar berkongsi info untuk amal kebajikan. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca info Rumah Aman. Semoga Allah swt memberkati hidup kita semua dengan memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan. SHARING IS CARING IS LOVING IS SWEET. Entri ini adalah artikel tajaan daripada pihak Nuffnang dan TLC Promise Campaign. Sekian, terima kasih :)

Comments

Ini Kisah Tia said…
maksud akak earning terkumpul kita tu ea?
Ailyl Rozanna said…
Semua blogger kena prihatin . apa salahnya kan kalau kita dermakan sikit dari earning kita itu pada yang memerlukan . Walaupun tak banyak mana , tp besar maknanya utk dorang ^^
H.J said…
churp churp tu apa dia?
Jue said…
bagus entry tok deng..tp mek org pun earning skit gilak **mcm mgelak jak bunyi hahaha

eh my dear, camni blog ko. dah sihat? kan lst time ko gik pening adjust settingnya
sha my heart said…
Ooo, macam tu ya? baru faham..
ciK LyndaWawa said…
nuffnang kmk mala jak x nait eh..=(
ABU said…
oh ada tengok iklan churp churp tu iklan TLC.. tapi tak join kemepn tu lagi..tak aktif la dlm churp2..
Bro ahmad said…
thank info yang menarik..boleh menderma guna cara baru ni..p
Syuxer said…
InsyaAllah..:)..marilah kita sama2 membantu..
Yatie Awang said…
akak tak ada iklan nufnang...buat adik2 tu, ikhlaskan ok
My Name is Mar said…
Nuffnang?
Dah lama berpaling dah..
HOhoho..
aimie amalina said…
weeee
bagusnye kan...menderma smbil buat amal=]
Bui Junaidi said…
bgs juak owh..berblog sambil molah pahala..
Amni said…
serius bagus bah... kmk mun sempat mok molah juak eh... kitak jadi ke swk tek? jadi reunion?
anismelon said…
anis tak aktif mengechurp lah..huhu..nnt anis godek godek..:)

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …