Skip to main content

Mohon MAAF sebelum ajal

Salam syawal my readers :)
Maaflah entri-entri lepas agak KURANG AJAR dan TIDAK SOPAN, malah berbaur FITNAH kan. So Insya'Allah, saya tak nak dah post entri-entri macam tu, hanya disebabkan sikap manusia yang EGO. Teruskanlah keegoanmu kalau bisa mampu membahagiakan hidup kamu. Kalau ikutkan nafsu amarah, memang banyak benda lagi nak dikata, tapi takpa, saya simpan saja sebagai pengajaran hidup. Diharap kami yang muda ni tidak terikut-ikut dengan sikap kedewasaan kamu itu. Okey, saya rindu sepupu-sepupu saya itu, tapi apakan daya, kami tak dapat mencurahkan kasih sayang antara kami hanya kerna bisikan 6xth sense. Urghhh persetankan saja apa yang cubaku sampaikan ni sebab saya pun tak tau nak susun ayat dah HAHA.

Tutup cerita silam. Apa yang sebenarnya saya nak kongsi, tadi baru saja dapat berita menyedihkan dari my cousin si Gadis Nikon. Amy cakap anak kepada jiran lama di sebelah rumah nenek di Kuching baru sahaja meninggal dunia tadi pagi. Terkejut kami mendengarnya. Masa kecil-kecil dulu dia comel je, dah besar pun comel plus hensem huhu. Tapi itulah takdir, ajal maut siapa yang tahu? Jodoh ajal maut semuanya rahsia Allah. Bila-bila masa saja ajal akan menjemput kita. Amy bagitau, arwah dikatakan tiba-tiba batuk luar biasa tadi pagi, terus rebah dan meninggal dunia tapi i'm not very sure info tu, siapa2 yg tau hal sebenar, boleh betulkan di ruang komen yeaa. Ya Allah...rasa macam tak percaya, tapi itulah kuasa Allah, kita kena ikhlaskannya dan redha dengan ketentuanNYA. *update: Yup, his name is Ewin..Al-Fatihah untuk arwah Ewin.


Sebelum ajal menjemput kita, sudah cukupkah amalan kita? Sudahkah kamu memaafkan orang-orang yang pernah menyakiti hati kamu? Sudahkah kamu meminta maaf daripada semua orang yang mengenali kamu terutamanya dari orang tua kamu, adik beradik kamu, keluarga kamu? Selagi punya kesempatan dan peluang, selagi nafas masih berhembus, manfaatkanlah masa yang ada. Buat apa nak simpan dendam, nak ingat kisah lalu yang tiada bagi kebaikan pun pada diri? Jangan disebabkan MULUT-MULUT BUSUK ataupun "bisikan-bisikan syaitonnirrajim", kita nak terus bermusuhan sesama saudara?

Memetik kata-kata serta dalil-dalil yang dikongsi daripada entri Ustaz Love yang sudah pun saya semak semula di tafsir, didik diri untuk tidak menerima bulat-bulat, sebelum nak kongsi seharusnya buat research dulu. Andai ada silap yang tidak saya sedari, mohon ditegur :)

"Apabila kita menggunakan alasan tiada dalil khusus untuk melakukan perkara yg baik (bermaafan dan mengeratkan perhubungan), sebenarnya ia lahir daripada keegoan kita sendiri. Cuba mencari alasan walaupun kita sendiri mengetahui yang perintah untuk berbaik2 dengan keluarga itu memang wujud dalam al-Quran dan hadis" :
  • “Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik” (Ali Imran : 133-134).
  • “Dan janganlah orang-orang yang berharta serta lapang hidupnya dari kalangan kamu, bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum kerabat dan orang-orang miskin serta orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah; dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” (An-Nur : 22).
  • “Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): “Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat”. Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil dari kamu; dan sememangnya kamu orang-orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya.” (al-Baqarah : 83).
  • “Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Dia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya.” (an-Nahl : 90).
  • “Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri(an-Nisa’ : 36).
Diingatkan sekali lagi, entri ini TIADA KAITAN dengan yang hidup ataupun yang sudah meninggal dunia. Nanti tak pasal-pasal lepas ni ada pulak nak SENTAP bagai baca entri ni. Bertujuan hanya sekadar untuk memperingati diri sendiri dan sesama kita. Kalau nak terima, syukur alhamdulillah, kalau tak nak terima, diam-diam sajalah, okey. Sempena bulan mulia ini, sekali lagi saya MEMOHON MAAF dari hujung rambut hingga hujung kaki daripada semua keluarga, pakcik makcik sepupu sepapat, kawan-kawan, adik kakak abang, member-member blog yang membaca blog hina ini.

*KATA HATI: Ucapan takziah buat keluarga jurukamera bernama tv, Noramfaizul Mohd Nor yang berada di somalia mengikut misi bantuan baru saja menghembuskan nafasnya sebab terkena peluru sesat (sumber: Ustaz Love). Inna lillahi wa inna ilaihi raaji’uun, semoga arwah ditempatkan bersama golongan yang beriman dan beramal soleh..amin ya rabb, sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat allahyarham. Kagum dengan semangat arwah yang sanggup berkorban masa dan tenaga berjuang di sana untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan semasa di Somalia untuk masyarakat semua.

Comments

asnizaziz said…
salam syawal!al fatihah kpd jurukamera yg terkorban, smeoga ditempatkan dlm kalangan org beriman..
nur Muhammad said…
Inna lillahi wainna ilaihi raji'un
inalillah...

papapun..selamat hari raya syaza...

ni duit raya k kmk ney?
AmirFX said…
Al Fatihah.. Semoga roh2 mereka berada dengan orang2 yang beriman...
sizuka[Izzati] said…
Al-Fatihah untuk cameraman tu.thanks for sharing this syaza.sesungguhnya orang paling bijak ialah orang yang selalu mengingati mati (pernah dgr org ckp) :)
aimie amalina said…
alololo
comeinye awan2 di belakang tu
heee
seminggu x mai sini
dah berubh sutera kasih ni ye
heeeee
camat ari aye akak cyg!
huuu...tanx akak atas reminding ni =]
bunbun said…
hhmm sedih pula :( tgok kat berita tadi mak arwah ijoi tu (jurukamera) hmmmmm
aiman said…
selamat hari raya.. maaf zahir batin..
Pak Pis said…
beringat sebelom terlambat namanye....
Jue said…
Takziah arah cdaknya. Urm. Ajal nang sikpat diagak. Nang bena pdh ko ya..urm. Takut jak sa mun fikir
My Name is Mar said…
Innalillahi wa inna ilaihi rajiun..
iMBobo said…
al fatiha buat mereka semua.. kesian kat keluarga jurukemera ni kan?pemergian dlm bulan syawal plak tu..
salam..ermm nak tanya orang yang ktk maksudkan ya arwah wan Azwinkah? sbb if i'm not mistaken baru2 tok bestfriend kmk baruk pergi juak marek pagi.Ninggal lam tido but before that ada org pdh nya batuk.x tauk kisah bnr.But i bnr org yg ktk pdh ya is arwah ewin seriously kmk miss him badly now.yeah he is sweet and handsome guys.
Farihah Ahmad said…
saya mohon ampun maaf, andai ada terkasar bahasa. *smbil diiringi lagu siti* mohon maaf dari hujung rmbut, melata ke hujung kaki....
alif haris said…
uish xdela blog hina .. hehe
blog best ni kak :)

alfatihah buat arwah noramfaizul ..huhu
syahid matinya tu huhu
Yumida said…
betol kata ktk SK, kdg2 kita tok mudah lupa diri... moga kita sntiasa mndpt hidayah drpd Nya...amin..
Myra Jay said…
Innalillah, moga roh arwah dicucuri rahmat..
merahitujambu said…
suka laa awok ni..suka bg kata2 nasihat..bagus tau
dhiera said…
al-fatihah untuk arwah~
kdg2 bile pk psl mati memang sgttakut.kite xtaw kite nih mati bile,mne,dan msenyerrr.kalau mati dlm kekurangan ilmu utk dibekalkn ke akhirat memang kene seksa kubur dlu lahh npknyaaaa.
al fatihah.. takziah buat keluarga arwah ewin~~ semoga tabah mghadapi dugaan.. kita yg hidup nih jgn la leka kan? :) mana tau esok lusa, giliran kita pulak..
anamizu said…
al-fatihah..

bila fikirkan soal mati,takot sgt.. amalan masih belum cukup.. ntah cmne,dimane & bgaimana cara kita mati :(
Bro ahmad said…
AL FATIHAH..sama2 k..besar pengorbanan untuk liputan semua.
Ezad Skytech said…
AL-FATIHAH...ajal tak mengenal usia..
.izzati liyana. said…
sangat sedih tengok siaran khas kat tv3 untuk mereka yg pulang dari somalia.lagi-lagi keluarga arwah.tibe-tibe je nyawa diambil balik. siapa tahu bila masa kita pulak. saya pun nak minta maaf kat cik syaza kalau ade ape2 yg terasa or trkasar bahasa.

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …