Skip to main content

1st Segmen Santri : Komputer Kesayanganku.

Salam santai di hujung minggu my readers :)
Tuan rumah sendiri, SANTRI telah menjemput untuk memeriahkan lagi segmen pertamanya iaitu, Komputer Kesayanganku. Tidak molek kiranya saya tidak memenuhi jemputan tuan rumah. Kenapakah ayatku petang-petang ni macam ayat zaman klasik? hehe. Okey straight to the point, antara yang perlu dibuat ialah "ceritakan sedikit jenis komputer yang anda guna, apa kelebihannya dan kekurangan kalau ada. Ini kerana kalau ada kawan kita yang nak beli komputer ke, laptop ke, notebook ke boleh jadi rujukan dari blog anda".
sumber gambar: Google Image

Sebenarnya, saya ni kurang arif tentang komputer atau laptop. Makanya, saya tak tahu sangat kelebihan atau kekurangan sebuah komputer laptop tu secara lebih terperinci. Kalau nak ceritakan pengalaman menggunakan laptop tu, bolehlah. Saya guna laptop Acer  semenjak tahun pertama belajar di universiti iaitu tahun 2007. Alhamdulillah, sampai sekarang laptop saya masih dapat digunakan dengan baik. Cuma agak lembab sedikit sebab RAM (Random Access Memory) dah uzur hehe. Baru saja tiga bulan lepas laptop saya ni sakit, tak dapat nak ON. Nasib baik ada member tolong baiki cuma, data-data penting termasuk folder Note/Assignment tak dapat diselamatkan, sedih tau huhu.

Laptop Acer ni kononnya ramai yang cakap tak bagus. Tapi saya dah guna lebih daripada 3 tahun, okey je pun. Semuanya bergantung kepada si pengguna. Kalau pandai jaga, tiada masalah la tu. Cuma tak lah secanggih laptop jenama lain yang terkenal. Tapi bagi saya, belilah laptop yang sesuai dengan bajet yang ada, periksa kandungan dan keistimewaan laptop di pasaran, tanya pendapat daripada orang yang lebih mengetahui hal komputer dan paling penting, jangan beli laptop hanya kerana jenama dan trend semata-mata tapi tak reti nak guna. Susahlah kalau macam tu. So, walaupun 'kau' berat dan besar gedabak, terima kasih Acer ku sayang kerana telah banyak berjasa dalam kehidupanku (^__^).

Marilah meriahkan segmen SANTRI di SINI. Jom kongsi pendapat sebagai pengguna, bukan condemn tau :)

Yang akan konvo bulan oktober ni, Abg Stalker.
Photobucket

Comments

berani nya masuk segmen ni ye..:) selalunya mmg prmpn kureng bab2 lappy/gadget.
Bro ahmad said…
besarnya lappy suterakasih..bro punya kecik je huhuu..acer peneraju pc sekarang ni kan hmm..best
AmirFX said…
Kmk pengguna desktop tegar.. haha..
iya setuju..beli komputer pastu gune buat mem games high grafic mmg ler hang!
iMBobo said…
skrg ni iMBobo guna compaq :)
Sunah Sakura said…
ala sebelum ni da pernah tulis pasal netbook ni la pulak..huhuhu..kalo lom tulis, leh join segmen ni..
Ezad Skytech said…
hee..sy pon pakai ACER jugak..ok je..nak join jugak segmen ni nanti..hee~
ABU said…
ramai jak orng guna acer..ok jak pun...
aku guna laptop cap ayam jak hahahha
echaRierie said…
hahaha..
sy pun still using my old lappy..
dr 2007 jgk..1st sem masuk U..
cuma bateri rosak sdh..kena plug in ja la..haha
Eera Shera said…
syg kan lappy yg byk berjasa kat kita walaupun tak lah canggih mana..huhu
~AmyLiana86~ said…
bg amy acer lg ok dr compact..dulu amy pakai acer..skrg ni tukar pakai asus lak..heheeh
syahirooAhmad said…
haah.. mmg ada dgr acer nih tak berapa bagus.. mungkin disebabkan keluaran model dia yang terlalu banyak... saya dulu guna compaq.. Mmg terbaik~
cik sakdi said…
oh kawan pakai acer dah 4,5 taun OK je lagi. tp member lg sorang pakai model yg sama,, setaun da ranap. ekekek
Fadzmie Mohamad said…
Uiseh. Sama bah pulak laptop kesayangan kita ni. Umur pun lebih kurang sama ni (2007 juga). ;)
Bro ahmad said…
laptop acer panas kan2..kawan bro cakap hmmm
Paris Lipton said…
gudluck. InsyaAllah join segmen mak dara tuh..
Jue said…
Laptop lamak ku acer juak. Dah pencen dah nya hihi time study nang bjasa abislah =)
Salwa said…
laptop I pun acer. ^_^ nearly 2 years already.
Ezad Skytech said…
hee..sama la kita..pengguna ACER..hee :D
jenama nieh kalau dah lame dalam pasaran ok jew...
xkesah la acer ke hape ke...
tetap ok jew kan...
ciK LyndaWawa said…
gik bagus laptop kitak ko....=]laptop kmk ngeng ngong tok..hahhaa
terima kasih sebab sutera sudi join segmen ni....
Ini Kisah Tia said…
e'ehh , ramai pakai acer kan :)
♛ Dea ♛ said…
mk join jwk la klak..;)
sarah mohamad said…
hehehe laptop kita sama tahuuuuu :D

sy pun guna acer gak dan rasanya nak dekat 4 tahun dah .. takde sekali pun buat masalah. acer ni kalau yg dulu2 mmg kukuh, yg sekarang je tak kukuh.
forblogger.net said…
Kelebihan lappy sy dari dulu lg pakai seminggu dua x off pon xpe (selalu). kdg2 off gak sejam dua :D

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …