Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2011

Jangan menilai orang dari mulut orang semata-mata

Bahaya mulut jahat? Bercakap tentang sesuatu yang dia sendiri tak pasti kesahihannya. Hanya mendengar dari sebelah pihak sahaja. Bila dah dengar dari sebelah pihak sahaja, makanya silap-silap boleh jadi fitnah. Bila dah jadi fitnah, akan timbul rasa curiga dan prasangka buruk seterusnya mulalah nak menilai seseorang hanya disebabkan mendengar kata-kata atau gambaran negatif dari si pemulut busuk. Kalau kita nak menilai seseorang, jangan hanya berdasarkan gambaran atau mulut orang semata-mata. Pernah bayangkan tak, orang lain menilai diri kita? Salam my readers :) Hai semua, sorry jarang update & tak jenguk awak. Insya'Allah, bila dah lapang, akan lawat awak. Saya tahu, awak faham. Terima kasih :)
*semua gambar dari GOOGLE IMAGE. Selagi tak approve comments awak, maksudnya busy :(

#WW 39: JANGAN RINDU

sumber kedua-dua gambar: GOOGLE dan iluvislam.com
KLIK KOLEKSI GAMBAR WORDLESS WEDNESDAY

Himpunan Sejuta Umat : Selamatkan Akidah Umat

Salam my readers :) Isu Murtad di negara kita semakin membimbangkan. Tanpa kita sedari, rupanya banyak saudara seIslam kita keluar dari agama. Dikatakan ianya kebanyakan berpunca daripada beberapa faktor, salah satu daripadanya disebabkan material. Pernah awak nak ambil tahu isu murtad di negara kita? Sebelum ini pernah juga saya bincangkan dalam entri Isu Murtad dan Hina Agama. Mungkin ada yang beranggapan isu ini terlalu sensitif untuk dikupas, tapi cubalah berfikiran positif demi kemaslahatan bersama.
Berikut merupakan soal jawab Utusan dan pihak HIMPUN, bacaan penuh boleh dirujuk di http://himpun.org/tiada-kompromi-soal-akidah : Apa yang mendorong kepada kewujudan gagasan Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) ini? HIMPUN ditampilkan sebagai suatu kebangkitan umat Islam bahawa persoalan akidah umat dan kedudukan Islam di negara ini tidak boleh dikompromi. Bagi kami kes murtad jangan hanya dilihat pada satu atau dua kes sahaja. Cukup satu kes sudah sepatutnya menyedarkan umat Islam bahawa akida…

ENCANTADIA DRAMA FANTASI BERSIRI TAGALOG

Salam my readers :) Dah habis ke drama tagalog kesukaan saya? Encantadia? Usul macam habis je tadi. Disebabkan minat habis dengan cerita tu, walaupun Astro tukar jadual siaran, gagah ku tunggu hehe. Biasalah, saya suka layan cerita fantasi ala-ala mengarut sikit. Dari awal episod sampai dah beranak pinak bidadari tu saya tengok. Dari zaman Encantadia sampai Etheria muncul semula sampailah Etheria musnah semula. Saya suka tengok jalan cerita drama tagalog tu, rasanya drama tempatan belum ada yang dapat tandingi kot. Sebab dari segi kostum diorang pun dah banyak kos nak guna, prop-prop segala..perghhhh. Dari sudut agama dan kepercayaan, tak nak sentuh sebab drama tu totally fantasi semata-mata. Dari apa yang saya tonton, banyak benda sebenarnya saya bandingkan dari jalan cerita tu dengan aspek sebenar. Tapi tak nak sebut, bak kata Jue, biarlah komen tu saya simpan dalam hati hehe. Okey, untuk gambaran sikit, saya ringkaskan episod Encantadia yang panjang lebar berbulan-bulan tu : sumber: …

Hadiah Rakan Blogger

Salam my readers :) Bak kata William Shakespeare, "I can no other answer make, but, THANKS and THANKS". Rasa gumbira bila dapat hadiah? Entri ini sebagai tanda ucapan terima kasih kepada si pemberi hadiah. Terima kasih kepada si pemberi kad raya dan hadiah : Ila Honeybunny, Kak Zura, Farid Budak Baik, Anis Melon,Amni Yerdeh Jiwang, Aimie Amalina dan Izza Izalis. Ada sesiapa yang bagi hadiah kat saya tapi tak sampai2? Manala tau awak senyap-senyap bagi hadiah konon nak buat kejutan haha. Awak kena inform awal dekat saya sebab alamat surat menyurat tersangatlah sukar untuk saya cek selalu.
Izza Izalis, thanks sebab hadiahkan buku Diari Sufi dan Shawl Ungu. Mesti baca hehe. Shawl-shawl belum pernah pakai lagi. Kak Zura MerryGround, terima kasih sebab bagi keychain comel tu, kak apa tu yang panjang-panjang tu siap ada gajah comel? Lilin wangi ke? Thanks jugak sebab bagi perfume kecil tu, wangi sangat, suka-suka hehe. Amni, thanks bagi hadiah shawl sebab segmen Amir Jahari tu. Than…

BAGAIMANA NAK DODOIKAN AWEK?

Salam my readers :) Jejaka sesat manalah yang cari cara nak dodoi awek dia tidur ni. Awak ke yang cari? Kalau cara nak dodoi baby, mungkin saya boleh kongsi tips. Nak dodoi budak tidur, senang saja, sumbat puting susu atau susu botol. Kalau cara nak dodoi awek awak tidur tu, saya konfius sikit. Cuba tanya Uncle Gedek yang selalu posing macho depan kamera tu hehe. Tak pun, awak tanya Kancil 8349 sebab mereka berdua dah kawen mesti banyak pengalaman, kan? kan?. Sebagai seorang awek dan gadis, menurut naluri kewanitaan saya yang lembut ni, mungkin akan rasa terdodoi kalau awak : Tips bagaimana nak dodoikan awek? Mengaji ayat-ayat Al-Quran. Lagi enak dibuai mimpi kalau awak pandai Taranum siap dengan Qiraat. Awak siap terangkan lagi tafsir ayat-ayat Al-Quran yang awak baca tu untuk saya.Bedtime stories. Awak bacakan saya cerita-cerita dongeng yang merepek mengarut tu tentang gadis miskin kawen dengan putera raja. Paling best kalau awak bacakan saya sirah-sirah nabi dan para sahabat.Menyanyi.…

PASEMBUR PASEMBOR PASEMBOQ

Salam my readers :) Dah lama rasanya tak KLMJ. Tiba-tiba teringat tentang Pasembor atau Pasembur atau Pasemboq. Awak cakap dulu awak suka sangat makan Pasemboq kan? Sampai sekarang saya tak pernah tengok rupa Pasemboq depan mata, apatah lagi nak rasa. Sedap ekk? Saya google la tadi gambar Pasembor. Slurrppp meleleh air liur tengok Pasemboq tu. Dapat bayangkan kesedapan, keenakan dan kenikmatan makan Pasembor hehe. Member budak Penang pun cakap Pasembor tu sedap. Bila saya ada peluang nak makan Pasembor tu? Pasembur atau pasembor adalah salad India Malaysia yang terdiri daripada timun mayang, bawang, ubi kentang, tauhu, taugeh, udang kering, ketam goreng berempah, sotong goreng, dsb. dihidang bersama kuah kacang manis berempah. Kuahnya hampir sama seperti kuah gado-gado ataupun kuah sate. Istilah pasembur khusus di bahagian utara Semenanjung Malaysia. Ia biasanya dikaitkan dengan Pulau Pinang. (Wikipedia BM) sumber gambar: Google Image
Sekali pandang, Pasembor tu macam rojak campur atau cu…

SUTERAKASIHYANN DI GOOGLE

Salam my readers :) Boring pula petang-petang ni semenjak tiada drama tagalog. Sebab suka sangat dengan cerita tagalog, setiap malam saya tidur lewat tunggu drama Encantadia. Dah lama saya tengok sebab tu kena teruskan hihi. Okey, dapat ilham entri ni dari pujaan hati Beautiful Hani, iaitu Abg Syuk. Klik gambar-gambar di bawah untuk melihat MAGIC, serius tak tipu hehe. Okey jom Google blog Suterakasihyann :
1. Buka Google ---> kemudian taip nama awak. Taip satu persatu sehingga terpampang nama awak. Saya taip nama SUTERAKASIHYANN. Taip satu persatu ikut urutan huruf okey.

Mula-mula taip SUTERA. Amboiii keyword sutera bersaing dengan Sutera Harbour. Okey kalah dah di situ.

2. Kemudian taip SUTERAK, bersaing pulak dengan Sutera Kajang. Apa tu? Saya tahu Satay Kajang saja hehe.

3. Seterusnya taip SUTERAKAS, oyeahhh setelah sekian lama bersaing dengan lagu Sutera Kasih, akhirnya berada di atas sekali pencarian. Cehh tu sebab taip nama suterakasihyann tu bersambung, Cuba taip Sutera Kasih s…

Aku akan menikahimu

Salam my readers :) Aku akan menikahimu. Aku terima nikahnya, aisehhh. Bilalah dapat beli buku tu, ada tiga buku lagi tak habis baca. Sekarang tengah baca Benarkah Iskandar Bukan Zulkarnain. Buku tu memang best. Setiap malam itulah bedtime story saya hehe. Nantilah saya buat ulasan buku tu. Kenapa gambar nikah Pasha besar gedabak di bawah? Saja nak tempek, gue kan ngefans banget sama Ungu Band haha. Pasha Love gitu lorhhhh. Sengal. Suka lagu Penghujung Cinta. Liriknya tu sesuai untuk orang yang dah kawin. Semua orang mengimpikan kekasih halal hingga akhir hayat. Kata-kata jiwang Doktor Love cap Taugeh: "Apa yang pasti, mungkin awak bukan kekasih yang pertama hadir dalam hidup saya, tapi saya akan pastikan bahawa awak kekasih halal saya yang terakhir dalam hidup saya".
Lirik Lagu Penghujung Cintaku – Pasha Ungu feat Adelia

Berakhir sudah
Pencarian cintaku
Jiwa ini tak lagi sepi
Hati ini tlah ada yang miliki

Tiba diriku
Di penghujung mencari cinta
Diri ini tak lagi sepi
Kini aku tak send…

Hari-hari tertentu potong kuku

sumber: Google Salam my readers :) Pernah tak awak dengar hari-hari tertentu untuk kerat kuku? Saya tahu hari Jumaat saja hari sesuai kerat kuku. Dulu-dulu masa sekolah, setiap hari pengawas dan cikgu cek kuku. Kuku siapa panjang, siaplah hehe. Saya paling tak suka kalau kuku saya dah panjang. Rasa rimas. Bukan lagi rimas, geli. Paling penting time makan tu, kalau kuku panjang, tak nikmatlah makan sebab tak dapat makan guna tangan. Makan guna sudu garfu kurang nikmat weiii. Kuku tangan panjang sikit pun, saya dah gelisah. Masa kuliah dulu, ada member lelaki bagitau, kalau kuku kaki perempuan tu panjang, tu tandanya mereka pemalas dan pengotor. Wahhh cepat-cepat sembunyikan kaki, selamatlah siapa pakai stoking atau kasut hehe.
Pernah dengar hari-hari yang tidak digalakkan dan digalakkan kerat kuku macam di bawah? Contohnya seperti hari Sabtu: keluar dari tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit, Rabu: keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan, Khamis: keluar daripadanya gi…

Memo Yuna

Salam my readers :) Agak suram suasana blog hujung minggu ni kan. Awak keluar jalan-jalan cuci mata ekk? Saya blogwalking berkenalan dengan rakan blogger yang baru, iMBobo dah senaraikan di SINI. Ohh ya, saya nak kongsi videoklip pilihan, lagu Yuna tajuk Memo. Suka sangat tengok video klip Memo by Yuna. Seriously, comel. Yuna and the geng buat memo banyak-banyak atas kertas kecil berwarna warni. Lepas tu, diorang masukkan dalam belon-belon yang berwarna-warni. Kumpul belon tu banyak-banyak dan diikat. Lepas tu, diorang ramai-ramai lepaskan ke langit. Sweet sangat bila belon-belon tu pecah, memo-memo tu berterbangan membawa mesej tersendiri dan jatuh kat orang ramai. Memo-memo tu ada mesej-mesej positif. Yang sangat comel dan sweet, bahagian akhir video klip tu, orang yang last sekali dapat memo tu adalah...pakwe Yuna hihi. sumber: http://youtu.be/HlpMyQNbpPI
Saya nak belajar english ni, jom baca sama-sama sambil menyanyi, cewahhhhh merdu tak?
I dont mind if you wanna stay
With that smile …

ONLY SMART PEOPLE CAN READ THIS

Salam my readers :) Seperti biasa hujung minggu, kita santai-santai saja blogging sambil blogwalking. Jom uji kepantasan dan kecerdasan otak awak baca artikel dalam gambar di bawah. Kalau rajin, cuba taip di ruang komen hehe. Senang saja tu, adik Mia Sara pun boleh mengeja perkataan-perkataan susunan tak betul tu (^___^).
sumber gambar: Facebook
Only smart people can read this? Elehhh..semua pun boleh, awak boleh, Malaysia boleh maa !! :p

BUDAK SECOMEL BARBIE DOLL

Salam my readers :) Selamat berhujung minggu awak. Rehatkan minda dan bersantai-santai. Saya nak kongsikan gambar budak paling comel hehe. Suka tengok budak-budak comel. Rasa tenang hati tengok muka comel dorang tu. Awak comel tak?
sumber gambar: Fanpage FB Mia Sara Nasuha Mia Sara Nasuha. Selebriti kanak-kanak paling comel di Malaysia. Dahlah comel, cerdik pula tu. Minggu lepas tengok adik Mia comel kena interview dalam Melodi, rupanya adik Mia tak suka kena interview, dia macam takut tau. Kesian adik Mia. Saya perasan, adik Mia dah mula membesar dan tinggi hehe.
sumber gambar: Facebook Budak comel macam Barbie Doll. Comel kan budak ni? Seriously, budak ni comel macam patung Barbie !! Geram tengok mata biru dan mulut dia mungil. Yawwww cute sangat. Rambut tu ikal-ikal memang macam Barbie Doll. Anak siapalah ni? Can you tell me, whats your name baby??? hehe.

YA, SAYA RINDU BLOGGER ITU !!

Salam my readers :) Sorry, lambat buka blog hari ni. Siang hari tadi keluar sekejap cuci mata. Saya baru cek blog, buka-buka terus tengok komen yang tak approve lagi. Ewah ewah..kemain lagi korang ekkkkk komen di entri BILA RINDU DENGAN BLOGGER ITU. Antara komen-komennya : KLIK GAMBAR UNTUK BACA GOSIP BLOGGER
Komen iPailah tu paling sengal haha. Adaka patut dia cakap camtu? Baca habis tak entri Bila Rindu tu? Nanti awak yerrr. Komen adik Najwa busuk, memang soalan cepu emas. Maksud saya dalam entri tu, saya rindu siapa-siapa yang lama tak update blog then saya tanya, awak rindu saya tak kalau saya tak update blog? hehe. Komen Jue kembar Hanie pula, curiga saya tau. Janganlah fikir yang pelik-pelik, rindu kamu juga yang busy kerja sampai tak update blog tiga hari hehe. Komen Sis Niena paling saya suka, sangat positif. Rindu tak semestinya untuk kekasih saja, kan?
Ada betulnya kata Shandye, kalau dah rindu blog tu, hari-hari mau singgah walaupun blog tu tak update berminggu-minggu, lepas t…

BILA RINDU DENGAN BLOGGER ITU

sumber gambar: Google Image
Salam my readers :) Tiba-tiba rasa rindu itu datang. Awak, kamu, saya, kita dan mereka pasti pernah merasa nikmat rindu. Cukup seharilah, kalau dia tak update entri, kita rasa tercari-cari. Eh, mana dia ekkk tak update pun hari ni. Terus menunggu keesokan harinya. Pun tiada juga sebarang entri baru. Kenapa dia tak update entri baru? Sakitkah dia? Ohh sibuk kot. Atau dia marah? Hahhh, amboiii macam-macamlah yang menjelma di fikiran. Begitulah rasa rindu seorang rakan blogger kepada rakan blogger yang rapat dengannya. Aku rindu baca entri-entri baru dan segar darinya. Mereka kawan yang baik dalam dunia blogger. Semoga mereka dapat kembali aktif blogging seperti dulu. Aku rindu ukhuwah persahabatan yang terjalin. Terima kasih awak :)
Ewahhhh...ewahhhh. Apa kamu fikir tu? Rindu je suka lah? Rindu je cinta lah? Rindu je sayang lah? Ke situ pulak. Taugeh sungguh hehe. Awak rindu tak, kalau saya tak update entri sehari? Mehhh saya nyanyi sikit untuk awak, kalau sumba…

Jenis-jenis Syaitan dan senjatanya

sumber gambar: Google Image
Salam my readers :) Sempena hari Jumaat yang mulia ini, saya ingin berkongsi ilmu yang saya dengar dalam ceramah Ustaz Nur Muhammad Maulana dalam rancangan Islam Itu Indah. Atau lebih dikenali sebagai Ustaz Maulana yang popular dengan tagline "Jemaah ohhhh Jemaah". Kami sekeluarga suka tengok rancangan Islam Itu Indah tu semenjak bulan Ramadhan yang lalu lagi, sebab Ustaz Maulana ada cara tersendiri dalam menyampaikan dakwah. Pendek kata, Ustaz Maulana seorang yang lucu dan bijak menyelitkan ilmu agama dalam gurauannya yang sederhana tapi terkesan di hati penonton. Bagi yang tidak melanggan saluran tersebut, awak boleh dengar dalam Youtube dengan kata kunci Ustaz Maulana Islam Itu Indah.
Ini tajuk ceramah semalam yang saya dengar, sambil dengar sambil saya taip isi pentingnya untuk saya kongsi dengan kamu. Tajuknya Setan, iaitu Syaitan. Manusia memang tidak lepas daripada godaan syaitonnirajim. Antara jenis-jenis syaitan yang Ustaz Maulana bagitau ia…

Awak VOTE umie, awak OHHSEMMMM !!!!

Salam my readers :) Entri pendek saja ni, saya nak mengajak awak semua kelihatan ohhhsemmmmmmmm dengan VOTE komik Umie Artoqimie , boleh? Siapa tak kenal umie yang terkenal dengan tagline "say what? say what? say..OHSEMMM". Rupanya dalam diam, dah lama saya kenal si umie ni since dia bergabung dengan Aiz Batu Campur. Cuma baru tersedar haha. Okey, jom ramai-ramai support umie!!
1. KLIK  http://www.facebook.com/prubsn?sk=app_198903120178748 2. Klik LIKE page dan tekan tab GALLERY 3. Klik butang LIKE THIS.
Good Luck Umie Artoqimie..Komik Takaful Benefits: mengandung everyday pun boleh memang ohhhsemmm!! :)

TIA AJAK BERSAING SESAMA BLOGGER

KLIK BANNER UNTUK BERSAING SESAMA BLOGGER SECARA SIHAT
Salam my readers :) Terima kasih Bro Ahmad sebab pilih blog ini untuk bersaing secara sihat. Saya sahut cabaran Bro Ahmad. Okey, saya pilih blog untuk bersaing secara sihat ialah :
Shuhaida's blog Penambahan follower: sekarang 88 orang, saya cabar Shuhaida dapat cari kawan blogger sampai 100 orang, kalau lebih dari tu, Tahniah :)Penambahan jumlah entri: sekarang 80 entri untuk tahun 2011, saya cabar Shuhaida perbanyakkan entri dan mesti capai 100 entri untuk tahun 2011. Kalau lebih dari tu pun, lagi bagus.Penambah baikkan rank alexa: Shuhaida dah buat research untuk berkenalan dengan Alexa Rank, sikap yang bagus sebab dia berusaha cari sendiri terlebih dahulu. Saya tak nak cabar dulu pasal ranking ni, saya nak Shuhaida berkenalan tentang SEO pulak. Apa tu SEO? Tanya Bro Ahmad. Saya memang suka buli dia haha.Tips tingkatkan pembaca. Pembaca blog kita terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan golongan. Terdiri daripada orang yang…

Kaitan TARGET, TAHAP BLOGGING dan ALEXA.

Terima kasih Bro Ahmad sebab sudi mereview blog  yang tak pernah kena review di Alexa hihi.
Salam my readers :) ALEXA RANK? Apa tu? Penting sangatkah? Memang setiap blogger kena daftar Alexa ke? Saya pun kurang arif tentang Alexa ni. Apakata awak tanya Bro Ahmad? Jangan cakap saya yang suruh tanya tau hehe. Khusus buat awak yang serius nak maju dalam blogging. Apa target awak untuk blogging? Okey okey okey saya tau jawapan seperti biasa, saya blogging bukan kerana nama, saya blogging bukan nak popular, saya blogging bukan sebab trafik, saya blogging bukan sebab nak orang komen, saya blogging bukan kerana duit, saya blogging untuk luahan rasa, saya blogging untuk kepuasan. Jadi awak blogging kerana apa?
Masing-masing punya target dan tujuan dalam blogging. Menurut Ezad Skytech, "Pentingnya target tu, bila ada target, kita akan terus cuba berusaha untuk jadi lebih baik kan, boleh jadi penyuntik semangat untuk kita terus berjaya untuk capai target tu kan". Apa kaitan TARGET dengan

ELAKKAN MARAH DAN MAKDAL

Salam my readers :) Semalam dah bersengal bersama-sama Jue & Hanie, hope gadis berdua lebih baik tu suka lah dengan idea tak berapa nak sengal dalam entri Mari bersengal bersama-sama. Amboiii intro bukan main panjang lagi, saya nak tanya, ada sesiapa kat sini mudah naik marah atau lebih mesra dipanggil Panas Baran?
Contohlah awak terlibat dalam kemalangan kecil di jalan raya, kamu terus nak marah-marah ke atau bantu orang yang terlibat kemalangan tu? Sekiranya kita berperikemanusiaan dan dapat kawal kemarahan, kita akan bantu orang yang cedera tu terlebih dahulu. Bukannya main lepas nak marah-marah dan menyalahkan orang lain. Nampak sangat diri kamu tu pentingkan diri sendiri. Betul tak?
Orang yang tak faham erti mengalah. Hahhh orang jenis memang buat kita rasa menyampah. Dah sah-sah dirinya tu salah dan tak betul, nak jugak tegakkan benang yang basah tu. Tetap juga nak pertahankan diri dan cakap besar. Bila orang tak nak terima pendapatnya, mula lah nak marah-marah. Lepas tu tarik …

Mari bersengal bersama-sama

Nama aku Peah (bukan nama tipu). Aku lelaki, entahlah kenapa nama aku Peah. Padahal aku ni cukup hensem dah macam si Adnan Sempit tu cuma bezanya seluarnya ketat, kan? Seluar aku jenis seluar ala-ala pak polisi dalam Gerak Khas The Movie tu. Kenalkan yang pakcik tua ada misai melentik tu? Lebih kurang begitulah. Tak cukup hensem ka tu? Boleh suda ganti si Aaron Ajis dalam KL Gangster. Ehh, adaka dia dalam filem tu? Lantaklah.
Aku tinggal di sebuah kondomini mewah atas bukit terletak di perumahan Flat 3A. Hmm, apesal gelak? Tak pernah dengar kondomini ke? Aku pun tak pernah. Hari-hari aku mesti beli Nasi Lemak 2.0 belakang kondo aku, tujuan aku bukan nak sangat makan nasi lemak tu, bukan sedap pun. Aku saje nak cuci mata tengok awek cun jual Karipap Karipap Cinta. Kenapa aku tak beli karipap tu? Sebab orang kata, kalau makan karipap tu, bukannya boleh buat kita jatuh cinta pun, gedik je lebih awek jual karipap tu. Sekali aku Libas, tak pasal-pasal awek tu cium aku nanti.
Teringat dulu-du…

Awak jangan sombong, bersyukurlah!

Masih tidak bersyukur?

Berulang-ulang kali disebut di dalam Surah Ar-Rahman - سورة الرحمن

فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maksudnya : Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

Maka eloklah kita membiasakan diri dengan lafaz :

الْحَمْدُ لِلَّهِ
Alhamdulillah.

sumber sepenuhnya: Fanpage FB Ustaz Zamri

Salam my readers :) Cukuplah 3 post #WW untuk minggu ni. Tergerak hati saya ingin berkongsi dari apa yang saya lihat dan baca di newsfeed FB tadi. Setiap kali bangun tidur dan membuka mata, apa yang pertama kali kamu buat? Okey, tak perlu jawab di sini, sila jawab dalam hati masing-masing termasuk diri saya sendiri. Cuba pandang kedua belah tangan kita. Apa perkara kebaikan yang telah kita lakukan untuk hari ini sahaja? Ada atau tidak? Atau sebaliknya? Tak perlu jawab sini, seperti biasa jawab dalam hati kita sendiri, okey? Kemudian, pandang kedua belah kaki kita pula, di mana kaki kita ni bergerak sepanjang hari ini? Ada menyentuh tikar sejadah tak hari ini? Atau seharian kaki …

#WW 38: Real Patrick Star

sumber gambar: Google Image
Geli-geli.
KLIK KOLEKSI GAMBAR WORDLESS WEDNESDAY