Skip to main content

Erti Kasih Sayang

Analogi Rumput dan Kasih Sayang
sumber gambar: Google image

Pada suatu hari di sekolah seorang murid bertanya pada gurunya. Ketika itu guru tersebut sedang mengajar kasih sayang.

Pelajar: "Cikgu macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang?, macam mana juga kasih sayang itu berkekalan?".

Cikgu: "ok kamu ikut apa yang saya suruh. kamu pergi ke padang, kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. PILIH yang paling CANTIK tanpa menoleh kebelakang lagi walaupun sekali dan petik rumput yang paling cantik bawa ke atas".

Apabila pelajar tersebut pulang ke atas, tiada sehelai rumput pun di tangannya. Cikgu pun bertanya, "kenapa tiada rumput pun yang dipilih?.

Pelajar: "Tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak rumput yang paling cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik, maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke bellakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tidak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang dibelakang saya tadi rumput yang paling cantik, tapi dah cikgu cakap tidak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik".

Cikgu: "Ya!, itulah jawapannya. Maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari lagi yang lebih baik dari itu.Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya, jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tidak akan berulang lagi dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik. Jika nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.

*KATA HATI: Hargai apa yang kita punya.

Comments

Eera Shera said…
so sweet..selalu baca cite ni ;)
AmirFX said…
Kisah rumput.. Mun ambik lembu yang makan rumput leh sik?
nur Muhammad said…
yang dikejar tak dapat, yang dikendong pun keciciran,,..
Bro ahmad said…
pilih rumput yang segar je..lembu macam tu la..jangan ikut perangai lembu tapi perangai manusia tak lebih kurang perangai lembu dan manusia diberi pemikiran dan otak berfikir tak macam lembu hahh apa bro melalut ni XD..KISAH YANG MENARIK.
EyqaLuvender said…
manusia ta pnah puas dg ape yg die da ade...
kotak bulat said…
suka cerita ni.. :)
bg pengajaran..utk mnghargai apa yg kita miliki
asnizaziz said…
sgt sweet, hargai apa yg kita ada kan, x semestinya benda baru n cantik tu terbaik utk kita :)
kjaharun said…
dikalangan-kalangan yang ramai tu mungkin ada yg terbaik.. tp susah untuk kite kenal :)
aimie amalina said…
=]
jangan sia2kan yg tercantik pnh hadir dlm hdup kite kan =]
x perlu memilih.da klu org yg menghargai ada didepan mata,x usah la menolak dan teruskn mencari.kelak ini yg akn jadi..kekecewaan. :)

"dicintai lbh baik dr mencintai".
[sutera kasih] said…
@Iz.Eusof (Abg Stalker):
kdgkala dicintai tu lebih perit drpd mencintai. mudah nk kata "dicintai lebih baik dr dcintai", tapi kenyataannya, dpt tak nak hadapinya?

honestly, kalau saya tak.
[sutera kasih] said…
@aimie amalina:
betul tu dek..jgn sia2kannya :)
[sutera kasih] said…
@kjaharun:
yeahhh betul tu dear..kita kena bijak memilih :)
[sutera kasih] said…
@asnizaziz:
betul2..kdg2 yg kurang cantik tu lg membahagiakan :)
Jue said…
Entry ko tok nang kna ngan apa yg tgh blaku dlm life ku cuma ku sik la memilih gilak camya hihi
eVa said…
wahhh!! mek suka entri tok aiee.. best da jak bila bc.. hoho
Paris Lipton said…
aah mnusia xpenah besyukur...aik dh ok ye blog~ i like pink....best2
BISKUTMARIE(",) said…
gua mmg setia pd yg 1, betul....
ABC said…
perkongsian yang menarik :)

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …