Skip to main content

Baca & Fahami isi kandungan Al-Quran

Berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan, berlakunya peristiwa bersejarah dalam hidup umat Islam di mana berlakunya peristiwa Nuzul Al-Quran. Info berkaitan peristiwa Nuzul Al-Quran boleh didapati banyak di internet, di buku-buku, dan paling afdhal, korang rujuklah dalam Al-Quran dan fahami terjemahannya. Ambil Al-Quran dan baca serta fahami terjemahannya, rasanya itu lagi elok sebab Insya'Allah  apa yang dibaca secara langsung dari sumber yang asal, akan kekal dalam ingatan :)

Bulan penuh semalam kan? Tenang dan redup kan malam semalam..selepas maghrib semalam, 17 Ramadhan 1432H. Hari kita memperingati perisitiwa Nuzul Al-Quran, di mana turunnya ayat Al-Quran yang pertama kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya secara berperingkat-peringkat. Banyak hikmah turunnya ayat-ayat Al-Quran secara berperingkat. Isi kandungan Al-Quran bersesuaian tak kira masa dan zaman. Dalam Al-Quran telah menceritakan banyak tanda-tanda kebesaran Allah Taala yang ada di muka bumi. Manusia yang menggunakan akalnya dengan baik, pasti akan mengakui kebenaran Al-Quran. Teringat pulak buku Syahadah Gadis Ateis, di dalam tu banyak ilmu jugak yang saya tau berkaitan isi kandungan Al-Quran. Belum berkesempatan lagi nak buat review buku tu.


Kejadian siang dan malam, bila haiwan di darat dan di laut serta tumbuh-tumbuhan diciptakan, bila langit, gunung bukit bukau diciptakan, bila manusia diciptakan, kejadian manusia..banyak lagi persoalan yang di fikiran manusia, semuanya sudah terjawab dalam Al-Quran. Apa yang saya perhatikan, anak-anak kecil sekarang pun sudah ada yang khatam Al-Quran. Alhamdulillah. Macam dalam drama Geng Mengaji tu. Mak bapak risau bila anak-anaknya tak khatam lagi sebab rasa malu anak jiran dah khatam Al-Quran. At least ada jugak kesedaran memberi didikan Al-Quran kepada anak-anak. Tapi agak jarang pulak mereka menitik beratkan terjemahan dan tafsiran Al-Quran.

Mungkin ada yang dah khatam Al-Quran berkali-kali, tapi faham ke tak apa yang dikhatam? Tepuk dada tanya iman, sama-samalah kita memanfaatkan masa yang ada selagi masih mampu bernafas untuk memahami isi kandungan Al-Quran sebelum terlambat :')

Psssstttt...saya bengang ni sebab dari semalam tak dapat nak view blog-blog korang. Jangan kata blog korang, blog saya sendiri pun saya tak dapat view. Haiyaaa...geram betol ngan berukben ni, tau lah nak dekat hujung bulan, menyampah. Saya dapat buka dashboard je. Kalau nak view blog, kena on off on off berukben, baru dapat display blog. Tapi bukakk Facebook, boleh pulakkk. Ngok ngekkk. Dah-dah jangan marah, jom baca doa khatam Al-Quran heeee.

*KATA HATI: Abaikan entri-entri mood ke laut saya minggu ni yeaa..sebab semuanya tu autopublish, kecuali entri yang ni huhu. Ketaksuban kepada 'dunia' akan merosakkan HATI. Lupakan hal-hal yang tak bermanfaat yang menjauhkan diri dariNYA. Dengan mengingatiNYA, hati akan sentiasa menjadi tenang :)

Tau tak Qiraat tu apa? Rugi kalau tak belajar :)

Comments

Anum said…
thanks for sharing
bunbun said…
hahah, jahat lah facebook tu! akakakhhh



selamat nuzul quran. hehe :)
Myra Jay said…
Sama2 lah kita membaca al-Quran & memahami isi kandungannya, baru akan dapat lebih penghayatan :)
Myra Jay said…
Oh ya, samalah kita berukben slow gilos semalam, tak leh bukak blog..
Ni pun mai opis baru boleh :0
yatie Awang said…
akak juga masih dalam mengenali ayat2 al-quran..
My Name is Mar said…
broadband wa pun problem-_-"
Farihah Ahmad said…
walopun puasa, santapan hati penting :)
.izzati liyana. said…
haha. facebook ringan. sebab tu boleh. saya punya dah lama dah slow. selalu BW pakai rumah punya. kalau tak,mmg xdpt lah kan.

kalau kita faham betul2 Al-Quran tu, mmg boleh insaf, menangis air mata. banyak ustaz ustazah ckp mcm tu. bilalah saya pulak nak buat mcm tu. haish.
ini baru penjelasan yang lagi jelas .. :D
aiman said…
betul.. penghayatan perlu..
aimie amalina said…
weee
welcome back again nuzul Quran
perlu ada dalam diri sepnjg hidup
[sutera kasih] said…
@aimie amalina:
yup dek...nuzul Al-Quran byk hikmah utk kita renungi :)
[sutera kasih] said…
@tia @ Ini Kisah Tia:
thanks Tia..sy hanya kongsi apa yg sy tau je :)
[sutera kasih] said…
@.izzati liyana.:
awk pon guna celkom kan dear?
mencikk tol, asal smpai limit mmg lembap gilerrr nk o9 :(

aahhh..betul tu dear..tp kena berguru jugak kalo nk dalami tafsir Quran ni..takut salah faham..
[sutera kasih] said…
@Farihah Ahmad:
betul2..santapan hati & rohani :)
[sutera kasih] said…
@yatie Awang:
samala kita kak..tp tu la kdg2 ada jgk penyakit M tu..huhu
[sutera kasih] said…
@Myra Jay:
ramai yg ckp berukben slow gile..sabo je la huhu

yup kak..sama2 kita merenungi maksud di sebalik isi kandungan Al-Quran :)
[sutera kasih] said…
@bunbun:
tau xpe..menyampah !!hehe
bunbun tlg bako !! :P

selamat nuzul quran jgk :)
.izzati liyana. said…
@[sutera kasih]

yes2. guna celcom. sebab ada celcom FUP tulah. main limit-limit. sengal betul.

betul. salah faham kang muncul ajaran sesat yang baru pulak.

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …