Skip to main content

Perhatian kepada pemandu kereta wanita!

Peringatan kepada semua.

Ini adalah sangat menakutkan.
Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai.

Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai.

Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti

Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa.

Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam.

Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka, Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua.
  • Pertama: wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam.
  • Kedua: Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma!
  • Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam!
Jadikan amalan :
1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar.
2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta.
3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam!

Sampaikan mesej ini kepada semua wanita supaya salah seorang wanita dalam hidup kita tidak akan menjadi salah seorang dari mangsa mereka

Salam my readers :)
Wallahualam...tak dapat dipastikan kesahihan kejadian yang disampaikan. Artikel tersebut ada bahagian yang telah saya edit dan buang bahagian yang saya tidak pasti kesahihannya. Tapi, sebaiknya mencegah lebih baik daripada nasi dah jadi bubur huhu. Sekarang ni dah macam-macam kejadian jenayah yang menakutkan melibatkan masyarakat khususnya kaum wanita dan kanak-kanak. Mari kita berkongsi info peringatan sesama kita untuk kebaikan bersama.

sumber artikel copy paste: Blog Haryanies via Note di Facebook
sumber gambar: Google Image

Comments

Cat Is Na! said…
ee..takut betul la dengar benda macam ni..sekarang ni kita perlu berjaga jaga setiap masa..sebab malang tak berbau... ermm :/
adan said…
moralnya.. kunci pintu bila nak bayar kat kaunter.. hati2..
Yanyan said…
ehhh, takutnya baca ni. hmm macam-macam lah sekarang ni. buat apa pu dah rasa tak selamat.
Yumida said…
eee..seramnya....mcm2 jak cara penjenayah kinek tok...hope semua wanita berwaspada..even lelaki skalipun.
[sutera kasih] said…
@Yanyan:
lepas ni hati2lah k..jgn ambil remeh lg..skrg ni mcm2 pun blh jadi huhu
[sutera kasih] said…
@adan:
yup..kena berwaspada selalu
[sutera kasih] said…
@Cat Is Na!:
yup..malang mmg tak berbau..kena hati2 huhu
Yatie Awang said…
akak kalau malam memang tak berani memandu sorang....kalau siang memang selalulah, pergi ambil anak sekolah
Ezad Skytech said…
sebaiknya lepas ni semua kena hati2 kan..
AmirFX said…
Bahaya juak ehhss.. Rompuan patut sedar dgn benda cemtok.. Orang laki pun sama juak...
abghani said…
jenayah perbagai cara
Umie Artoqiemie said…
bahaya eh.. mesti berhati2 dalam semua aspek gik pastok..
farhana said…
Seram kan? sekarang ni mcm2 taktik kotor. kdg2 dgn cara yang tak masuk akal.
moga2 kita dilindungi Allah, ameen.
Salwa said…
takutnyer..kite perempuan kena sentiasa berhati-hati. Melangkah keluar rumah pelbagai bentuk bahaya ada.
Bro ahmad said…
mcm pernah baca kt entri tia
aimie amalina said…
huk3
di kk ada ka kak?
huuu
walau dimana-mana kena hati2 kan kaka
Adylia Qarissa said…
sebelum nie pernah dengar...tenkui diatas info yang berguna...hati hati yea..
ILA HonEyBuNNy said…
takoootnya...minta2 la di jauhkan semua neh kan...

ila kalau masuk keta...cepat2 kunci pintu...hehe
eVa said…
ishh mena ya pdh ktk kak.. coz mek penah kenak kepong sorang laki d mall.. eyh bukan kepong.. gne pdh ow.. mcm nya ekot dr blakang.. kira stalker.. lak mek bukak entri hal ya..

mcm tempat mok bjaga time g bank.. then bila masok jaak dudok lam keta trus kunci pintu dolok.. baru nak on enjen.. takut kta baru masok alu dbukak trus pintu keta kita.. ishh gelik mekk.. ahah alu pjg komen tek.. hehe sory
eiela said…
macam-macam sekarang nih. memang kena berjaga-jaga
Jue said…
Dolok ada hanie email ku psl benda tok. Scary aih. Nektok mcm2 taktik org molah. Aku dah rs cam sik slmt mun kuar dr umah. Dok umah pun takut. Rs mok balit keja d kuching jak wuwuwuwu
zareliqa afiqa said…
eeee! menakutkan lar.minta2 dijauhkan.seram~=.=
ciK LyndaWawa said…
ngutik ada gambar ya deng eh..
ish jaatnye....lebih baik menganggur dr rompak org kn kn..hikk
Hanie_Dew said…
mengerikan jenayah sekarng ni memang susah nak duga. penyelesaianyya, berhati hati dalam apa jua keadaan.

sentiasa fikir tak de tmpt yang selamat di mana mana. jadi kita sentiasa berwaspada.

wah panjg nya komen.
Myra Jay said…
Peringatan yang baik untuk semua..

Kalau tak salah dulu dengaq kejadian ni berlaku kat Penang..

Aduhhh memang seram..
Hanie_Dew said…
my dear, nak aku mekap kan ko. konfiden ke. hahahaha..bole bah kalau kau.

kitrg serasi sebab sentiasa jujur dan berterus terang.

xde men cakap blkg. tu la rahsia nya. hehehe
Hanie_Dew said…
dah bejaya bagi tau tau, nak tgk jugak. heheh sebok jak bah.
iPai said…
takutnya kalau jadi macam ni kan .. ish2 . risau laa plak ..
ni yg risau nk lepaskn gf kua sorg2 mlm2..T_T
Ary said…
wah...rajin dia editkan. akk main hentam copy n paste je..masa tu tgh mood malas. hehehe..

thanks sudi kongsi sama2...
Ini Kisah Tia said…
asyik2 perempuan je yang kena kan ..
[sutera kasih] said…
@Ini Kisah Tia:
kesian kat perempuan kan -_-"
[sutera kasih] said…
@Ary:
hehe..mood tgh rajin tu yg tolong editkan :P
[sutera kasih] said…
@Iz.Eusof (Abg Stalker):
abg stalker ingatkan gf tu jgn kuar mlm sorang2 k
[sutera kasih] said…
@iPai:
ipai pun, ingatkan gf tu..bahaya skrg ni huhu
[sutera kasih] said…
@Myra Jay:
kat penang ekk?huhu

memang kena hati2 skrg ni..
[sutera kasih] said…
@AsyieqiN Rkey:
kalo kereta rosak pun, bkn blh pecaya dh skrg huhu
[sutera kasih] said…
@Hanie_Dew:
betul2..biar pjg komen hanie, asalkan bermanfaat hehe
[sutera kasih] said…
@Paris Hilton (M):
aikkk menganggur dpt lagi anggur hehe
[sutera kasih] said…
@ciK LyndaWawa:
yala tek..tkt sa nyawa nk keluar rmh
[sutera kasih] said…
@zareliqa afiqa:
moga dijauhkan dr kita semua..
[sutera kasih] said…
@Jue:
nang jak..sik selamat dh dunia nektok ehh sis..mcm2 jak :(
[sutera kasih] said…
@eiela:
kena berhati2 dimana2 saja tempat..
[sutera kasih] said…
@eVa:
yahhh hati2 jak ktk deng..tmbh2 gik ktk yaa chantek huhu..
[sutera kasih] said…
@ILA HonEyBuNNy:
betul tu ila..minta2 dijauhkan semua tu..
[sutera kasih] said…
@Adylia Qarissa:
sama2..berkongsi sbb caring dgn wanita yg lain :)
[sutera kasih] said…
@aimie amalina:
d kk?
wallahualam dek
skrg ni dmana2 jak ada huhu
[sutera kasih] said…
@Bro ahmad:
yup, rasanya tia mcm penah kongsikan
[sutera kasih] said…
@Salwa:
betul tu dear..kena berwaspada setiap waktu
[sutera kasih] said…
@farhana:
yup dear..skrg ni manusia terlalu genius fikirkan taktik jahat huhu
[sutera kasih] said…
@AmirFX:
bait laki ka ompoan, msti hati2
[sutera kasih] said…
@Yatie Awang:
siang pun kena hati2 jgk kak..huhu

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …