Skip to main content

Tips Jiwang: Renungan buat saya dan kamu

Hello my readers :)
Awak sihat? Kita tutup buku lama yaa..lupakan kesedihan minggu lepas blog ini hehe. Tersentuh hati saya, bila ada seorang hamba Allah ni, rasanya baru kenal, tapi dia tinggalkan link entri untuk saya baca dan renungi. Lepas saya baca, rasanya macam baru tersedar dari mimpi buruk. Artikel di bawah ni dia dapat dari perkongsian nota di Muka Buku Fatin Liyana Izzati. Jom kita baca sama-sama, tak rugi kot kalau baca walaupun panjang berjela-jela.

"Untuk para Adam yang pernah mengecewakan hati perempuan
secara sengaja ataupun tidak sengaja. 
Juga-juga kepada perempuan yang telah berjaya bangkit kembali. 
Juga buat perempuan-perempuan yang masih terluka..."

Jasad yang kamu pandang itu kini adalah perempuan itu. Seorang perempuan yang dahulunya engkau biarkan, seorang perempuan yang dulu, hatinya engkau permainkan, seorang perempuan yang engkau pernah taburi banyak janji yang tidak engkau tepati, seorang perempuan yang engkau pandang sebelah mata, seorang perempuan yang engkau kira hanya bisa dibuat mainan, seorang perempuan yang pernah engkau kenyit mata, seorang perempuan yang bisa engkau buat seenaknya, seorang perempuan yang telah banyak engkau melakukan dosa, seorang perempuan yang engkau kira tidak bijak, seorang perempuan yang engkau pernah hancurkan masa depannya, seorang perempuan yang pernah engkau memberikan senyuman palsu buatnya, dan seorang perempuan yang hakikatnya engkau belum kenal siapa dirinya yang sebenar!

Kerana cintanya, engkau mengajaknya melakukan dosa, sedangkan engkau tahu dia perempuan mulia. Engkau pernah menghancurkan hatinya sedangkan engkau tahu dia perempuan terhormat. Engkau pernah menyakiti dia sedangkan engkau tahu bahawa dia perempuan berhati lembut. Engkau mengotori cintanya sedangkan engkau tahu cintanya suci. Kau mempermainkan hatinya sedangkan engkau tahu dia perempuan hebat. Sedarlah Adam, perempuan itu pernah membahagiakan kamu. Perempuan itu pernah membuatmu tersenyum. Perempuan itu pernah berjasa dalam hidupmu. Perempuan itu yang pernah bimbang kepadamu. Tapi, percuma saja perlakuan semua itu. Kerana engkau telah menukarkan perempuan hebat itu menjadi seorang hamba cinta!

Jika dia suatu masa dulu, seorang muslimah yang terkenal mengajak manusia melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran, tapi setelah datangnya engkau, kata-kata dia hanya menjadi omongan kosong. Bicaranya tidak seiring tindakan. Jangan pernah lupa, perempuan terhormat itulah yang telah engkau permainkan kehormatannya. Jika suatu masa dulu, dia seorang perempuan yang mementingkan ukhuwah dengan sahabat-sahabatnya, tapi setelah adanya engkau, dia menjadi seorang yang berbeza, menjadi perahsia terhadap mereka. Jangan pernah lupa, perempuan ceria itulah yang engkau telah ragut keceriaannya.

Dan, setelah sekian lama engkau bersamanya, engkau masih tidak menjadikan perhubungan kamu menjadi halal. Setelah dia semakin berharap akan cintamu, engkau biarkan dia dalam kebingungan, menanti saat engkau melamarnya. Dan saban hari, engkau biarkan dia dengan tanda tanyanya. Engkau menyatakan engkau masih belum bersedia, tapi mengapa engkau memberi harapan padanya? Mengapa perlu engkau berikan kata-kata manis padanya? Mengapa tidak kau katakan sahaja yang dia bukan siapa-siapa di hatimu? Mengapa tergamak engkau biarkan hatinya terus menderita? Dan setelah itu, apabila merasa bosan dengan perempuan itu, lalu, engkau membuangnya bagai membuang sampah di dalam tong sampah.
Engkau tidak tahu cara terhormat untuk membuang dia dari hidupmu. Dan engkau katakan pada rakan-rakanmu bahawa perempuan itu adalah 'bekas' cintamu. BEKAS? Tergamak engkau mengaibkan perempuan yang telah banyak berkorban untukmu itu.Sedangkan engkau tahu, setelah tindakan ‘pembuangan’ mu itu akan mengundang aib terbesarmu; iaitu, menghancurkan hati seorang perempuan terhormat! Dan sejak detik itu, engkau sering merasa berdosa, maka berdosalah dengan Allah. Pintalah keampunan dari-Nya. Tapi jangan pernah engkau lupa, kemaafan perempuan itu ternyata lebih penting. Kerana Allah sendiri tidak akan mengampuni dosa-dosa kamu sebelum kamu meminta maaf kepadanya.

Suatu masa dulu, berani saja engkau memperkotak-katikkan dirinya, tetapi sekarang jangan pernah engkau berani lagi, kerana perempuan itu suatu masa dulu yang engkau pernah kenal, tidak sama lagi. Dia memasang misi tertinggi; Memburu cinta Illahi. Tidak perlu engkau sapa dia, hanya kerana ingin membuatkan dia mengingat kembali insan seperti kamu. Tidak perlu engkau memberi senyuman manis kepada dia, sedangkan senyuman itu akan membawa bencana lagi dalam hatinya. Tidak perlu lagi engkau hubungi dia kerana di hatinya tidak ada lagi dirimu, yang ada hanya DIA. Perempuan itu kembali menjadi terhormat, malah lebih baik dari dulu. Sungguh, dia sangkakan ribut kan berpanjangan, rupa-rupanya Allah datangkan pelangi.Dia kini bangkit kembali, membiarkan kelukaan itu sembuh dengan hadirnya cinta Tuhannya. Jangan pernah engkau samakan perempuan itu suatu masa dulu dengan kini. Masa merubah segala kerana dia perempuan terhormat yang kembali menjaga dirinya dan hatinya!

Buat yang masih menderita kecewa kerana kisah silam jahiliyyah. Katanya:
'Saya fikir cara untuk lupakan kenangan silam yang menyedihkan hati hanyalah dengan mewujudkan lebih banyak kenangan manis yg menggembirakan hati. Semakin banyak kenangan manis dalam ingatan, maka semakin kurang signifikan kenangan pahit tersebut. Hakikatnya,kenangan pahit itulah yg menjadikan kita lebih kuat dan tabah.Bagi manusia biasa seperti kita, ternyata kita tak boleh delete kenangan pahit tersebut namun kita mampu meletakkan memori tersebut ke sudut minda yg paling dalam. Salah satu caranya ialah dengan berkongsi kisah sedih tersebut dengan orang lain. Mungkin kenangan pahit itu terperangkap dalam minda separa sedar kita, sehinggakan kita merasakan bahawa kenangan itu sering menghantui diri kita. Dengan menceritakan kenangan itu kepada orang lain, penjara minda kita seolah-olah terbuka lalu membebaskan banduan kenangan silam yg menyedihkan itu, bagaikan burung yg dilepaskan dari dalam sangkar, terbang bebas di angkasa lalu masuk ke dalam awan dan terus hilang. Setelah itu, memori pahit itu akan terperosok jauh ke dalam minda dan tidak akan menghantui kita lagi.'

(Muhammad Syaman)
sumber: http://fatinzuaini.blogspot.com/2011/05/untuk-kamu.html


p/s: Sesiapa tahu dan kenal penulis asal artikel ini, bagitau saya tau. Dan sampaikan salam & ucapan Syukran Jazilan sebab berkongsi sesuatu yg amat bermakna buat saya :')

*KATA HATI: Terima kasih kepada dirimu yang suatu ketika dulu pernah membahagiakan diri ini, terima kasih ya Allah kerana mengaturkan jalan hidupku dengan sempurna :')

Comments

H.J said…
like..rugi sape tak baca walaupun panjang
salam kunjungan...terima kasih di atas komen yg diberikan.

Entri ni wajib dibaca oleh lelaki-lelaki buaya darat dan yg spesis dengannya... biar mereka sedar.
Freaky said…
sangat sedih baca ni.. :(
syahirooAhmad said…
hmm... sgt setuju dgn ini entri.. rase touching :(.. penah gak menyakiti hati .......... waa.... sedih2... nak berubah!
Kmk ingat tek ktk yg nulis sbb frust hehehe... Bagus entry tuk :)
anismelon said…
sedih bace entry nie..hurmmm..sedih sngt..anis still tok leh lupe kan keangan toh..manis untuk dikenang..sakit tok diingati..tp terlalu sukar tok dilupakan..
Bui Junaidi said…
pandey sekali nya mengarang kata2 tok aih..clap..clap..tersentuh ati maca..
Anum said…
thanks nice sharing
Farihah Ahmad said…
bagus entry ni. nice move fatinzuaini. ni bagus kan utk those yg tengah cari kekuatan, nk bangun semula.
run aziluz said…
salam n hi :) orang datang sini nak bagitau

blog yg dulu tak betul sikit. ni link blog baru. kalau ada masa datanglah okay :) blog lama tu dah tak guna lepas ni, guna blog baru je.

runaziluz.blogspot.com
aimie amalina said…
huuuu =(
sedih pulak bace emm..
akak!
saya tak tahu mungkin ade sikit2 kene dgn akak kan
emm3
xpela..moge akak di kuatkan hati dlm mnjalani ini ye!
insyaAllah masih ade yg terbaik buat akak
Dia telah rencanakan sesuatu yg pasti baek buat kaka
kaka kan baik =.<
dhiera said…
pengalaman adalah guru yang terbaik. jadi belajar lah dari pengalaman~
Myra Jay said…
Wowww!! Sokong entry nie.. :-0

Betul, untuk kita lupakan kenangan silam, kita perlu kenang @ wujud kenagan manis supaya kita dpt lupakan kenagan lampau yg suram..


Dear, nanti bg nama & alamat ye, TQ

normj1001@hotmail.com
Yann Mazian said…
tacing nya entri tok.. kenyataan.. tp nang mena.. mun kita nang masih teringat2 kenangan pahit ya, nang bagus share ngn some1.. at least rasa bebas jak fikiran dan hati bila kita share ngn some1... :)
mun sik nemu nak pahit, sik mungkin kita akan jumpa nak manis dudi2.. biar pahit dolok.jgn pahit dudi. :)
.izzati liyana. said…
peh. gabungan nama saya dengan fatin liyana. haha!

harap-harap lelaki semua dapat merenungkan entry ni. erm, bekas. sgt pedih ye. apapun janganlah berniat untuk mempermainkan seseorang. perbuatan jahat tu akan dibalas jahat juga. Allah itu maha adil. jujur dan ikhlas perlu dalam sesuatu perhubungan agar diredhai Allah. andai tiada jodoh, redha dan cepat muhasabah diri. jangan biar diri leka disebabkan cinta manusia yang tak kekal.
asnizaziz said…
best2 tersentuh hati baca..dlu sy sendiri penah hanyut disebabkan cinta lelaki..tapi Allah berpi petunjuk, ternyata dia bukan yang terbaik, jadi sy cuma mampu redha..lelaki baik utk perempuan baik..itu janji Allah :)
My Name is Mar said…
Ok. Wa terasa. Ha-ha-ha!

Kepada mereka-mereka yang pernah hadir dalam hidup wa..
Wa minta maaf.
Bukan wa SENGAJA nak menkan perasaan lu semua..
Cuma tiada jodoh antara kita.
Nak wat caner..
iPai said…
pergh .. rasa bersalah laa plak bila baca benda ni .. ish3 ... yg part bekas tuh macam terlalu dasat je ..

tapi part kata2 last tuh memang betul juga .. benda2 ni laa yg kuatkan kita ..

entah laa, saya pon tak pandai nak komen banyak, sebab banyak yg dia cakap tuh betul ..
merahitujambu said…
sharing is caring kan...nice entry dear..=)
hani apandi said…
touching indah mek baca tok.huhu.sedihkan bila kta dikecewakan oleh kaum adam.wpun org nanga kmk & gerek mek couple lama dah.tp dlm tmph yg lama ya, byk juak dugaan yg kmk dah lalui.penah kcewa, penah hilang kepercayaan.urm, tp alhamdulillah.cepat sdr & repair kesilapan yaa..semoga kta semua mndapat kebahgiaan dunia & akhirat :)
ILA HonEyBuNNy said…
syaza...bestnya entry neh....

sedihh pun ada....kita kena la jaga diri kita kan..agar tidak di kotori dengan cinta palsu lagi..

cinta lepas kawin lagi indah...sebab tu org y pndai jaga iman n hati mereka..terus ja berkhwin...teringin nak jadi cm tu....cinta y suci kerana Allah...
[sutera kasih] said…
@ILA HonEyBuNNy:
best kan artikel tu..sbb tu la sy share kt sini, lantakla org nk ckp entri copy paste, jnji sy kongsi benda baik..huhu
[sutera kasih] said…
@hani apandi:
yala deng..kmk pun dh merasa..hbgn lamak2 tok mudah nk diagak byk dugaan..so pastok kmk mun dpt nk ngelak dh ada hbgn nok lamak2 tok..mun dpt, dh kenal terus kawen..syiohhh haha
[sutera kasih] said…
@iPai:
hmm..kesimpulannya, jagala & hargai apa yg ipai dh ada sekarang k :)
[sutera kasih] said…
@My Name is Mar:
iyala tu Mar..xpa kalo tak sengaja :)
[sutera kasih] said…
@asnizaziz:
setiap manusia tidak terlepas dr melakukan kesilapan, tapi tak bermakna kita bebas buat apa saja kan dear..elaklah selagi mampu :)

janji Allah itu pasti ^_^
[sutera kasih] said…
@.izzati liyana.:
aaahhh kan, gabungan la pulak :P

lelaki dan perempuan, sama2 kita renungi. jgnla kita menyalahkan sebelah pihak saja, dua2 pun sama huhu..yg penting, niat berkawan tu biar ikhlas dan jujur, jgn sesekali niat nk mainkan perasaan orang. Allah itu Maha Adil..
[sutera kasih] said…
@Yann Mazian:
yala tek deng..tacin mek maca uhukss
biar sedih nktok, iboh sedih dudi ohh :)
[sutera kasih] said…
@Myra Jay:
yeahhh..buang jauh2 kenangan pahit, tapi ambil pengajaran :)
[sutera kasih] said…
@dhiera:
betul tu dear..pengalaman adlh guru terbaek :)
[sutera kasih] said…
@aimie amalina:
Insya'Allah dekk..sama2 kita berdoa utk mendapat yg terbaek utk diri kita :)
[sutera kasih] said…
@Farihah Ahmad:
yup...dh bgn semula lepas baca artikel tu :)
[sutera kasih] said…
@Bui Junaidi:
aok kak..clap clap clap to her
[sutera kasih] said…
@anismelon:
sabar nis..lupakan saja kenangan pahit tu k..kita bina kenangan baru :)
[sutera kasih] said…
@wa khairul onggon:
sekdala kmk sekereatif ya polah ayat walaupun bena kmk frust hehe
[sutera kasih] said…
@syahirooAhmad:
saya pun pernah menyakiti dan disakiti..huhu
[sutera kasih] said…
@Freaky:
maaf la kalo buat awk sedih hoho
[sutera kasih] said…
@Santri T.P.I.N.I:
sama-sama :)

huhu...semoga mereka yg suka menyakiti faham ~
[sutera kasih] said…
@H.J:
huhu...tak jgk rugilahh
pengemisCinta said…
salam ziarah.owh sungguh tacing..mahu berkenalan dengan empunya entri,insyaAllah..
.izzati liyana. said…
mcm biasa. jawapan penuh pujangga dari cik syaza kita ye. hehe. tapi memang sangat setuju. tak boleh nak salahkan sebelah pihak je. dua-dua harus bertanggungjawab.
kitak putus cinta ka apa tok??
Assalamualaikum SK.
akhirnya saya jumpa balik blog awak.haritu saya main tinggal link tapi tak ingat url blog awak.

SM. :)

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …