Skip to main content

Hantu Bonceng: Zizan Razak dan Juliana Evans (Sinopsis & Video Trailer)

Salam ceria my readers :)
Tau tak raya nanti ada filem komedi seram akan ditayangkan? Kepada peminat fanatik Zizan Razak (Zizan Raja Lawak a.k.a Jozan), raya nanti bukan saja korang dapat tengok Mat Jijan (MJ), kita tengok filem si Mael Lambung jadi mat rempit kena kejar hantu Juliana Evans hehe. Korang tau la kan perwatakan Zizan yang memang kelakar, tengok di sebalik tabir pun dah rasa nak gelak-gelak tengok lakonan Zizan hehe. Filem yang bakal ditayangkan pada hari raya pertama nanti yang diarah oleh Ahmad Idham iaitu Hantu Bonceng, Zizan Razak memegang watak utama sebagai Amran, Juliana Evans sebagai Maya/Ayu, Jue Aziz sebagai Halimaton, Taiyuddin Abu Bakar sebagai Kunyit, Cat Farish dan ramai lagi.

sumber gambar: budiey.com

SINOPSIS HANTU BONCENG
Cerita mengisahkan Amran seorang budak penghantar pizza yang gemar berlumba secara haram motor ‘Drag.’ Satu hari selepas memenangi satu perlumbaan, Amran telah dihadiahkan seorang bohsia bernama Maya sebagai habuan perlumbaan. Malang tidak berbau, di ketika Amran hendak membawa bohsia yang memboncengnya itu keluar dari port, mereka telah kemalangan dan bohsia tersebut mati ditempat kejadian.

Sejak kejadian itu Amran sering diganggu dengan hantu Maya yang meminta Amran sempurnakan mayatnya. Amran cuba mendapat bantuan kawan karib nya Kunyit untuk membantunya menjejak keluarga Maya yang sehingga kini masih menjadi misteri setelah Halimaton kekasih Amran seorang jururawat enggan membantu Amran sebab marahkan atas kecurangan Amran terhadapnya.

Berbagai cara Amran lakukan untuk menyelesaikan gangguan Maya itu. Dari berjumpa bomoh hingga lah ke seorang ulama. Tanpa Amran sedari dia mula berubah menjadi seorang yang lebih berguna dan mula menginsafi di atas kelakuan rempitnya sebelum ini.

Halimaton mula menerima semula Amran setelah melihat perubahan positif pada Amran. Akhirnya dengan bantuan Halimaton, Amran berjaya menyelesaikan masalahnya. Tanpa diduga rupanya, Maya ada seorang adik kembar Ayu.

Ayu begitu sedih apabila diberitahu akan kematian kakak kembarnya itu. Amran pula semakin rasa bersalah dan menawarkan diri untuk membantu Ayu mendapatkan kerja di Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur pula Amran menumpangkan Ayu di rumah bujangnya bersama Kunyit. Sejak kehadiran Ayu, Amran mula rengang dengan Halimaton. Kunyit menegur Amran, tapi tidak di pedulikan oleh Amran seolah-olah Amran begitu khayal bersama Ayu.

Apa yang akan terjadi kepada hubungan Amran dan Halimaton dan siapakah sebenarnya Ayu? Dapatkah mereka menyempurnakan mayat Maya? Semuanya akan terjawab di penghujung cerita Hantu Bonceng. (sumber: Budiey.com)
Boleh tonton video trailer filem Hantu Bonceng di http://youtu.be/cXf6M99YvB4

sumber gambar: Google

Haaahhh..bukan Zizan saja tau keluar filem lepas ni, member kamceng dia pun keluar filem jugak nanti dalam pertengahan bulan September hehe. Filem Raya Tak Jadi (Johan Raja Lawak dan Saiful Apek).

*KATA HATI: Bestnya kalau ada pakwe macam Zizan, confirm gelak setiap masa HAHA. Errr actually nk buat entri ni autopublish esok pagi, tapi tak menjadi, biasa buat okey je pon..haishh post je la sekarang sebab dah kantoi dengan MAR haha

Comments

.izzati liyana. said…
er.. tak minat cerita hantu even komedi pon. sebab muka-muka tu boleh buat terbayang-bayang. huhu.
yatie Awang said…
tadi kakak tengok gak disebalik tabir dia, memang kelakar...
Hans said…
tak sabar nak tgok
adan said…
thanks dengan info ni beb... aku suka tengok klu dua2nya begabung.. jozan
ILA HonEyBuNNy said…
macam best ja neh...

kalau cita gelak2 memang ila suka tengok...hehe...

kalau da bf cm zizan....asal nak marah ja dia buat lawak kan..ehehhe
alif haris said…
hahah mesti gelak je tgk cite nih ..
mesti tengok nih :D
hhehehe
juliana evans ? wow ! comel2 :D
♥ Dea ♥ said…
ae..seram da jak upa juliana evans ya lok..:P
Far8 budak baik said…
ti aku nk tgk..
hahaha

p/s bagi alamat rumah boleyy??
ngade sungguh..
nak jugak org minta kat dy..
haha!
iMBobo said…
wajib tengok ni, hehe..di akhir cte amran dan halimaton akan kawin, ayu tu jd pengapit kot hehe
HAHAA .. hantu kat atas ni kaki dia adalah . means bukan hantu .. hehheh:)
Amirul Amin said…
hantu rempit la ni..hehe
sifu im said…
cun la plak hantu tu..haha
My Name is Mar said…
Ho-ho-ho!
Tau takpe...
Dah kantoi sudah..
Tak jadi dah bang bang boom tuh..
Ha-ha-ha:D


BTW, lawa betul kaki hantu tu...
Siap pakai selipar, tak menahan..
Ngeh3...
Qynisma said…
heee~ tQ yunk :)
blog awk lagek cumel :)
dOodle pom cute! sukee!! :)
slamat bpuasa & bhari raya :))
Syuxer said…
hantu cantik..pasti pelaris filem komedi ini tambahan zizan berlaku..maybe filem neh boleh tarik penonton..
Walk The Talk said…
Adui, menyesalnya baca entry ni malam2 xD gambar tu menakutkan..
H.J said…
boleh dah tu jijan dengan evans..haha
nik rosmawati said…
hehe..kena tgk ni.suka ngan zizan :)
lawak dia buat org gelak jea.
Bro ahmad said…
mlm ni takut...bro tak leh tidur karang
ika said…
teringin nak tgk! hope cte nie kelakar xhengat la...huhu~
twinkeenabilah said…
aww seram pulak tgk muka hantu tuu subuh2 nie, hahahaha

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …