Skip to main content

These are my FAVOURITE blogs

Salam Merdeka Raya my readers :)
Today i want to share with all my readers about my favourite blogs
Why i have recommended those 6 blogs? So lets check it out (^_^)


Izzati Liyana. Cantik namanya secomel orangnya tau hehe. Gadis yang kini tinggal di Johor Bahru. Kira pangkat adiklah hehe. Kenapa saya suka blog Zaty? Sebab gaya penulisannya sangat matang. Cara dia timbulkan isu dan persoalan membuatkan pembacanya berfikir dan akan keluar dari mulut 'Owhh iyakan, aaahhhh lahhh'. Faham tak maksud saya? Maksudnya, penulisan Zaty memberi input baru kepada pembaca, malah mengajak pembacanya untuk berfikir secara terbuka dan tidak sempit. Zaty seorang penulis yang berani mengupas isu-isu sensitif dan memberi pandangannya secara peribadi dengan hujah yang baik. Walaupun entri-entrinya agak panjang lebar, tapi tidak membosankan, buat saya terus ingin membaca. Memang saya kagumlah dengan penulisannya :)



Ustaz Love. Unik tak nama tu? hehe. Secara jujurnya, masa mula-mula dengar nama blog tu, ingatkan penulisnya mengupas hal-hal berkaitan CINTA. Ohhh ternyata saya silap hehe. Lepas saya dah baca satu persatu apa yang ditulis oleh beliau, baru saya faham mesej-mesej yang cuba beliau sampaikan. Saya sendiri pernah mengajukan beberapa persoalan berkaitan agama iaitu soal menjawab sebarang janji dengan sebutan 'Insya'ALLAH', beliau tak lokek memberi pandangan dan berusaha untuk buat saya faham dalam entri-entri yang beliau tulis. Kebanyakkannya penulisan beliau lebih kepada menjawab persoalan pembaca dan entri-entri berkaitan dengan Syariah, Akhlak, dan keseluruhannya dakwah. Banyak pembaca blog beliau memberi respon yang positif, tapi tak lari juga dari pengkritik. Tapi Ustaz Love tu cool je kalau menjawab bidasan pembaca yang mengkritik secara negatif. Saya suka cara beliau menyampaikan mesej, ayat-ayat entri beliau sempoi je, kira macam ustaz rock gitu hehe.



Nameerah Roslan tapi lebih dikenali sebagai Namee. She's pretty girl hehe. Kenapa saya pilih blog Namee? walaupun saya jarang nak drop comment kat situ. Biasanya saya akan jadi silent reader, sebab kadang-kadang lepas baca entri Namee, sampai tak terkata-kata dah hehe. Penulisan Namee memang the best lah, santai dan bersahaja. No wonder lah dia ramai pengikut. Sebab isu-isu yang Namee kupas memang teliti dan setiap apa yang dikupas, pasti ada pandangan peribadinya. Macam mana nak cakap ekk, dia ni kira macam Izzati Liyana jugak, entri-entri panjang tapi punya idea dan mesej yang sampai kepada si pembaca. Apa yang menarik, setiap entri Namee, pasti mendapat sambutan komen-komen yang sangat banyak dari pembaca, memang kagumlah kat Namee :)


Ahmad Naufal, atau lebih dikenali dengan panggilan Ipai. Peringatan, umur Ipai bukan 27 tahun okey hehe. Ipai ni dah saya anggap macam adik. Ipai seorang rakan blogger yang baik dan mesra alam yang bukan saja keep in touch via blog, tapi dia rajin nak tanya macam-macam tips dari email hehe. Ipai baru je tamat belajar dalam bidang Chemical Engineering di USM. Kenapa saya pilih blog Ipai? Hahhh sebabnya penulisannya pun boleh tahan jugak tau. Kalau dia dah post entri yang serius, kita pun jadi serius nak baca contohnya entri pasal ulasan buku Men are from Mars, Women are from Venus hehe. Dalam blog Ipai ada macam-macam info, ada pasal pengalaman peribadi, gadget dan software, tips-tips, review buku, hiburan dan sebagainya. Pendek kata blog Ipai dah macam Astro, macam-macam ada hehe.


(please alert, Arisha dah tukar URL baru yang ini tau)

RTP Farra Arisha. RTP tu apa yaaa? RTP stand for Raja Tengku Puteri. Saya kenal Arisha dari blog kakaknya si Fifiey Lychee. Arisha ni pun pangkat adik jugak tau, baru berumur 15 tahun. Why i pilih blog Arisha? Sebabnya saya suka bahasa yang digunakan dalam blog Arisha. Walaupun umurnya sweet 15, tapi gaya penulisannya tak macam umurnya tau. Arisha bersekolah di Jakarta, Indonesia dan menetap di sana. Kalau tak silap, kampung Arisha di Kota Bharu, Kelantan dan dia gadis kacukan mek kelate dan Acheh. Unik tak? sebab tu jugaklah saya suka blog Arisha, boleh belajar bahasa Indonesia, saya kan suka nonton Sinetron dan Bioskop hehe. Arisha suka berkongsi pengalamannya di sana dan suka cerita pasal makanan tau. She's soooo talkative girl, totally she's very nice and sweet. Hope dapat ketemu suatu hari nanti ya Arisha :)



Ain Zulaikha. Siapa tak kenal gadis comel tu kan? hehe. Sebelum berlakunya fenomena demam Doodle mendodol, saya rasa blog Ain Zulaikha dah lama guna konsep blogging dengan lukisan doodle yang comel-comel tu hehe. Blog dia unik sebab jalan ceritanya dalam setiap post adalah dalam bentuk lukisan doodle. Kira macam baca komik tapi lukisannya comot comel, tu yang menariknya tu hehe. Respon pembaca sudah semestinya positif, pengikut blog Ain pun ramai apatah lagi komentar blog tu memang sangat ramai. Tapi sekarang ni dia jarang update blog dah sebab agak busy dengan kuliah :( So hope, Ain cepat-cepat update cerita baru, okey?

Fuhhh panjang lebar entri kali ni sebab kena explain details about my 6 favourite blogs hehe. Kira ni ibarat bayar hutang jarang update baru-baru ni hehe. Disamping support aktiviti yang  Nuffnang anjurkan, untuk info lanjut, klik gambar Nuffnang tu, okey? (^__^)


*KATA HATI: akan datang...kita lihat blog siapa yang kena review!!! hehe

    Comments

    ILA HonEyBuNNy said…
    aah...ila terbaca banyak dah blogger wat pasal neh....rupanya dari nuff yer...

    2 hari xjenguk blog..macam2 la ila ketnggalan..ehheh


    aah la..ain jrg hupdate blog skrg....suka gak bca blog dia..ehheh
    [sutera kasih] said…
    @ILA HonEyBuNNy:
    yup, dari Nuff..hehe

    sy tau dari blog Tia tadi siang, so sy pun join jgklah nk recommend kt nuffnang hehe

    ain kan busy kuliah hehe
    bunbun said…
    haha blog bunbun lagilah non hado informasi bagai hahaha. dalam banyak ni tahu namee je XD
    nur Muhammad said…
    blog izzati, namee, ain mmg sempoi n best,.. nk try tgk blog ustaz pulak..
    Umie Artoqiemie said…
    sigek jak blog kmk tauk namee ya..
    Far8 budak baik said…
    haah..izaty tu pun wat aku terhaah lahh..haha! pandai ar budak tu..

    farra kadang ckp mat saleh..mencari gak aku dlm kamus klo x paham..haha!

    semua best lah..perghhh wa kagum sama lu..
    syahirooAhmad said…
    thanks share.. sutera. nantie blog saya tau. haha
    Freaky said…
    waaa blog2 yang best dan hebat.. :) gud luck
    alif haris said…
    hehehe .. ni nuff yg suruh buat ye ?

    ni segmen ke contest ek ??
    ♥ Dea ♥ said…
    mek knl ngn ain zulaikha jak..suka baca belog nya..kiut!!..:P
    hahaa . Tia tak buat lagikkk . promo je lebih :)
    d_LA said…
    ade 2,3 blog kat situ yg dla x pnh masuk..kene terjah lelaju ni..thanx^^
    selamat hari raya dear, sori taw kalo ade slh silap selama ni..take care^^
    Farihah Ahmad said…
    ohhhhh blog day nuff pnya ek. noob gile saya tatau pkembangan =..= anyway, bgus utk kita sama2 share blog yg bgus kn.


    blog awak pombest ;)
    [sutera kasih] said…
    @bunbun:
    uishhh..jgn ckp tu hehe
    blog bunbun pon ada informasi la..
    bunbun je x perasan..
    setiap apa yg bunbun post then pembaca baru dpt tau 1st time dr blog bunbun, tu kira info la tu hehe
    [sutera kasih] said…
    @nur Muhammad:
    yup..pernah singgah sana jgk ekk?
    try singgah blog ustaz love pulak, best tau :)
    [sutera kasih] said…
    @Umie Artoqiemie:
    cuba ktk try singgah blog nak lain ya umie..hehe
    [sutera kasih] said…
    @Far8 budak baik:
    nahhh ko pun sama camtu dekk?hehe ter haahhh kita dibuatnya :)

    yup, penulisan arisha sometimes in english tp senang dfahami..nice hehe
    [sutera kasih] said…
    @syahirooAhmad:
    you're welcome :)
    tengoklah nnti hehe
    ambil masa tau nk review blog, kena kenal blog tu camna, bukannya main sembarang hentam nk review heehe
    [sutera kasih] said…
    @Freaky:
    yup, antara blog2 yg best & hebat :)
    [sutera kasih] said…
    @alif haris:
    nak nak kata contest, tak jugak..
    ni kira mcm nuff nk kita cadangkan 6 blog baru yg kita suka..hehe
    [sutera kasih] said…
    @♥ Dea ♥
    aok, kiut ohh doodle2 nya..comot2 cute hehe
    [sutera kasih] said…
    @tia @ Ini Kisah Tia:
    hehe xpa2, kalau Tia tak promo, konfem sy lambat nk tau sbb sy ni jrg2 nk buka web nuff hihi
    [sutera kasih] said…
    @d_LA:
    selamat menterjah dyla hehe
    hope apa yg sy review tu sependapat dgn apa dyla akan baca di blog2 tu :)

    selamat hari raya, maaf zahir & batin ^__^
    [sutera kasih] said…
    @Farihah Ahmad:
    tak noob, cuma lambat tau hehe
    yeah, sesekali perlu jgk perkenalkan blog yg bagus kan..sharing is caring :)

    hehe thanks dear :)
    sizuka[Izzati] said…
    hoooo penangan nuffnang kan.hehe.mantops gituh~
    My Name is Mar said…
    Wooooooooaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhh~~
    Nama gwe tiada di situ-_-"
    [sutera kasih] said…
    @sizuka[Izzati]:
    hehe..sesekali recommend blog kt nuffnang
    [sutera kasih] said…
    @My Name is Mar:
    tak semestinya blog tak best kalo takda kt situ Mar -_-"
    jgnla silap faham uwaaaaaaaa
    itu antara blog2 yg sy suka bahh..next entri review blog lain pulak..turn Mar next time la okey? :)
    kena ambil masa nk review..kena kenal bebeno hehe
    iPai said…
    halamak .. malunya ..

    heee, terima kasih !!! terharu .. uhuhuh

    sekarang pon dah macam tak sempat nak berbalas kunjungan .. bz bangat ni ..

    datang blog2 kesanyangan je, macam blog ni. Hehehe
    AmirFX said…
    Semua blog padah ktk ya kmk lom pernah baca gik.. Blog kmk sekda ka?
    .izzati liyana. said…
    waaaaa. terharu gilaaa. bergenang ni. hehe. thanks cik syaza. terperanjat saya bukak page cik syaza tibe2 nampak header saya kat situ. haha. rupa-rupanya nuffnang punye benda ni. nak join gak ah t.

    ustaz love tu pun saya kenal dari cik syaza bila cik syaza bagi link untuk sanggul tu. memang setuju. sangat cool dan best.

    namee memang saya suka gilalah cara dia tulis. best.

    ipai pon kenal dari cik syaza jugak. hee. lagi dua tu tak pernah lagi pergi. akan pergi nanti. hee.

    THANKS AGAIN :) sayang cik syaza cmni. bkn bodek. ikhlas ni. kawan blogger paling rapat.
    Aisyah Aina said…
    blog namee tu walaupun entri panjang macam mana pon tak bosan kan baca...blog ain zulaikha tu best..comel je..
    anamizu said…
    cik ana suke blog namee & ain zulaikha jugak! hehe

    selamat hari raye :)
    Myra Jay said…
    Wahhh nak terjah la blog2 nie :-)
    [sutera kasih] said…
    @iPai:
    malu2 pulak hehe

    you're welcome ipai :)

    semua dh busy skrg ni, ready2 nk raya..takpa2 hehe

    cewahhh..terharu ni blog kena syg hehe
    [sutera kasih] said…
    @AmirFX:
    yeahhh..apa gik nun, baca nun blog2 sidak..kmk jamin best hehe..

    yerrr..tok gik sorang nk merajuk juak ka apa tok..hehe
    next time kmk review blog ktk k?
    ekot turn hehe
    [sutera kasih] said…
    @.izzati liyana.:
    hehe..thanks dear for being my best friend d alam maya..teruskan blogging dgn isu2 yg sy jarang nk berfikir hehe

    best kan blog ustaz love tu..sy suka cara dia kupas setiap persoalan yg dilontarkan..santai je kan :)

    yup2..penulisan namee best..kalau baca entry dia seolah2 mcm dia tengah bercakap depan kita kan hehe

    ipai tu kwn terbaek..dia sgt menghargai entri2 kwn blogger dgn komen2 yg pjg lebar hehe

    you're welcome dear zaty..sy pon tak bodek tau hehe..
    [sutera kasih] said…
    @Aisyah Aina:
    aaahhh dekk..entri pjg lebar pon tapi isi dan penghuraian bagus :)

    ain zulaikha lama tak update, rindu2 huhu
    [sutera kasih] said…
    @anamizu:
    saya jugak hehe

    selamat hari raya cik ana ^^
    [sutera kasih] said…
    @Myra Jay:
    silakan terjah kak hehe
    iMBobo said…
    iMBobo pun suka blog izzati tu, entry die panjang tapi buat kite nak baca sampai habis hehe..
    [sutera kasih] said…
    @iMBobo:
    hehe..kan?kan? bobo pun rasa camtu jgk kan :)
    Ezad Skytech said…
    tahniah sebab tersenarai..kena terjah blog2 ni..hee~
    Jue said…
    Blog ipai ngan rtp ya pnah ku bc ngan tinggal jejak =)
    nok lain lom gik..kelak terjah hihi

    blog ku ngan hanie ya kosong jak..ngrepak jak ku sa hahaha
    al-ya'kub said…
    tq kak fr da sharing,,,trus sye rse nk bce blog diorang..
    Amni said…
    kamek tauk RTP ya diam di indonesia.. tapi kamek sik tauk nya 15 taun.. perghhh... ng matang laaaa.....

    namee pun kamek pun fav.. hehehhe... really nice girl! =)
    anismelon said…
    wah..anis pernah singgah 3blog je dari 6...majulah mereke dalam berblog..:)
    Jue said…
    pas baca komen Amni ya br tauk RTP ya 15 yrs old lol
    matang da jak upanya hor =)
    dhiera said…
    walaweh~ suka juga bace blog izzati liyana! best beraya?
    Bro ahmad said…
    wahh blog best2 semua...mantap, semoga berjaya...:)
    Elie Lily said…
    elie baca blog namee dan ain zulaikha jugak! dorg best! :)
    [sutera kasih] said…
    @Elie Lily:
    yup..betol2 :)
    tp blog ain mcm lama tak update kan huhu
    [sutera kasih] said…
    @Bro ahmad:
    yup..blog bro pon best jgk :)
    [sutera kasih] said…
    @dhiera:
    blog dia best!! hehe
    urm, raya biasa2 saja :)
    [sutera kasih] said…
    @Jue:
    hehe..kmk tauk pon cz baca ada entri nya madah umurnya..
    [sutera kasih] said…
    @anismelon:
    hehe..idea dan cara penulisan mereka buat pembaca tertarik :)
    [sutera kasih] said…
    @Amni:
    kita godek2la blog arisha ya..she's very nice little sista :)
    [sutera kasih] said…
    @al-ya'kub:
    u're welcome :)

    happy blogging!
    [sutera kasih] said…
    @Jue:
    selamat menterjah sidaknya :)

    sekda juak blog ktk duak ya ngerepak ehhh..best bah hehe
    sergeant keroro said…
    sedih keroro tak termasuk, huhu T___T
    Hanie_Dew said…
    ha'ah/ suak jugak baca entry ipai yang men r from mars. women from venus tu.
    Ain Zulaikha said…
    huhuhu kenapa ain baru tahu pasa entry ini? terima kasih sutera yann.. dah lah ain da lama tak update , malu je ain.. huhu terima kasih , lepas final insyaAllah update ye huhuh
    ken said…
    cool blogs :)
    Anonymous said…
    Halo, itu benar-benar menarik, terima kasih
    Anonymous said…
    Itu beberapa hal menarik di sana. Terima kasih untuk posting itu.

    Popular posts from this blog

    TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

    Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
    PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …