Skip to main content

Libas The Movie [Sinopsis, Watak & Pengalaman bersama Pengarah]

Bergambar kenangan bersama Jurey Rosli, Pengarah filem Libas (2009)
Salam my readers :)
Pernah dengar tentang filem Libas? 29 September 2011 bakal ditayangkan di seluruh negara. Pengarah filem Libas sendiri datang ke UMS pada 9 September 2009 berkongsi pengalaman dan berkongsi tips tentang dunia pengarahan dan penerbitan. Memang terbaiklah. Siapa tak kenal Jurey Rosli. Pengarah yang banyak mengarah drama di televisyen. Banyak benda beliau kongsikan, siap bagi tugasan lagi kat kitorang. Rindunya nak main camera video, editing video, buat skrip, urus konti, gaduh-gaduh dengan team hehe. Semuanya tinggal kenangan. Susah nak cari makan dan kembangkan apa yang dipelajari berkaitan TV Production di sini. Peluang pekerjaan berkaitan bidang tu banyak di KL. Mak tak kasi pergi kerja jauh-jauh ke takut saya jadi retis?HAHA (T___T).

LIBAS merupakan sebuah filem aksi komikal yang berkaitan dengan sukan takraw. Malaysia juga terkenal dengan kehandalannya dalam arena takraw. Agak kurang filem yang menceritakan tentang permainan tradisional tempatan. Filem Libas menggunakan konsep baru berbanding filem yang lain. Ia sedikit sebanyak mempunyai persamaan dengan filem 'Shaolin Soccer' tapi Libas mempunyai selitan fakta dan sejarah yang realiti. Shaolin Soccer mengaitkan permainan bola sepak dengan seni mempertahankan diri Shaolin. Tapi Libas menceritakan kaitan permainan sepak takraw dengan silat. Unik kan? Saya dah tengok dulu di sebalik tabir sepanjang pembikinan filem Libas, dah lama tunggu ni hehe.

Scha pun pandai main takraw hehe

PELAKON UTAMA:

ROSYAM NOR sebagai RAJA LIBAS
SCHA AL-YAHYA sebagai RATNA
JOHAN RAJA LAWAK sebagai HAMADI
BEEGO sebagai MEGAT
FADZLY KAMARULZAMAN sebagai KUMOK
MOHD RAZIB SALIMIN sebagai JURULATIH MALAYSIA

Scha Al-Yahya sebagai Ratna, heroin filem Libas

PELAKON PEMBANTU

MOHD ZABRI IBRAHIM sebagai AK NANGKHON
YUSWAISAR sebagai PRATAPOL
ADAM CORRIE LEE sebagai PROPCHAI
SALLEHUDDIN ABU BAKAR sebagai SUKCHAI
ZULKARNAIN ZAKARIA sebagai SOMPON PULAPOL
YANG KASSIM sebagai JURULATIH SIAM

Rosyam Nor sebagai Raja Libas, otai dunia lakonan ni hehe
dan Johan Raja Lawak sebagai Mahadi, buat filem ni lebih ceria :)


SINOPSIS FILEM LIBAS
LIBAS merupakan sebuah kisah perebutan bola raga pusaka dari zaman Kesultanan Melayu Melaka yang telah jatuh ke tangan negara jiran, Thailand. Raja Libas berusaha bagi mendapatkan semula bola raga pusaka dipertandingan “Libas" yang merupakan satu pertandingan atau pertarungan sepak takraw yang diadakan secara unik dan bersifat brutal serta menggabungkan kepakaran seni mempertahankan diri dan skil sepak takraw itu sendiri.

Lantaran itu Raja Libas terpaksa mencari muka-muka baru untuk dilatih bagi menentang pasukan lawan dan seterusnya memastikan supaya maruah negara dapat ditebus semula. Pencarian Raja Libas membawa kepada penemuan Hamidi seorang pemuda bandar yang mempunyai skil menimbang bola dan Ku Mok seorang lelaki gemuk yang mempunyai tandukan tajam dan berbisa. Bagi melengkapkan 3 pemain, maka Megat telah menawarkan diri.

Dalam masa yang amat singkat Raja Libas terpaksa menurunkan segala ilmu tentang LIBAS kepada Hamidi dan Ku Mok yang masing-masing tidak tahu langsung bermain sepak takraw.

Menjelang perlawanan pelbagai kejadian menimpa pasukan negara didalam memastikan kemenangan. Pasukan negara terpaksa bermain dengan 2 pemain apabila salah seorang dari pemain mereka tersingkir. Pasukan negara jiran menggunakan teknik berbisa sehingga pasukan negara mengalami kecederaan parah sewaktu perlawanan akhir.

Disamping sedang menghadapi masalah tentang pertarungan sepak takraw, Raja Libas juga terpaksa memikirkan konflik percintaannya dengan Ratna. Apakah yang bakal terjadi kepada Raja Libas dan pemain-pemainnya? Bagaimanakah kesudahan konflik percintaan diantara Raja Libas dan Ratna? Saksikan semuanya di dalam "LIBAS"......SUMBER

Pasukan Raja Libas dan Pasukan Lawan

Sepanjang bengkel tu, Jurey Rosli menceritakan pengalaman sepanjang beliau mengarah filem Libas. Fuhhh memang banyak rintangan dan dugaan jugak. Bukan senang tau, kena buat research, minta kebenaran itu ini dengan pihak berkaitan, kena tunggu giliran keluar panggung. Paling saya kagum, hampir semua aksi-aksi bahaya dalam filem tu Rosyam Nor buat sendiri tau. Pernah dengar jugak kan dalam Melodi pasal Rosyam nor cedera masuk hospital masa dalam penggambaran. Kita sedap-sedap duduk tengok kat wayang, lepas tu kritik kalau cerita tu tak syok, kan? Pernah ambil tahu tak bagaimana perjalanan di sebalik tabir pembikinan sesebuah filem? Bukan mudah tau. Jadi, jangan pandai kutuk filem tempatan. Hargailah hasil karya filem tempatan. Kalau bukan kita, siapa lagi nak sokong? :)

Inilah pengarah filem Libas, Jurey Rosli. Terbitan oleh MDAG Films Sdn Bhd dan penulis skrip filem Libas ialah Martias Ali, siapa tak kenal beliau kan? Lainlah kalau yang jenis main tengok drama je tapi tak tengok 'credit' di penghujung drama memang takkan kenal punya hihi. Kalau nak tengok trailer filem Libas, boleh search di Youtube. Akhir kata, TAHNIAH dan SYABAS buat warga produksi filem Libas kerana berjaya menghasilkan filem yang boleh mempromosikan negara kita di luar negara :)

Perghhhh kagum tengok website rasmi filem Libas. Singgah di libasthemovie.comatauFanpage Facebook Libas The Movie

(semua sumber gambar dan info diperolehi dari laman web rasmi dan fanpage filem Libas)

*KATA HATI: Jangan lupa filem Libas, 29 September 2011..Malaysia Boleh !!! (^___^)

Comments

Lea Isnawi said…
err xkenal pun Jurey Rosli tu

hehe
NM02 said…
rosyam noor kembali!
Zuewairy said…
mcm best jer kan filem ni..
Anum said…
bestnya
nak tgk gak la
anismelon said…
anis tak pernah dgr..heeee..ketinggalan ketapi btl la..best ke..nnti na tngk lah
Bro ahmad said…
macam best je libas2 ni..ganas punya lawan hukkk
anismelon said…
pstt..syaza kalo pedih ulu hati petanda na gstrik ke..aiyoo..xmoo..
nazirah said…
macam menarik pulak cite ni
ni yg nak p tengok ni huhu ;)
anamizu said…
wahh scha heroin!
best3!!
anismelon said…
nak termuntah ade la..tp tak muntah pon..xpe la..t anis try g cek kalo berasa lg..tenks erk syaza..:)
My Name is Mar said…
Lama giler citer ni nak kuar..
Macam tak best jek..
Takde yang cun-cun pun..
Ngeh3..
wahida said…
kenapa aku tak bernafsu nak tgk citer ni ek??
pCL [p@kcikLie] said…
fuh, main sepak raga..dah lama tinggalkn, gian plak rasanya...citer ni mesti kena tgk nanti ni..
Hanie_Dew said…
suka banget kalau ada scha. tambah tambah lagi ada johan. rosyam nor plak tu hero nye. wee..tapi jujurnya aku akan tgk dvd je. hehe. sebab nak tgk raya tak jadi, bujang telajak, movie 8 jam kat wayang. habis duit aku..uuuu..

xpe la. malam nanti baru tgk. hiii..
this is very interesting movie ;)
teha said…
wah ! ade rosyam nor laa.. hehe
Freaky said…
wow nampak sangat style je movie ni. hehe
Ini Kisah Tia said…
wah cayalah scha .. main takraw? johan , yaaa .. tukang kasi ceria :)
Saiazuan said…
movie ni nmpk menarik untuk ditonton.. gunakan plakon otai, rosham nor :D
shandye. said…
actually dh tau lama pasal filem ni. sejak a couple of years back. lepas tu senyap mcm tu je. rasanya it went for post-production kot. tak sangka plak baru tahun ni nk masuk panggung.

klu dh abg rosyam noor yg berlakon for sure i am going to watch it. dia mmg best gle kot klu berlakon. for sure takkan mengecewakan...

=)
ciK LyndaWawa said…
xmok diat..pasha xda!huhu..berik link gambar konvo2 kitak lok...=]
kotak bulat said…
tak mint sgt rosyam nor.. =.='
jln cite pun cam xbest je.. malas nak tgk wyg sebenarnya.. hehehe..
iMBobo said…
baru lepas tgk hehe :)

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …