Skip to main content

Buat KAMU yg menasihati aku bahawa POST aku berbaur FITNAH dan BERDOSA BESAR

Tak ku sangka ada insan yang membaca blog aku ini dalam diam..terima kasih kerana memberi komen. Aku tahu siapa kamu. Kalau benar apa yang aku cakap itu adalah salah, kenapa kamu tidak pernah CUBA untuk memperbaiki keadaan? Kenapa kamu terus terusan mendiamkan diri dan membiarkan masalah itu berlarutan? Kamu persoalkan pasal FITNAH? Kalau apa yang ku dengar selama ini adalah fitnah, dan kebohongan belaka, kenapa kamu tidak cuba untuk membetulkan keadaan? Kenapa? Kenapa? Jangan persoalkan masalah tendang menendang. Jangan diungkit masalah silam kepada kami anak kecil. Aku tahu kamu orang yang beriman. Aku tahu keluargaku kurang dari segi pengetahuan keagamaan dari kamu. Selama ini keluarga jadi porak peranda semua disebabkan MULUT. Faham?

Kenapa harus KAMU terasa dengan apa yang aku TULIS? Adakah itu KAMU?

Buruk mana pun orang tua aku, jahat mana pun orang tua aku, kejam mana pun orang tua aku, aku sebagai anak tidak akan membencinya. Aku kenal siapa mereka. Walaupun ada kalanya kelakuan mereka boleh menimbulkan perasaan geram dan marah, tapi aku akan cuba kawal perasaan dan bersangka baik. PUTUS SAUDARA DUNIA? Kalau benar dia pernah berkata sekalipun, kenapa kamu tidak cuba untuk bertolak ansur untuk berdamai? Sampai bila jadi macam ini? Kalau kamu lebih tahu hukum hakam, kenapa tidak cuba membetulkannya?

Setiap kali raya, orang tua dan orang sekeliling seringkali bertanya masalah KAMU dan KAMI. Telinga mana yang sanggup dan tahan mendengar? Kita pernah berselisih di jalanan, kenapa kamu memalingkan muka? JIJIK sangatkah kami? Mungkin disebabkan masalah lalu, kamu masih menyimpan dendam? Kita lihat siapa yang EGO dalam masalah ini sebenarnya?

Sewaktu aku kecil sehingga dewasa, dengan mata kepala aku sendiri melihat pertengkaran KAMU. Hinggakan aku putus asa dengan masalah kamu. Setiap manusia bisa mengeluar tutur kata mengikut sesuka hati dan emosi ketika MARAH. Setiap manusia melakukan kesilapan. Setiap manusia BERHAK diberi peluang kedua. Setiap manusia BERHAK untuk bertaubat.

Maaf, entri sebelum ini terpaksa diremove kerana entri aku sebelum ini dikatakan berbaur FITNAH dan BERDOSA BESAR sekiranya memfitnah. Aku MINTA MAAF atas segala kekhilafan aku sebelum ini kerana semua apa yang ku dengar bukan dari mulut ORANG TUA aku. semua yang aku dengari adalah dari mulut ORANG TUA KAMU sendiri. Bagaimana aku untuk tidak mempercayainya? Aku mohon ampun dari KAMU yang membacanya kerana aku sedar, aku LEBIH MUDA dari KAMU. KAMU ibarat ibu bapa ku jugak. BERDOSA BESAR sekiranya aku menyakiti hati kalian. Tapi mungkin bagi KAMU, apa yang kamu buat sekarang adalah tidak berdosa kerana mungkin bagi KAMU ianya wajar dibuat kepada orang yang kamu katakan TIDAK BAIK itu.

Ingin satu lagu aku luahkan, sampai sekarang aku masih berkecil hati dengan kata-kata kalian kerana membandingkan tahap pendidikan aku dengan anak kamu. Aku sedar bidang aku tidak setinggi bidang anak kamu. Aku bukanlah seorang yang bijak sebijak anak kamu. Untung nasibku saja mampu capai hingga tahap itu. Satu lagi, TOLONG JANGAN UNGKIT masalah silam dengan aku mahupun anak-anak kecil. Tidakkah kamu sedar ianya memburukkan lagi keadaan? Sedangkan kamu tahu hal dipertanggungjawabkan segalanya di yaumil masyar. Sebaiknya KAMU yang lebih dewasa, mengajar kami yang kecil untuk berbaik sesama saudara.

Teruskanlah dengan perasaan KEEGOAN kamu masing-masing, termasuk keluargaku. Bagiku, kamu semua sama ada salah dan silap. Aku TAK BERHAK untuk masuk campur dengan masalah kamu kerana aku bukan seorang yang cukup pengetahuan keagamaan. Nanti tersilap kata bisa mengundang FITNAH dan BERDOSA BESAR sekali lagi. Harap lepas ini kalau nak bagi komen, sila nyatakan NAMA membuktikan bahawa kamu berada di pihak yang benar. Jangan risau, tidak akan aku publish komen-komen kamu kerana aku masih tahu MENGHORMATI KAMU.

Sebelum aku menghembuskan nafas terakhir, kita tidak tahu ajal maut kita..AKU MINTA MAAF sekali lagi kepada KAMU. Hanya melalui blog ini saja kita dapat berkomunikasi, maaf kepada pembaca kerana entri kali ini tiada memberi sebarang input kepada kamu. Sekian.

*rasa macam hendak pergi jauh dari sini.....................selamat tinggal semuanya.

Comments

alif haris said…
err kak sabar kak .. sabar ..
orang memang cmtu .. kdg2 buat kita tension.. huhu
Elie Lily said…
macam tu la manusia..1001 ragam kan? sabar jela sutera kasih ya? :)
Bro ahmad said…
fitnah apa sutera kasih? bermaafan hendaknya...:)
tak tau nk komen apa...just baca dn fahami sendiri.tak tau nk komen apa...just baca dn fahami sendiri.
Freaky said…
apakah yang berlaku... bawak bersabar ye =_=
AmirFX said…
Sabar deng.. Bulan raya tok bulan bermaafan.. Biarlah sidaknya dengan dunia sidak mpun..
Jue said…
Sbr geng. Org camya boh dilayan gilak. And bgs juak ko molah entry tok, sak nya faham. Tiap sbr ada limitnya juak =)
My Name is Mar said…
Woaaaaaaaaaahhhhhhhhhh~~~~~~~~~~~~
ENtri yang mana yang telah di-DELETE tuh??
Macam tak SEMPAT nak baca jek cz balik kampung hari tuh-_-"
EAGER to know lah~~
Ho-ho-ho!

BTW, penulisan yang terselit penggunaan CAPS LOCK di tengah2 karangan tu macam tiru style wa jek..
Ho-ho-ho!!!
shandye. said…
one thing that i'm going to say is that:

"haters are gonna hate"

kita tak akan dapat puaskan hati semua pihak. yang baik kita ceduk buat pedoman. yang buruk kita asingkan buat pengajaran.

biarlah kat orang yang dok tak suka kat kita tu. tak luak seposen pun kalau dia dok carut2 bagai. apa yg dia dapat selain daripada a great pile of sin at the end of the day... betul tak?

chillax sudehhh....

=)
Nurnajwa said…
Sabar sabar sabar :')
.izzati liyana. said…
erm, nampaknya saya sudah ketinggalan sesuatu. i think kes ni quite private right? so, saya takkan tanya apa-apa. harap cik syaza dapat bersabar okay. jauh mana nak pergi pon takkan ke mana. ade hikmah semua ni. mungkin suatu hari dia akan sedar. sabar ye.. :)
bunbun said…
ehh? kenapa ni sis? hmmmmm... sabar eaaahhh :)
cik dila said…
emm,tak tau ape cite sebenarnye..
tp ape pun yg berlaku,itulah ujian Allah utk kite.. Sabar ye SKY..
Hanie_Dew said…
bersabar je dgn orang cenggini. aggap la tu cara Allah nak bagi panduan perbaiki diri kita. ambik sebab yang positif je k.

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …