Skip to main content

Susu Ibu dan Susu Formula

Salam my readers yg disayangi :)
Siapa pengguna broadband Celcom? Tempat awak okey tak coverage? Hisshhh..tempat saya ni tak okey la pulak, line 3G langsung tak dapat, biasanya okey saja. Menyampah. Okey, abaikan sebentar. Masa kecil-kecil dulu, awak semua minum susu apa? Maksudnya selepas dah habis menyusu susu ibu. Atau ada yang menyusu sepenuhnya dengan susu ibu sampai umur 3 hingga 4 tahun?hehe. Hakikatnya, susu ibu memang susu terbaik untuk kecergasan otak. Terutamanya masa ibu melahirkan bayi tu, susu pertama kali keluar yang berwarna kuning-kekuningan, susu itulah paling bagus bayi tu minum sebab susu tu mengandungi zat terbaik untuk antibodi bayi melindungi daripada penyakit dan alergik.
source: http://www.sarakids.com
Apakah sifat -sifat cecair dalam susu yang terbaik tu?

Kolostrum ini sebenarnya amat kaya dengan antibodi. Terdapat juga banyak sel hidup di dalamnya sehingga digelar darah putih oleh sesetengah pakar kanak -kanak. Ia juga bersifat laksatif dan dapat memudahkan pembuangan air besar bayi. Ia juga mengandungi pelbagai Faktor Pertumbuhan (Growth Factor) dan ia amat kaya dengan vitamin A. [sumber: Dunia Susu Ibu]
source: Google
Hukum penyusuan susu ibu sudah dibincangkan banyak pihak. Antara yang dah saya baca artikel Hukum Penyusuan yang dibincangkan oleh Ustazah Taqwa Zabidi dari JAKIM. Masa belajar subjek Syariah kalau tak silap, terdapat dalil Quran yang ada menyebut tentang penyusuan bayi:

“Para ibu hendaklah menyusui anak-anaknya selama dua tahun penuh, bagi yang ingin menyusui secara sempurna..." (Surah Al-Baqarah: ayat 233)


Hikmahnya bukan saja untuk kebaikan bayi itu saja, ianya baik untuk kesihatan seorang ibu. Tapi bagi ibu yang ada masalah pengeluaran susu badan sendiri, dibolehkan untuk menyusukan bayinya dengan wanita yang ada air susu yang normal, tapi kena ingat, anak-anak mereka tidak boleh berkahwin sebab sama ibu susuan. Tapi dunia perubatan sekarang dah maju, kalau seorang ibu ada masalah dengan pengeluaran susu badannya, dah ada perubatan moden dan alternatif baru yang membolehkan susunya keluar dengan banyak. Akibat kekangan masa disebabkan kerjaya, kadangkala seorang ibu mengabaikan susuan dari susu badannya sendiri dan memilih susu formula iaitu susu tepung. Errr, saya dulu pun minum susu formula, saya anak Nespray LOL.
source: Google
Zaman serba canggih ni, dah macam-macam jenis dipasarkan alat mengepam payudara untuk memerah susu badan dan disimpan di tempat yang khas bagi memudahkan bayi yang masih kecil menyusu jika ibu pergi bekerja. Seeloknya cukupkanlah dua tahun penyusuan bayi dengan susu badan. Bukannya nak cakap susu formula tak elok, sebab my cousin yang ada taska sendiri pun cakap, dia dapat nampak perbezaan kanak-kanak yang dia jaga dari kecil, siapa yang minum susu ini dan itu, memang nampak tahap kecerdasan mereka berbeza. Kanak-kanak yang biasanya minum susu mahal, memang nampak bijak dan cepat memberi tindak balas arahan berbanding kanak-kanak yang minum susu yang biasa. Tapi tu mungkin bergantung dengan daya pemikiran dan tahap IQ masing-masing. Risiko bayi dan kanak-kanak yang minum susu formula: artikel sini.
source: Google
Cewahhh, dah macam mak-mak pulak saya nak bincang pasal susu ibu. Kahwin pun tak lagi. Tapi apa salahnya ambil tahu perkara-perkara macam ni seawal yang mungkin, kan? hehe. Kaum lelaki pun perlu tahu jugak sebab bakal jadi seorang ayah, tak gitu?. Cuba kongsikan di ruang komen, awak dulu minum susu apa? Susu Dumex, Susu Nespray, Susu Everyday, Susu Mamil Gold, Susu Enfalec, Susu Enfagrow, ke air Ribena? Kelas kau Maria hehe.
source: Taska SK
Jangan biasakan anak-anak hisap puting kosong tu tau, sebab nanti berisiko gigi depan tu jadi jonggang. Kang tak pasal-pasal jadi Halimah Jonggang huhu. Okey sekian saya jadi 'doktor' pada petang ni, gurau je saya ni tak layak jadi doktor macam awak :D

*KATA HATI: Kepada kakak-kakak blogger yang dah berkahwin dan dah ada pengalaman menyusu baby, jom kongsikan pengalaman di ruang komen untuk adik-adik blogger yang nak kahwin hehe :p

Comments

zella y said…
btul tu...
susu ibu mmg terbaikkkkk ;)
Zawifatul Aziah said…
tp kenapa digalakkan mnum susu ibu setakat 2 thn je ye?kalau lebih smp 4 thn ke,x elok ek?just curious :)
Bro ahmad said…
Jangan beri anak susu lembu hehe..nnti jadi lembu
Myra Jay said…
Firas smpai sekarang menyusu penuh susu ibu..Dia tak hisap puting, my adik tak mau ajaq dia hisap puting kosong tu :)
wahida said…
aku dulu kecik2 minum susu apa ek? tak pernah lak aku tanya...hehe...
Umie Artoqiemie said…
kitak kedak mak2.. hahaha.
iPai said…
syaza nak kawin laa !!!
H.J said…
time kecik2 aku minum susu duralec..haha
Hanie_Dew said…
hohoho..info berguna untuk bakal mak ni.

**even ada lesen jangan rasa independent sangat. bahaya bah sekarang ni.
anamizu said…
cik ana mmg alergic kalo minum susu selain susu ibu..mak ckp cik ana muntah tiap kali mak bg susu formula masa baby dulu..so mmg cik ana mnum susu ibu je la..hik3
aimie amalina said…
ade2
ade pengalaman..huuu
sy x minum susu mak sebb susu mak x kua
huuu
maka minum susu cap lembu
huuuu
pastu skrg selau skit2
huhuhuhuh
Yumida said…
yup..susu ibu terbaek!

idea: hadiahkn utk kwn2/makcik2 yg lps bersalin ya...alat utk mengepam susu..tp x tauk laaa brpa la harganya..
My Name is Mar said…
Gambar tu buat wa... Errrr...


Ha-ha-ha:D
Cer-teka!
Ezad Skytech said…
tak ingat masa kecik dulu minum susu pe..heeee~
faridah nazurah said…
errr lupa lak dulu2 minum susu apa. hehehe
Far8 budak baik said…
tu arr..susu ibu lahh yg terbaik...
tu ar sampai sekarng aku amik..
hahahahahahaha!
tapi dulu aku awal gile lupakn susu ibu..ingt botol susu je..
hihi
farhana said…
Sy pun masa kecik minum susu formula je...
Nice artikel, at least dapat jugak pengetahuan =)
ceroi sepenuhnye susu ibu...
susu yg xder tolok banding nye...
ciK LyndaWawa said…
kitak mok kawen dah ka? iyer..cepat aih..
jgn lupak jemput kmk..
ney link tweet kitak tek eh?alu x diberiknya..

nway...kmk datips..kitak lum keja nak?dah isik e recruitment lum? isik kitak prgram mempekasa siswazah ya..then buat resume. pat kitak keja goment.sebab nya akan diserapkan terus bah..oo..kmk dapat tauk pun dari org yang dipercayai..=]
d_LA said…
dla dah bertukar arah dah skang ni..pakai maxis pulak..xleh thn dah dgn celcom, asek putus je lgpun kat kg mmg line maxis yg laju..
kecik2 dulu minum susu ibu kot tp bila dah bsr ni mmg x suka dgn susu..hehe
Yatie Awang said…
kalau kakak dulu conform lah susu ibu, masa zaman anak kakak kakak beri susu formula, atas sbb2 tertentu, tapi bukan nespray, dumex je hahahha

tang puting kosong, pandailah tuuuu....hihiih tapi kakak memang tak ajar anak2 hisap puting kosong sbb ya sebab tu jugalah takut...hahaha
Jue said…
kan, ramai mdh susu ibu ya elok
camney la aku kelak mok nyusu anak hor..mummy ku mdh sakit mun susu sik kua ><
Edy Fee said…
kalau bleh nak mnum susu ibu lg.hehe dah tua bangka..byk khasiat punye pasal..eh mane button follow?
[sutera kasih] said…
@Edy Fee:
amboi..kalo dh besar tu, tak payahla hahaha

kt gadget swift suzuki
[sutera kasih] said…
@Jue:
aduhhh..sik la kmk tauk cmney rupa mun susu sik keluar ><
[sutera kasih] said…
@Yatie Awang:
amboiii...nespray sedap kot :p

jgn amalkan puting kosong tu..nnti jd jonggang :P
[sutera kasih] said…
@d_LA:
celcom skrg ni mcm buat hal plak kt tmpt sy huhu..kalo kt sini celcom je coverage terbaek..semua tmpt ada line..

aahh..rasa geli kan minum susu pure tu..suka minum susu yg ada perisa je
[sutera kasih] said…
@ciK LyndaWawa:
neyda..pandey2 jak ktk ya, cubit kelak haha

http://twitter.com/yannsazza

lom isik gik, kelak kmk coba isik..neytauk dpt ohh..ic kmk ic cnun bah..
[sutera kasih] said…
@Ezad Skytech:
hahhhh try tanya kt mak ezad
[sutera kasih] said…
@Yumida:
susu ibu mmg terbaik :)

hehe..nnti usha harga
[sutera kasih] said…
@aimie amalina:
ohh..ciannya aimie..xpala, bykkan mkn vitamin ye dekk
.izzati liyana. said…
amboi, dah lama tak melawat, tibe2 dah jadi doktor kanak-kanak. hehe. sepatutnya mmg kena cukupkan la 2 tahun susu ibu. besar pahala si ibu. anak-anak pon dpt khasiat2nya. saya dulu nespray kot. tapi minum smpi 4 tahun je. lepas tu botol kena langgar dengan kereta, penyek, dah tak minum susu lg da. adik saya ada minum dumex. jaja susu fav dia enfagrow. mmg sekali teguk habis satu botol.
[sutera kasih] said…
@anamizu:
hehe..kecik2 cik ana dh reti beza susu :P
[sutera kasih] said…
@Hanie_Dew:
hanie wajib baca, manatau kawen awal hihi

betul tu dear..tu yg sy tak berani lg nk drive
[sutera kasih] said…
@Umie Artoqiemie:
yala tek..ingga juak nywa kmk tek haha
[sutera kasih] said…
@wahida:
hehe..anak2 akak minum susu ape?
[sutera kasih] said…
@Myra Jay:
bgsla tu kak..jgn bg firas isap puting kosong tu..hehe
[sutera kasih] said…
@Bro ahmad:
hihi...kebanyakkan susu formula, susu lembu kan?
[sutera kasih] said…
@Zawifatul Aziah:
tak pasti..tp rasanya mungkin sebab nk memudahkan ibu yg bekerja..huhu
[sutera kasih] said…
@zella y:
hehe..susu ibu mmg terbaek :)
Yanyan said…
amboiiiii jadi doc ye dia. hehehe
kecik2 dulu umi kata yan susah gila nak berenti minum susu. haiyohhh da besar, tak suka susu lgsung! cmne tu ye doc? :P
iMBobo said…
mcm mana rasa susu ibu ek?dah lupa lah hehe..

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …