Skip to main content

Blog Lelaki Macho Part 2



Salam my readers :)
Perhatian, ni bukan entri SEO lagi. Sambungan entri Blog Lelaki Macho Part 1. Berdasarkan statistik blog, ada yang mencari Blog Lelaki Macho!!. Ada yang terasa diri macho tu bolehlah ambil nombor untuk saya review hehe. Saya review point penting saja tau sebab saya tahu kamu tak suka baca panjang2 :D
Definisi Blog Lelaki Macho menurut suterakasihyann:

Secara peribadi, definisi blog lelaki macho ialah seorang lelaki tulen dan ada blog. Lelaki macho bukan sekadar paras rupa yang kacak dan sedap mata memandang, itu merupakan bonus dan kelebihan hehe. Blog Lelaki Macho ialah seorang blogger lelaki yang mempunyai pemikiran dan pendapat yang kreatif dalam menyampaikan apa jua isu dalam blog. Pendek kata, seorang yang serius tapi kelakar, cakap banyak tapi berisi, kelakar tapi baik hati, penulisan panjang dan pendek tapi peramah, memahami dan tak pilih bulu. Yang penting, penulisan macho lahhh hehe.
  • Blogger yang sangat baik hati dan suka promosi rakan blogger sebab tu dia macho
  • Blog ini pernah bersaing dengan blog iMBobo dlm Contest Tagline Kreatif by AlyaEsprezzo, tapi saya kalah huhu. iMBobo menang Domain yg saya impikan.
  • Sekarang iMBobo dah ada domain sendiri sebab tu dia bertambah macho
  • Sangat rajin promosi blog-blog baru, silalah terjah kalau nak kena review oleh iMBobo
  • Lelaki macho berasal dari Sabah. Abu suka makan Nasi Goreng Kampung.
  • Baru sahaja mengguna domain sendiri, dan saya cemburu.
  • Banyak berkongsi tips, baru-baru ni Abu berkongsi tips kuruskan pipi tembam dan tips putihkan ketiak yg hitam
  • Penulisan dia sangat sempoi dan direct to the point tapi cool ~

  • Blogger macho yang sangat menyokong pasukan bola sepak Liverpool.
  • Pernah keluar majalah ketika match bola persahabatan pasukan Harimau Malaya dan Liverpool. Tak percaya? Check sendiri ke blog ceroi
  • Lama dah kenal ceroi since 2009. Seorang rakan blogger yang tak lupa kawan.
  • Sangat pandai memasak. Boleh jadi blogger masterchef. Oh ya, sudah berpunya.

  • Sangat peramah orangnya dan rajin memberi komen. Dimana-mana saja saya singgah, pasti jumpa komen Ezad.
  • Salah seorang blogger macho yang sentiasa menyokong aktivit segmen/contest/GA kawan2 macam iMBobo
  • Blog dia cool sebab bertemakan biru lembut dan putih awan.
  • Penulisan dia ringkas tapi padat, sebab tu macho.

  • He is Nurul Farid. Walaupun namanya ada NURUL, tapi dia seorang lelaki tulen.
  • Masih remaja around 19+ dan masih belajar di UIA
  • Seorang abang yang penyayang dan selalu berkongsi cerita tentang adik-adiknya.
  • Dia ni orang semenanjung tapi menetap di Sabah. Jadi kiranya, 1Malaysia.
  • Sekarang macam jarang dia blogging sebab dia rajin study :P

Okey sekian, nak sangat cari Blog Lelaki Macho kan. Harap memenuhi kehendak si pencari hehe. Next part blogger lelaki macho adalah dari bloglist My iPhone 5.


Comments

My Name is Mar said…
Macho kah mereka?
Ngeh3..
Bro ahmad said…
Bro kenal ezad,abu dan imbobo je..memang diorang machoman hahaa beruntung sutera kasih dikelilingi jejaka macho...hmmm
wah..lelaki macho part 2.hahaha ;))
teha said…
suke bce belog dieorng nie !
AmirFX said…
4 dari blog padah ktk ya kmk belum terjah gik... Lepas tok nak menerjah..
ciK LyndaWawa said…
camni guna feed rss ya? ajar lok..
sume saya tak kenal kewujudan bloger ni terjah blog sk baru taw! tqvm okeh!
aimie amalina said…
weeeeeeeeee
sume best2!=]
Edy Fee said…
hehe atara semua tu...32 je blog yang dh follow.hehe
iPai said…
wah2 .. sampai part 2 haa .. heheh .. ramai yg macho dalam duni blog ni tau .. hehehe
Ezad Skytech said…
hee..kenal 2 blogger je kat situ..nanti lagi 2 tu akan diterjah...:)

thankz SK..terharu ni kena review...(^^,)
bunbun said…
woaahh kenal imbobo ngan farid je kehkehkeh
[sutera kasih] said…
@Uchi kay-f @hmad:
selamat menerjah, diorang semua sporting tu hehe
[sutera kasih] said…
@ciK LyndaWawa:
deng, ktk pegi dashboard --> layout --> add gadget --> feed RSS.

mun dh dpt, padah k..mun sik dpt, padah juak hehe
[sutera kasih] said…
@Iz.Eusof (Abg Stalker):
abg stalker suda kan aritu, org 1st lg hehe
[sutera kasih] said…
@Bro ahmad:
aisemen bro ni...xdala dikelilingi, sy yg mengelilingi haha
[sutera kasih] said…
@My Name is Mar:
mcm ada unsir2 cemburu di situ haha
Acik said…
amboi amboi, lelaki macho aje yg cik adik pilih ye! heheheeee ...
bunbun said…
hahaha adela nama cik syaza. kat bahagian doodle tueeee. ha ni bace betul2 tak ni KEH KEH
Yumida said…
blogger sporting si bobo n ezad dh jelajah...yg 2 ya akan d terjah..jeng..jeng..jeng..
Eera Shera said…
nice review..yg dolu tu pun bes.dah terjah dorang pun.skang nak pi terjah yg ni gak
iMBobo said…
rasa nak gigit blog ni sbb promote blog iMBobo hehe.. gheeee! thanks tau! :)
hahaha...kawan ku macho rupanya.....eee macam mana nak follow blog ini ye....kalau ada kesempatan....britahu ye...

http://cayob.blogspot.com/
kyra veronica said…
wowwwwwwwwwwww...machonye..machonye.......hehe;)
[sutera kasih] said…
@kyra veronica:
jgn lupa ngorat haha gurau je :)
[sutera kasih] said…
@C` Ayob-Ilmu Asas Hidup:
mana satu kawanmu? :)

sorry2, ramai yg tanya soalan yg sama..huhu maaf menyulitkan kamu pulak..

ada di bahagian join my site tu..cuba check, kalo x keluar tu, kena refresh :)
[sutera kasih] said…
@iMBobo:
hehe..silalah gigit !!

no hal la bobo :)
[sutera kasih] said…
@Eera Shera:
thanks sebab sudi baca & singgah mereka semua :)
[sutera kasih] said…
@Yumida:
selamat menjelajah ke blog yg lain ya pun sporting jgk :)
[sutera kasih] said…
@bunbun:
okey2..saya MALU -_-"
bahahahaha
[sutera kasih] said…
@Acik:
hehe..next time perempuan anggun pulak
ILA HonEyBuNNy said…
mereka memang cool...hehe


ewahh..hero kuat stdy tu...hehe...kalau cuti mmg kami aktif berblog...tp bila dah mula kelas..busy..huawwawa
cik dila said…
pernah pergi 2 blog je,yg lain tak.

tp suke tengok header blog last tuh,hehe..comel je..
eVa said…
waseh!! mok usha2 macho2 pun blog tok.. mesti entri daknya sporting n strait to d point haha
YuiLight said…
kan kan kan? iMBobo tu suka review blog org...hohoho xD
ABU said…
aku bru prasan entry ni..hahhahaha macho?! sambil malu malu kucing kt sini..^^
Alin Marlini said…
wah..macho2 semuanya...terutama Ceroi..hehehe
[sutera kasih] said…
@Alin Marlini:
hehe..ni mesti member ceroi kan?
[sutera kasih] said…
@ABU:
tu la lenkali baca betul2..hihi

malu kunukk :P
[sutera kasih] said…
@YuiLight:
aaahhh..iMBobo mmg suka review blog orang :)
[sutera kasih] said…
@eVa:
aokk deng...entri2 sidak direct & sempoi hehe

agka nun blog sidak, gerenti ktk suka heee
[sutera kasih] said…
@cik dila:
cuba cik dila terjah, sy jain puas hati hehe

tu farid, tu pon sporting :)
[sutera kasih] said…
@ILA HonEyBuNNy:
kan ila kan ila kan??hehe

hero tu sunyi sepi dah since masuk kuliah..hehe
Finaz Jaafar said…
saya biasa baca blog IMBOBO ngan Nurul Farid yang sengal tu jeh..haha
hani apandi said…
macholah juak hehe.lak mek raon kat belog lelaki lelaki macho ya hehe :P

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …