Skip to main content

Kesalahan ketika blogging

Salam my readers :)
Sepanjang kita berblogging, tak salah kiranya diri ini mengajak kalian semua untuk muhasabah diri. Abaikan bahasa ku yang agak klasik hari ni. Perkongsian kali ini untuk kalian selepas mendapat insipirasi ketika membaca entri Eman, owner blog Bilatergigithalia.com. Sebelum ini juga, saya pernah berkongsi entri bertajuk "Sedarkah Anda?: BLOG". Bagi yang belum pernah membacanya, tak rugi sekiranya kamu klik link tersebut untuk membacanya.

Ampun dan maaf sekiranya sebelum ini pernah berkongsi entri yang mendatangkan dosa kepada kamu. Andaikata blog ini pernah menjadi penyebab kamu melengahkan waktu solat, sekali lagi saya minta maaf dan berharap sebelum kamu 'enjoy' membaca blog, tunaikanlah kewajipanmu terlebih dahulu, ya? Peringatan dan sekadar renungan untuk diri sendiri jugak :)
Perkara-perkara yang biasanya berlaku ketika menulis:

Aurat
Berhati-hati ketika berkongsi gambar peribadi. Tak salah kalau nak kongsikan gambar untuk tujuan baik, tapi biarlah secara berpada-pada. Tak perlu saya nak jelaskan lebih terperinci sebab sebagai seorang muslim dan muslimah pastinya tahu apa maksud aurat.

Menyebarkan aib
Ini kena hati-hati juga sebab kadang-kadang ada yang berkongsi hal-hal kelambu orang lain mahupun diri sendiri dalam blog yang sekaligus menyebarkan aib seseorang. Contohnya, publish gambar seseorang yang boleh mengaibkan seseorang yang lain. Tegur saya jugak kalau saya publish entri yang berunsur macam tu.

Membawa berita palsu / Fitnah
Sedangkan ketika kita membuat karangan BM di sekolah menengah pun, kita dah ditekankan oleh cikgu supaya pastikan isi-isi fakta yang kita tulis tu betul. Apatah lagi dalam penulisan dalam blog. Walaupun ianya dianggap penulisan yang tidak formal, tapi kena sentiasa peka juga tentang berita yang dikongsikan tu dari sumber yang betul, sahih dan boleh dipercayai. Bukannya main copy paste saja dan memutar belitkan fakta. Bahaya sebar fitnah tau.

Menipu
Konon-kononnya entri yang dihasilkan tu buah fikiran diri sendiri. Padahal copy paste orang punya hasil karya. Sekurang-kurangnya bagilah backlink sumber di bawah entri. Kalau tajuk over gempak tapi isikandungan bukan apa yang digambarkan melalui tajuk, kira menipu jugak ke ekk?

Riak dan bangga
'Aku bangga sebab blog aku cantik, aku bangga aku ada blog, kau tiada blog, weiii blog aku dah boleh cashout duit sejuta tau, kau ada?'..cisss kalau ada yang berperangai riak macam tu, rasa nak lempang je guna taugeh -_-"

Kadang-kadang dalam percakapan kita seharian, kita tidak sedar rupanya ada kesilapan dalam tutur kata. Bersykurlah kiranya ada yang sudi memberi teguran dan sudi membetulkan kesilapan kita. Begitu juga dalam dunia penulisan, kadang-kadang kita terlalu teruja untuk berkongsi perasaan sehinggakan kita terlepas pandang dengan apa yang kita kongsikan.
“...Beruntunglah andai suami menegur, bertuahlah andai ibubapa menasihati, bersyukurlah andai teman menegur silap diri, itu tanda masih ada cemburu pada mereka, kerana cemburu itu tanda mereka sangat menyintai dan menyayangi anda” -Ummu Husna-

*Abaikan jika widget masih berterabur. Background kaler putih ke pink?
Selamat malam my readers,
Photobucket

Comments

terima kasih bah!

*senyum tanda lega*

manusia tu sifatnya lupe jadi saling ingat -mengingati lah kita...
eVa said…
wah! gud info.. pake ingat mek dikpun juak tok eyh.. coz mek gik baru men blog.. hehe.. aie widget suma lari kah kak... haha.. layout puteh jak.. bok lapang dada n mata bc.. mun nak mcm accesories lam blog kaler pink.. hehe.. cadangan jak kak.. yang penting blog ktk nang best!
background masih kaler putih.

betul2,kdg2 kita x sdr pun bnd tu sume..:)
sergeant keroro said…
sama-sama kita mengingati :)
faridah nazurah said…
ohh baxkground sis warna putih ehh? ke sy punye bb ada masalah? heee :)
Yatie Awang said…
betul tu sutera, ingat mengingati antara satu sama lain memang bagus, tanpa sedar kita mungkin melakukan sesuatu yang salah
Jue said…
kdg2 kita alpa bah mun dah syok gilak blogging especially no aurat ngan riak ya..snantiasa lah bringat =)

Neyda mek duak retis oi. Besa jak. Ko retis gik hahaha

Mun nanga d hp, ku prefer background white ^^
AmirFX said…
Blog kmk kenak malaware juak.. Masuk ke dashboard alu ala peringatan madah kmk nginang malware.. Bila masa kah kmk order malware ya...
Bro ahmad said…
setuju sutera kasih..kalau bro alpa tolong nasihat ehhh..hmmm
Ezad Skytech said…
moga dijauhkan la dari semua ni..
terima kasih SK..sama2 kita saling mengingati..
Lea Isnawi said…
kena sentiasa jaga adab ketika ber-blogging kan
Ini Kisah Tia said…
besar tanggungjawab bila kita menulis kan ..
saya sokong awk...mimang kadang kala blog ini ada yang jahat..dan ada yang baik...kan... :)

http://pari-paricintabang.blogspot.com/
AmirFX said…
Maseh juak la malware ya... Ktk ada cara lain gik ka?
Hanie_Dew said…
aku kompem la prefer bg pink kan...

1st time baca entry macam ni bah. bagus jugak klu di share.

aik. blog problem lagi. tadi siang baru jak oke kan.
Bro ahmad said…
Bolder ni sebelum ni tak pernah nampak..sebab bolder hitam ni kot? bro tak nampak susah nak cakap hmm ada tukar template ke?
Bro ahmad said…
cuba buat footer untuk letak widget. tak ada footer ke blog ni..sebaris je..template bro simple je tapi tak boleh letak widget banyak..nak letak kena buat footer..tu kena edit html hmm..tiba2 jadi ke sebab ada ubah dan usik apa2 ke?
Paris Lipton said…
mmg nk sangat jd blogger mcm ni. kalau kte xbtul ke tegur2lah eh..




pink!
aimie amalina said…
huuuu
baek kak
maceh ingat kannn
heeee
saya maw jadi blogger baek =]
Nurnajwa said…
Kalau ade org mcm nih, lempang je dgn taugeh tu XD

Thanks remind me ;) Kte tau sis syg kte, hiks
ciK LyndaWawa said…
kenak link abg stalker ada di setiap entry oo..yer...=]
anismelon said…
tegur la anis same erk..huuuu..kadang kadang terlepas pandang..
aReLaN said…
terima kasih.sharing is caring.berblog ni kena jujur.

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …