Skip to main content

Puasa Enam Syawal & Gambar Hari Raya

Salam sayang my readers :)
Selamat Hari Raya, selamat mencuci mata tengok gambar-gambar raya saya yerrr. Ohh tu gambar raya my 'fruit-child' hehe. Anak-anak kepada sepupu saya. Kira gambar raya saya jugaklah tu kan? Masuk blog sana sini semua kongsi gambar raya, saya pun nak jugak kongsi, cehhhh nak jugak hehe. Next entry saya kongsi gambar konvoi raya dengan member-member saya pulak. Tunggu tau, jangan tak tunggu. Cewahhh bajet retis, siapala nak tengok, kan? :D
Dah macam Rosalinda ayamorrr la pulak kan hehe.
Layan sajalah gambar budak-budak comel ni k :)
Gambar gadis berpurdah ni memang banyak orang cari di Google Image.
Konon-konon nak pakai jadi Profile Pic masing-masing nak jadi minah Arab hehe.

INFO: PUASA 6 DI BULAN SYAWAL.
Tadi tengok Al-Hidayah. Menarik tajuk yang dibincangkan tentang Puasa 6 di bulan Syawal oleh Dr. Zahazan Mohamed. Semasa kita berpuasa, kita memperolehi dua kegembiraan iaitu kegembiraan semasa BERBUKA dan kegembiraan semasa BERTEMU ALLAH SWT iaitu kita beribadat. Sebenarnya, kegembiraan tersebut lagi happy berbanding kegembiraan di hari raya. Ohh ya, berkaitan puasa sunat enam hari di bulan Syawal, sebelum ni saya tahu banyak pendapat cakap tak boleh puasa 6 serentak dengan puasa Qhada sebab kena utamakan yang wajib dulu kemudian yang sunat. Tapi, berdasarkan apa yang saya dengar dari ceramah Dr Zahazan Mohamed, ada tiga pendapat tapi Wallahualam antara ketiga-tiga pendapat tu kita tak tahu mana yang lagi afdhal. Lagi afdhal jika puasa sunat enam dilakukan berturut-turut, tapi boleh jugak berselang-hari selagi masih dalam bulan Syawal.
  • Pendapat pertama, dibolehkan untuk kita berpuasa 6 di bulan Syawal serentak dengan puasa Qadha (puasa ganti).
  • Pendapat kedua pula mengatakan, digalakkan untuk kita berpuasa yang wajib dahulu iaitu puasa Qadha, kemudian selepas itu barulah berpuasa 6 di bulan Syawal.
  • Pendapat ketiga pula mengatakan, berpuasa 6 terlebih dahulu di bulan Syawal, kemudian berpuasa Qadha di bulan yang lain sebelum puasa Ramadhan yang akan datang.
Janganlah buat sesuatu ibadat tu sekadar nak 'show off'. "Ehhh, ko tak puasa 6 ke raya ni? Aku puasa hari ketiga dah ni".."Ehh tak bolehlah puasa 6 tu selang seli, mesti puasa direct, berturut-turut..Camne ko tau? Mak aku cakap". Inilah masalah orang kita, buat sesuatu disebabkan nak ikut orang lain. Buat sebab kena suruh. Kecualilah perkara yang wajib memang mesti buat, tak buat, berdosa. Didiklah diri untuk melakukan perkara-perkara sunat tu semata-mata kerana Allah SWT, bukannya kerana budaya ikut-ikutan. Ehhh, bukan bertujuan menyindir sesiapa yaa, sekadar berkongsi ilmu dan mengingati diri sendiri serta orang disekeliling :)

Info lanjut berkaitan Puasa Sunat 6 di bulan Syawal, korang boleh baca di blog Ustaz Love
#Puasa 6 Syawal http://ustazlove.com/blog/2011/08/puasa-6-syawal/
#Niat Puasa Sunat Syawal http://ustazlove.com/blog/2011/09/niat-puasa-sunat-syawal/
#Niat Puasa Qadha/Ganti http://ustazlove.com/blog/2011/09/niat-puasa-qadha-ganti/

*KATA HATI: Maaf kalau ada kesilapan fakta, harap diperbetulkan bagi yang mengetahuinya di ruang komen, jangan lokek ilmu yerr :)

Comments

Umie Artoqiemie said…
mok gamba kitak juak..
aimie amalina said…
alololo
comeinye la bebduak tu
ehem2
gambo cek sutera kasih kite mane eh?
heheheh
weee
suke info tu
kekdg was2 lagi..nak qadha dulu ke pse 6 dulu..huuuu
wahida said…
comelnya budak2 yang pakai tudung pepel tu...
iMBobo said…
minggu dpn baru nak start puasa 6 :)
Yumida said…
kenak kasut rosalinda ya cm nk men bol.. comelnya fruit child nok k tudung ya...
Bro ahmad said…
comel2 semua..geram tengok gambar budak2 jom puasa 6
anamizu said…
wahh ayamorr punye kasut semrat ah!
Freaky said…
sangat comell.. hehe freaky x puasa 6 lg =_=
aimie amalina said…
weeee
akak yg comei...heee
utk akak..meh gi sini jap :

http://aimieamalinaazman.blogspot.com/2011/09/heeeeeberakhir-sudah-penantian.html
Ezad Skytech said…
hee..comel betul budak2 ni semua kan..

besarnya kasut rosalinda ayamorr tu..(^^,)
Syuxer said…
sugguh comel budak2 neh..:)..terima kasih tazkirah ringkas yang awk paparkan itu..semoga memberi manfaat kepada para pembaca..InsyaAllah..;)
hahaha..awak perli saya...ayat kmk marek ya....nak kmk padah..kmk posa ganti 3 hari..ritok mek continue puasa 6 gik..

hahaha...
pasha x aktif oo....=(
eh..lupak..pa tweet kitak deng..mok ngaco..huhu
sifu im said…
kim slm dkt gegel yg mcm rosalinda ayam mo tu..haha
My Name is Mar said…
Engatkan gambar cik syaza..
Baru nak curi ntok edit..
Ho-ho-ho!
[sutera kasih] said…
@Umie Artoqiemie:
Kelaklah kmk uplot, sekda gilak kmk begamba kowhhh :)
[sutera kasih] said…
@aimie amalina:
budak2 memang comel, kita dulu masa budak pon comel jgk kan hehe..
gmbr akak akan dtg yerr :P

tp lagi bagus tunaikan puasa ganti dulu yerr dek, kecualilah puasa ganti tu banyak sangat sampai boleh menyebabkan xsempat nk puasa 6..pandai2la bajet k :)
[sutera kasih] said…
@wahida:
pipi dorang tembam kan kak hehe
[sutera kasih] said…
@iMBobo:
okeyla tu, selamat berpuasa 6 bobo :)
[sutera kasih] said…
@Yumida:
haha..bukan kasutnya ya kak..
nya suka jak nk posing ngegeh :P
[sutera kasih] said…
@Bro ahmad:
budak2 kan comel bro :)

jom2 ^^
[sutera kasih] said…
@anamizu:
hehe..kasut besar dr saiz badan
[sutera kasih] said…
@Freaky:
comel kan hehe
samala kita..kita start minggu dpn la k :)
[sutera kasih] said…
@aimie amalina:
yerr dek..apa tu?
ok jap lg akak singgah hehe
[sutera kasih] said…
@Ezad Skytech:
budak2 memang biasa comel hehe

tu kasut adik saya sbnrnya tu :P
[sutera kasih] said…
@Syuxer:
Insya'Allah..sharing is loving :)
[sutera kasih] said…
@ciK LyndaWawa igUana:
ehhh bukan kmk sindir ktk deng..aduhhhhh..maaf ehh..sekda niat nk nyindir ktk or siapa2..iboh salah faham :(

sama ka ayat ya?huhu..mksud kmk ya, ada org d tmpt kmk tok malar jak show off..angol juak nyawa kmk bah :(

pasha x aktif twitter ka?
mklumla, org baruk kawen haha
twitter kmk http://twitter.com.my/yannsazza
jgn lupak follow k :P
[sutera kasih] said…
@My Name is Mar:
hehe..before ni pon sy dh penah upload kt blog..kalo rajin, carila sndiri k..sbb sy xda gambat latest
Jue said…
Wah miak kecik pun stail baju kemain gik
Dah mcm kita yg bsr tok hor hihi..bkn main bgaya ^^
merahitujambu said…
igt gambar awok..nk tgok gambar awok
Yumida said…
tok beraya kat sine SK? pande begaya na juak si bj merah ya...gik skolah rendah ka...
alif haris said…
haha ingat lg rossalinda ayamor :D
comel la beliau ^^

jom2 puasa 6 :)
anismelon said…
tadi baru cakap sal puasa 6..ayah pon cakap tok leh puasa 6 sekali ganti..tp kalo dah terniat cene..anis dah 3hari dah..niat sunat n ganti..cene??
anismelon said…
ha..yg tadi toh ayh ckp tok leh niat sekali la..cm kite just niat puase ganti..jgn sebut sunat toh..sumtin like tat la..
amy1906 said…
hmm,aq pn lum start g pose,jom ar pose sma2 mgu dpn,hehe...masi dlm syawal kn?????
.izzati liyana. said…
amboi, kecik2 dah pakai kaftan yek. hehe. ade yg boria jugak tu raya. puasa mmg niat kena betul lah. kalau setakat nak menunjuk, apa dapat. entahlah.
cik dila said…
comel je budak2 ni..rindu pulak nak jadi budak2..stress free! huhu..

thanks for sharing the ilmu! tak pernah pulak tau ada pendapat yg ke3 tu..

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …