Skip to main content

Hati-hati dengan Hati

sumber: gambar wedding photoshoot via Google

Hati itu sangat rapuh. Silap cara boleh bercerai dari badan. Hati itu bukan saja fizikal, tetapi juga halus. Hati adalah tempat perasaan kita bernaung. Hati mempengaruhi pilihan kita. Baik atau buruk. Pengaruhnya kuat. Orang tua kata ikut kata hati boleh mati. Sebab itu bila bercakap soal hati, kena berwaspada… kerana ia merbahaya.

Kita ada berapa hati? Cuma satu. Kalau kita dilukai, sakit nya kita rasa dihati. Aku tak tahu sebetulnya rasa sakit itu di mana, tetapi orang kata sakitnya rasa di hati. Jadi kalau hati sentiasa terluka dan dilukai, lambat laun hati kita boleh rosak. Hati yang rosak boleh mengundang maut. Orang tua kata kalau hati sakit boleh mati. Sebab itu bila bercakap soal hati, kena berwaspada jangan sampai terluka… kerana ia merbahaya.

Hati adalah tempat hidupnya cinta, kasih dan sayang. Ia ditanam dalam hati. Kemudian berbenih dalam hati. Lalu berputik, bercambah, berbunga dan akhirnya mekar kembang di dalam hati. Cinta juga menjadi layu dan akhirnya gering di dalam hati. Tapi hati perlukan cinta, kasih dan sayang. Itu sumber kehidupan hati. Tanpanya hancurlah hati. Tiada penghidupan, tiada nafas dan tiada hangat. Orang tua kata tanpa cinta dalam hati boleh mati. Sebab itu bila bercakap soal hati, kena berwaspada… kerana ia merbahaya.

Aku juga ada hati. Semua orang ada hati. Dan biasanya aku takut nak berbicara tentang hati. Aku cuma takut akhirnya aku yang tersungkur kerana hati aku gagal berfungsi. Aku takut aku yang lemas tenggelam kerana hati aku hancur berkecai. Aku takut aku gagal melihat hari esok kerana hati aku akhirnya kosong tanpa cinta. Aku takut aku benci melihat matahari pagi kerana akhirnya hati aku tiada lagi. Jadi aku amat takut untuk bercakap soal hati.

Tetapi kebenarannya, hati aku terus sakit.
Kerana walaupun aku tidak bercakap soal hati,
tetapi aku tak pernah berhenti berfikir soal hati.

ikut rasa binasa, ikut hati mati.
jadinya, tepuk dahi tanya akal.
akal saja boleh fikir dengan waras.
tapi slalunya, kita akan dengar apa
yang hati inginkan lebih daripada apa yang akal fikirkan…

*KATA HATI: Hati-hati bermain dengan hati. Sorry, saya pun kurang pasti kata-kata di atas tu siapa yang punya. Saya yang punya kah atau saya copy paste dulu-dulu. Saya jumpa di post lama-lama masa di awal blogging. Kalau ada sesiapa yang punya, bagitaula, nanti saya letak sumber. Yang pastinya, makan hati tu sangat sedap, nak-nak lagi hati yang masak kicap huhu.

Comments

sergeant keroro said…
cinta di hati takkan hilang, selagi cinta kepada Allah S.W.T. masih mekar :)
sizuka[Izzati] said…
betul betul.salah percaturan, merana hati *eceh*.tak suka makan hati [hati ayam etc] :P
aimie amalina said…
weeewiiit!
pepagi bicara hati ya kak yanti
hiihihi
jatuh hati kah?
or makan hati kah?
wuwuwu
moge akak baek2 aje! =)
mye said…
nice!..
trsentuh hati
Anum said…
best kata-kata diatas
cik dila said…
hahaha,hati sedap! tapi lagi suke pedal! ngeh3.

gambar wedding tu smart kot.. suke tgk org buat outdoor photoshoot kat sawah bendang..
NM02 said…
saya cepat kecik hati



tetibe ._<
d_LA said…
seriously dla bace ni dok terbayang hati ayam goreng jer..hehe..sorilah dla ni jenis x pndai nk ckp psl hati..tahu psl hati ayam jer..
Bui Junaidi said…
sapa nyakit hati ktk tok..coba ktk madah ngan kmk lok..hehe..tapi nak sekali sekala sakit hati pun ok juak..pat hati ya bersenam kit..apakah..?hahaha
bunbun said…
hahah XD hati goreng pon sedap cik syaza :3
Khairul Antasha said…
hati-hati, InsyaAllah hati terpelihara
Acik said…
hati tu manja ...
nak ikut cakap dia aje, kan! :(
ILA HonEyBuNNy said…
hati-hati dengan hati sebab tertakut di makan hati....


...........................T_t
sebenrnya kmk ngah sakit hati juak eh..p malas mok updet dalam blog eh...biar jak kmk simpan dirikpun..=[
AmirFX said…
Kmk suka makan kek hati parek.. Sedap wooo...
.izzati liyana. said…
saya tak pernah makan hati. tak sedappp..memang tak dilatih untuk makan organ dalaman. mak tak bagi. hihi.

hati manusia memang mudah rapuh. lagi2 perempuan. and yah, sangat berbahaya. ikut kata hati, mati. tak ikut, sakit. entah.
KimiCnoL said…
hati`hati dengan hati..jantung`jantung dengan jantung..hahaha
My Name is Mar said…
Yang pasti bukan saya punya..
Ho-ho-ho..
Sudah lah tu cik syaza...
Haiiiissshhh...
saya memang cepat susah hati bila orang nama syaza susah hati..
Ho-ho-ho!
wahida said…
hubby aku suka mkn hati..

eh, ada kena mengena tak? hehe...
iPai said…
ini tengah2 feeling ke .. tp tibe2 cakap pasal kicap kat last tuh, memang hancur lebur semua sedeh2 baca kat atas tuh .. adeh .. apekah itu ..
Yann Mazian said…
ya ya ya...hati2 dgn hati...best entri tok deng.. :)
merahitujambu said…
makan hari berulam jantung..hehehe..menda baik nk share xpe...
Umie Artoqiemie said…
hati-hati main mercun erkk?
sifu im said…
hati kan ibarat raja..mesti la kena hati2 dengan raja
mykhalis said…
mempermainkan hati orang lain memang kejam gile
Jue said…
sgt susah nak jg hati..skali tguris..pergh..

xdapek nak nolong
Far8 budak baik said…
aku pun macam kau jugakk..
aku pun takut hati aku hilang arahh..bab cepat sgt cair..huh
ending tu tak bape suka..
tetibe nk makan hati..
ngidam hape..
hahahaha
asnizaziz said…
kalo sakit hati cuba nyanyi lagu "unbreak my heart"..huhu (takdela,tipu je)

p/s:jg hati baik2,dlu hati sy pon pernah dilukai..kini cuma Allah bertakhta di hati :)
adan said…
anda pandai berkata-kata soal hati..
alif haris said…
tak semua kata hati itu betul ..
jadi hati2 lah dgn hati ..
silap melangkah buruk padahnya ..huhu
anismelon said…
sangat bahaya bermain dengan hati..bile terluka sangat susah nak sembuh..kan..
iMBobo said…
yg bawah skali tu hati pandai berkata2 hehe..iMBObo suka hati goreng :D
Zura said…
hati adalah organ plg sensitif...
[sutera kasih] said…
@iMBobo:
bobo suka hati goreng ekk?
kalau masak pedas tu sodap jgk tu hehe
[sutera kasih] said…
@anismelon:
betul..kena hati-hati dengan hati..hati tu sensitif
[sutera kasih] said…
@alif haris:
betul...kata hati kdgkala tak betul kdgkala betul..
silap ikut kata hati, merana hidup
[sutera kasih] said…
@adan:
belajar dr kesilapan & pengalaman..
[sutera kasih] said…
@asnizaziz:
amboiiii hehe tp lagu tu best jgk :)

Insya'Allah..akan sy jaga hati ini baik2 dh..takkan bg manusia2 tak layak untuk melukainya lagi heee
[sutera kasih] said…
@Far8 budak baik:
nahhh bahaya la tu dekk kalau mudah cair tu..macam perempuan suda ko ni dek hehe
bukan ngidam..tu namanya analogi :P
[sutera kasih] said…
@Jue:
jagalah hatimu heee

sekali terguris, susah nk sembuh ~
[sutera kasih] said…
@mykhalis:
bukan setakat kejam..
balasannya jugakkk sodap..
[sutera kasih] said…
@sifu im:
batul tu sifu..hati-hati dengan raja..hati itu raja !
[sutera kasih] said…
@merahitujambu:
makan jantung pisang pun sodap jgkk heee

thanks dear :)
[sutera kasih] said…
@Yann Mazian:
makseh deng :)

hati2 ngn hati pastok k hehe
[sutera kasih] said…
@iPai:
kicap itu ibarat salah satu kelukaan..apakah yg aku merepek ni huhu
[sutera kasih] said…
@wahida:
ada kena mengenala tu kak..kan sy ckp di atas tu makan hati msk kicap tu sodap hehe
[sutera kasih] said…
@My Name is Mar:
hehe habis tu siapa yg punya????

tak nak..nak teruskan jgk mood ke laut smpai Mar mengamuk haha :P
[sutera kasih] said…
@KimiCnoL:
mata ke mata ke hati, hati ke hati.. haha
[sutera kasih] said…
@.izzati liyana.:
bagusla tu dekk..tak elok jgk makan makanan organ dalaman haiwan..tak elok utk otak huhu

tapi memang sedap makan hati :P

aaahhh..kalo ikut, mati. kalo tak ikut, sakit..ishhh
[sutera kasih] said…
@AmirFX:
syiohhhh..nang terbaekklah ktk haha
kmk sik suka...sik nyaman :P
[sutera kasih] said…
@ciK LyndaWawa igUana:
duhal tek..apahal deng?
kelayi ngn Pasha ka?hoho
sik hal..simpan jak..jgn smpey ktk tension udahla k..

kmk pun mls juak nk update d blog, tp blog tok umpama bnda pnting kmk dh deng..tp kmk tapis2 la apa yg kmk update ya..jnji dpt juak meluah tp dlm keadaan entry puitis gitu LOL
[sutera kasih] said…
@Acik:
bukan setakat manja..tp gedik sekali huhu
[sutera kasih] said…
@bunbun:
tapi bunbun, pedal goreng lg sedap drp hati goreng hehe
[sutera kasih] said…
@Bui Junaidi:
hehe..rahsia kak :P

yala tek..sekali sekala..kitakan manusia biasa..hati pun mok bersenam juak hoho apakah ktk tok kak
[sutera kasih] said…
@d_LA:
takpa dear..hehe
hati ayam mmg sedap, nak2 kalo pedas...slurpppp
[sutera kasih] said…
@NM02:
bolehlah tu, hati jgk tu kak hehe
[sutera kasih] said…
@cik dila:
pedal mmg sodap..tp buntut ayam pun sedap gak hahaha

mmg lawa kan gambr tu..cilok ntah dr mana tu..
.izzati liyana. said…
hehe. saya pernah termakan. tapi terkeluar balik dari mulut. takleh telan maa..

makan hati yang dalam tu yang pedih tu.
[sutera kasih] said…
@mye:
hati tersentuh kan :')
[sutera kasih] said…
@aimie amalina:
makan hati ayam la dekkk hoho
akak baek2 aja :P
[sutera kasih] said…
@sizuka[Izzati]:
makanya, hati-hatilah hehe

perghhh hati ayam tu sodap, rugi tak suka heee
[sutera kasih] said…
@sergeant keroro:
Cinta padanya sentiasa di ranking first, itu mmg tak boleh disangkal :)

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …