Skip to main content

Tanda-tanda kamu sudah matang

Hai my readers, sabar yeaaa tak lama lagi buka puasa heee. Hmm, janganlah jemu singgah blog ni ekk, saya tahu lately ni entri sangat ke laut huhu. Petang-petang ni saya nak kongsi satu artikel menarik dari laman web iLivislam.com. Jomlah baca, kita tengok sama ada kita ni dah matang atau tidak :')

Tanda-tanda kamu sudah matang:
  • Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai. Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa. Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.

  • Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka. Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat. Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.

  • Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda. Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya. Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.
sumber: Google
  • Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang. Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati. Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.

  • Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif. Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna. Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.

  • Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai. Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.

  • Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita. Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.
credit: http://www.iluvislam.com/

*KATA HATI: Sudah MATANG kah kamu? Saya rasa saya belum cukup matang hoho :')

Comments

aimie amalina said…
emmm
semua dah cek dah
hihihihi
matang la ni =)
merahitujambu said…
sy dh matang laa eh..=p
.izzati liyana. said…
kadang kadang rasa macam dah matang. kadang-kadang macam tak. err, konpius pulak. :D
KimiCnoL said…
belum matang sepenuhnye..tapi boleh la..haha
iMBobo said…
sgt suka dgn entry ni :)
AmirFX said…
Nice inpo.. Kmk asanya dapat polah 4 jak dari semua ya.. haha..
anismelon said…
kalo ade yg kene ade yg tak??mean matang ke tak..heee..separuh matang la erk..
uwaaa,.aini belom matang lagi la,.=(
nelly said…
nelly hampir matang !
:)
hana sudradjat said…
saya tak matang langsung. :D
My Name is Mar said…
Tak matang lagi derrr....
Sebab saya sentiasa fikir yang saya PUJAAN malaya..
Ho-ho-ho!
Jue said…
sy rs mcm dah ckup matang cuma msh lyn katun haha
considered separuh matang x??hehe
alif haris said…
sy rasa sy ni mcm belom matag je .. haha :d
sifu im said…
erkk..aku separuh matang..ckit lagi nk complete..hehe
emy hamizah said…
erm..dh nk hmpir capai thap matang ni.hehe
[sutera kasih] said…
@sifu im:
sifu matang cket dr kitorang hehe
[sutera kasih] said…
@alif haris:
hehe lelaki ni lambat cket nk matang :P
[sutera kasih] said…
@Jue:
hehe org tua pun layan katon :P
boleh la half matang heee
[sutera kasih] said…
@My Name is Mar:
cehhh..pujaan malaya tuuuu :P
[sutera kasih] said…
@hana sudradjat:
hehe takkan ciput pun tak?aduhhhh
[sutera kasih] said…
@anismelon:
separuh separuh matang mungkin hehe
sy pun ada yg kena, ada yg tak kena :P
[sutera kasih] said…
@AmirFX:
hehe susah juak nk ngenal dirik kita tok dh matang ka sik ohh
[sutera kasih] said…
@iMBobo:
thanks bobo sbb suka :)
[sutera kasih] said…
@KimiCnoL:
hehe boleh la kan..drpd takda :P
[sutera kasih] said…
@abghani:
aikk..abghani bkn dh kawen ke?tak cukup matang lg ekk?huhu
[sutera kasih] said…
@.izzati liyana.:
saya matang utk beberapa part saja, ada sesetengah part, tak matang2 lagi hehe
[sutera kasih] said…
@aimie amalina:
hehe aimie mmg matang, tgk la cara penulisan..kalah akak tauu :P
.izzati liyana. said…
@[sutera kasih]

part mana lah yang tak matang tuh kan? hihi.

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …