Skip to main content

News Feed RSS: Fungsi? Cara Perbaikinya?

Salam my readers :)
Banyak dah kongsi tutorial tentang feed RSS ni. Tapi yang ni versi blog ini sebab ada gerek Pasha yang tanya. Kepada Kak LyndaWaWa, sila baca dengan penuh rasa kasih sayang dan terharu sebab ktk mok tauk apa benda news feed RSS ya kan? (^__^)

Apakah News Feed RSS?
News maksudnya berita atau . Feed maksudnya Makanan. RSS maksudnya Really Simple Syndication. Sila gabung dan fahamkan sendiri. Exercise otak sikit hehe.

Fungsi dari RSS
RSS adalah salah satu bentuk dari Web Syndication. Web Syndication adalah sedikit potongan kecil dari isi kandungan website dikongsi dengan website lain atau Search Engine. Fungsi Web Syndication adalah memberikan Feed/makanan kepada Search Engine dimana Feed tersebut berisi update terbaru dari content website tersebut. Format Web Syndication: RSS, ATOM, RDF. RSS juga boleh dikatakan bertindak sebagai Feed untuk Search Engine. (indojasaweb.com).

Pendek kata, biasanya para blogger sebut Jiran Blog. Widget 'Jiran Blog' menggunakan widget Feed RSS. Setiap kali Jiran kita update entri, akan dikemaskini melalui RSS. Lebih kurang macam fungsi Bloglist cuma bezanya, widget ni mengkhususkan satu blog/lamanweb sahaja. So, bolehlah menyumbangkan trafik dengan jiran jika tajuk entri mampu menarik perhatian readers di blog kita :). Kedudukan widget tu pun mempengaruhi.

Tutorial letak News Feed RSS dalam blog
Klik Dashboard > Layout > Add Gadget > Feed > Link blog/website

Contoh Jiran dalam blog ini.

Boleh faham tak tutorial ni? Angguk sajala hehe. Sekarang ni jiran blog saya, iPai dan Cik Anamizu mengalami masalah news feed tak dapat dikemaskini. Contohnya, tengok di widget Jiran Terbaik tu, tu entri Ipai masa bulan puasa, sedangkan Ipai dah update entri baru tapi tak dikemaskini dalam news feed. Kenapa ekk? Ada sesiapa boleh tolong kami ajar cara nak perbaiki news feed RSS tu? -___-"

Comments

eVa said…
owwwwww.. baru paham saya tok cikgu.. hehehe.. thx for the sharing!
Ary said…
ha..betul..betul..betul..
masalah yg berkurun dah ni..:)
Bro ahmad said…
perasan juga benda tu..tapi bloglist kan ada..suterakasih ada peluang la nak rss blog bro hehee
wow terima kasih sutera kasih!baru fhm fungsi feed ni..
[sutera kasih] said…
@Uchi kay-f @hmad:
sama-sama uchi :)
lebih krg mcm tu la tu fungsinya hehe
[sutera kasih] said…
@Bro ahmad:
bro tau x camna nk solve problem tu?huhu

yeke bro?sy tak cek lg kt google hehe
[sutera kasih] said…
@Ary:
tu la kak..kita tggu respon..mana tau ada yg tau :)
[sutera kasih] said…
@eVa:
hehe..yeahh, paham dh muridku sorang tok..bagus2
AmirFX said…
Kmk pernah pakei benda tok dolok p koatannya salu lambat nak update entry alu sik pakei gik...
[sutera kasih] said…
@AmirFX:
owhh duhal..yala tek..siktauk kenak problem ya huhu
Ini Kisah Tia said…
dia akan elok sendiri tu yann :)
[sutera kasih] said…
@Ini Kisah Tia:
yaka Tia?
ohh,kena tunggu baik sendiri la tu kan..huhu
Freaky said…
wah bagus panduannya tapi biasanya dia akan elok sendiri kalau ada masalah
Ezad Skytech said…
kadang2 rss feed tu lambat update...dia elok sendiri nanti..hee~
ABU said…
oo..betulla lbih kurang cam bloglist kan..

rasanya yann tak masuk lagi dlm list tukar bloglist aku la..aku masukkan sekarang..yeah..
iPai said…
hmm, bagus juga kan kalau tanya blogger lain ... sebab kita cari through google pon masih tak dapat kan ..

tp melalui komen2 ni, nampak macam memang kene tunggu ia baik sendiri ..

apa2 pun thanx syaza sebab letak jiran link tuh .. heee
My Name is Mar said…
Memang LEWAT nak update..
Masalah lama tuh.. Ho-ho-ho!
Paris Lipton said…
ouhhh nk jd jiran awak~~ hikkk
iMBobo said…
ipai tukar domain ke aritu?kalau macam tu kena reg balik dgn feedburner, nnt die akan redirect..
ciK LyndaWawa said…
pastok mek try..huhu..mun xpat..siap kitak....!!!!hehe..

makseh oi...
sha my heart said…
Ooh, begini.

senang rupanya =)

Terima kasih.

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …