Skip to main content

Untuk kamu yang nak UPSR, PMR, SPM.

Apa khabar my readers? Agak pantas masa berlalu kan? Pejam celik pejam celik, kita nak berpuasa dah, oyeahhh hehe. Pagi ni nak bagi motivasi sikit untuk adik-adik yang bakal menduduki exam UPSR/PMR/SPM. Mungkin pagi-pagi ni diorang pegi sekolah kan? Takpa, pulang sekolah, mesti ada yang online tu, gerenti punya hehe. Tapi rasanya motivasi dlm entri ni secara umum je kot, semua orang pun boleh baca :)

Siapa kata keputusan UPSR dan PMR tak mempengaruhi masa depan kita? Pernah jugak kan timbul isu UPSR dan PMR nak dimansuhkan sebelum ini, saya dah pernah bagi pandangan dulu. Kalau keputusan UPSR tak berapa elok, akan mempengaruhi di sekolah mana kita nak sambung tingkatan satu. Cuba fikir, kalau awak belajar rajin-rajin dan guna peluang yang ada, sekarang ni pulak dah ada banyak kelas tuisyen berbayar, internet, kemudahan di sekolah pun makin canggih, sepatutnya awak boleh capai keputusan yang lebih cemerlang berbanding pelajar yang tak dapat menikmati semua tu. Tapi apa yang awak buat? Sila tepuk dada tanya diri sendiri bagi adik-adik calon UPSR, saya tahu budak-budak sekolah rendah pun dah ada yang pandai  berblog, saya pernah jumpa kamu dek :)

Di peringkat PMR pulak, yeaahhh dah rasa happy sebab dapat 5A kan UPSR, so belajar pun main-main, menganggap diri tu sangat genius tak perlu belajar dah. Ada lagi tu yang sibuk bercinta mengalahkan orang dewasa. Saya selalu jugak marah dan warning adik saya dan selalu membebel haha. Biasalah untuk kebaikan mereka jugak. Ingatlah dek, peringkat PMR bukan main-main. Yeahhh saya akui, memang saya dah biasa dengar  ramai yang cakap PMR tu senang macam makan kacang, bila dah terima result, indah khabar dari rupa. Saya bukan mengutuk anda dek, tapi cuba untuk menyedarkan anda supaya tidak membuat kesilapan. Mostly, kalau keputusan PMR adek tak okey, aliran ke peringkat seterusnya biasanya pihak sekolah yang tetapkan untuk adik. Kalau keputusan baik, kan elok sebab adik boleh pilih aliran kesukaan adik, tak gitu?

sumber gambar: carian google

Di peringkat tingkatan 4. Ohhh yeahh..ramai yang beranggapan masa tu adalah masa untuk HONEYMOON. Saya akui, saya pun beranggapan macam tu dulu huhu. Rasa menyesal sangat tau. Tapi nasi dah jadi bubur. Memang dahsyatlah sebab di peringkat umur tersebut jiwa memberontak, pantang ditegur, pasti melenting tak kira tempat, depan muka mak bapak, depan muka cikgu, menjerit-jerit di laman sosial. Jangan nafikan, kita sama-sama nampak fenomena itu, betul tak? Memang, tak semua macam tu, tapi ada, kan? Saya sendiri pun pernah sekolah, so saya faham kamu :)

Menjelang SPM. Semua dah tak tentu arah bagi yang betul-betul nak berjayalah. Tapi bagi yang duduk sambil lewa dan berfikiran, "Ahhh rileks la, kalau tak lulus or result SPM kantoi, kan banyak kolej-kolej swasta or IPTS?janji korang ada duit, semua boleh punyalah". "Alaaa, orang yg ada ijazah pun masih menganggur sekarang, buat apa nak sebok2 dengan SPM?". Ohh kamu silap dek. Kamu tau tak SPM tu penting? sangat penting, okey. Walaupun dah ada degree di tangan, masa interview nak cari kerja, sijil SPM jugak kena pandang dulu tau. Kalau yang malang tu, siap dipersoalkan lagi keputusan SPM, padahal jawatan tu takda kaitan pun dengan SPM. Macam pengalaman saya, diketawakan lagi tau sebab tengok result subjek Fizik Kimia yg sangat hancusss tapi ada hati nak mintak kerja di farmasi HAHA.

Adikku sayang, please. Think about your future. Kakak abang mak ayah selalu membebel suruh belajar tu bukan untuk siapa-siapa pun, semua tu untuk kepentingan adik sendiri. Takkan pasal sebab putus cinta, awak rosakkan masa depan awak sendiri? Tak berbaloi. Please, pilih kawan yang betul-betul dapat membantu adik dalam pelajaran. Please, jauhi diri di usia muda tu dari CINTA. kamu belum kenal erti CINTA sebenar. Please, jangan pekakkan telinga kalau orang bagi nasihat dan teguran. Please, kalau awak sayang mak ayah dan keluarga awak, please think about it. Kalau nak gagal, teruskan sifat MALAS, kalau nak berjaya, please BANGKIT dan USAHA.

*KATA HATI: Saya tahu mesti awak tak nak baca sebab panjang berjela kan? Tapi takpa, yang penting awak lulus dengan cemerlang dalam exam UPSR atau PMR atau SPM..amin ya rabb!! :)

Comments

iPai said…
saya punya cerita dulu saya ye upsr tak ok .. sedeyh gila .. percubaan 5 A, sekali dapat 3A je ..

balas dendam kat PMR, n alhamdulillah ok sampai skrang ..

nak kasi adik post ni .. kasi dia paham .. kadang2 org lain nasihat lg berkesan daripada ahli keluarga yang nasihat ..
Khairul Antasha said…
benda tok selalu kmk pdh dgn adik kmk..selalu ulang bnda yg sama.kmk sik lejuk mdh, tp tkut nya lejuk nenga..nemiak nektok lain..huhu...
Redbloodsnow said…
semua keputusan pelajaran kta mempengaruhi masa depan. siapa kata sik ya...mbak cdak miak ya. mek ketok palaknya..hehe
AmirFX said…
Fuhhh.. Nasib adik kmk semua sekda yang msh skolah gik.. Mun sik ada jak dengar mak kmk ngerepak... haha..
Bui Junaidi said…
wah,panjang berjela nasihat kakak sutera..hehe..nembiak kinek tok byk x serius glak dlm pelajaran..mak bapak puas nasihat,bukan nk dgr..huhu
wahida said…
teringat masa zaman nak amek SPM, sanggup kayuh basikal pegi tuisyen ngan kawan kat umah dia...belajar Math..sbb dia mmg pandai dan dia tak caj apa2 pun utk ilmu dia tu...dan Alhamdulillah, Math aku lulus dgn jayanya....

semoga dia beroleh kesejahteraan hendaknya...amin...
merahitujambu said…
setiap exam pasti ada masa depan..jangan ckp tak penting...sekeh kepala..=p
mykhalis said…
wahhh.. betul yg dikata..setujut2
Fad said…
hahaha..kata2 perangsang dan motivasi ni..baik cikgu..hehe..
syarifahsidrus said…
semua penting kan..sebab belajar step by step. langkah ahri ni mempengaruhi langkah seterusnya
[sutera kasih] said…
@iPai:
kesilapan besar sy d zmn sekolah dulu,x study btl2 for SPM..menyesal pun x guna dh..so sy xnk adik2 ni pun jadi mcm sy huhu

Insya'Allah, harap2 adik2 kita terima nasihat dan berjaya :)
[sutera kasih] said…
@Khairul Antasha:
yala dear..susah miak nektok..
lelah jak kita ngerepak tp sidak mcm angin jak nk dipadah kita tok ngnnya..adoyaii..

kita tok maok sidak berjaya, sikmok sidak molah silap..
[sutera kasih] said…
@Redbloodsnow:
hehe ketok kan kak..kita tok maok sidak jd cemerlang, yala masa dolok SPM kmk kantoi bah, jd sikmok sidak jd mcm kmk..hehe
[sutera kasih] said…
@AmirFX:
yahhh nyaman palak sik byk pk gik dh hehe kmk ada sorang gik sekolah..pecah palak pk haha
[sutera kasih] said…
@Bui Junaidi:
aok la kak..tang ngerepak dikpun, ntah dbaca ka sik ole nemiak2 haha dianok gik ada kali kmk tok haha

aok, apa yg kmk perati la..mostly mcm ya..ada miak ya dh la hidup susah tp sik sedar2 juak..bkn kita nganok sidak idup susah, tp kita mok sidak ubah nasib keluarga bah..sampey bila nak?dirik yala harapan kelaurga..

suka nenga kmk ngerepak haha
[sutera kasih] said…
@wahida:
Alhamdulillah..baik kwn akak tu..kwn camtulah harus kita dampingi :)
[sutera kasih] said…
@merahitujambu:
betul2..semua exam penting..hehe
[sutera kasih] said…
@mykhalis:
hehe khalis pun baca jgk bebelan panjang berjela tu ekk
[sutera kasih] said…
@Fad:
hahaha awk kan cikgu dear :P
[sutera kasih] said…
@syarifahsidrus:
yup..kalau nk berjaya, kena lulus setiap peringkat..tp kalau gagal di salah satu step, bkn bermakna gagal selamanya..itu salah satu dugaan dan suntikan semangat utk kita terus berusaha :)
iMBobo said…
bagusnya nasihatkan adik2..betul tu...PMR mempengaruhi aliran kita sebenarnya,kemudian SPM utk pastikan kita dpt tmpt di univ..sgt penting..dan benda tu skali dlm hidup..
[sutera kasih] said…
@iMBobo:
sesekali nk membebel sebagai seorang kakak hihi

betul tu..semua tu sekali seumur sehidup..rugi besar kalau tak guna peluang tu sebaiknya utk masa depan diri sendiri..
Myra Jay said…
Zaman sekolah memang best :)

Tgkatan 4 tahun honeymoon patut diubah buat budak2 sekolah sekarang, kena study hard, dan SPM memang penting untuk masa depan walau dah ada degree kan... :)
[sutera kasih] said…
@Myra Jay:
betul2 !!!rindu nk sekolah lg hehe

yup betul tu..kena ubah mindset mereka tu honeymoon masa form 4..
SPM sgt penting..

Popular posts from this blog

TIPS RUNCINGKAN DAGU DAN KURUSKAN PIPI DENGAN MUDAH

Bentuk-bentuk muka sumber: Google Image
PIPI DAN DAGU. Kedua-duanya saling berkaitan dan selalu menjadi masalah utama kepada wanita. Saya pun mengalaminya haha. Kita ni kan para wanita, memang paling pantang bila orang tegur bahagian pipi dan double chin iaitu bawah dagu kita. Betul tak? Jangan tipu jangan bohong. Biasalah, kita semua ni mahu sentiasa cantik dan indah di pandangan mata manusia lain terutamanya di mata orang yang kita sayang, lagi-lagi bagi yang sudah berkahwin mestilah nak sedapkan mata suami masing-masing. Kalau ada 'boyfriend belum sah taraf' (bukan suami sah) dah memandai tegur kau tu gemuk atau perut buncit atau pipi tembam dan sewaktu dengannya, janganlah kecil hati sangat. Maksudnya, dia belum dapat nak terima kau seadanya, kau suruh saja dia cari perempuan cantik sempurna yang boleh 'kenyangkan' mata dia haha. Rileks lah, ingat janji Allah Taala, setiap kita punya jodoh yang baik dan boleh terima kau seadanya. Oyeahhh ! Nak cerita pasal tips pipi …