Skip to main content

Isu Murtad dan Hina Agama

Hai my readers yang comel-comel belaka :)
Urmm, kita nak bincang isu apa hari ni? Semalam saya meluangkan masa membaca beberapa laman web dan komuniti yang berkaitan dengan Pendedahan Eksklusif-Siapa Sebenarnya Sitt Al Wuzara dan isu Murtad di Malaysia dan Singapore. Hmm..memang agak parah bila saya baca-baca komen-komen yang ada di sana. Sampaikan jiwa saya bergetar sebab merasakan diri ini sangat-sangat tidak tahu banyak berkaitan dengan agama sendiri. Sampaikan saya beristighfar banyak kali bila baca komen-komen yang agak esktrim dan 'keras' bunyinya. Rasa nak nangis pun ada sebab rasa diri tak mampu nak berdakwah kepada golongan-golongan yang dah sesat.

Percakapan-percakapan dan komen-komen yang 'keras' yang ada dalam laman web berkaitan kadang-kadang boleh buat seseorang 'goyah' kalau tidak punya pegangan yang kuat dengan agama sendiri. Tak sangka rupanya di luar sana sangat ramai berfikiran atheis. Selama ni agak kurang mendedahkan diri untuk mengambil tahu isu-isu tersebut. Tapi bila dah luangkan masa untuk mengambil tahu, sekurang-kurangnya dapat muhasabah diri. Ya Allah, bersyukur sangat kerana aku dilahirkan dalam Islam. Islam itu Indah sebenarnya jika mendalaminya dengan baik. Elakkanlah suka bertanyakan soalan-soalan yang agak 'stupid' dan soalan yang sebenarnya menunjukkan keegoan diri sendiri. Maaflah kalau ada golongan yang berkaitan tidak senang dengan post kali ini. Kita sama-sama punya hak bersuara untuk menyampaikan kebenaran. Kebenaran itu biasanya pahit untuk diterima, kan?

Apabila rasa diri tidak mampu untuk menegur dengan perbuatan, cubalah untuk menegur dengan percakapan. Rasa tak mampu jugak, selemah-lemah iman adalah menegur dan mendoakannya dalam hati. Janganlah dikutuk mereka, kerana kutukan-kutukan tidak akan membuat mereka untuk mempercayai kebenaran yang cuba kita sampaikan. Kutukan-kutukan yang keras akan menjadi 'modal' mereka 'mengenakan' kita semula. Sebaliknya, sama-samalah kita mendoakan mereka agar diberi keampunan, dilembutkan hati dan diberi hidayah untuk mengakui kesilapan lampau seterusnya bertaubat kepada Allah SWT. Setiap perbuatan di dunia, pasti akan menerima pembalasan setimpal  sama ada di dunia atau akhirat kelak.

Ya Allah...kawan-kawan, kita di akhir zaman dah ni. Banyak dah petanda-petanda di luar sana yang mungkin masih kita tidak sedari. Sama-samalah kita muhasabah diri kita dan berubah ke arah yang lebih baik. Insya'Allah, masih sempat untuk berubah. Orang yang banyak bersabar sentiasa mendapat ganjaran yang baik.

Comments

AmirFX said…
Pernah kmk baca artikel pasal tok...
anamizu said…
aah betol tu..
cik ana pun terkejut baca..
tak sangka seramai tu yg berfikiran camtu..dunia dah semakin berakhir..
semoga kita semua mendapat hidayahNYA..aminn
Myra Jay said…
Terima kasih berkongsi ilmu nie..

Teguran yang baik insyaAllah akan membantu membina seseorang untuk berubah.
[sutera kasih] said…
@AmirFX:
byk artikel pasal ya mir..
[sutera kasih] said…
@anamizu:
cik ana pon ada baca ekk..
terkejutkan..huhu
sama2 kita berdoa agar kita tidak goyah dengan pengaruh2 buruk..
[sutera kasih] said…
@Myra Jay:
Teguran berhikmah itu yg sebaiknya kan kak :)
wahida said…
astaghfirullah...dah macam trend lak tukar2 agama ni...nauzubillah..

semoga kita dan keluarga tak terjebak dgn perkara2 seperti ini...amin...
i don't know about this..what is the website of that issue??

sometimes, every people can't face and accept the truth..they try to accept, but they fail..so, selagi kita berdaya untuk mencoba menerima kenyataan yg sebenar2nya, selagi itulah kita bisa merubah ke arah kebaikan :))
iPai said…
Sekarang memang macam2 .. dan solution ye hanyalah agama .. kita punya iman pon tak sempurna, tp sekurang-kurang ye kita cuba perbaiki kan ?
anismelon said…
bertapa Allah nak tunjuk kat kite yg dunia nie dah uzur..hurmmm..hanya yg teguh iman je yg akan berada dilandasan yg btl..

bukan semua org boleh terima nasihat..doa jelah yg termampu..
ILA HonEyBuNNy said…
ya syaza...takoot dengan dunia kita skrg...

apa pun : KEMULIAAN HANYA AKAN DIBERIKAN KEPADA MEREKA YANG BERSABAR..;_)
sizuka[Izzati] said…
mari kita bersama-sama beringat supaya tak tersesat jalan :)
sitihanisahali said…
macam2 dah sekarang ni,bahaya.tkot aqidah sndiri terpesong.nauzubillah.
Bro ahmad said…
panas lagi isu ni..tapi dah kenal pasti ke orangnya...geram
DewMa said…
masalah paling besar org islam itu sendiri ialah mereka dengan sengaja menafikan kitab allah (al-quran) dan secara terang-terangan mengangkat tulisan2 manusia sebagai rujukan terakhir...benarkan...
d_LA said…
mmg teruk kan..bila dah tersesat, iman dah rapuh, hati pun jd buta untuk menilai mana yg baik mana yg buruk..nauzubillah..semoga kita terus dikuatkan iman..
Freaky said…
dalam banyak2 agama dalam dunia, agama islam juga yang cuba dicerca. Nampak sangat kat situ ada kebenaran dalam agama islam
.izzati liyana. said…
bab bab agama ni memang bahaya. mcm sy pernah ckp before this, kalau tak cukup ilmu tu, mmg susah nak menegur. nanti dibantai dengan teruk lagi. kalau tak kuat pegangan agama, mmg mudah je nak goyah bila baca org lawan-lawan pasakl agama ni.
aimie amalina said…
moge kite dijauhkan dari ini kan
akhir zaman ni byk je isu penyelewangan
murtad segala
aduhaiiii
[sutera kasih] said…
@aimie amalina:
ya dek...jaga diri k, fitnah akhir zaman ni menakutkan huhu
[sutera kasih] said…
@.izzati liyana.:
betul tu dear.
tapi jgn jugak jadikan alasan tak cukup ilmu agama utk tidak menjalankan tggjwb sebagai khalifah di muka bumi Allah SWT.
tapi tu la, perlu jugak ada ilmu agama yg cukup kalau berani nak berdebat, sebab perdebatan melibatkan agama memerlukan ilmu dan fikiran yg waras dan rasional..bukannya emosi..
[sutera kasih] said…
@Freaky:
Betul tu..biasanya mana yg betul akan mendapat tentangan yg hebat..
[sutera kasih] said…
@d_LA:
Nauzubillah..jauhkanlah hal-hal macam tu dari diri kita semua..
[sutera kasih] said…
@DewMa:
semuanya kesilapan dari diri manusia itu sendiri..ego untuk tidak mengakuinya terus menyalahkan kebenaran yg sememangnya dia tahu benar
[sutera kasih] said…
@Bro ahmad:
yup..sangat panas..xtaula bro ahmad
[sutera kasih] said…
@sitihanisahali:
betul..sekarang ni bahaya dah..
perlengkapkanlah diri..
[sutera kasih] said…
@sizuka[Izzati]:
saling mengingati kita dear :)
[sutera kasih] said…
@ILA HonEyBuNNy:
yaaa ila..dunia skrg ni menakutkan dah..huhu
[sutera kasih] said…
@anismelon:
betul tu nis..bukan semua dapat menerima nasihat, mana egonya lagi tak suka ditegur huhu
[sutera kasih] said…
@iPai:
ya ipai..at least kita cuba utk perbaiki diri :')

dunia sekarang ni menakutkan dah ipai..mcm2 masalah dh berlaku..
[sutera kasih] said…
@Rtp Farra Arisha:
arisha try search keyword yg sy bold kan tu di Facebook..ada tu..

yeahhh..betul tu dekk..bljr utk menerima kebenaran :)
[sutera kasih] said…
@wahida:
istighfar berulang kali kak bila tgk komen2 diorang huhu..
kmk pun bersyukur sebab kmk dalam islam..weee.....=]
Ezad Skytech said…
macam2 isu da sekarang ni...semoga iman kita terus dipelihara..
[sutera kasih] said…
@Ezad Skytech:
sama2 kita doakan semoga iman kita dipelihara..
My Name is Mar said…
YA ALLAH..
Sejahat-jahat diriku, aku mohon lindungilah aku dari keluar dari agama-MU..
My Name is Mar said…
Errrr.... Betul ke tidak ayat wa tadi..
Sejahat-jahat aku, lindungilah aku dari perbuatan keluar dari agama-MU..
Encik JI said…
bahaya bg org yg xbape nk faham ttg islam baca benda2 cmtu. silap2 boleh tpesong. sama2lah doa.
iMBobo said…
cuak lah nk baca blog tu, klau iman didada xcukup mmg goyah akidah dibuatnya..
sue perbs.. said…
semoga dapat tetapkan iman ni.. mcm2 cara org nak jatuhkan Islam

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …