Skip to main content

Tips Jiwang: Kenalpasti CINTA @ NAFSU

sumber: tumblr.com via google
Salam sayang my readers :)
Nyamannya cuaca di sini dah macam kat london dah ni..haha. Hujan sejuk dari pagi, sekarang pulak cuaca suam-suam sejuk. Kita nak bincang apa hari ni? Okey baru lepas baca majalah Remaja, belek-belek kalau ada tips yang boleh dikongsi untuk my readers. Terjumpa satu tips menarik, tapi agak terlambat dah untuk saya HAHA okey just joking. Okey kalau yang betul-betul berminat saja yang boleh teruskan bacaan k, sebab ni pasal cari jodoh, dah macam lagu Wali band pulak.

Sekarang ni memang agak sukar nak cari lelaki lebih dahulukan perasaan cinta yang suci murni jika tidak disertai dengan nafsu. Okey, kaum lelaki sila jangan melenting, ini cuma pendapat tau. Bukan semua lelaki camtu, tapi ada dan wujud diantaranya, betul tak? Dah korang asyik busy body dengan salah perempuan, apakata bincangkan hal kaum adam pulak, bukannya selalu hehe. Tips ni jugak memang teramat sesuai untuk adik-adik yang mudah cair dengan pujukan lelaki, tak terlepas jugak untuk kakak-kakak termasuk saya jugak untuk tahu dan membezakannya. Sebab kadang-kadang yang ada otak belajar tinggi-tinggi pun boleh buat perkara diluar jangkaan huhu. Sambil-sambil saya kongsi ni sebenarnya pengajaran dan peringatan buat diri saya jugak dan rasanya tak salah untuk dikongsi bersama :)

So, pernah timbulkan persoalan "Adakah si dia inginkan CINTA atau TUBUH BADAN saya semata-mata?" after you mulai jatuh hati?

Antara tips untuk kenalpasti CINTA @ NAFSU:
  • Semua pun tahu kan, dalam kamu menjalani hubungan, jika si dia betul-betul menyayangi dan menghormati cinta kamu, si dia tidak akan pernah langsung mengambil kesempatan terhadap kamu. Termasuk tidak memilih topik seks dalam perbualan. Malah, tidak akan cuba untuk menyentuh diri kamu termasuk meminta untuk menghantar visual atau grafik imej diri yang boleh buat mereka cuci mata via phone or webcam. Pendek kata, jika si dia benar-benar ikhlas memilih kamu dan bersedia menjadi teman hidup kamu, dia akan menghormati diri kamu seperti mana dia menghormati ibu kamu kerna berkawan dengan anak dara orang. Hey lelaki, pernah terbayang tak kalau adik perempuan @ kakak kamu disentuh atau diperlakukan tidak senonoh oleh teman lelakinya konon-konon atas kerna CINTA?

  • Jika si dia benar-benar menyintai kamu dengan ikhlas, si dia akan memilih kamu untuk mendengar segala ceritanya tentang aktiviti hariannya. Mungkin ada jenis lelaki yang tak suka bercerita, tapi sekurang-kurangnya akan berkongsi apa-apa saja yang buat dia gembira, sedih, sakit hati, menyampah atau masalah. Selain itu, si dia tidak segan silu akan menyebut nama-nama kawan-kawannya yang terlibat dalam aktiviti hariannya. Kerna dia berfikiran, kalau berlaku perkara di luar jangkaan contohnya kemalangan atau sakit, at least, kamu tahu nak cari siapa untuk mengetahui perkembangannya. Sebaliknya kalau si dia yang jenis pentingkan nafsu, jarang mahu berkongsi hal-hal harian, hanya memfokuskan cara untuk menarik perhatian kamu. Maybe kadang-kadang hanya mereka-reka cerita sekadar menarik perhatian kamu. Paling ketara, sekiranya berjumpa, matanya hanya liar melihat tubuh badan kamu. Awas!

  • Kamu boleh mengetahui si dia benar-benar memerlukan kamu jika si dia mempercayai kamu untuk mengetahui hal peribadinya. Dia mempercayai kamu untuk mengetahui selok belok kewangannya, kerna dia sudah menguji kamu yang kamu bukannya seorang materialistik. Si dia akan berkongsi beberapa hal mengenai latar belakangnya kepada diri kamu kerana dia betul-betul serius menjalinkan hubungan dengan kamu hingga ke ikatan pernikahan. Tapi bagi si dia yang tidak mementingkan cinta yang sekadar pentingkan nafsu semata-mata, akan sentiasa cuba memberi pelbagai alasan untuk melindungi tentang dirinya yang sebenar kepada kamu. Mereka langsung tidak pernah menganggap kamu sebagai seseorang yang akrab dan perlu tahu tentang latar belakang keluarganya dan semua halnya. Pendek kata, si dia lebih banyak berahsia dengan kamu!

*KATA HATI: Tips ni tiada kaitan dengan sesiapa yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Sekadar untuk berkongsi, selamat mencari jodoh semua (^__^)
Ada artikel menarik dari member blog, klik Perkara yg DiLupa masa Bercinta dan Kesetiaan dalam Perhubungan

"Jodoh itu rahsia Allah Taala...utamakanNYA dalam mencari teman hidupmu"

Comments

ILA HonEyBuNNy said…
ya betul tu...orang yg cintai kita akan bimbing kita ke arah yg baik dan tidak akan sesekali menyentuh diri kita....;-)

kenali si dia betul2 agar kita tidak tersalah pilih...;-)
Nurnajwa said…
Bestnye klau dpt boy mcm ni ;)
AmirFX said…
Aaaa.. Cara nak kenak cinta o napsu tangga ada tumbuh tanduk sik kat palaknya.. hahaa.. Nway, selamat bersungkey sik lamak gik...
yatie Awang said…
no komenlah hahaha...biar adik2 yg tenagh bercinta yg komen
aiman said…
saya setuju dgn tip-tip tu.. and ayat last.. jodoh itu rahsia Allah..
alif haris said…
kene pandai bezakan bnde ni baru boleh cari pasangan yg baik :D
hehe ..
Acik said…
seb bek last2 declare post ni x derk kena mengena ngan yg masih idop atau yg dah tiada ... :)
KimiCnoL said…
nice tips..boleh la amalkan lepas time nak cari jodoh nanti..hehe
Encik JI said…
yg pnting pmpuan. kalo dah laki tu minx pgang tgn skalipun, tinggl jela.

lainlah korang pn sama nak. xleh wtpa la. haha
asnizaziz said…
mudah-mudahan dpt lelaki sebegitu, apa2 pon jodoh kan di tangan Tuhan :D
iPai said…
wah2 .. jadi dr cinta plak ..

ada buka sesi private tak dr, saya ada banyak masalah2 .. chewah2 .. hahha .. main2 je ..


plih2 laa yg elok .. banyak kriterianya .. so pk baik2 je
wah,menarik2..thanks info.hehe
Umie Artoqiemie said…
Mun carik jodoh klak, entry tok la jadi panduan mek k. hehehe :P
sifu im said…
klu cinta mstilah kena setia..
klu nafsu, tau nk raba je..haha
~AmyLiana86~ said…
tips yg berguna..hehe
H.J said…
sudah lama aku mendambakan cinta..tapi tak hadir2..aha
Far8 budak baik said…
mula2 aku cinta bab nafsu..
lepas kenal hati budi dy..
dy mmg baik..
pastu aku tekad..
tak pegang dy smpai kawen nti..
cewahhh =)
Jue said…
betul2..dulu waktu study..ade a few student x abis bljr sbb terpengaruh ngan cinta siber hingga sanggup ade sugar daddy etc. sayang sgt

tp nak wat camne, wa bkn jenis suka tegur..wa suka tgk ending =)
abghani said…
saya setuju...tapi ada tak tips nk tahu pompun tu jujur ke tk?
sergeant keroro said…
ehem ehem, semua ciri-ciri keroro tu. mana syaza tahu?? hehe :P
ABU said…
wah bagus entrynya..mmg agak jiwang di situ hahaha
iMBobo said…
bagus cik syaza buat entri, adik2 sila baca ye, supaya anda tidak mudah terjerat oleh lelaki hidung belang, sila cari yg mcm keroro hahahha
Freaky said…
haihh keroro macam tu, freaky pun macam tu jugak... pandai syaza teka yee :P
sizuka[Izzati] said…
thanks for sharing :)
.izzati liyana. said…
wah, tips gitu. hihi. nape terlambat pulak cik syaza oii. slagi belum kahwin, masih tak terlambat. ecehh.

saya dah berjumpa and luckily betul2 cinta. semua cerita mmg wajib cerita lah. kalau ada yg terlupa nak cerita, lepas tu terlepas ckp mesti mcm eh, bukan nak cakap dgn org pon seh. hihi.

pasal duit, kalau dia nak pegi shopping, saya yg kena control dia nak beli apa. kalau x, duit dia sekelip mata habis. bukan habis kat sy, habis kat die jeh. :D
aimie amalina said…
hehehe
nnti dh jmp pakwe kene rujuk balik entri akak yg ni hokey!
kiki
maceh akak!
kuatkan iman...hmm..pastikan jgn terlalu akrab dan berdua-duaan..kalau dah selalu bersama..dari takde ape2 boleh membuahkan ape2...So, beware!!
HAZWAN17 said…
kena pilih betul-betul ni....
tak kira laki ke perempuan
My Name is Mar said…
Ho-ho-ho...
Teringat waktu awal-awal berkenalan, kami berchatting.. Hampir 3 bulan,.. wa masih belum nita gambar dia.. Wa pun memang tak pernah terfikir nak mintak gambar sebab wa just nak kawan baik dengan dia..
dia pelik dan tanya kenapa wa tak minta gambar..
dia kata, selalu laki lain akan minta gambar dia. Malah, wa TAK MINTA LANGSUNG number telefom dia. Huhuhu. Tu yang wat dia suka kat wa tuh... Kira wa ni cinta betul lah ek?..
Ho-ho-ho....

Nafsu? TIPU lah kalau kata tak ada.. TAK NORMAL kalau tak ada.
Tapi, daripada wa curahkan nafsu kat dia, baik wa curahkan nafsu kat makanan yang boleh kenyangkan perut wa. ho-ho-ho..

BTW, nape lately ni ada mcm post entri jiwang karat nih? Putus harapan ke? ho-ho-ho.. Kalau ada masalah, share-share k? Tak baik simpan-simpan. Nanti gila.

Ok. wa da macam tulis surat cinta kat lu nih. Ngeh3...
Bui Junaidi said…
kinek tok senang jak nk kenal org laki ikhlas ke nisik..mun dh first time dating dh megang2 ya tandanya nafsu ajak..

kmk pun perasan,entry ktk lately tok mcm jiwang2 jak..hehe
harap kitak dapat jodoh yang baik2 oo..p bukan ngan PASHA..hehehe
anismelon said…
nak kenal cinta n nafsu nie senang je..tambah tambah kalau awal awal lg dah start miang nye..
Myra Jay said…
Terima kasih berkongsi tip nie, memang sesuai untuk mereka yang ingin mencari teman :)
[sutera kasih] said…
@Myra Jay:
hehe..sharing is caring kan kak :)
[sutera kasih] said…
@anismelon:
yup..tapi kalau dah mabuk cinta, kadang2 tak dapat nak bezakan dah tu..jadi hati2 tau
[sutera kasih] said…
@ciK LyndaWawa igUana:
hahaha..sikmoklah dgn Pasha..ambik ktk jak :P
[sutera kasih] said…
@Bui Junaidi:
mun sik pernah dating?hoho

sshhhh..iboh bisin kak kelak kantoi :P
[sutera kasih] said…
@My Name is Mar:
hehe tu kiranya Mar ikhlas lahhh tuuu..bertuah awek Mar :P

memanglah tipu kalo takda nafsu..hehe
tapi benda tu boleh kawal kan kalo betul2 hormatkan pasangan :)

dah share2 kot hehe..tp biarlah secara bertapis..takkan nak gtau semua kat public..dh mcm budak kecik pulak :P

aahhh..dh mcm surat cinta la pulok hehe
[sutera kasih] said…
@HAZWAN17:
betul..lelaki ke perempuan ke..sama saja..
[sutera kasih] said…
@Diana @ bilakukatacinta:
yup..so beware..susah zaman sekrang ni..mencabar huhu
[sutera kasih] said…
@aimie amalina:
amboiiii..harus rujuk dekk hehe
[sutera kasih] said…
@.izzati liyana.:
wahhh bertuahlah awk dear..ok la tu. jaga hubungan tu baek2 tau..hehe

wahhh, bgsla tu dh bljr sikit2 asas jadi bini :P
[sutera kasih] said…
@Freaky:
hehehe mestilah pandai teka :P

korang berdua kan mcm kembar dh hehe
[sutera kasih] said…
@iMBobo:
hehe..harap2 adik2 ada baca, sbb kita sayangkan mereka, harap adik2 tak buat kesilapan dlm mencari pasangan :)

mcm keroro?hihi
[sutera kasih] said…
@ABU:
haha..sekali sekala berjiwang, ok la tu :P
[sutera kasih] said…
@sergeant keroro:
tau dr persatuan alien sedunia hehe
[sutera kasih] said…
@Jue:
jauhi cinta siber huhu
[sutera kasih] said…
@Far8 budak baik:
bagusla tu ada kesedaran dr awal hehe
bgs ko ni dekk jujur :P
[sutera kasih] said…
@H.J:
tunggu lah dan terus menunggu heee
[sutera kasih] said…
@sifu im:
tau takpe..kesian perempuan hoho
[sutera kasih] said…
@Umie Artoqiemie:
bagus2 hehe iboh lupak bookmark entri tok :P
[sutera kasih] said…
@iPai:
dr cinta la sgt haha

jgnla ckp cmtu ipai..nages kang :P
[sutera kasih] said…
@asnizaziz:
Insya'Allah..bykkan berdoa :)
[sutera kasih] said…
@Encik JI:
betul la tu..kena ada kesedaran dari kedua2 belah pihak hehe
[sutera kasih] said…
@KimiCnoL:
amalkan jgn tak amalkan :)
[sutera kasih] said…
@Acik:
mesti nyatakan, nnti tak pasal2 ada yag makan dalam or terasa hati huhu
[sutera kasih] said…
@alif haris:
betul..tp kita pun berhak tegur utk kebaikan bersama :)
[sutera kasih] said…
@aiman:
jodoh itu rahsia Allah :)
[sutera kasih] said…
@yatie Awang:
laa komenla kak..kesian kmi ni hihi
[sutera kasih] said…
@AmirFX:
hehe..selamat bersugkey kelak :)

mun ada tandok, iboh geng la ohh :P
[sutera kasih] said…
@ILA HonEyBuNNy:
sekali buat silap, belajr dr kesilapan..
.izzati liyana. said…
haha! takde maknanya..

yup2. semoga kekal saya dgn dia. kami pun da byk kali bercerai bercantum dari tak matang sampai dah pandai pikir now ni. :)
~Sha Nomei~ said…
huhhuhuu...gud info..bkn je tuk yg blum jmp psgn/kawen tp ssuai gak tuk bacaan org2/psgn yg da kawen...


follow me at:
http://asyarielifez.blogspot.com/

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …