Skip to main content

Kisah Tulang Rusuk, mungkin saya bukan tulang rusuk awak.

WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?

LELAKI : Kamu!!!

WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?

LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti). Kamu, tulang rusukku!

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya… Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan. Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas.

Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak “Kamu tidak cintakan saya lagi!!!”. LELAKI sangat membenci ketidak dewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak “Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!”

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. “Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing”.

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya. Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit dihatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI : Apa khabar?

WANITA : Baik… kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?

LELAKI : Belum.

WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telefon saya kan? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz “Selamat tinggal…”

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban nahas kapal terbang. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit di hatinya. Akhirnya dia sedar bahawa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.

*KATA HATI: Maaf, saya lupa di mana sumber saya dapat cerita ni sebab dah lama saya simpan dlm folder. Yang penting ianya bukan hasil karya saya. Sekadar muhasabah diri...thanks my readers for your kata-kata semangat :')

Comments

abghani said…
sungguh tragis...kisah itu
Umie Artoqiemie said…
sad ending =( ingatkan lelaki tu tadi ikut gi New York.. wanita pulak terlibat dalam nahas kapal terbang..
ninie_azriena said…
kadang-kadang kita tak sedar, org yang kita sayang sgup lakukan apa saja untuk kita walaupun kadang2 dia suka sakitkan hati kita..

moral of the story, sayangi apa yang sudah menjadi milikmu dan belajarlah untuk menghargai (n_n)
ILA HonEyBuNNy said…
sedihhnya baca kisah neh..

entry syaza semua sedih2 ja skrg..hurm...

hargailah wanita wahai kaum adam...;-)
.izzati liyana. said…
baru nak mengusik cik syaza.nak cakap entry kali ni semua berunsurkan cinta-cinta.

habis baca, tak jadi nak cakap. serious sedih! :(
My Name is Mar said…
Sejujurnya, sy tidak akan pernah menemukan tulang rusuk saya..

Titik.
hani apandi said…
yerrr.tetiba jak kmk touching bage apa maca crita tok.haha.

lelaki ya beh stia dr rempuan ya, tp ego nya melambung ilak.huhu
aiman said…
sedih cerita.. hargailah satu sama lain.. :)
H.J said…
ada gak skang ni lelaki nak menjadi tulang rusuk..haha
aimie amalina said…
weee
penah bace
dan bace lag kat belog akak nih
sukeee!
>____<
farhana said…
Like it so much! kita takkan menghargai sesuatu hinggalah kita kehilangannya.
AmirFX said…
Olaterdah.. Sedih nar cita tok tek...
Anonymous said…
Saya pernah baca cerita ni. saya rasa cerita ni dari iluvislam.com. If I not mistaken:)). Btw, keep it up dear. :)).
alif haris said…
hmm hargailah tulang rusuk masing..
kalau dipatahkan..diri sndiri juga yg merana ..
bunbun said…
sedih kot wuwuwuwuwuwuuuu :'(
KRAFMAN JULIA said…
harap "dia" sempat jumpa saya sebagai tulang rusuknya...mmm..
adan said…
pergh... aku pernah baca gak story ni.. sedih woo..


wahai tuan blog.. aku rasa,moleklah kiranya ko kembalikan tulang rusuk ku.. aku rasa tulang rusuk ku ada pada kau.. miahahahahah
reza al-razi said…
bagus cerita nie.. hakikatnya.. lelaki & wanita saling memerlukan.. :-)
luv it. indahnya...kalo dihargai

S a l a m r a m a d h a n~
Jum hayati di sini (^o^)
something about HEADER???
Nurnajwa said…
Alamakkkk ,sedihnya T^T


*sedihnye3 :(*


ps: Take care sis ;)
Fadzmie Mohamad said…
Kalau terjumpa si tulang rusuk dalam perjalanan mencari keredhaan Allah, alangkah bagusnya. Hehe. ;)
Myra Jay said…
Kita janganlah menyesali dengan jodoh yang ditetapkan kerana takut menyesal di kemudian hari..
BTW nice entry :)
kmk dari tulang rusuk sapa oo....
iPai said…
yes2 .. penah baca juga cerita ni .. tapi tak hengat plak pengakhiran dia macam tuh
hana sudradjat said…
this is sad T.T

IT'S A NICE STORY THOUGH :)
anismelon said…
suke entry nie..kadang laki tak sedar pengorbanan kite sbb ape..bile dah hilang baru dye terasa sakit nye..hurmmm..sedih..
iMBobo said…
wanita tu sgt baik..kpd lelaki2, hargailah wanita, jgn sesekali menyakiti mereka.. :)
Zura said…
lagi satu...tulang wanita nie bengkok jd lelakilah yg kena luruskannye...
[sutera kasih] said…
@anismelon:
biasala tu..lelaki ke perempuan..sama je tu..huhu

bila dh kehilangan, baru nk terasa :(
[sutera kasih] said…
@hana sudradjat:
sad & byk pengajaran kan dear :)
[sutera kasih] said…
@iPai:
lama dah ceta ni kalo tak silap sekitar 2009..
[sutera kasih] said…
@ciK LyndaWawa igUana:
entahla deng..kmk pun siktauk kmk tulang rusuk sapa tok huuuu
[sutera kasih] said…
@Myra Jay:
yup..jodoh itu rahsia Allah kan kak :)
[sutera kasih] said…
@Fadzmie Mohamad:
aahhh..alangkah bgusnya kan hehe
doakan je la :P
[sutera kasih] said…
@Nurnajwa:
ambil pengajaran k dek, adk masih muda..hargai usia muda tu k..kalau boleh, jgn pernah dekatkan diri dgn cinta di usia muda ni dulu :)
[sutera kasih] said…
@zaty luvlianncezzz:
yup..hargailah selagi ada kesempatan..

salam ramadhan :)
[sutera kasih] said…
@reza al-razi:
lelaki dan wanita saling melengkapi..manusia kan tak sempurna :)
[sutera kasih] said…
@adan:
sedih kan dan..lama bah suda cerita ni..saja kasi post lagi :)

haha pandai2 jak ko ya dan..
[sutera kasih] said…
@KRAFMAN JULIA:
Insya'Allah..banyakkan berdoa :)
[sutera kasih] said…
@alif haris:
yup..kalau adk dh jumpa tulang rusuk suatu hari nnti, jagalah baik2 k :)
[sutera kasih] said…
@Anonymous:
dr iluvislam ekk?thanks yeaa bagitau, nnti sy cek semula :)
[sutera kasih] said…
@farhana:
bila dh kehilangan, baru rasa mencari...jadi jom hilang ramai2 hoho
[sutera kasih] said…
@aimie amalina:
heee..kira akak ni imbas semula je la dekk :P
[sutera kasih] said…
@aiman:
hargailah sebelum terlambat :)
[sutera kasih] said…
@hani apandi:
kmk touching juak dear heee..

ego melambung..bawalah ego tu smpai ke mati oooo :(
[sutera kasih] said…
@.izzati liyana.:
heeee..nk usik sy la tu :P

sedihkan..dah2..jgn besedih :)
[sutera kasih] said…
@ILA HonEyBuNNy:
adakala kita perlu bersedih jgk kan heee...

hargailah kaum adam jugak wahai kaum hawa :)
[sutera kasih] said…
@ninie_azriena:
betul tu..kadang kita rasa kita dah tak perlu orang tu sebab rasa diri dh capai semuanya..tp tiba saat masalah menimpa..masa tu la akan mencari semula insan2 yg pernah mendukung dari belakang..

sayangi apa yg dimiliki :)
[sutera kasih] said…
@Umie Artoqiemie:
sedihkan umie huhu

so, hargailah org tersyg :)
[sutera kasih] said…
@abghani:
tragis dan pengajaran itu ada..
[sutera kasih] said…
@iMBobo:
kepada wanita, hargailah jgk lelaki yg baik pada kamu :)
[sutera kasih] said…
@Zura:
yup..betul tu..tanggungjawab lelaki adalah mendidik perempuan..
gadisnikon said…
otedah..... i understand... dh mngalami tok.. huhu... sabar jak oh... kita org yg kuat... hehe
adeek said…
sdih tp best la cite nie

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …